Memaparkan catatan dengan label elba air fryer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label elba air fryer. Papar semua catatan

Sabtu, April 11, 2020

MCO Hari ke-25, Resipi Kek Marble Susu oleh Chef Cilik



Semenjak masuk musim Perintah Kawalan Pergerakan ini, corak tidur dan berjaga anak-anak pun dah tak menentu...kadang-kadang langsung tak tidur malam, kadang-kadang jam 3 atau 4 pagi dah bangun...Siang...faham-faham je lah bila tak tidur malam, siang tidur ajalah...Nasib baik masih menjaga solat.

Pagi tadi bangun awal konon nak siapkan mini photbook 2018 (dah 2020, baru nak buat 2018), tapi dua hamba Allah ini kata mereka lapar. Tanya nak makan apa, kebetulan pula dekat FB keluar gambar kek marble...Humaira kata buat kek itu lah...Ummu on aja lah, lagi pun Uzayr tidur.

Baca juga:

Resipi Kek Pisang Tanpa Telur Kukus Boleh...Bakar pun boleh...


Jam 5 pagi kami buat kek, selesai mereka solat subuh, dapat makan. Berikut adalah resipi Kek Marble Susu menggunakan Elba Air Fryer.

Bahan-Bahan

  • 1cawan majerin (aku guna daisy)
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan teung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 1/2sudu teh soda bikarbonat*
  • 3biji telur
  • asen vanilla
  • 2sudu besar susu tepung (aku guna susu Uzayr)
  • pewarna merah jambu dan coklat
bahan bertanda * perlu diayak

Cara-Cara
  • pukul majerin bersama gula sehingga kembang (nak tahu kembang macam mana...bila tebalikkan bekas, bahan tak jatuh)
  • Setelah itu masukkan tepung susu sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, setelah sebati masukkan asen vanila.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit menggunakan sudu. Biarkan mixer pada kelajuan sederhana selama 3-5 minit. 
  • Bahagi adunan kepada 3bahagian yang lebih kurang sama banyak. Satu masukkan warna merah jambu, satu masukkan coklat dan satu biarkan tanpa warna.
  • Sediakan loyang bersaiz 6" dan mula lah masuk adunan secara berselang seli. Dah siap, lorek-lorek lah ikut suka hati.
  • Masukan loyang tersebut ke dalam airfryer dan tetapkan suhu 175℃, 30minit.
Selamat Mencuba....

Khamis, Mac 12, 2020

Burnt Cheesecake Elba Air Fryer

Assalamualaikum dan selamat petang..akhirnya terlaksana juga hasrat nak buat resipi viral Burnt Cheesecake. Tapi kek kita, kita bagi nama Burnt Cheesecake Elba Air Fryer, sebab payah nak cari resipi guna air fryer jenama elba.

Ini siap potong...belum sejuk betul Mr.Y request potong sbb nak tengok dalam macam mana.

 Resipi sama macam yang aku share dekat sini. Bezanya aku letak perahan lemon sikit.

Aku suka corak lepas dikeluar dari loyang.

Harap yang minta kek ini suka lah.


Rabu, Januari 24, 2018

Review : Elba Air Fryer

Assalamualaikum semua, apa kabar? lama tak update blog... kali ini saya nak bagi sedikit review tentang Elba Air Fryer yang belum sampai sebulan beroperasi dirumah...

Ini lah air fryer yang dibeli oleh Mr.Y
al-kisah nya Mr.Y kan nak jaga kita dalam pantang nanti.... orang dalam pantang mana boleh makan goreng-goreng kononnya. Maka dia nak memudahkan kerja bersama anak-anak dia beli lah airfryer nie. Tapi sebelum dia guna kita yang rasmi dulu lah. Antara menu yang pernah kita buat dan guna air fryer ini adalah:

  1. fries
  2. kek pisang
  3. popia sayur
  4. burger
  5. ikan
  6. ayam
  7. hati ayam
  8. roti paun
  9. popia pisang cheese
  10. donut
  11. karipap



Kesimpulan yang dapat diberikan adalah..
  • makanan yang dimasak kurang berminyak, sepertimana kita tahu sesetangah makanan mememang ada minyak didalamnya.
  • pengurusan masa yang lebih baik..kerana tak perlu nak jaga atau balik-balik makanan yang dibakar. biar je...kalau masak atas dapur kena balik dan kawal apinya. Sementara tunggu makanan siap masak kita buat lah kerja lain, sidai baju ke, lipat baju ke, sapu sampah ke tak pun berlari dalam rumah dengan anak-anak.
  • keselamatan anak-anak lebih terjamin kerana pemegang dia tahan panas dan tiada percikan minyak (uwais suka sangat tolong dekat dapur, dah beberapa kali kena percikan minyak goreng ikan)

Antara menu menjadi kegemaran anak-anak dan suami...