Seperti kita tahu nilao bacaan IPU ada beberapa tahap:
- 0-50 sangat sihat, maka semua orang boleh keluar.
- 50-100 adalah sederha sihat, kira masih selamat untuk menjalankan aktiviti luar.
- 100-200 adalah tak sihat, kurangkan anak-anak buat aktiviti luar dan jika anak sekolah, cikgu tak akan buat aktiviti luar.
- 200-300 pula adalah sangat tidak sihat, apabila bacaan IPU mencecah nilai 200 maka sekolah akan ditutup. Kenapa sekolah tutup sebab adalah sangat tidak selamat untuk berada diluar pada saat nilai IPU begini terutama bagi kanak-kanak dan orang tua.
- 300 dan ke atas adalah sangat berbahaya. Bila bahaya bukan sekadar orang tua atau kanak-kanak yang tak boleh berada diluar tetapi juga orang muda dan sihat.
Kembali kepada tajuk kita hari ini...Jerebu dan Face Mask. Kita sedia maklum dalam jerebu itu ada pelbagai benda halus yang tak nampak pada mata kasar. Dulu negara kita menilai jerebu sehingga PM10 sahaja, tetapi sekarang ia lebih maju dan nilai lebih kecil diambil kira. Sebagai langkah pencegahan partikel-partikel halus ni masuk dalam pari-paru maka kita pakai lah face mask atau topeng muka. Face mask ada beberapa jenis. Maka yang mana paling sesuai saat jerebu? Dekat sini aku cerita 2 jenis topeng muka yang glomour dan kebanyakkan orang tahu.
Ini yang kakak hana pakai semalam, kena ikat getah pasal telinga dah tutup dengan tudung. |
N95: Ini yang sesuai untuk musim jerebu, malangnya agak sukar di perolehi di kedai-kedai farmasi biasa. N95 pula ada 2 jenis, satu yang biasa warna putih manakala 1 yang warna hitam. N95 bewarna hitam adalah yang berkarbon dan selalu digunakan untuk kerja makmal yang melibatkan cecair berbahaya meruap. Jangan salah beli pula. Harga untuk N95 adalah lebih mahal. Selain itu saiz untuk budak pun jarang sangat di temui. N95 yang warna putih ada 2 jenis juga tahu, satu yang ada air purifying manakala 1 lagi tak ada air purifying. Sebab apabila pakai mask ini amat lah tak selesa dan rimas. Maka dibuat satu desing yang ada air purifying untuk sedikit keselesaan.
|
Humaira dan sumayyah pakai surgical mask sahaja. |
Hana pun sama |
Komen anak-anak ini bila pakai mask adalah, panas, susah bernafas dan tak selesa. Ini baru bagi surgical mask. Bayangkan kalau mereka pakai N95 yang tak ada air purifying, lagi kesian...
Itu saja perkongsian hari ini.
stay safe and take care yaaa. kita yg besaq ni pun lemas pakai mask, apatah lagi budak2
BalasPadamTq ain...ain pun sama..jaga diri musim jerebu ni...
PadamKesiannyaa. Harap2 cepat la jerebu ni reda :(
BalasPadamHarapnya jerebu ini cepatlah hilang..
BalasPadam