Memaparkan catatan dengan label resepi sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi sedap. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 23, 2021

Nasi Arab Tak Sengaja, Guna Bahan-Bahan Dekat Dapur Je Tapi Sedap.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Semalam konon nak buat nasi ayam, tetiba rasa macam jemu pula buat nasi ayam...tetiba tercari resepi buat nasi arab... jumpa beberapa resipi maka kita gabungkan dia ikut kesesuaian bahan yang ada kat rumah. Oleh kerana kita telah ubah suai resipi maka kena simpan sini untuk kegunaan masa akan datang.



Stok Ayam

9 ketul ayam (sekor ayam potong 12)
1 Biji bawang besar 
1 Biji Tomato
1 sk jintan manis
1 sk lada hitam
1 sk biji ketumbar
3 Biji buah pelaga 
1 Batang Kayu manis
1/2 sk Serbuk kunyit
1 sk Rempah kurma
2 sudu minyak masak
Sedikit garam

Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk bersama air yang banyak. Kita akan gunakan air rebusan tersebut untuk masak nasi dan buat sup nya. Rebus sampai ayam masak.

Ayam Bakar Madu

1sk serbuk kunyit
2 sm Madu
2 sm Minyak

Ayam yang telah masak di tos keluar dan diperap dengan kunyit dan madu (aku guna madu kurma merah Asmak-madu itu je yang ada). Perap dalam 10minit sahaja. Sebelum masuk airfryer sapu ayam dengan minyak (Aku guna minyak zaitun asmak). Tujuan untuk dapat ayam bakar yang nampak dan rasa juicy. Dah cukup masa perap bakar pada suhu 150 api atas sahaja selama 15-25minit. (nampak ayam dah berkilat.. boleh lah angkat sebab ayam tu dah masak sebenarnya)

Kita kena galakkan anak-anak makan sayur

Nasi 

1 Biji Bawang besar
1 inci Halia
3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)
1 sm minyak sapi
1 sm minyak zaitun
3 cawan beras (basuh dan toskan)
4 cawan air rebusan ayam yang kita sediakan awalnya tadi

Panaskan minyak sapi bersama minyak zaitun. (Kalau tak ada pakai majerin atau planta pun ok dengan minyak masak biasa). Setelah panas, masukkan bahan2 hiris dan 3 sekawan td.. Tumis smpi garing yer.

Masukkan beras.. Gaul bersama bahan tumis…Tumis sehingga garing.. Baru nasi sedap.

Last masukkan  air rebusan ayam td.. Masukkan dlm periuk, masak nasi macam biasa.

Salsa/sambal arab

Cili api
Cili besar
Tomato
Bawang putih
Mix Herbs
Garam sedikit
(blend semua bahan diatas perah sedikit jus lemon)

Salatoh

Tomato
Timun
Bawang besar
(potong kiub bahan2 diatas)
Gaul semua bahan dlm 1 bekas. Letak sedikit gula dan garam. Perah sedikit lg jus lemon dan tabur biji Habbatusaudah (dapat sekali dengan pembelian madu Asmak). Siap!

Ulam 

Daun salad
Lada hijau
Timun jepun
(bahan ulam ini ikut suka lah nak banyak mana dan apa jenis)


Jumaat, Mei 08, 2020

Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger

Assalamualaikum, Bulan puasa kena pula waktu PKP. Mesti mak-mak banyak cuba resepi baru. Mamapipie buat pula segment share resepi. Rasanya banyak sahaja resepi yang aku buat, tapi yang paling menarik adalah Nasi Ayam Goreng. Selamat mencuba ye....

Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger 


Syarat-syarat penyertaan:

1. Mestilah blogger yang mempunyai akaun bank Malaysia (senang nak bank in hadiah)
2. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com & https://cariblogger.com di dalam bloglist korang
4. Pilih satu resepi dalam blog korang yg korang nak share dgn mama dan paste perkataan beserta link ni di bawah post resepi korang tu.

5.. Buat satu blog post penyertaan dan pastikan dalam post tu ada banner di atas dan link ke post ini. Letak link resepi korang tu dlm post penyertaan ni.
6. Tinggalkanlink penyertaan korang di pust ini. Tu je,, Senang kan.

