Khamis, Disember 03, 2020

Apa nak buat dengan 10k

Assalamulaikum....minggu lepas kita telah mendapat pengesahan bahawa rakyat Malaysia yang layak boleh mengeluarkan wang RM10k dari akaun 1 KWSP mereka. Adakah anda tersenarai dalam individu yang layak? Kalau layak apa perancangan anda dengan nilai wang RM10k? 


 

Berdasarkan gambar di atas anda pilih yang mana? RM10k, bawa keluarga bercuti, jadikan modal bisnes, membeli belah, buat pelaburan atau buat renovasi rumah? 

Saya nak tegaskan disini yang saya bukan pakar pengurusan kewangan, apa yang akan saya kongsikan ada sekadar pendapat seorang surirumah berstatus ibu bekerja dari rumah.

Apabila diumumkan pengeluaran dapat dilakukan, maka ramai yang akan mula memeriksa syarat dan kelayakan serta nilai simpanan dalam KWSP. Saya percaya dalam kepala masing-masing pelbagai perancangan yang berlegar. Persoalannya apakah perancangan kita seiring dengan keperluan kita? 

Jika saya salah seorang yang akan mengeluarkan wang RM10k tersebut, maka saya akan bahagikan wang tersebut kepada tiga bahagian iaitu, 4/10 tambah simpanan kecemasan, 3/10 tambah pelaburan dan 3/10 modal tambahan perniagaan.

Simpanan Kecemasan
Kenapa simpanan 4/10. saya percaya sejak PKP dilaksanakan, ramai yang mula menggunakan simpanan kecemasan (jika adalah) untuk menampung keperluan kehidupan keluarga. Walaupun saya belum menggunakan wang simpanan kecemasan semenjak PKP dilaksanakan tetapi saya mempunyai perancangan menambah ahli keluarga. Apabila berlaku pertambahan ahli keluarga, perbelanjaan akan meningkat. Seiring dengan itu simpanan kecemasan perlu bertambah. Selain itu, pertambahan simpanan kecemasan penting untuk memanjangkan kelangsungan hidup keluarga jika berlaku sesuatu yang tak diingini. Saya cadangkan setiap keluarga ada simpanan kecemasan sekurang-kurang 3 bulan pendapatan. Nak lebih selesa adakn lah sehingga 12bulan pendapatan. Kalau sebulan dapat jana pendapatan RM4k maka simpanan kecemasan untuk setahun adalah RM48k. 

Pelaburan
Jika anda belum ada apa-apa pelaburan. Inilah masa yang sesuai untuk anda mula membuat pelaburan. Bagi yang telah ada pelaburan, ini adalah masa sesuai untuk tambah pelaburan. Jangan guna alasan surirumah tak boleh buat pelaburan. Banyak jenis pelaburan yang boleh anda ceburi untuk menambah pendapatan. Tapi sebelum memulakan apa-apa pelaburan anda perlu menimba ilmu serba sedikit tentang pelaburan. Ada yang kata beli emas sebagai pelaburan..ok anda boleh pilih emas sebagai pelaburan sambil bergaya. Berikut adalah graf kenaikkan harga emas sejak 5 tahun lepas. Anda boleh nilai sendiri...

sumber: https://goldprice.org/ms/gold-price-history.html


Saya setuju jika anda kata harga emas berlaku kenaikan hampir setiap tahun. Tapi pada saya nak dapat pulangan besar dalam pelaburan emas, memerlukan modal yang besar. Sedangkan saya boleh jana pendapatan dengan modal serendah RM500 dengan ilmu dan guru yang betul dalam pelaburan saham. Anda boleh baca kisah bagaimana Srikandi Saham dalam buku Trade What You See memulakan pelaburan saham hanya dengan modal RM500. Nampak mustahilkan, tetapi jika kita betul belajar dari guru yang betul, Insya Allah boleh buat sebagaimana beliau.

Selain itu anda juga boleh melabur menggunakan sistem robo advisor seperti Wahed Invest, Stash Away dan beberapa lagi yang terdapat di Malaysia. Sebab utama kenapa saya pilih robo advisor adalah kerana saya tak pandai membaca kaunter saham lagi, masih belajar kata orang. Maka untuk tidak membuang masa dengan hanya belajar sahaja, saya pilih wahed invest sebagai sarang pelaburan awal. Sedikit perkongsian, saya telah mula melabur dalam wahed invest semenjak Febuari 2020 dengan modal permulaan RM100 Setakat 22 November 2020 pendapatan saya melalui wahed adalah seperti berikut 
Daripada RM100 modal saya telah bertambah RM50.36 dan penolakan RM1.20 bagi Wahed Fees. Cash Bonus adalah pendapatan dari referral code.

