Jauh perjalanan luas pemandangan, maka bertambah lah kenalan dan pengalaman.
18.06.11 (5.00ptg) hantar hubby dan cik yam (mak zda) ke airport. Hubby ada kursus kat PD 2 ari. Selepas hantar hubby pegi ke sunway inn ambik barang zda dan balik rumah. Zda tido rumah mlm nie pasal esok saya nak ikut dia masuk sekolah. Sampai rumah baru perasan tayar kereta hubby pancit...hehehhe....
19.06.11 (5.30pg) Perjalan ke Sk nanga bangkit bermula bersama dengan cikgu Zda. Mengambil masa lebih kurang 2jam untuk sampai ke Song daripada jeti di bandar Sibu. Melihat dari cermin bot..hanya kelihatan kabus pagi. Setelah sampai ke pekan song, maka saya menemani cikgu zda bershoping barang dapur lah sedikit. Memasuki pasar, wah bau yang harum..daging bakar..skali tgk..babi panggang..terpadam niat nak makan...sementara menunggu AhHai, kami makan lah dulu..makan roti canai kosong. Menaiki perahu AhHai mengambil masa pun 2 jam untk sampai ke SK. Nanga Bangkit (SKNB). Jadi jumlah keseluruhan perjalanan adalah 2 jam.
(12.30tgh hari) sampai ke SKNB. Seterusnya memulakan langkah kaki memanjat bukit untuk sampai ke rumah cikgu zda. Cikgu zda berkongsi rumah dengan teacher nor dan berjiran dengan cikgu syak. Pada awal dengan penuh tenaga panjat tangga nie...lama..lama...
aku: zda, jauh lagi ke rumah u? (dgn nafas hampir putus)
zda: kita dah nak sampai, itu pintu rumah i.
Huh!!! lega mendengar nya...masuk rumah minum air terus tdo...penat giler rasa..2 lah lama sangat x bersukan. Malam nya aku teman zda ke sekolah. Tengok2 budak2 prep..
20.06.11 (6.00ptg) turun ke sungai...tengok2 sungai sambil berendam..best dapat berendam dalam sungai nie. Kerana cuaca kat area SKNB lagi panas berbanding cuaca di Sibu. Buktinya bibir aku kering sampai berdarah.
23.06.11 (1.30) perjalanan pulang ke Sibu. Menaiki perahu yang ditempah. Jumlah penumpang 5 orang. (zda, aku, nor, syak dan faizal). Masa mula2 datang naik perahu AhHai ada bumbung. tapi perahu ari nie tak ada bumbung. so faham2 sendiri lah mcm mana panas nyer. Sampai dipekan song sekitar jam 3.00ptg. Kat sini berkenalan dengan kawan2 cikgu yang lain. Ramai kawan2 mereka. Jam 4.00ptg mula menaiki bot express. Apa yang mencabar dan berbahaya kali nie, adalah kami terpaksa menaiki bumbung bot. Kerana bilangan penumpang yang ramai. Apa yang best? pemandangan dari atas bot ini menenangkan jiwa.
(6.00ptg) Hubby dtg jemput kat jeti...hubby tanya nape pakai blusher tebal sgt..(dlm hati fhm lah kulit ku merah terbakar) huhuhu...nasib 2 ari lps 2 hilang kesan terbakar 2.
Seterusnya kita tengok gambar k..
|
Gaya Atas bot 1 |
|
Gaya atas bot 2 |
|
Possing atas bumbung |
|
Another Nikon... |
|
view 1 |
|
View 2 |
|
SKNB dari rumah cikgu |
|
Sungai 1 |
|
View 2 |
|
Possing atas bumbung bot 2 |
|
Tayar Pancit....Baru test power buat driff skit...kalu x mst wat lg power.... |
|
Mcm nie cara makan roti canai di Song. |
|
Ini dalam AhHai... |
|
Ini dalam perahu tempah...mahal woo tambang ..RM50.... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen yang baik-baik