Tarikh tutup penyertaan pada 10 May 2020


P/S: Kalau korang takde entry resepi dalam blog, jangan risau ye, korang boleh ambil mana-mana resepi dalam blog mama dan letak dalam post korang. Jangan lupa letak credit utk mama tau. Resepi mama di sini

Dari semasa ke semasa mama akan random pilih resepi peserta dan share dalam blog mama ni. Jangan risau nanti mama akan credit pada owner nanti. Mama akan senaraikan nama peserta mengikut link resepi di blog mereka nanti. So, bolehlah kita tengok-tengok resepi yang ada dalam segment ni kan.. 

Hadiah:

4 orang pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan memenangi RM 50 setiap sorang. Mama akan buat undian, insya Allah.

Jemput ye sama-sama memeriahkan segment ni.

Sabtu, September 07, 2019

Resepi Muffin Coklat Cip


Assalamualaikum. Ini adalah resepi mufin coklat cip yang selalu aku guna kalau nak buat lah. Aku lebih suka buat mufin berbanding kek sekarang sebab ia mudah dan lebih ringkas. Terus kepada resepi kita.

Bahan-Bahan

  1. 1 1/2 cawan tepung gandum*
  2. 1/2 cawan serbuk koko*
  3. 1sk soda bikarbonat*
  4. 1sk Baking powder*
  5. 3/4 cawan gula perang
  6. 1/4 cawan minyak sayuran (aku selalu guna minyak masak kat dapur tu je)
  7. 1 cawan susu cair
  8. 1biji telur
  9. Sedikit asen vanila
  10. 1/2 cawan coklat chip.
  11. secubit garam
  12. Cup Muffin
Cara-cara
  1. Bahan bertanda * perlu diayak 2 kali agar mufinnya cantik mengembang dan lebih gebu.
  2. Gaul bahan yang diayak dengan gula perang sehingga sekata.
  3. Pukul sedikit telur dengan garfu, tak perlu sehingga kembang.
  4. Campurkan telur, susu cair, minyak dan asen vanilla sehingga sekata.
  5. Masukkan bahan-bahan cair kedalam bahan kering. Gaul biar sekata, kemudian masukkan setengah coklat chip. Coklat chip yang selebihnya digunakan untuk hiasan. 
  6. Masukkan sedikit garam dan gaul
  7. masukkan adunan ke dalam cup mufin. Jumlah muffin yang diperolehi berdasar saiz cup.
    • Saiz L - 6 biji
    • Saiz M - 12 biji
    • Saiz S - 20 biji
  8. Panaskan Air fryer pada suhu 160°C. Apabila telah siap maka bakar selama berikut:
    • Cup saiz L- 15-18minit
    • Cup saiz M - 12minit
    • Cup saiz S- 10minit

Ahad, September 10, 2017

Cara masak laksa yang sedap by ROSHAZAREEZA

Assalamulaikum...tengah blog walking jupe cara masak laksa yang sedap dalam blog  ROSHAZAREEZA. Terima kasih kepada tuan punya resepi. Maklumlah saya bukan selalu masak laksa (sekali je kot pernah masak). Alkisah ada kawan hadiahkan 2 bungkus laksa kering sebelum raya haji. Bincang dengan Mr.Y apa nak buat laksa tu. Ye lah Mr.Y dan anak-anak bukan kaki makan laksa, yang buat sebelum ini bawak ke sekolah untuk dihabiskan. Setelah berbincang Mr.Y, dia kata masak, nanti dia bawak pergi mana-mana untuk sedekah kawan-kawan makan. Biasalah orang ramai geng..ada geng surau, ada geng pejabat, ada geng grab, ada geng takaful, dan lain-lain lagi.

Sampai kini belum masak oleh sebab kekangan masa dan kesihatan anak tak mengizinkan. Insyalah jika anak dah betul-betul sihat kita buat. Orang cakap nak anak sihat kena banyak sedekah, maka jom lah bersedekah. Sedekah kenyangkan perut orang ni membahagiakan.

Jom salin dan simpan dulu resepinya... Sekali lagi terima kasih kepada tuan resepi..







Bila dah nak masak baru letak garam. Sesuaikan rasanya yer.