Memaparkan catatan dengan label Menu & Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menu & Resepi. Papar semua catatan

Rabu, Mac 11, 2020

Burnt Cheesecake viral...bila nak buat ni...

Minggu lepas sambil lepak dengan 
Mr.y...dia cakap bila nak buat Burn Cheese cake? Aku pun bagitahu lah... Cream Cheese mahal bukan macam 3-4 tahun lepas. Tak sampai RM 8 untuk 250g. Sekarang dekat RM10. Macam berkira gila kan... Mr.Y pun kata..sekali sekala tak apa.

Maka kita pun beli lah barang-barang... Dah beli barang bila nak buat. Aku simpan resepi yang dapat dari FB resipi air fryer malaysia dulu.

Terima kasih buat yang share resepi.

Ya allah berikanlah kerajinan buat kami. Moga terjadilah resepi air fryer ini.

Selasa, Mac 10, 2020

Resipi Kek Pisang Tanpa Telur Kukus Boleh...Bakar pun boleh...


Semalam nampak pisang dalam peti...maka rajinkan diri mengodek si pakcik google untuk cari resepi apam...mak cakap buat apam pisang kukus lah. Aku tanya ada kelapa tak? Dia kata kelapa parut ada. Cari-cari tak jumpa...yang jumpa ada lah resepi di bawah.

Baca Juga:

Ayam percik air fryer


Resipi Kek Pisang Tanpa Telur Kukus Boleh...Bakar pun boleh..

Bahan-bahan

  • 1cawan pisang yang telah dilecek
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan minyak
  • 2/3 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Secubit garam
Cara-cara
  • Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. 
  • Bahan yang telah diayak dicampur dengan senua bahan-bahan lain.
Baca juga:

Review : Elba Air Fryer

Kalau kukus

  • Masukkan adunan dalam bekas kuih lompang
  • Kukus selama 15minit
Kalau bakar guna airfryer
  • Masukkan dalam bekas muffin yang saiz s
  • Preheat airfryer pada suhu 165
  • Selesai preheat, bakar lah kek pisang itu selama 12minit.
Selamat mencuba.

Sabtu, Februari 29, 2020

Resipi kari kaki ayam tanpa santan noxxa

Assalamualaikum..semalam kita buat kari kaki ayam. Selalu buat sup kaki ayam je..bosan pulak. Maka kita ubah lah...


Kalau tak faham sangat tengok video, meh kita share resipi kat sini

BacaJuga:

Nasi ayam masak kurang sejam


Bahan-bahan
  • 1/2 kg Kaki Ayam
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 5ulas bawang merah*
  • 2ulas bawang putih*
  • 1//2" halia*
  • 1 batang kayu manis
  • 2kuntum bunga lawang
  • Air
  • Garam
  • Daun Kari
  • Minyak masak
Baca Juga:

Resepi: Vanilla Muffin with Blueberry Filling

Cara-Cara
  • Bahan bertanda ditumbuk (Tips: kena tumbuk nak bagi rasa lagi sedap), setelah tumbuh maka gaul dengan rempah kari.
  • Pasang periuk Noxxa pada butang 'Dtir Fry" dan setelah semua air kering masukkan minyak masak (Tips: kalau nak sedap lagi campurkan sedikit minyak sapi, kali ini aku tak letak sbb dah habis).
  • Apabila minyak panas, masukkan dahulu kayu manis dan bunga lawang dan tumis sehingga naik bau.
  • Apabila bau telah naik maka boleh masukkan bahan yang ditumbuk serta rempah kari. Tumis sehingga naik bau dan masukkan daun kari. (Tips: Daun kari perlu dimasukkan bersama-sama batangnya sekali)
  • Tumis bahan-bahan tersebut sehingga pecah minyak. Apabila telah pecah minyak masukkan kaki ayam dan digaul sekata.
  • Setelah itu masukkan air, jumlah air adalah mengikut kesukaan anda, nak kuah cair lebihkan air nak pekat sikitkan air. Biarkan mendidih.
  • Setelah mendidih tutup fungsi 'Stir fry' pada periuk Noxxa dan tutup penutup periuk. Pastikan tombol wap dalah keadaan 'close'.
  • Setelah itu set masa 30minit pada butang 'high pressure' di periuk Noxxa.
  • Setelah selesai 30minit buang wap air dah buka lah penutup.
  • Masukkan garam dan boleh hidang kepada keluarga.

