Isnin, Februari 08, 2016

"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "

♥ Assalamualaikum ♥

"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, akhirnya Mega giveaway ini berjaya dilancarkan. Terima kasih kepada 21 sponsor yang sering memberi kerjasama yang baik. Dengan lafaz "Bismilah" cik akak membuka tirai "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK ".

klik banner - join 
Syarat-syaratnya :-
  • Follow blog, Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page Facebook - Rujuk Entri SINI (syarat Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page FB hanya kepada peserta yang memiliki mana-mana akaun yang dinyatakan seperti di atas).  
  • Letak link blog ini dalam senarai bloglist anda -  [ Cik Akak ] [ Eyja ] & [ Pn. Wawa ] - **syarat ini wajib kepada semua peserta sepanjang tempoh Mega Giveaway ini berlangsung.
  • Buat entri bertajuk "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "
  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini 
  • Giveaway berlangsung 01.02.2016 - 26.02.2016
  • Giveaway tamat 26.02.2016 jam 11.59 malam
  • Pemenang dinilai melalui RANDOM.ORG & PENGUMUMAN PEMENANG PADA 29.02.2016.

Jumaat, Februari 05, 2016

Resepi epok-epok telur

Epok-epok atau lebih glamour karipap. Kalau panggil epok-epok nampak klasik sikit.

Aku selalu buat epok-epok untuk family...boleh dikatakan hampir setiap minggu.

Jom tengok resepi

Bahan-bahan & cara:

Doh
1. Tepung gandum
2. Majerin
3. Minyak (dipanaskan)
4. Garam
5. Air

Campur semua bahan dan uli hingga tidak melekat ditangan. Kemudian bulat-bulatkan besar sedikit dari saiz duit syiling 50sen dan rehatkan sekejab. Sementara itu boleh siapkan inti telur.

Inti

1. Telur

2. Bawang besar (dimayang)

3. Lada besar (dipotong halus)

4. Apa-apa jenis sayur yang sesuai.

5. Garam

Campur semua bahan dan ketepikan. Kemudian ambik seketul doh tadi dan penggolek. Maka apa lagi, golekkan lah doh tadi. Dah jadi sekeping, angkat letak dalam bekas yang agak dalam supaya nanti bila masuk inti tak mengalir keluar. Setrusnya masukkan inti tadi dalam 2-3sudu makan. Dah masuk inti, apa lagi kelim lah tepinya...

Ini lah rupa epok-epok telur resepi ibu mertuaku. 

Ahad, Januari 31, 2016

MENANGIS KERANA ANAK DI TENGAH MALAM.

MENANGIS KERANA ANAK DI TENGAH MALAM.

Suatu hari kami menonton rancangan tanyalah ustAzah. Ustazah menceritakan dia membawa beberapa orang wanita dalam suatu program  berjumpa dengan seorang kiai untuk bertanyakan kepada kiai tersebut. BAgaimana kiai itu mendidik dan membesarkan anak seramai 11 orang sehingga semua berjaya. Jawapan kiai sangat mudah dan simple....MENANGIS KERANA ANAK DI TENGAH MALAM...pendek kata MENANGIS DALAM SOLAT TAHAJUD.

Kita mungkin, telah menyediakan pendidikan terbaik, kehidupan terbaik dan keperluan terbaik untuk anak kita Tetapi kenapa anak kita masih belum berjaya, susah diatur dan banyak karenah. Ini mungkin kerana kita kurang atau mungkin tak pernah MENANGIS KERANA ANAK DI TENGAH MALAM.

Andai kita sudah sering menangis dalam tahajud kerana anak, tetapi masih juga tiada perubahan. Mungkin belum masa Allah nak kabulkan permintaan kita.

KATA ARWAH CIK, "ALLAH SIMPAN DULU PERMINTAAN KITA. KALAU TAK KAT DUNIA, INSYALAH DI AKHIRAT ALLAH BAGI APA YANG KITA MINTAK.."

Jumaat, Januari 29, 2016

Takaful Ikhlas bersama keluarga Yamanaimy

Asalamualaikum...kali ni nak cerita apa yang kami sekeluarga lakukan pada 27/01/2016...mula-mula buat pasport, kemudian ikut Mr.Y belajar takaful dan last skali cari barang dapur.

Pasport antarabangsa

Oleh kerana uwais baru beberapa bulan dan hana baru 2 tahun...pasti sukar nak ambik gambar pasport dekat pejabat imegresen, maka untuk elak semua masalah tue aku decide nak photoshoot sdr gambo pasport...

Tapi siapa sangka nak ambik gambo kakak pun susah...ye lah humaira baru 4 tahun. Sampai org imegresen suruh kitaorg ambik gambar kat luar & datang balik. Kitaorg ckp bilanya nak dtg lg. Maka..cuba dan terus cuba...akhirnya dapat walaupun tak secun mana...

Nak tunggu pasport siap sejam, sambil2 menunggu anak2 layan game & video...waktu nak ambik ada seorang perempuan cina tanya ktorg sejak bila humaira & hana mula pakai tudung. Ktorg bgtaw lah seawal usia 1tahun ktorg dh ajar pakai tudung.



Meeting takaful abi

Plan asal siap pasport aku & anak2 balik rumah...tapi apakanbdaya pasport siap jam 12tghhari, cun2 time Mr.y ada kelas takaful. Apa lagi semua skali di angkut ke meeting. Meeting pulak buat dlam restoran kasturi... 

Usai makan, humaira keluarkan buku dari beg untuk baca...abis waktu sekolah, kak wani bawak anak dia yang nama damia datang skali. Adalah kawan untuk humaira & hana.
Alhamdulillah sepanjang abi kerja, anak-anak tak mengacau mana.


Giant sibu...

Ok dah petang, anak2 dah ngantuk, mula nak tunjuk ragam. Tapi barang dapur tak beli lagi... apa nak masak kalau tak beli kan... pujuk ajak masuk giant...masuk je hlg ngantok tgk patung2 banyak...
Itu je lah kisah kami hari tersebut.

Khamis, Januari 28, 2016

i-smart ~ Takaful Ikhlas


Hari ni kita bercerita pasal takaful ikhlas skit...


Tahniah Mr.Y


Pengguna Pertama yang berjaya menghantar borang permohonan menggunakan Apps I-Smart melalui Tablet Android di Sarawak.


Logo App I-Smart



Screen shoot FB Mr.Y

P/s : bukan nak cerita pasal takaful pun... nak bgtaw saya sokong husband saya dalam apa jua yang dilakukan...selagi tak bertentang dengan hukum hakam agama....







Jumaat, Januari 22, 2016

Kenapa nabi s.a.w berniaga?

Kenapa nabi s.a.w berniaga?
Sunnah? Nak kaya?
Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?
Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.
Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara terang.
Orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja.
Kemudian apa?
Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Di sini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul.
Kemudian lagi apa?
Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik islam mahupun bukan Islam. Dan ukhuwwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yg perlu dijaga ialah ' good contact ', masyarakat cina sangat menjaga hubungan ' good contact ' mereka. Dalam konteks dakwah nabi s.a.w, ' good contact ' digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak. Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk yg dibawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dgn jujur, pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dgn jujur. Apa produk itu? Iman dan Islam.
Kemudian pula apa lagi?
Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia. Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya, dan akan terhasil idea untuk mnghasilkan produk yg terbaik. Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia.Dan dalam konteks dakwah nabi s.a.w, baginda kerap berdagang ke sana ke mari, dan melihat kepelbagaian ragam manusia. Sewaktu muda, baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita.
Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asal kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yg berniaga.
Ramai antara kita membaca kisah sesudah nabi s.a.w menjadi rasul iaitu diusia baginda 40 tahun. Namun ramai yg tidak tahu apa yg baginda buat sewaktu usia muda.
Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Baginda merantau untuk  mendekati kepelbagaian manusia.
Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.
Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.
Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniaga nak kaya itu adalah kesilapan pertama.
Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.
Lupakah kalian pada sabda baginda, bahawa sebaik-baik umat nabi saw adalah yg memberi manfaat pada mukmin yg lain?
Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat. Dan bukan nak kaya.
Berapa usia kita?
Contohi nabi s.a.w di usia kita.
Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah.
Nak sayang nabi s.a.w? Kena tiru nabi s.a.w.
Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.
Aku juga pernah berputus asa berniaga. Tapi aku belajar rasa sakitnya jatuh, supaya kelak aku faham nikmatnya bangkit.
Sunnah itu bukan pada jubah, makanan atau pakaian.
Tetapi sunnah pada perlaksanaan.
Sholawatt...
Sumber: copy paste whatsapp group

Ahad, Januari 17, 2016

HUKUM SENTUH SUAMI & ISTERI KETIKA BERWUDHU' APAKAH WUDHU' BATAL?

Ramai yang masih RAGU tentang permasalah ini kerana kurang kefahaman dan pendedahan ilmu berkenaan dengannya. Maka sunnah mengeluarkan keraguan itu dengan memberi kefahaman ilmu yg jelas berdasarkan penghujahan dalil yg terkuat menurut perbahasan yg jumhur.
Di bahas secara ilmu , tidak ada dalil khusus dari hadis yg ada menyatakan batal wudhu jika bersentuh suami isteri, namun ia menjadi khilaf di kalangan para imam mazhab yang mengkaji permasalah fiqah ini lalu ia menjurus kepada 3 perkara iaitu,
1) Pendapat mana yang kata batal serta alasan hujjah
2) Pendapat mana yang kata tak batal serta alasan hujjah
3) Kesimpulan, pendapat mana yang TERKUAT, RAJIH, MAHSYUR, JUMHUR
Yang pertama, pendapat yg mengatakan batal adalah dari Mazhab Imam Asy Syafie, alasan hujjahnya adalah , Imam Asy Syafie mengambil dasar dalil dari ayat Quran iaitu pada  ayat yg ke 43 di dalam surah An-Nisa’ أَوْ لاَمَسْتُم النِّسَآءَ ".....atau kamu telah bersentuh dengan istri kamu".
Yang kedua, pekataan لاَمَسْتُم menjadi perselisihan pendapat yg muktabar dan pendapat yg terkuat mengatakan bahawa maksud ayat itu BUKAN merujuk kepada sentuh tetapi ia adalah "JIMAK" . Pendapat ini di sokong oleh MAJORITY para pakar ahli tafsir telah menafsirkan ayat tersebut dengan maksud jima’ diantaranya adalah sahabat mulia, penafsir ulung yang dido’akan Nabi, Abdullah bin Abbas, demikian pula Ali bin Abi Thalib, Ubai bin Ka’ab, Mujahid, Thawus, Hasan Al-Bashri, Ubaid bin Umair, Said bin Jubair, Sya’bi, Qotadah, Muqatil bi Hayyan dan lainnya. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir 1/550). Pendapat ini juga dikuatkan Syaikh ahli tafsir, Ibnu Jarir dalam Tafsirnya 5/102-103 dan Imam Ibnu Rusyd dalam Bidayatul Mujtahid). 
Di usuli lagi dengan sandaran2 hadis soheh iaitu:-
Hadis Pertama dari Aisyah meriwayatkan bahawa, Nabi s.a.w pernah mencium sebahagian istrinya kemudian keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. Saya (Urwah) berkata: Tidaklah dia kecuali anda kan? Lalu Aisyah tertawa. (Shahih. Riwayat Tirmidzi: 86, Abu Dawud: 178, Nasa’i: 170, Ibnu Majah: 502 dan dishahihkan Al-Albani dalam Al-Misykah: 323. Lihat pembelaan hadits ini secara luas dalam At-Tamhid 8/504 Ibnu Abdil Barr dan Syarh Tirmidzi 1/135-138 Syaikh Ahmad Syakir).
Hadits ini menunjukkan bahwa menyentuh istri tidaklah membatalkan wudhu sekalipun dengan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Syaikh Al-Allamah As-Sindi dalam Hasyiyah Sunan Nasa’i 1/104.
Hadis kedua juga dari dari Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Pada suatu malam saya pernah kehilangan Rasulullah n dari tempat tidur maka saya mencarinya lalu tanganku mengenai pada kedua punggung kakinya yang tegak, beliau solat di masjid seraya berdoa: “Ya Allah saya berlindung dengan ridha-Mu dari kemurkaan-Mu…”. (HR. Muslim: 486).
Hadits ini menunjukkan bahwa istri menyentuh suami tidaklah membatalkan wudhu. Adapun takwil Imam Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim 4/152 bahwa kejadian tersebut boleh jadi kerana ada pembatas kainnya, maka menyelisihi zahir hadits. Namun pendapat yang lain menafikan kerana sudah tentu Nabi s.a.w solat  bukan secara isbal. (Lihat At-Tamhid 8/501 Ibnu Abdil Barr dan Tafsir Al-Qurthubi 5/146).
MAKA KESIMPULANNYA , pendapat yang pertama melalui sandaran Imam Asy Syafie adalah lemah. Asal hukum wudhu seorang adalah suci dan tidak batal sehingga ada dalil yang mengeluarkan dari hukum asalnya, sedangkan hal itu tidak ada, padahal kita ketahui bersama bahawa menyentuh isteri adalah suatu hal yang amat sering terjadi. Seandainya itu membatalkan wudhu, tentu Nabi s.a.w akan menjelaskan kepada umatnya dan masyhur di kalangan sahabat, tetapi tidak ada seorangpun dari kalangan sahabat yang berwudhu hanya karena sekedar menyentuh istrinya. Inilah yg dinukilkan oleh  Ibnu Taimiyyah di dalam kitab Majmu’ Fatawa. yang TERKUAT, RAJIH, MAHSYUR, JUMHUR adalah TIDAK BATAL.
Kadang2 ada insan yang dia x dpt yakin serta ragu dengan dalil dan tak dpt nak terima kenyataan yg benar bahawa sentuhan suami isteri itu telah disepakati secara jumhur ia tidak membatalkan wudhu' disebabkan masih aktif lagi adat pembatalan air di dalam majlis pernikahan.
Namun untuk mereka2 ini kita cuba bantu untuk jelaskan secara logik akal. Katakan kpd mereka apakah itu mahram? Mereka akan yakin utk mengatakan bahawa mahram itu adalah orang2 yg tidak haram jika kita melihat aurat serta bersentuhan dgnnya serta tidak batal wudhuk jika bersentuh. Jadi apakah isteri itu bukan mahram sedangkan kita boleh melihat keseluruhan auratnya serta menggaulinya? Maka sekiranya kita boleh melihat auratnya , halal menyentuh serta menggaulinya mana mungkin batal wudhuk jika menyentuhnya.
Maka dengan penjelasan logik akal  ini telah membuktikan bahawa adat pembatalan air sembayang di dalam majlis akad nikah itu tersangatlah tak logik.
Copy paste whatsapp...

Tips Mencari Pasangan

Ini adalah coretan sebagai panduan untuk adik-adik yang masih mencari pasangan hidup... tips ni sebenarnya adalah nasihat dan panduan dari arwah bonda..

Sewaktu mula-mula kenalkan MR.Y kepada ahli keluarga yang lain macam-macam persoalan di utarakan.. Tetapi persoalan yang paling lain dapat dari cik. Antara soalan nya adalah:

  1. Adakah dia solat?
  2. Cukup 5 waktukah solatnya?
  3. Pandai baca quran tak?
  4. Quran khatam tak?
  5. Suka belajar tak?
Soalan seterusnya adalah sama macam soalan orang kebanyakkan...seperti..keja apa? ada rumah? belajar setakat mana?

ok tak nak belebel banyak...jom kita tengok tips mencari pasangan

1. Jaga Solat
    Kenapa perlu cari lelaki yang jaga solat. kerana solat mengelakkan perkara mungkar. Ye lah dugaan orang bercinta ini besar. Syaitan akan sentiasa menghasut kearah kemaksiatan. Insyalah jika dia menjaga solat, maka kita nant akan dijaga sebaik mungkin,

2. Al-quran
    Jadikan ia bahan bacaan utama. Ia juga adalah sumber ilmu. Perlu seorang pasangan yang tahu baca al-quran supaya senang nant nak mengajar anak-anak. 

3. Menuntut ilmu
    Seorang yang rajin menuntut ilmu pasti tidak akan susah hiduonya selagi mana ilmu yang di pelajari bermanfaat.

Maka adik2 perlu pastikan 3 perkara tersebut selain yang sering kita pastikan.
    

Ais krim goncang resepi belasah

Resepi aiskrim goncang untuk aktiviti anak-anak...

Bahan-Bahan

+ Susu segar 2 kotak kecil (boleh pakai yang berperisa)
+ madu/gula secukup rasa
+ vanilla essense (kalau pakai susu putih)
+ garam batu/ halus (garam halus kena banyak sebab cepat cair)
+ ais batu
+ botol dan plastik zip lock

Cara-Cara

+ Masukkan ais sedikit dalam bekas. Ketepikan sekejab.
+ Masukkan susu+madu/gula+vanilla essence ke dalam plastik zip lock.
+ Plastik berisi campuran susu tadi dan zip lock dengan betul. Jangan bocor.
+ Masukkan plastik dalam bekas yang berisi ais tadi.
+ Masukkan ais selebihnya dalam bekas yang sama.
+ Masukkan pula garam sampai separuh plastik (kalau garam halus) ke dalam bekas berisi ais.

Kredit kepada Projek si cilik aktiviti anak-anak 0-6tahun untuk resepi mudah ni...

Sabtu, Januari 16, 2016

Rabu 13/01/16

Petang rabu, sementara menunggu abi balik keja, anak-anak mintak ummu ambik gambar diaorang berposing...

Macam-macam anak-anak punya hal....

Layan aja...

Ahad, Januari 10, 2016

Setelah seminggu kakak sekolah

Hari jumaat 8/1/2016 genap 5 hari kakak masuk sekolah sedidik.

Menu Bekal

Alhamdulillah selama 5 hari jugak kakak tidak miss bekalan ke sekolah. Ini menu bekal kakak minggu pertama...

Isnin - roti sapu coklat & kurma, air coklat
Selasa - nasi goreng kampung, air coklat
Rabu - Roti Sapu planta & Kaya, Roti sapu mentaga kacang & coklat, air kosong
Khamis - Roti sapu planta & kaya serta cokodok pisang, air kosong
Jumaat - Nasi goreng telur, air kosong

Bukan menjadi suatu masalah besar nak sediakan bekal kakak humaira kerana memang sejak ada anak kecil menu makanan seharian di masak awal pagi. Selalunya lepas subuh aku akan bersilat dekat dapur. Maka dapat lah Mr.y bawak bekal ke pejabat setiap hari.(wpun kadang2 ada terlajak tidur so tak sempat sediakan.)

Agak2 apa menu bekal abi dan kakak untuk minggu seterusnya. Idea bekal selalu malam sebelum tidur baru ku fikirkan... apa nak makan esok, sebelum tidur keluarkan apa yang perlu dari peti ais...


Kebersihan


Apabila anak-anak pandai melangkah @ bertatih, kami mula mengajar mereka menjaga kebersihan terutama apabila memasuki bilik air. Nak masuk bilik air kena pakai selipar, sampai kami pernah bawak balik selipar toilet ke KL & Terengganu sbb kakak & hana nak pakai waktu masuk bilik air. Ye lah kita siapkan selipar orang tua tapi selipar anak tak sediakan. Patut ajar dari kecil...

Hari ke-2 bersekolah kakak balik kakak terus nak kencing,
Ummu: kenapa kakak tak kencing dkat sekolah tadi?
Humaira: tak ada selipar kat tandas sekolah.
Ummu: Abis tue kakak tahan lah?
Humaira: yelah, kan ummu kata masuk tandas pakai selipar.
Ummu: Tandas sekolah bersihkan...kalau kakak nak kecing, jangan tahan...nanti terkencing dalam seluar lagi susah...
Humaira: Ye lah... cakap lah sayang..

Bahasa percakapan

Ok sejak bersekolah kakak suka dipanggil sayang. Setiap kali lepas tolong ummu dia akan minta di peluk... antara ucapan sayang yang dia suka...hana pun ikut sama nak peluk & sayang

"Terima kasih sayang...Tolong sayang...Baiklah anak ummu ni sayang...Bagus kan sayang"

Dengar lah pengucapan sayang dan pelukan dirumah puas2 wahai anak, moga engkau tidak mencarii kasih sayang diluar yang tidak sepatutnya...yang paling buat ummu terharu apabila kakak cakap

"ummu, kakak nak jadi anak soleh."
Inysalah kakak, kita usahakan sama-sama.


Aurat

Humaira di hantar sekolah yang bercampur antara muslim & non-muslim... Di sekolah aku perhatikan hanya humaira yang pakai tudung. Pada awalnya aku banyangkan humaira akan buka tudung setelah beberapa jam pakai... tapi selama seminggu sekolah dia tak pernah buka tudung di sekolah. bila ditanya kakak panas tak pakai tudung? dia jawab panas, tapi kan nant nampak aurat,...kena tutup. Sejak umur 3 tahun aku mula bercerita tentang aurat lelaki & perempuan dekat humaira...wpun aku tak pasti dia faham ke tak. Alhamdulillah nampaknya ada kefahaman sedikit.

Isnin, Januari 04, 2016

!st Day of Preschool



assalamualaikum & selamat pagi..... humaira mula sekolah hari ini. kalau sebelum ni humaira & hana hanya buat homeschooling. Bukan bermakna bila sekolah dan tak homeschool, masih. Cuma ummu & abi nak kakak lebih pandai bersosial dan berdikari, sterusnya menikmati saat-saat seronok sebagai seorang kanak-kanak.

Isnin, Disember 28, 2015

Photobook album family

Setiap tahun pelbagai peristiwa dan perkara yang berlaku. Ada yang sempat dirakam dalam telefon ada yang berlalu macam tue je...

Oktober 2014 kami sekeluarga pergi bercuti di langkawi. Memang kami ada bawa kamera tetapi rasanya lagi banyak gambar di ambil menggunakan telefon. Almaklum lah telefon sekarang cangih.

Habis percutian, balik sibu..anak-anak main telefon. Anak-anak buka galeri photo... tetiba datang dekat tanya mana gambar yang dorg tgk tadi...

OH!!! TIDAK!!! 

Satu folder gambar dipadam nya...

HUHUHUHU...

Menangis tak berlagu lah kami suami isteri. Nak buat macam mana...benda dah hilang... gambar2 semua belum di pindah ke komputer dan belum dicuci. eh..skrang kita buat photobook je...

Pengajaran untuk diri sendiri, selepas sesuuatu acara cepat-cepat transfer gambar. 

Hurm... 2015 dah nak abis, family photobook 2014 belum siap2 lagi....



Add caption
Photobook family 2013






Jumaat, November 20, 2015

Tips untuk mudah bersalin

Assalamualaikum, kali ni nak share tips-tips simple untuk mudah bersalin... bukan lain dari lain pun..

  • Jaga hati orang di sekeliling kita, terutama ibubapa. Bukan hanya isteri yang perlu jaga hati ni, suami pun kena juga. Andai ibubapa ingin sesuatu dari suami anda memerlukan beliau, maka izin dan redhalah suami melaksanakan tanggungjawabnya terhadap ibubapa terlebih dahulu. Setiap isteri perlu ingat bahawa darjat ibubapa suami lebih tinggi dari dirinya. Insyalah jika kita membahagiakan ibubapa, keluarga kita pun bahagia.
Tips ini dapat ketika mengandung humaira, macam mana dapat? dari siapa? ok ini ceta ringkasan dia 'Sejak dari kecik aku dengar arwah tok (ganti nama nenek di terengganu) ckp "semek (nama manja cik) kalau beranok mudah benor, baru letok punggung kuar doh budok." Maka saat mengandung humaira aku tanya lah dekat cik (aku pgl mak aku cik) "Tok kata cik mudoh beranok, cik wat gane jadi mudoh?" Cik jawab " tengoh ngandung jaga hati mok bapok penting. kalau ada rasa nak marah ke dop puah hati ke, diam je... pastu kalau dia nak apa2, kalau mampu bagi, bukan bini je kena jaga hati mokbapok, laki pun sama. dop kira lah mokpok sediri ke mokpok tua." Maka aku cuba sebaik mungkin untuk amalkan tips ini. Alhamdulillah nampak keberkesanannya.
  • Ringankan mulut untuk sentiasa berzikir dan membaca surah hafazan. 
Humaira & hana suka kalau ummu dia nyanyi wpun suara tak sedap, kadang2 aku tukar lagu kepada zikir dan bacaan surah2 yang di hafal. sambil bermain sambil berzikir. Kalau tak bermain, kadang-kadang pasang video zikir dan bacaan surah al-quran. Mr.Y pulak selalu pasang orang mengaji dalam kereta. 

  • Amalkan makanan sunnah seperti kurma, kismi, susu kambing dan air zamzam.
Kurma adalah salah satu kudapan dekat rumah. Bekalan kurma dekat rumah jarang putus walaupun bukan bulan ramadhan. Kalau kurma dalam peti habis, humaira & hana akan mintak abi belikan. Selain itu aku juga guna kurma dalam masakan. Supaya daging atau ayam cepat empuk, bila guna kurma tak payah nak pakai gula or pemanis yang lain.

  • Aktifkan diri selagi termampu. 
Ini yang bagus bila ada toddler kat rumah...rasa malas pun kena bangun buat kerja.
  •  Makan makanan berkhasiat & kurangkan makanan luar.
  • Amalkan baca al-quran...kalau dapat khatam saat mengandung lagi bagus.
  • Penggunaan minyak kelapa dara dihujung-hujung kehamilan adalah amat berfungsi.


Pengalaman bersalin 2015 ~ Uwais Aysar Bin Mohd Yaman

Alhamdulillah selamat melahirkan seorang putera tanggal 1 muharam 1437H bersamaan 14 oktober 2015. 

Proses kelahiran kali ini berlaku begitu pantas sekali. Jam 3 pagi terjaga dari tidur akibat rasa nak buang air besar dan kecil. Setelah selesai membuang masih rasa nk membuang. Contraction mula terasa saat ini. Terus buka apps 'contraction timer' untuk tgk selang masa antara contraction. Sambil kira contraction aku betulkan paip air dapur yang tercabut. Secara tak sengaja Mr.Y pun terjaga mendengar bunyi ketukan. Sehingga jam 4 pagi contration selang 5 minit. Mr.Y tanya nak ke hospital ke, aku dgn yakin jwb lps solat subuh lah. Bila kata lepas subuh, maka mr.Y pun masak air, mandi dan solat sunat 2 rakaat. lepas solat aku tgk dia lipat baju. Tapi jam 4.20pagi, rasa sakit contraction yg amat sgt dan tak tahan, trs ajak Mr.Y ke hospital... tengah kelam kabut Mr.Y nak kejut anak2 dan call pengasuh, aku rasa mcm air ketuban nak pecah... yea...

4.30pg: air ketuban pecah dirumah
4.35pg: hantar anak2 kerumah pengasuh
4.40pg: sampai hospital
4.45pg: bersalin tanpa suami disisi...

Secara keseluruhan proses bersalin kali ini mengambil masa lbh kurang 2 jam bermula dengan sakit contraction.

Ringkasan pengalaman bersalin 2015.

Rabu, September 16, 2015

Contoh tauladan terbaik buat anak kecil...

Contoh tauladan terbaik kita adalah RaSulullah. Bagi anak kecil, contoh ikutan yang terbaik mereka adalah ibu bapa. Adakala hanya sekali perbutan buruk kita lakukan secaa tidak sengaja, anak dah boleh ikut. Adakala berkali-kali perbuatan dan kelakuan baik kita lakukan anak tetap tak dapat ikut.

Pernah membaca satu artikel bagaimana mendidik anak untuk mendrngar cakap dan berdisplin.jangan pernah berangan dan meletak harapan tinggi untuk anak mendengar cakap kita. Prnah membaca satu artikel yang mengatakan bahawa untuk anak kecil mengingati apa yang kita arahkan atau inginkan, mereka perlu diingati tentang hal tersebut lebih kurang 200kali. Penatkan nak ingat banyak2. Tetapi konsep ini hampir sama dengan cara untuk seorang individu tidak meninggalkan solat adalah dengan solat 5 kali sehari semalam selama 40 hari berturut-turut. Insyalah tidak lupa dan amalkan.

Aku ada 2 anak kecil yang sedang membesar, apa yang diperhatikan.
° Humaira & Hana suka membaca kerana suamiku suka membaca, adakala mereka akan mengambil buku tebal untuk aku bacakan. Adakala mereka yang akan bacakan untuk ku..wpun cerita mereka langsung tak sama dengan apa yang tercatat.
°Adakala humaira akan bangun pagi dan terus ke tandas untuk berwuduk. Usai wuduk dia akan mengaji. Ini mungkin terpengaruh dengan solat subuh atau dhuha yang sering dia perhatikan kami lakukan saat awal pagi. Manakala mengaji selepas solat sering aku buat usai solat magrib.
°Tidak tidur ketika magrib, memang dari kecil aku cakap dekat anak2 bahawa tidur ketika magrib adalah tak elok. Magrib adalah waktu beribadat. Sekarang abi nak lelap mata ketika magrib pun tak dapat.
°Suka menabung, dari mereka pandai memasukan barang, suamiku ajar mereka menyimpan wang.
°Bercakap dengan menggunakan bahasa ganti diri yang sopan. Adakala memang kita telah menggunakan bahasaganti diri yang sopan dan lembut tetapi kita terlupa rancangan drama di tv.
°Jika ingin mereka lakukan sesuatu, gunakan perkataan tolong bukan arahan. Kerana minta tolong lebih lembut dari arahan.
°Jika mereka ingin bercakap,maka pandang lah wajah mereka dan berborak lah. Anda pasti tidak ingin anakanda tidak memberi perhatian saat anda berbicara dengan mereka. Bukan hanya ketika berborak dengan mereka tetapi juga dengan orang sekeliling.
°Jangan merasa terlalu mahal untuk mengucapkan terima kasih untuk apa sahaja pertolongan atau bantuan yang anda terima, kerana mereka sedang perhatikan anda.

Ini antara perihal meniru yang aku perhatikan.  Zaman anak-anak membesar amat singkat..... Hargai sebelum terlambat....

Khamis, April 30, 2015

Zero to hero

24 April 2015, seminar zero to hero bersama suami tercinta. Banyak ilmu yang diperolehi selain seminar ini juga turut "recharge" balik semangat dan keingin untuk lebih maju dalam hidup.
Antara point yang di dapati adalah:
 Jika inginkan perubahan,maka kita perlu berubah dahulu.
 Dalam apa-apa sahaja ilmu perlu ada mentor @guru, begitu juga perniaga lain, wujudkan zon selesa dengan kenalan baru atau lama. Bila suasana selesa, insyalah mudah untuk memperkenalkan produk perniagaan.
 Apa matlamat sebenar kita dimuka bumi. Best quote from my love:

"Saya bukan sahaja mohd yaman bin idris yang lahir di kg.baru,kl tetapi saya adalah seorang insan yang lahir dari perut ibu saya sebagai seorang khalifah yang perlu membantu orang disekeliling saya. Serta menjadi seorang yang bermanfaat kepada orang lain."
 Jangan sesekali kondem perniagaan atau minat orang lain.
 Terus menanam sifat kasih sayang antara insan...
Teruskan berfikir kerana orang yang berhenti berfikir adalah orang mati.
 Perlu ada mentor atau guru dalam apa jua bidang ilmu. Jika ingin berjaya cari orang yang telah berjaya dalam bidang yang kita ceburi.
 Yakin dengan apa yang kita usahakan, jika kuat keyakinan maka insyalah akan ada hasil yang positif.
 Jangan pernah merasa rugi melaburkan wang dalam mencari ilmu. Ilmu tak akan basi...tanpa ilmu yang betul, wang yang banyak boleh jadi sedikit, tapi dengan ilmu wang yang sedikit boleh jadi banyak.
 Macam mana kita memperkenalkan diri sendiri kepada individu. Jangan pernah merasa rugi menghulurkan senyuman dan salam....

Boleh berblog guna tab dah.....

Ok agak lama tak update blog...just try dis new tab....

Yahooo!!!!!

Okkk!!!!!

Ahad, Mac 15, 2015

Tips Berjimat 3: Asuh anak untuk tidak meminta di pasar raya.

 Assalamualaikum...

Bila pegi mall mana-mana untuk beli barang pasti anak-anak semangat nak ikut. Ye lah, kadang-kadang pelbagai benda dalam fikiran mereka nak beli...mereka ambik mak bapak bayar. Sekarang iklan TV macam-macam produk ada, makanan, mainan, pakaian dan lain-lain.

Setiap kali keluar iklan tentang chips kentang atau aiskrim, aku akan cakap dekat humaira dan hana...
"makan benda nie tak elok nant sakit. Kalau nak kuat kena makan sayur. " atau "Boleh makan aiskrim tapi tak boleh selalu." (Humaira amat tertarik dengan aiskrim butterfly mat kool). Apa jadi bila pegi beli barang dengan mereka. Humaira akan kata "ummu makan nie tak elok kan." Aku iakan aje...pastu bagitahu apa yang perlu beli dekat mereka.  Mereka lebih semangat nak masukkan sayur dalam plastik.

Masih kukuh dalam ingatan bagaimana arwah cik ajar anak-anak untuk tidak meminta saat beli barang keperluan. Sampai kami bila ditanya nak apa, tak tahu nak minta apa. Sewaktu adik bongsu masih di sekolah, dia suka mintak macam-macam bila keluar beli barang dapur. Apa yang arwah buat hanya diam je...tapi sampai kaunter dia cakap dkat orang kaunter yang adik masukkan dia tak nak. hehehe...masuk kereta kecewa lah adik bongsu. Tapi apa jadi untuk akan datang, Tak berani dia nak ambik barang pasal tahu arwah cik takkan bayar.

Sering juga dengar rungutan dari sahabat tak dapat beli barang keperluan pasal tak cukup duit sbb dah  bayar mainan atau apa-apa barang anak mintak. Anak akan gembira masa tue, balik rumah keperluan tak cukup, lagi haru jadinya....Biar malu sekali dari sengsara hari mendatang...Bila sekali kita ikut kemahuan mereka yang tak perlu, mereka akan meminta untuk kali yang ke-2 dan seterusnya.

Ok itu sahaja kali ini...

Sabtu, Mac 14, 2015

Tips Berjimat 2: Rancang menu untuk seminggu

Assalamualaikum

Kini kita bicara tentang tips ke-2 pula...iaitu rancang menu keluarga untuk seminggu. Perancangan ini penting untuk tidak membazir beli barang dapur yang tidak perlu. Ok, kalau anda ada peti ais yang besar, anda boleh lakukan pembelian bahan basah untuk 1 minggu tetapi jika peti ais kecik macam kami, bahagi-bahagikan hari untuk membeli barang basah. Mungkin 2 kali seminggu turun ke pasar atau kedai runcit.Berikut adalah contoh rancangan pembelian barang dapur beserta menu.


Jika anda lihat menu untuk 1 minggu, anda akan dapati beberapa menu yang memang dah sedia maklum apa lauk nya, tak perlu nak fikir lauk lain. Ini kerana saya akan menyediakan bekal buat cik abg seperti hari isnin, selasa dan khamis sebab ini adalah hari-hari saya menggunakan kenderaan. Hari rabu, cik abang boleh balik sendiri lunch manakala hari jumaat bagi peluang lunch dengan kawan-kawan pejabat sebelum solat jumaat.

Jika saya ingin masak nasi ayam, ayam akan direbus malamnya dan diperap. Sambal turut disediakan malam tersebut. Esok pagi hanya perlu masak nasi dan goreng ayam perap.

Andaikata tetiba ada jemputan makan-makan...menu hari ini dibawa ke hari esok...anjaklah 1 hari...

ok...itu sahaja tips kali ini....

Jumaat, Mac 13, 2015

Tips Berjimat 1: Kurangkan makanan luar

Assalamualaikum.... hari ni nak bercerita sedikit tentang tips berjimat yang saya dan keluarga praktikan.... Tips pertaman adalah kurangkan makan diluar
Contoh bekal makan tengah hari buat en.Suami...
             Ini penting kerana kos makan luar yang dibeli adalah berganda dari kos membeli barang dapur. Sebagai contoh jika anda makan tengahhari diluar sekurang-kurangnya anda membelanjakan RM5 untuk nasi dan air. Seminggu 5 hari bekerja anda telah membelanjakan RM25 seorang. Ini belum masuk makan malam dan sarapan, ditambah pula dengan isteri dan anak-anak. Berapa dah? Apa yang saya lakukan adalah dengan menyediakan bekal buat suami dan anak-anak. 
             Memang leceh sedikit untuk sediakan makanan tengahhari di awal pagi. Kadang-kadang kita bangun sebelum subuh nak siapkan bekal, si kecil pun sama bangun. Disini lah perlu kerjasama dari suami. Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang memahami, jika anak-anak ikut bangun maka beliau akan melayan dengan baik nya. 
            Bahan-bahan untuk masak esok pagi saya keluarkan dari bahagian sejuk beku ke bahagian bawah sebelum tidur seperti ayam beku...supaya tidak ambik masa lama untuk masak. Adakala keletihan menyebabkan terlupa untuk keluarkan, disini sekali lagi suami saya memainkan peranannya dengan baik skali. Beliau akan keluarkan jika saya dah terlena. Maka janganlah marah jika kita plan nak masak ayam tapi suami keluarkan ikan. Tukarlah menu dengan hari ikan. Tak susahkan...

