Memaparkan catatan dengan label Elba AirFryer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Elba AirFryer. Papar semua catatan

Sabtu, April 11, 2020

MCO Hari ke-25, Resipi Kek Marble Susu oleh Chef Cilik



Semenjak masuk musim Perintah Kawalan Pergerakan ini, corak tidur dan berjaga anak-anak pun dah tak menentu...kadang-kadang langsung tak tidur malam, kadang-kadang jam 3 atau 4 pagi dah bangun...Siang...faham-faham je lah bila tak tidur malam, siang tidur ajalah...Nasib baik masih menjaga solat.

Pagi tadi bangun awal konon nak siapkan mini photbook 2018 (dah 2020, baru nak buat 2018), tapi dua hamba Allah ini kata mereka lapar. Tanya nak makan apa, kebetulan pula dekat FB keluar gambar kek marble...Humaira kata buat kek itu lah...Ummu on aja lah, lagi pun Uzayr tidur.

Baca juga:

Resipi Kek Pisang Tanpa Telur Kukus Boleh...Bakar pun boleh...


Jam 5 pagi kami buat kek, selesai mereka solat subuh, dapat makan. Berikut adalah resipi Kek Marble Susu menggunakan Elba Air Fryer.

Bahan-Bahan

  • 1cawan majerin (aku guna daisy)
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan teung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 1/2sudu teh soda bikarbonat*
  • 3biji telur
  • asen vanilla
  • 2sudu besar susu tepung (aku guna susu Uzayr)
  • pewarna merah jambu dan coklat
bahan bertanda * perlu diayak

Cara-Cara
  • pukul majerin bersama gula sehingga kembang (nak tahu kembang macam mana...bila tebalikkan bekas, bahan tak jatuh)
  • Setelah itu masukkan tepung susu sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, setelah sebati masukkan asen vanila.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit menggunakan sudu. Biarkan mixer pada kelajuan sederhana selama 3-5 minit. 
  • Bahagi adunan kepada 3bahagian yang lebih kurang sama banyak. Satu masukkan warna merah jambu, satu masukkan coklat dan satu biarkan tanpa warna.
  • Sediakan loyang bersaiz 6" dan mula lah masuk adunan secara berselang seli. Dah siap, lorek-lorek lah ikut suka hati.
  • Masukan loyang tersebut ke dalam airfryer dan tetapkan suhu 175℃, 30minit.
Selamat Mencuba....

Sabtu, September 07, 2019

Resepi Muffin Coklat Cip


Assalamualaikum. Ini adalah resepi mufin coklat cip yang selalu aku guna kalau nak buat lah. Aku lebih suka buat mufin berbanding kek sekarang sebab ia mudah dan lebih ringkas. Terus kepada resepi kita.

Bahan-Bahan

  1. 1 1/2 cawan tepung gandum*
  2. 1/2 cawan serbuk koko*
  3. 1sk soda bikarbonat*
  4. 1sk Baking powder*
  5. 3/4 cawan gula perang
  6. 1/4 cawan minyak sayuran (aku selalu guna minyak masak kat dapur tu je)
  7. 1 cawan susu cair
  8. 1biji telur
  9. Sedikit asen vanila
  10. 1/2 cawan coklat chip.
  11. secubit garam
  12. Cup Muffin
Cara-cara
  1. Bahan bertanda * perlu diayak 2 kali agar mufinnya cantik mengembang dan lebih gebu.
  2. Gaul bahan yang diayak dengan gula perang sehingga sekata.
  3. Pukul sedikit telur dengan garfu, tak perlu sehingga kembang.
  4. Campurkan telur, susu cair, minyak dan asen vanilla sehingga sekata.
  5. Masukkan bahan-bahan cair kedalam bahan kering. Gaul biar sekata, kemudian masukkan setengah coklat chip. Coklat chip yang selebihnya digunakan untuk hiasan. 
  6. Masukkan sedikit garam dan gaul
  7. masukkan adunan ke dalam cup mufin. Jumlah muffin yang diperolehi berdasar saiz cup.
    • Saiz L - 6 biji
    • Saiz M - 12 biji
    • Saiz S - 20 biji
  8. Panaskan Air fryer pada suhu 160°C. Apabila telah siap maka bakar selama berikut:
    • Cup saiz L- 15-18minit
    • Cup saiz M - 12minit
    • Cup saiz S- 10minit