Alhamdulillah..hari ini kita memasuki 5 Ramadan. Oleh kerana kesibukan masa dan kerja maka lambat lah kita ucap selamat berpuasa buat rakan-rakan blogger....
Bulan ramadhan adalah bulan mengumpul pahala..maka jangan lah kita persiakan...tahun ni juga merupakan tahun pertama kakak humaira berlatih berpuasa penuh sehari. Setelah 4 hari berpuasa, 2 hari kakak puasa half day. Bagi anak kecil seusia 7 tahun, bukan puasa yang perlu ditekankan tetapi solat. Kalau solat nya sempurna, puasa akan terlaksana tanpa perlu paksaan. Anak kecil yang perlu ditanam dan dipupuk di jiwa mereka adalah akidah kepercayaan kepada Allah.
Apa pun saya mendoakan agar kita semua berjaya mengharungi ramadhan kali ini dengan jayanya...Carilah malam al-qard....
Salam Ramadhan...
salam Ramadhan
BalasPadam