Jumaat, Februari 22, 2019

Sabtu, Februari 16, 2019

GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM

Assalamualaikum....




Mula-mula tengok nama domain, ingatkan pemilik adalah seorang lelaki..rupanya silap..perempuan...Menarik ni.

Secara keseluruhan blog, nampak simple dan senang mata memandang. Tahniah buat pemilik kerana berjaya memiliki domain baru sendiri.. Harap-harap satu hari yamanaimy pun ada domain sendiri.

25.11.2018....double birthday

Ini lama punya cerita...hanya nak upload dan simpan sini.


Bila ummu kata, ummu bg ucapan pada gambar sahaja untuk birthday abi, kakak humaira pun nak jugak. maka ummu suruh dia buat ayat sendiri. Gambar ummu tolong edit.


Jumaat, Februari 15, 2019

Program Khatam Quran dan Illmiah

TAK ADA PLAN LAGI NAK KE MANA-MANA HUJUNG MINGGU NANTI, APA KATA KITA KE MASJID KAMPONG BHARU… NAK TAK?

Di sini, ada satu peluang untuk anda beramai-ramai ke majlis ilmiah yang telah kami sediakan. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah kami susun sepanjang program Khatam Al-Quran Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2019.

Jom sama-sama memeriahkan program ini pada:
⌚ 17 Februari 2019 (Ahad)
⌚ 8:30 Pagi - 4:30 Ptg
⌚ Masjid Jamek Kampung Baru, Jalan Raja Alang, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Jangan berlengah lagi, jom rebut peluang ini & sertai semua aktiviti yang kami sediakan adalah PERCUMA!!!
⌚ 09:00 AM (Pertandingan Mewarna, Jualan Halal Food, Memanah)
⌚ 10:00 AM (Qasidah)
⌚ 11:30 AM (1 Jam Bersama MUFTI Wilayah)
⌚ 02:30 PM (Khatam Al-Quran)
⌚ 04:00 PM (Bacaan 15 Surah Terakhir Bersama YB Menteri Wilayah, Agihan Bubur Lambuk)




Bersemangat nak join pertandingan mewarna ni...tunjuk dekat kakak hana dan kakak humaira..teruja sangat dorg...

Syarat pertandingan pun mcm best.

Kalau anak-anak semangat nak join pertandingan mewarna, abi pulak semangat nak jumpa mufti wilayah.ehhehehhehe....




Khamis, Februari 14, 2019

Induce bersalin guna belon...

Al-kisah bulan lepas kita dapat anak buah baru..nama Aisy Yusof. Sedapkan namanya... Malam kita hantar massage tanya kakak ipar dah bersalin belum. Dia balas,

"Belum, sakit sangat induce guna belon ni."

Aku pulak blur, induce pakai belon...benda apa tu...setahu aku induce guna ubat masuk dekat pintu rahim je... tak pernah tahu pulak pasal belon ni. Tengah malam aku google, cari maklumat pasal belon ni.



Rupanya ramai jugak rakan blogger yang pernah induce guna belon ni....

Macam ni lah rupa belon tu...

Sebab aku tak ada pengalaman induce, maka aku tanya balik kak ipar, mana sakit induce ubat ke pakai benda tu..dia jwb pakai belon sakit lagi...kagum sekejab dengan mak-mak yang bersalin induce. Sebab dorg terpaksa memaksa sakit datang untuk bersalin.