Ahad, Februari 03, 2019

Kenapa tak teruskan homeschooling....


Sewaktu bawak Uzayr ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, terserempak dengan kawan waktu dekat UKM dulu. Sekarang musim budak tak sihat, maka soalan yang ajukan adalah "kenapa datang klinik? Anak tak sihat ke?" hehhee...tapi bukan pasal kesihatan anak kita nak borak kali ni. Kita nak fokus kepada persoalan seterusnya setelah berborak bla..bla..bla...

"Buat homeschooling untuk anak-anak kat rumah ke?"

Jawapannya, sebelum usia 5tahun sahaja kita buat homeschooling, masuk usia 5tahun kita hantar playschool dan 6 tahun masuk tadika. Sebenarnya usia 5tahun kita hantar anak ke tadika tapi untuk main dan bersosial. Manakala 6 tahun baru kita mintak dia fokus sedikit. Banyak sebab kenapa tak teruskan Homeschooling mencapai usia 5tahun... iaitu:

Kemahiran bergaul dan berkawan

Apabila anak sentiasa berkepit dengan mak, walaupun kita bawak mereka ke majlis-majlis atau acara-acara mereka tak memberi respond yang bagus apabila ditegur oleh rakan dan saudara. Disitu kita dapat agak anak kurang pendedahan kepada teknik berkawan, bergaul dan bersosial. Kemahiran berkawan dan bersosial ini penting untuk masa depan mereka. Jika nak dikupas topik ini agak panjang. maka kita skip ok....

Keyakinan Diri 

Dirumah kita sukar melihat keyakinan diri anak-anak kerana mereka sentiasa berhadapan dengan orang yang sama. Tetapi apabila disekolah mereka perlu berhadapan dengan guru dan kawan-kawan. Aku tak malu mengaku yang kakak humaira memerlukan masa agak panjang untuk yakin berada dihadapan. Humaira mula sekolah umur 4tahun tetapi pada usia 5tahun setengah baru dia nak kehadapan apabila guru suruh ketuai bacaan ikrar. Saat ini, aku bersyukur sangat apabila cikgu dia mengatakan dia sudah yakin untuk kehadapan.

Displin

Displin dirumah dan di sekolah adalah berbeza. Mereka perlu tahu bahawa setiap tempat ada peraturan yang berbeza dan perlu dipatuhi.

Pengurusan Diri

Ada budak pada usia 4tahun masih belum pandai tukar pakaian sendiri, makan sendiri dan mandi sendiri. Sepatutnya jika anak kita normal dan tak ada masalah, semua kemahiran pengurusan diri asas telah dikuasai. Bab tak pakai pampers jangan kita cakap lah sebab ada budak usia 5tahun masih pakai pampers.


Oooppsss!.....Uzayr dah bangun..kita stop dulu ok...

4 ulasan:

  1. Singgah blogwalking sini..anyway perkongsian yang agak menarik untuk dibaca...😉

    BalasPadam
  2. Homeschooling tu sama dengan kerja rumah..

    istilah untuk saya yang tak sekolah tinggi.

    sepatutnya budak-budak yang masih kecil jangan terlalu berorientasikan pelajaran..

    lebihkan bermain dan skill untuk berkawan.

    itu yang terbaiknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tue tuan..budak-budak kita lebihkan kepada motor skill dan kemahiran asas...yang paling penting adab dan akidah kita perlu terapkan secara perlahan-lahan...

      Padam

Sila komen yang baik-baik