Khamis, November 07, 2019

Renungan subuh-ALLAH AMPUNKAN DOSA...

RENUNGAN SUBUH *09 RabiulAwal 1441H* Khamis 07/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*ALLAH AMPUNKAN DOSA MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH SERTA MENDAPAT SEBAIK2 PEMBALASAN*

Firman Allah SWT

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُكَفِّرَنَّ عَنۡهُمۡ سَيِّـَٔاتِهِمۡ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَحۡسَنَ ٱلَّذِى كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan.

Al-Ankabut ayat 7

*_#JomBersamaBeramalSoleh_*

Rabu, November 06, 2019

Kedai Sup Kaki Ayam Mok Ani


Apa perasaan anda melihat colek dan dan kaki ayam di atas. Balik ke kampung hujung minggu lepas berpeluang menikmati colek dan sup kaki ayam yang amat murah dan sedap. Terima kasih kepada adinda-adinda kesayangan yang bawa ke kedai mok ani ni.

Kedai sup kaki ayam mok ani terletak di Kampung Kubang Tepak. Kira aku dalam perjalanan balik dari Felda Bukit Bading ke Kampung Beladau Kolam, akan lalu kampung ini lah.


Pada pendapat aku,ini lah rasa colek dan sup yang tak akan aku jumpa di tempat lain selain Terengganu. Maka amatlah puas hati setelah sekian lama tak menikmati sup dan colek dari tanah tumpah darah airku ini. Kalaulah perut belum kenyang pasti aku mintak beberapa mangkuk lagi. Harga colek satu mangkuk hanya RM2 manakala sup pula RM2.50. Selain colek dan sup kaki ayam, kedai ini turut sediakan menu lain seperti mee sup, mihun sup,nasi air dan beberapa menu lain lagi.

So kepada sesiapa yang melawat Terengganu, jangan lepas peluang nikmati colek dan sup Terengganu.


Renungan Subuh-BERAMALLAH, WALAU SEKECIL APAPUN KADARNYA

RENUNGAN SUBUH *08 RabiulAwal 1441H* Rabu 06/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*BERAMALLAH, WALAU SEKECIL APAPUN KADARNYA..!*

#NotaTerjemahanBroSyarief (251118) 041119

‘Adiy ibn Hatim - radhiyalLaahu ‘anhu-, katanya: RasululLah - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam - bersabda;

‎مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إلاَّ سَيُكَلِّمُهُ رَبُّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وبَيْنَهُ تَرْجُمَانٌ،

Tiada seorang pun dari kalangan kalian, kecuali Tuhannya akan berbicara langsung dengannya tanpa ada penterjemah di antaranya dan Tuhannya.

‎فَيَنْظُرُ أَيْمَنَ مِنْهُ فَلاَ يَرَى إلاَّ مَا قَدَّمَ،

Dia akan melihat ke kanannya, dia tidak mendapati melainkan (semuanya merupakan rekod) apa yang telah dilakukannya (di dunia),

‎وَيَنْظُرُ أشْأَمَ مِنْهُ فَلاَ يَرَى إلاَّ مَا قَدَّمَ،

Kemudian dia melihat pula ke kirinya, dia tidak mendapati melainkan (semua rekod) apa yang telah dilakukannya (di dunia).

‎وَيَنْظُرُ بَيْنَ يَدَيْهِ فَلاَ يَرَى إلاَّ النَّارَ تِلْقَاءَ وَجْهِهِ،

Lalu dia memandang ke hadapannya, dia mendapati api neraka benar-benar berada dekat di depannya.

‎فَاتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ.

Maka, perhatikanlah (amalmu, agar tidak terjerumus ke dalam) api itu, walau sekadar (bersedekah) dengan separuh buah kurma”

‎مُتَّفَقٌ عَلَيهِ

[HR al-Bukhari & Muslim]

Pengajaran:

(1) Beramallah walau sekecil apapun amalan dan sumbangannya, dengan ikhlas dan konsisten. Diiringi dengan usaha menambah baik kualitinya, ketekunannya, dengan menambah ilmu kefahamannya.

(2) Akhirat itu pasti. Syurga dan neraka itu pasti. Jadikan ia titik motivasi agar tidak mudah berputus asa atau tertipu dengan kehidupan yang sementara di dunia ini.

(3) Rasa takut & bimbang itu perlu pada kadarnya untuk mendorong kita agar terus memperbaiki diri, berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meraih redha-Nya, walau apapun halangannya.

*_#SetiapAmalanAkanDihitungWalauSekecilZahrah_*
*_#JomPerbaikiDiri_*

Review Riverview Homestay, Dengkil Selangor

Assalamualaikum, kali ini nak share homestay yang menarik, selesa dan memuaskan hati kami sekeluarga. Promo kat bawah aku copy paste dari FB post RIVERVIEW HOMESTAY DENGKIL

Menarikan...ok kat bawah aku share beberapa keping gambar sekitar homestay.


Kolam yang luas tetapi kalau di letak pembahagi antara bahagian dewasa dan kanak-kanak lebih baik. 

Ruang BBQ dan memasak yang selesa.

Nak masuk akan jumpa sekolah ini dahulu.
Selepas sekolah, akan jumpa simpang ke kanan..tapi teruskan, jangan masuk kanan.


Ini lah pagar homestay. 
 Kami pilih homestay jenis patin yang ada 5 bilik. Setiap bilik ada bilik air sendiri. Ciri ini amat lah aku suka. Tak adalah susah-susah nak keluar bilik kalau nak mandi or apa-apa projek di bilik air. Ruang tamu yang luas pulak boleh lah anak2 berlari-larian. Rasanya itu je lah perkongsian kali ini.

Selasa, November 05, 2019

Renungan subuh-Bersama Amalkan Dhuha

RENUNGAN SUBUH *07 RabiulAwal 1441H* Selasa 05/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*Bersama Amalkan Dhuha*

“Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap thalil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagi ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha” (Hadis Riwayat Al-Bukhri dan Muslim)

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya, nescaya diampuni Allah segala dosanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

*_#LazimiDhuha_*
*_#JomPerbaikiDiri_*