Selasa, Jun 30, 2020

Akhirnya .... www.yamanaimy.com

Assalamualaikum dan salam semua..secara rasmi hari ini yamanaimy.blogspot.com bertukar kepada yamanaimy.com. Sebenarnya niat nak tukar nama blog baru je muncul beberapa minggu lepas. Tapi sebelum tukar aku cari info dahulu tentang beberapa hal. Antaranya:
  • Adakah layout blog akan bertukar atau jadi kucar kacir
  • Adakah artikel-artikel aku akan hilang 
  • Adakah adsense akan terpengaruh
Last sekali adakah aku kena tukar hostingnya. Ini yang aku paling malas sebab selalu kalau tukar mesti kena buat balik macam buat baru. Maka aku follow tutorial blog yang banyak dekat internet, taip saja apa persoalan yang muncul dalam kepala dan study mana yang mahal, mana yang murah, mana yang service terbaik. Akhirnya aku decide nak beli dekat 

Alhamdulillah...

Sabtu, Jun 27, 2020

Bila kita ada niat, Allah akan tunjukkan jalan....

Baru-baru ini Mr.Y kenalkan satu e-book serikandi saham. Bila sebut serikandi aku terus terbayang pejuang wanita. E-book ini adalah kit permulaan bagi mereka yang tak pernah belajar atau tahu pasal saham. 



Sebelum ini Mr.Y pernah suarakan untuk aku sertai mana-mana seminar asas tentang pelaburan dan perniagaan, aku sendiri pun sebenarnya ada berhajat untuk belajar semua itu tapi yang sering menjadi kebimbangan aku adalah dengan siapa aku nak tinggalkan anak-anak (bukan aku je aku rasa, semua surirumah sepenuh masa rasanya). Jika kelas dibuat pada hujung minggu boleh tinggalkan dekat Mr.Y (kalau dia tak ada hal), tapi kalau kelas, seminar atau kursus memakan masa 3-4 hari, kena kerja, dekat siapa aku nak tinggalkan anak-anak. 

Bukan tak boleh aku nak tinggalkan dekat mak, tapi arwah cik berpesan....jangan tinggalkan anak-anak lama-lama dekat ibubapa sendiri ataupun ibubapa mertua. Jika nak tinggal setakat dua atau tiga jam bolehlah. Tapi jangan lupa beli sedikit buah tangan untuk mereka sebagai hargai jasa mereka. Ibubapa kita telah penat menjaga kita sewaktu kecil, usia tua mereka untuk mereka nikmati apa yang mereka suka dengan kudrat yang mereka miliki. Macam mak suka memasak, maka dia akan memasak dan edarkan masakan kepada jiran-jiran. Arwah cik dulu pula suka pergi kelas-kelas belajar. 

Sebenarnya, aku pernah beberapa kali kena tegur dengan Mr.Y sebab cakap nak tinggalkan anak-anak sementara dekat mak. Ayat dia memang makan dalam, "awak ingat mak tu orang gaji ke nak tinggal anak lama-lama untuk dia jaga, ingat pesanan cik jangan tinggal anak-anak lama-lama dekat mak bapak." Bila dia bagi ayat itu, aku diam dan batalkan niat lah nak buat apa-apa yang makan masa lama. Jika urusan itu penting dan aku tak boleh buat pada hujung minggu, maka Mr.Y akan ambil cuti. 

Bila kita telah ada niat, dan kita cuba untuk berusaha untuk memenuhi niat tanpa melukakan mana-mana pihak. Allah pasti dengar masalah kita. Dalam kes aku, Wahed invest menjadi pentas pertama untuk aku melabur tanpa perlu kaji trend naik turun pasaran saham, Ini kerana Wahed invest adalah robo advisor. Aku ada cerita dekat sini kenapa aku sertai wahed invest.

Wahed invest adalah pelaburan halal patuh syariah, Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus penyertaan.Untuk tempoh masa terhad 21-28/6/2020 wahed invest memberi bonus sebanyak RM40. Kod Jemputan: norbin136

Bila dah mula melabur dalam wahed dan nampak kelebihan pasaran saham, maka niat dan perasaan nak belajar tentangnya bertambah kuat. Maka Allah temukan aku dengan e-book srikandi saham melalui Mr.Y. Bahkan semua urusan pembelian e-book ini dilakukan oleh Mr.Y, dia tahu kalau suruh bini dia ni, makan masa lama nak dapat. Apabila bahan dah ada didepan mata, apa lagi bacalah.

Melalui e-book ini banyak benda aku dapat belajar disamping kos yang lebih rendah dikeluarkan. Jika aku sertai mana-mana seminar maka aku kena keluarkan kos yang lebih mahal. Pendaftaran seminar saham asas sahaja boleh cecah beratus. Selain itu aku boleh baca bila aku ada kelapangan (kena pandai cari masa lapang ye, sebab kerja surirumah tak akan pernah habis, lagi-lagi kalau anda buat bisnis sendiri). 

Beli ebook dengan link saya di bawah.
Ayuh segera dapatkannya!






Khamis, Jun 25, 2020

Penyucian Harta Keberkatan Rezeki

Harta yang berkat adalah apabila kita merasakan harta itu tidak pernah berkurangan. Bagaimana untuk mendapat keberkatan harta adalah dengan menyucikan ia. Bagaimana nak cuci harta ini? Jawapan sangat mudah, iaitu dengan mengeluarkan zakat. 

Flower Hands Giving - Free photo on Pixabay

Zakat Pendapatan

Ada banyak jenis zakat yang kita tahu.Cuma yang sering bayar tahunan masa raya adalah zakat fitrah Mr.Y bayar untuk 7orang tanggungannya.

