Sabtu malam kami keluar beli barang dapur dan beberapa keperluan sekolah, sebagai bonus Mr.Y beli aiskrim sekali untuk makan esoknya. Waktu itu uzayr baru baik selsema dan batuk. Aku syak uwais berjangkit dari adik dia. Hari ahad uwais terus demam, manakala petang pula nampak dia agak penat bernafas tetapi masih aktif bermain dan berlarian. Mr.Y memang standby untuk apa saja situasi. Malam ahad aku ajak Mr.Y ke kedai jamu untuk beli Kapsul habbatussauda. Aku memang amalkan habbatussauda sejak beberapa tahun lepas. Tujuan utama adalah nak stabilkan susu badan dan tambah stamina dan kekebalan tubuh.
Baca juga:
Cara bagaimana aku mengurangkan kesan akibat cuaca panas terik kepada anak-anak sekolah.
Keluaran Al-hikmah 5 in 1 |
Yang ini tak pasti keluaran mana tapi Ini 3 in1 |
Ini memang habbatussauda sahaja, lepas makan memang rasa sangat kesan dia. Harga aku beli yang ni dalam RM12, keluaran Baraka |
Ini keluaran minsyam...nak kurang rasa dan bau herbanya boleh ambik ini. |
Baca Juga:
Dah buat analisis kewangan keluarga ke?
Ini pula keluaran al-madina. |
Ini lagi murah dari kapsul tetapi bau bila buka memang dah agak kuat. Harga RM22 sebotol. |
Apabila sampai rumah je, aku terus bagi budak-budak ini madu dititis dengan minyak habbatussauda. Anak-anak takut nak makan sebab ada bau, maka mak kena makan dulu lah. Dekat sini aku akui....lebih selesa makan yang dalam kapsul. Dalam setengah jam macam tu...aku tengok uwais dah ok...nafas tak ada nampak penat. Lega sangat kami suami isteri. Tapi isnin tetap kami tak bagi dia ke sekolah. Dekat bawah aku kongsikan khasiat minyak habbatussauda + zaitun dan madu za'faran.
Khasiat minyak habbatussauda +
zaitun
·
meningkatkan sistem pertahanan
badan
·
mencegah alahan
·
mencegah kanser
·
mengawal darah tinggi
·
mengelakkan radang sendi
·
mengurangkan risiko serangan
jantung
·
menstabilkan paras gula dalam
darah
·
menurunkan dan mengawal kolestrol
dalam badan
·
membantu meningkatkan imun sistem
badan
·
membantu menurunkan berat badan
Khasiat madu za’faran :
·
membantu menyembuhkan demam kuning
bayi yang baru dilahirkan
·
mencerdaskan minda, penyakit
radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
·
sebarang masalah kulit, menghindarkan
batuk dan selsema
·
sakit kepala atau migrane dan
asma"
·
muntah-muntah, penyakit buah
pinggang
·
sukar tidur malam (insomnia)
·
demam
·
memudahkan penghadaman,
menghilangkan bau mulut
·
membuang angin dan asid yang
berkumpul dalam perut
·
menambahkan tenaga zahir dan
batin
·
pertumbuhan akal dan fizikal bayi
serta kanak-kanak
·
awet muda dengan kulit cerah dan
bersih
·
bahan penenang bagi masalah
kemurungan & runsing
·
mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak
ketika tumbuh gigi
·
melancarkan perjalanan haid yang
tidak menentu
·
menguatkan ingatan dan
menghilangkan keletihan
·
menyembuhkan sakit perut, pening,
sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Sebagai rawatan alternatif dan langkah meningkatkan sistem imun badan kita semua. Keluarga kami tetap pergi ke hospital, makan ubat yang dicadangkan oleh doktor dan penuhi semua suntikan vaksin yang disenaraikan wajib oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
terbaik
BalasPadamkena pastikan tahap anak2 pada kadar optima pd musim wabak influenza ni..
BalasPadamBagus ada minyak ini dekat rumah.. kalau bebudak memang kurang gemar lah kalau berbau kuat ini..
BalasPadam