Rabu, Februari 26, 2020

Ayam percik air fryer

Hari ini kita berpeluang membuat ayam percik tapi versi guna air fryer. Bahan-bahan yang digunakan adalah sama seperti yang aku letak dalam post terdahulu. Rujuk disini

Resepi: Ayam Panggang @ Ayam Percik Terengganu 


Apa yang beza kali ini adalah, aku guna airfryer Elba untuk panggang. Aku copy balik bahan dekat sini. Lebih senang kot.


Bahan-Bahan
  • Setengah ekor ayam (potong 2)
  • 1batang Serai (ketuk)
  • 2ulas bawang merah*
  • 1ulas bawang putih*
  • 1/2 " kunyit hidup*
  • 1/2 " halia *
  • sedikit Lengkuas
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • santan (guna 1/2 kotak santan segera yang kecik)
  • 1 keping asam keping/ sedikit air asam jawa
  • 2 sudu makan cili giling/kering kisar
  • Sedikit minyak (tambahan)
Cara-cara 

  • Ayam dilumur dengan serbuk kunyit dan garam-biar sekejab 
  • Sementara tunggu ayam perap, tumbuk semua bahan bertanda
  • Preheat airfryer pada suhu 180℃. Setelah siap masukkan ayam dan bakar selama 10minit setiap bahagian.
  • Dalam periuk tumis sekejab bahan tumbuk bersama cili giling/ cili kisar dan serai tadi.
  • Kemudian masukkan santan cair, setelah mendidih masukkan asam keping dan santan.
  • Perasankan, dah elok kuah pekat cantik boleh tutup api dan letak tepi.
  • Curah kuah yang telah masak keatas ayam  yang dah siap masak dekat airfryer dan panggang lagi dalam airfryer selama 5minit pada suhu 195℃
  • Ulangi langkah diatas pada bahagian yang satu lagi.
  • Akhir siap, maka boleh hidang  bersama kuah dan sedia untuk dimakan dengan nasi panas serta ulam timun.

Sabtu, September 07, 2019

Menu kopi popular oleh Arissto

Minuman kopi ada pelbagai jenis dan rasa. Hampir setiap negara ada resepi pembuatan kopi dan airnya yang tersendiri. Kopi paling sedap untuk dinikmati dikala masih panas dan pastinya awal pagi. dekat bawah ada menu kopi yang popular di seluruh dunia menggunakan kapsul kopi Arissto.


Kalau berminat,tekan je link kat bawah ni..

#hantukopi
#MesinKopiPremium

Resepi Muffin Coklat Cip


Assalamualaikum. Ini adalah resepi mufin coklat cip yang selalu aku guna kalau nak buat lah. Aku lebih suka buat mufin berbanding kek sekarang sebab ia mudah dan lebih ringkas. Terus kepada resepi kita.

Bahan-Bahan

  1. 1 1/2 cawan tepung gandum*
  2. 1/2 cawan serbuk koko*
  3. 1sk soda bikarbonat*
  4. 1sk Baking powder*
  5. 3/4 cawan gula perang
  6. 1/4 cawan minyak sayuran (aku selalu guna minyak masak kat dapur tu je)
  7. 1 cawan susu cair
  8. 1biji telur
  9. Sedikit asen vanila
  10. 1/2 cawan coklat chip.
  11. secubit garam
  12. Cup Muffin
Cara-cara
  1. Bahan bertanda * perlu diayak 2 kali agar mufinnya cantik mengembang dan lebih gebu.
  2. Gaul bahan yang diayak dengan gula perang sehingga sekata.
  3. Pukul sedikit telur dengan garfu, tak perlu sehingga kembang.
  4. Campurkan telur, susu cair, minyak dan asen vanilla sehingga sekata.
  5. Masukkan bahan-bahan cair kedalam bahan kering. Gaul biar sekata, kemudian masukkan setengah coklat chip. Coklat chip yang selebihnya digunakan untuk hiasan. 
  6. Masukkan sedikit garam dan gaul
  7. masukkan adunan ke dalam cup mufin. Jumlah muffin yang diperolehi berdasar saiz cup.
    • Saiz L - 6 biji
    • Saiz M - 12 biji
    • Saiz S - 20 biji
  8. Panaskan Air fryer pada suhu 160°C. Apabila telah siap maka bakar selama berikut:
    • Cup saiz L- 15-18minit
    • Cup saiz M - 12minit
    • Cup saiz S- 10minit