Anda boleh baca disini untuk tahu lebih lanjut tentang apa itu Robo Advisor dan pilihan robo advisor yang ada di Malaysia.

Bahagian pelaburan saya tak tekankan untuk pelaburan yang memerlukan modal besar, pelaburan modal besar seperti beli hartanah atau rumah agak sukar bagi yang baru nak mula berjinak dalam bidang pelaburan. Lagipun kita bercakap tentang nilai RM10k yang keluar dari KWSP.

Modal Perniagaan
Ramai kehilangan pekerjaan semenjak pandemic Covid-19 melanda dunia. Ada yang telah berniaga mengalami kerugian akibat pandemik ini juga. Bagi yang belum memulakan apa-apa perniagaan, jangan mulakan bidang perniagaan ikut-ikut orang...sebaliknya mulakan perniagaan dalam bidang yang anda ada kemahiran dan pengetahuan. Contoh, jika sebelum ini anda pernah kerja sebagai chef di mana-mana hotel (ramai pekerja hotel kena buang sebab tak ramai pelancong, maka buat perniagaan dalam makanan, makanan apa? ikut kepakaran anda, pakar masak apa? Itu bagi yang nak mula berniaga bagi yang telah ada perniagaan tetapi pendapatan terjejas akibat pandemic, seperti saya...saya cadangkan suntikan sebahagian modal anda kedalam ilmu. Belajar cara nak pasarkan barang dalam norma baru. Apa yang saya perasan, sejak pandemik melanda, pembelian secara atas talian meningkat. Sebahagian lagi gunalah untuk menambah aset perniagaan yang berguna atau modal pembelian produk anda. 

Sebelum covid melanda saya fokus kepada bidang design, tetapi sejak pandemik melanda saya mula menjual e-book Trade What You See, Trade What You See Prequel, Promo referral code Wahed invest dan sertai team Asmak. Selain buat design saya juga suka berkongsi tentang apa saya baca dan buat di blog ini. Saya menggunakan kemahiran bercerita dan mengedit gambar untuk mempromosikan link affiliate e-book dan referral code Wahed investment. Alhamdulillah pendapatan agak memberangsangkan. 

Ini contoh pendapatan satu bulan dari salah satu link affiliate e-book yang berjaya saya janakan. Bayangkan jika anda ada beberapa buah e-book untuk dikongsi link dengan orang ramai berapa pendapatan anda sebulan.


Hampir sebulan yang lepas saya mula Team Asmak Kak Rose yang menjual produk-produk Asmak. Saya sertai sebagai dropship sebagai permulaan. Kisahnya suami saya menggalakkan saya berkongsi kebaikan produk asmak terutama kepada anak-anak. Dulu hampir setiap bulan anak lelaki kena tonsilitis dengan demam yang tinggi, semenjak amalkan madu asmak dan minyak herba asmak, kekerapan terkena tonsilitis berkurangan.

Ini adalah artikel yang dikongsi dalam post terdahulu sebelum mengamal produk Asmak secara serius. Alhamdulilah sejak serius amalkan produk Asmak, Uwais belum menjejak kaki ke hospital atau klinik akibat tonsilitis. Terpaksa screenshot artikel ini sebab kalau share link FB akan block posting kali ini.


Jika anda berminat untuk dapatkan produk Asmak boleh buat pembelian di web berikut:

PRODUK BUMIPUTRA PILIHAN RAMAI IBU DI MALAYSIA


Apa yang saya nak kongsikan disini adalah, sebahagian wang KWSP itu dijadikan modal untuk membeli e-book atau produk yang akan kita jual. Kenapa kita kena beli dulu sebelum jual? Supaya kita tahu apa kita nak kongsikan kepada orang ramai. 

Rasanya itu sahaja perkongsian saya kali ini. Harap bermanfaat terutama kepada yang masih tercari-cari apa perlu buat andai layak keluarkan Wang RM10k dari akaun 1 KWSP. 

Sekian, terima kasih.


3 ulasan:

  1. bagus. kena ada plan, sekiranya layak utk withdraw.
    if not, 10k tu akan jadi bayang-bayang je.
    kejap jer hilang dari radar nanti hu hu hu hu...

    aida tiada perancangan pe pun :) tak layak.
    sebab xde kwsp pun. tetap dan berpencen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau macam tu, aida boleh tuntut hutang dari orang yang berhutang dengan aida dan layak untuk withdraw... (Mr.Y punya strategi..sbb dia pun mcm aida, tetap dan berpencen) hehehe....

      Padam
  2. Memang kena ada plan. Terutama simpan sebahagian untuk kecemasan. Kita pun tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang kan.

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik