Khamis, Februari 22, 2024

Siapkan mental kalau nak tengok My Happy Ending.....

 Assalamualaikum dan salam semua..... siapa dah layan sampai My Happy Ending lakonan Jang Nara sebagai watak utama. 


Ringkasan drama ini adalah tentang seorang wanita bekerjaya berjaya dan memiliki keluarga bahagia. Yang secara kasar kehidupan hampir sempurna. Tapi disebalik kesempurnaa yang semua orang nampak wanita ini sebenarnya menghidapi sejenis penyakit iaitu bipolar. Dia sukar membezakan antara imaginasi dan realiti, terlalu mencurigai semua orang dan tidak percaya kepada yang lain. Apabila datang penyakit boleh mencederakan diri sendiri. 

Nasihat untuk yang berhajat nak tengok, siapkan lah mental dan jiwa. Boleh naik pening dan sakit otak memikirkan. Kesimpulan cerita ini perlu kepada fokus dan pengahayatan mendalam. Apapun banyak info dan maklumat tentang penyakit mental ini disampaikan secara tak langsung.

1 ulasan:

  1. selamat menonton. sy jrg tgok series sbb x de masa n kekuatan nak tonton sampai habis. jika movie tu meme la sy layan....

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik