Memaparkan catatan dengan label latte. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label latte. Papar semua catatan

Isnin, September 09, 2019

Bereksperimen dengan Arissto adalah 'Me Time'.

Assalamualaikum, hari ini jiwa terisi dengan kegembiraan dan kepuasan yang sukar diperolehi semenjak bergelar surirumah. Iaitu kepuasan bereksperimen, try & error.

Bila nama eksperimen bukan bermaksud sekali buat terus jadi. Perlu buat beberapa kali. Alhamdulillah eksperimen aku sekali buat terus jadi. Macam ekperimen dekat sekolah ada cara sudah...yang aku dah ada sahabat share menu. Beza dia beri menu untuk kuantiti yang banyak manakanala aku hanya ada bekas kecil. Maka kita kurangkan nilainya.

Persoalannya kenapa sibuk sangat nak berekperimen untuk packkan minuman kopi Arissto dalam botol ni. Jawapan mudah dan simple sebab aku nak tambah lagi income yang boleh buat dari arissto. Bila kita nak jual yang ready made kenalah sedap, senang dibawa dan harga mampu beli.


Menu pertama yang aku cuba buat adalah copucino. Hasil aku dapat 2 botol 150ml copucino. Tapi satu botol pun aku tak rasa untuk cubaan pertama. Satu botol dah dibawa oleh Mr.Y untuk ke hospital manakala satu botol lagi ada saudara yang datang nak merasa.

Relaks betul Mr.Y bawak kopi arissto sambil tunggu nombor dekat HKL.
Komen yang aku dapat untuk percubaan yang pertama adalah rasa yang enak dari Mr.Y manakana daripada saudari Ereen, kurang manis. 

Ereen punya sempat tampal sticker.
Kali ke dua aku cuba buat latte dan mocha. Masa ini best sangat buat sebab Mr.Y tolong unjut Uzayr manakala uwais dan hana main sesama sendiri, kakak humaira pula ikut family sumayyah balik rawang. Pergh!!! macam dunia ana yang punya. Mula-mula buat latte, dapat 3 botol, lepas itu buat mocha dapat 2botol.

Dah siap masuk botol maka aku sediakan probs untuk photoshoot. dan akhir sekali adalah editing. Hasilnya.....taaadaa....
Gambar diambil menggunakan telefon xiomi Mr.Y dan diedit menggunakana Apps picsart.



Kalau berminat nak tambah pendapatan,tekan je link kat bawah ni..

#hantukopi
#MesinKopiPremium



Sabtu, September 07, 2019

Menu kopi popular oleh Arissto

Minuman kopi ada pelbagai jenis dan rasa. Hampir setiap negara ada resepi pembuatan kopi dan airnya yang tersendiri. Kopi paling sedap untuk dinikmati dikala masih panas dan pastinya awal pagi. dekat bawah ada menu kopi yang popular di seluruh dunia menggunakan kapsul kopi Arissto.


Kalau berminat,tekan je link kat bawah ni..

#hantukopi
#MesinKopiPremium