24 April 2015, seminar zero to hero bersama suami tercinta. Banyak ilmu yang diperolehi selain seminar ini juga turut "recharge" balik semangat dan keingin untuk lebih maju dalam hidup.
Antara point yang di dapati adalah:
Jika inginkan perubahan,maka kita perlu berubah dahulu.
Dalam apa-apa sahaja ilmu perlu ada mentor @guru, begitu juga perniaga lain, wujudkan zon selesa dengan kenalan baru atau lama. Bila suasana selesa, insyalah mudah untuk memperkenalkan produk perniagaan.
Apa matlamat sebenar kita dimuka bumi. Best quote from my love:
"Saya bukan sahaja mohd yaman bin idris yang lahir di kg.baru,kl tetapi saya adalah seorang insan yang lahir dari perut ibu saya sebagai seorang khalifah yang perlu membantu orang disekeliling saya. Serta menjadi seorang yang bermanfaat kepada orang lain."
Jangan sesekali kondem perniagaan atau minat orang lain.
Terus menanam sifat kasih sayang antara insan...
Teruskan berfikir kerana orang yang berhenti berfikir adalah orang mati.
Perlu ada mentor atau guru dalam apa jua bidang ilmu. Jika ingin berjaya cari orang yang telah berjaya dalam bidang yang kita ceburi.
Yakin dengan apa yang kita usahakan, jika kuat keyakinan maka insyalah akan ada hasil yang positif.
Jangan pernah merasa rugi melaburkan wang dalam mencari ilmu. Ilmu tak akan basi...tanpa ilmu yang betul, wang yang banyak boleh jadi sedikit, tapi dengan ilmu wang yang sedikit boleh jadi banyak.
Macam mana kita memperkenalkan diri sendiri kepada individu. Jangan pernah merasa rugi menghulurkan senyuman dan salam....