HARI BICARA AKADEMI 2019-SEKOLAH RENDAH AGAMA TENGKU AMPUAN JEMAAH-28 Jun 2019, hari jumaat minggu lepas aku pergi lah sekolah kakak untuk jumpa guru kelas. Kalau dulu ibubapa akan pergi sekolah untuk dapatkan keputusan peperiksaan anak atau dikenali juga sebagai 'report card day'. Bermula 2019 semua pelajar tahap satu tidak lagi dinilai berdasarkan peperiksaan. Maka diganti dengan nama HARI KEMENJADIAN PELAJAR bagi sekolah kebangsaan Sekolah agama pula bagi nama HARI BICARA AKADEMI.
Asalnya Mr.Y yang nak pergi tapi kerana Mr.Y ada meeting dan kesibukan, aku je lah pergi saat uzayr tidur. Uwais? Aku dah umpan dia awal-awal dengan ganjaran aiskrin. Bukan tak boleh bawak dia tapi sebab aku nak jalan kaki dan nak cepat. Biar dia duduk rumah je lah.
|
Pemandangan dalam bilik perjumpaan |
|
Barisan guru-guru yang mendidik.. |
Hasil perbincangan dengan guru, dapat lah tahu serba sedikit pasal anak dekat sekolah. Kesimpulannya aku sebagai mak bukan nak tahu sangat anak aku pandai apa, tapi aku lebih nak tahu bagaimana anak aku bawak diri dekat sekolah. Bagaimana pergaulan dengan guru dan rakan. Dalam kata lain, aku lebih nak tahu pasal akhlak dia di sekolah, akhlak diluar pemandangan ibu ayah.
Itu saja perkongsian subuh hari ini ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen yang baik-baik