5 biji isi nenas yang di blend dimasak bersama 1kg gula pasir. Apabila ia dah masak dan pekat. Biar sejuk dan gentel lah bulat-bulat.
Doh (jangan diubah sedikit pun jenama yang digunakan dalam penghasilan doh kali ini...kalau tak hasil tak seperti diharapkan)
- 250g buttercup*
- 1cawan planta*
- 3/4 cawan gula aising*
- 1penutup botol asen vanila
- 1biji telur
- 3 - 4 cawan tepung gandum.
- 1biji kuning telur untuk sapuan.
- Pukul bahan bertanda sehingga kembang dan putih.
- Masukkan asen vanilla dan telur, gaul rata
- Masukkan sedikit-sedikit tepung gandum sehingga doh dapat dibentuk. Doh sedikit melekit ditangan.
- Balut inti yang dibulatkan dengan doh yang telah siap
- Buat bentuk kesukaan anda dan sapu kuning telur atasnya
- Bakar suhu 160℃ -200℃ selama 15-30minit (bergantung kepada oven masing-masing sehingga bahagian bawah sedikit keperangan)