Maka ada ke zakat untuk surirumah bayar?

Zakat pada adik beradik yang susah pun boleh.

Kalau bekerja boleh buat zakat pendapatan potong gaji setiap bulan.

Contoh potongan zakat pendapatan kalau Gaji 5000* 2.5% = Rm125 sebulan

Maka sekecil kecil usaha kita dengan  bertanyakan atau menyuruh para suami buat zakat pendapatan mereka. Kita ingatkan agar dapat sucikan duit yang diterima dan rezeki pun lebih berkat.

Okay Selamat beramal.

Rabu, Jun 24, 2020

e-book serikandi saham

Saham saham saham 
Boleh ke surirumah belajar saham?

Ada ke saham beli dari rumah?

Baik belajar dulu..Kat Mana nak belajar semua bagai.

Buka akaun CDS online?
Beli kaunter mana?
Modal berapa ribu?


Beginilah Cik Aini malas nak cerita panjang baik follow FB serikandi saham.

Beli ebook dengan link saya di bawah.


Beginilah surirumah buat modal saham.

Siapa ingin belajar Saham boleh follow Serikandi Saham.

Ebook mampu milik buat semua 

Melabur saham bunyinya agak janggal buat ramai orang di luar sana.Tapi sejak PKP ni ramai guru saham keluar.

Baguslah rancakkan pelaburan Malaysia.

Buah tangan pertama Serikandi Saham ini bertajuk Trade What You See. Berbentuk pdf, khas untuk TBNU (Trader Baru Nak Untung) yang mahu belajar dan telah bersedia untuk menjadi salah seorang pelabur di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Mengapa anda perlu memiliki buku Trade What You See ini? 

1. Buku ini sangat sesuai dipelajari oleh seisi rumah, hatta suri rumah pun mampu memulakan pelajaran saham dengan memiliki buku ini. 

2. Modal yang sangat rendah. Kelas-kelas saham lain Mahal.

3. Pelaburan saham bermula dengan modal serendah RM500-RM1,000. 

Ayuh mulakan langkah pertama anda dengan memiliki ebook ini. Ebook ini berharga RM138, namun untuk 188 orang pembeli terawal, ebook ini akan dijual pada harga istimewa iaitu serendah RM88 sahaja.

🔆INGAT HANYA 188 PEMBELI TERAWAL SAHAJA YANG AKAN MENDAPAT HARGA RM88 

Setelah itu, harga akan meningkat naik. 🥶

Ayuh segera dapatkannya!


Bismillah, jom beli.

Cik Aini
Surirumah Mr.Y

Selasa, Jun 23, 2020

Surirumah belajar Beli Rumah Subsale

Surirumah belajar Beli Rumah Subsale

Assalamualaikum dan salam semua. Sebelum ini aku ada kongsikan Macam mana kami rancang pembelian rumah ke dua. Kali ini aku nak share ilmu hartanah lagi iaitu apa yang aku dapat bila belajar beli rumah subsale. Pada peringkat awal Mr.Y akan sediakan bahan bacaan berkaitan hartanah dan seangkatannya. Ini supaya apabila berbicara tentang hartanah, aku tak lah zero knowledge. Walaupun aku tak fokus membaca dan tonton video 100% tapi dapatlah juga sikit-sikit ilmu itu. Step seterusnya Mr.Y libatkan aku dalam proses pembelian rumah. Tahun 2016 beli rumah dari pemaju, manakala 2019 aku belajar beli rumah subsale pula. 

Gambar 1&2: Aku ikut Mr.Y ke LHDN untuk selesaikan beberapa hal berkaitan rumah. Gambar 3&4: Isi perut setelah selesai urusan dekat LHDN, tgh makan kakak call buat laporan adik-adik mandi hujan.

Berikut adalah beberapa hal yang perlu kita ambil tahu apabila membeli rumah subsale.

Apa yang perlu disediakan
1) Down payment 10%
2) Lawyer fees 5%
3) Valuation Rm800-1000

REN
Bayar 3% pada REN..Real Estate Agent jangan bayar pada owner.Sekali dia tak jadi jual duit pun burn.
Confirmkan no REN berdaftar dengan company.Jadi anda berurusniaga dengan REN yang sah bukan acah acah ejen hartanah atau scam alfafa.

Lagi 7% bayar lepas or masa sign SNP.


BANK
Urusan Bank dan Pinjaman
Cari pinjaman di Bank terpilih or suruh REN carikan sebab mereka ada contact. Bank akan keluarkan offer letter.Kalau masa bincang setuju nak masukkan duit lawyer dalam loan so semua akan masuk termasuk Takaful.

LAWYER
Lawyer Bank akan berusan dengan Bank SNP..
Duit pinjaman akan direlease melalui lawyer.Peminjam tak perlu pergi keluar duit kat bank lepas tu transfer pada lawyer.

OWNER/SELLER
Owner lama akan kemukakan semua bill yang telah siap bayar..jika semua selesai satu tarikh akan diberi untuk penyerahan kunci serta baki bayaran akan direlease kepada bank penjual.

Semak semua bil yang owner kata da selesai iaitu bil TNB, bil air, bil IWK, bil maintenance , cukai taksiran dan cukai petak.

KITA/BUYER
Bila dah dapat kunci boleh cari penyewa.
Tenancy agreement link disini
Stamp duty di LHDN download digital franking.
Check setiap bulan or kutip sewa setiap bulan.

Selamat Membeli rumah Subsale