Jumaat, September 06, 2019

Singgang Ayam

Assalamualaikum, siapa pernah dengar dan cuba singgang ayam. Aku sebagai rakyat jati terengganu tak pernah dengar dan cuba singgang ayam. Tahu akan kewujudan pun apabila kakak aku share resepi dekat group whatsapp. Maka dengan gigih aku study lah cara buat singgang ayam ni.


Cara buat macam masak singgang biasa je, cuma ganti ikan dengan ayam. Sebenarnya sampai hari ini aku belum lepas lagi buat singgang ikan, daging atau sotong. Sekarang tambah singgang ayam pulak. Selalu kalau nak makan singgang aku suruh adik atau kakak aku buat. Erm...sedapnya singgang cicah budu.

Jumaat, Ogos 30, 2019

Resepi: Vanilla Muffin with Blueberry Filling

Cubaan pertama buat muffin vanila dengan blueberry filling. Rasa ok tak teruk sangat tapi blueberry itu macam bukan filling je...lebih kepada topping...Resepi kat bawah...

Bahan-Bahan

  • 3sudu besar butter
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1biji telur
  • 1/2cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • sedikit asen vanilla
  • secubit garam
  • jem blueberry



Cara-Cara
  • Pukul butter dan gula sehingga kembang, masukan telur dan susu cair biar sebati, asen vanilla & garam juga.
  • Guna teknik kaup balik masukkan tepung.
  • Masuk dalam pipping bag dan pipe kan kedalam cawan muffin
  • Kemudian pipekan jem ke tengah adunan
  • Bakar dalam airfryer pada suhu 160° C selama 10minit.
p/s: dah masak jangan terus makan sebab jem itu sangat panas, tunggu sejuk sebentar.

Khamis, Ogos 15, 2019

Resepi Teh Tarik Arissto & Chicken Wrap

Asssalamualaikum, pagi tadi berpeluang menyiapkan sarapan pagi untuk Mr.Y sebelum pergi kerja. Menu yang kita sediakan pagi ini adalah teh susu yang ditarik menjadi teh tarik dan chicken wrap.
Kenapa teh susu jadi teh tarik? Sebenarnya Mr.Y bukan peminat teh, tapi aku nak tahu bagaimana bau dan rasa teh THE KING ARISSTO ini. THE KING ARISSTO adalah teh hitam asli tanpa campuran apa-apa bahan lain. Maka aku buat jugak tanpa letak susu pekat sebab Mr.Y dalam proses mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman. Mr.Y rasa sikit dia kata, "awak minumlah." Aku pun bau dan rasa sikit, hurm....bau teh kuat, rasa pahit macam sesuai sangat buat teh tarik. Tak tunggu aku terus ambil susu pekat satu sudu kecil dan mula tarik.  Wow!!! rasa hampir sebiji macam teh tarik kedai mamak, agaknya mamak kat kedai tu pakai teh hitam buat teh tarik.

Teh Tarik Arissto

  1. Brew small cup kapsul The King
  2. 1 sudu kecil susu pekat manis (ikut manis mana yang kamu suka)
  3.  1/4 cawan susu segar  yang dipanaskan, jangan sampai mendidih. (susu boleh tukar kepada susu cair atau susu penuh krim)



Campurkan semua kedalam cawan, sekarang ia menjadi teh susu. Untuk menukarkan kepada teh tarik, maka boleh lah tarik kepada seberapa banyak buih yang kamu nak. Sebenarnya buih akan lebih banyak dan bertahan lebih lama jika kandungan susu pekat lebih banyak.


Chicken Wrap


  1. kepingan tortila/wraps
  2. Isi ayam yang dipotong kecil
  3. tomato yang di potong keping
  4. daun salad dipotong
  5. kobis dipotong (aku guna kobis ungu)
  6. bawang besar di potong
  7. serbuk lada sulah
  8. serbuk lada hitam
  9. mayonis
  10. oregano
  11. minyak untuk menumis (aku guna minyak kelapa dara)
  12. kepingan keju
  13. sos cili
Cara-cara
  1. Panaskan kuali non-stik, apabila panas masukkan minyak. 
  2. Apabila minyak panas masukkan bawang besar, tumis sehingga layu.
  3. Masukkan isi ayam dan tumis sehingga isi ayam dan bawang bertukar keperangan.
  4. Masukkan salad, tomato dan tomato. kalau ada lobak boleh jugak dimasukkan. Masak sehingga semua agak layu.
  5. Seterusnya masukkan serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan oregano. Gaul sekata dan tutup api. pindahkan kedalam mangkuk lain. Maka jadilah intinya
  6. Atas kuali lain panaskan kepingan tortila atau apa2 kepingan wrapper yang sehingga lembut.
  7. Letak inti ke atas wrap, seterusnya kepingan keju, mayonis dan sos cili.
  8. Seterusnya balutlah ia...maka jadilah chicken wrap.
p/s: Cara masak aku memang tak pakai garam sebab pada aku dia dah cukup rasa semuanya. Kalau korang rasa tak cukup garam, pandai-pandai lah ejas tambah garam sendiri.

Kalau berminat,tekan je link kat bawah ni..

#hantukopi
#peminatteh
#MesinKopiPremium

Isnin, Ogos 12, 2019

Gejala selsema dan batuk kurang dengan minuman Arissto Earl campur lemon

Assalamualaikum dan selamat malam. Malam ini aku nak share resepi teh lemon menggunakan kapsul teh Arissto. 

Sebenarnya pagi tadi bawa anak-anak layan Boboiboy the movie 2. Tapi sebelum masuk wayang lagi Mr.Y dah mula selsema.Malam ni terfikir nak buat teh lemon menggunakan kapsul teh Arissto yang yang ada kat rumah ini. 

Sebenarnya kapsul teh yang ada kat rumah ini hanya kapsul Earl. Daripada website Arissto dia kata Earl adalah: 

A blend of Ceylon black teas with an infusion of bergamot oil that promotes fresh and natural citrus notes.


Bila baca bergamot tu, apa benda lah bergamot tu. Apa lagi, search google lah jawapan nya. Rupanya limau purut.

Setelah ditapis oleh Mr.Y, ini lah hasil editing yang diluluskan. Kalau ikut aku nak letak macam2 lagi dalam gamba ni.

Resepi Teh Lemon Arissto Earl

  1. 1kapsul Earl
  2. 1sudu madu
  3. Sekeping potongan buah lemon
Cara buat: letak sekeping potongan buah lemon keDalam cawan istemewa Arissto. Kemudian brewkan kapsul Earl dengan mengambil cawan kecil. Lepas siap brew, sila letak madu. Maka tara siap...

Alhamdulillah siap... Bukan Mr.Y je yang layan air ni...uwais & uzayr pun sama layan.

Muka moyot sebab mula-mula ummu buat untuk abi sahaj..tapi lepas tu buat satu untuk dia dan uzayr share.


Sabtu, Jun 01, 2019

Resepi Tart nenas nenek kg.Baru




Inti
5 biji isi nenas yang di blend dimasak bersama 1kg gula pasir. Apabila ia dah masak dan pekat. Biar sejuk dan gentel lah bulat-bulat.

Doh (jangan diubah sedikit pun jenama yang digunakan dalam penghasilan doh kali ini...kalau tak hasil tak seperti diharapkan)
  • 250g buttercup*
  • 1cawan planta*
  • 3/4 cawan gula aising*
  • 1penutup botol asen vanila
  • 1biji telur
  • 3 - 4 cawan tepung gandum. 
  • 1biji kuning telur untuk sapuan.



  1. Pukul bahan bertanda sehingga kembang dan putih. 
  2. Masukkan asen vanilla dan telur, gaul rata 
  3. Masukkan sedikit-sedikit tepung gandum sehingga doh dapat dibentuk. Doh sedikit melekit ditangan.
  4. Balut inti yang dibulatkan dengan doh yang telah siap
  5. Buat bentuk kesukaan anda dan sapu kuning telur atasnya
  6. Bakar suhu 160℃ -200℃ selama 15-30minit (bergantung kepada oven masing-masing sehingga bahagian bawah sedikit keperangan)