Sabtu, Januari 17, 2015

Blog: A muslim homeschool


Assalamualaikum dan selamat pagi....

Buka FB ttba nampak ada orang post pasal muslim homeschool....wah menarik,,,apa lagi trs buka blog nya... MasyaAllah...banyak nye bahan yang berguna di sediakan....dari management sampai bahan2 mengajar ada...

yang penting semua cute2 cantik2... kepada tuan blog, saya dah save. nant nak prin

Terima kasih ye...

siapa yang berminat boleh klik gambar atau masuk blok a muslim homeschool.



Rabu, Januari 14, 2015

Dokumentari GELORA BELUM REDA


Apa aktiviti malam kami? Selalu malam selesai solat isyak, adik kakak akan main dahulu sebelum tidur. kadang-kadang mereka akan menonton dokumentari  Kebetulan beberapa malam yang lepas tv Al-hijrah menyiarkan dokumentari GELORA BELUM REDA (mengisahkan Sejarah Ketamadunan Iraq).  Sambil baring2 kami ber3 menonton. Tengah2 tengok paparan gambar berikut :

Ini adalah simbol kemenangan iraq. Mengambil bentuk tangan Saadam husin dan idea buat benda ni pun dari Saadam husin.

Topi-topi tentera iran yang terkorban. Gambar yang dipaparkan waktu 2, topi-topi ini dalam jaring dan tergantung.


Kakak Humaira bertanya:

Humaira  : Ummu, kenapa topi kena ikat 2?
Ummu  : Sebab dia nak bagi orang tengok.
Humaira  : Kenapa tangan tak gerak?
Ummu   : Sebab tangan 2 batu.
Humaira  : O...berat ek....
Ummu    : Aaah...
Humaira : Ummu kenapa dia gantung topi 2? siang tangan dia sakit...aduh..berat.
Ummu  : ????
Humaira  : ummu, 2 apa? kenapa mcm 2?
Ummu  : (frust kakak x terima jawapan awal,) Macam ni kakak, dulu iran & iraq berperang. Iran kalah. Bila iran kalah, ketua iraq ambik semua topi tentera iran masukkan dalam jaring. pastu iraq buat tugu bentuk tangan 2 sebagai tanda iraq menang. Pastu topi yang dia kutip dan masuk dalam jaring di gantung dkat tangan 2. Kakak faham?
Humaira: O...dia kalah, kutip-kutip topi gantung kat tangan...

apa sebenar yang anak ummu faham ek?

Kerana mereka suka mendengar ummu membaca....

Assalamualaikum.....



Setiap kali ummu nak membaca kakak akan ambik satu buku abi untuk dibacakan. Dia suka mendengar....terutama bila baca dengan gaya dan intonasi yang menarik. Tetapi buku abi semuanya amat tebal dan bahasa terlalu tinggi untuk kakak dan adik fahami. 

Saat berjalan sendirian di wisma sanya, masuk kedai buku dan nampak buku ni. terus beli tanpa fikir panjang. Alhamdulillah mereka berdua suka... tapi...belum seminggu hana khadijah dah koyakkan muka surat pertama... huhuhu...

Apa yang menarik ttg buku ni...
  1. boleh baca dalam gaya dan nada yang lebih pelbagai...
  2. gambar yang menarik untuk dorg kenal pasti
  3. bahasa yang senang dan mudah untuk diterangkan kepada mereka...
Selamat membaca...

Khamis, Januari 08, 2015

25 NOVEMBER

25 november 2013, lahir lagi seorang puteri kami....sekarang dah setahun 2 bulan..
yang best nya, tarikh lahir sama dgn Mr.Y.....




Saya suri rumah berpendapatan.....





Saya seorang suri rumah.

Hobi design dan editing sebab minat.

Masa lapang mengajar KAFA ATAU Fardhu Ain di sekolah rendah.

Aktif income--Nafkah suami & Bisnes online NaimyArt

Pasif Income-- Tone Excel (pakai handphone macam biasa)

Saya ingin mengajak rakan rakan diluar sana kerana..

SESIAPA SAJA BOLEH BUATDUIT DENGAN HANDPHONE

PM JOIN TONE EXCEL : 019-6158384
Add FB Saya : https://www.facebook.com/enie.my
Baca blog NaimyArt : http://naimyart.blogspot.com/p/tone-excel-video.html

Rabu, Disember 24, 2014

Baca buku untuk anak-anak

Pagi ni kakak tak nak tengok tv, dia ambik buku "retire young, retire rich", mintak ummu bacakan....

Ummu : Kakak nak ummu baca buku nie ke?
kakak: Baca lah ummu...
Ummu: kakak tak nak baca buku yang ni? (sambil tunjuk buku 1,2 &3)
Kakak: Tak nak, kakak nak buku nie...
(masih tunjuk buku "retire young, retire rich" oleh Robert T.Kiyosaki).

Maka kakak dengan adik duduk lah bersandar dekat sofa, ummu pun mula lah baca, tengok total muka surat 546, tapi hanya baca 2helai, selepas itu kakak dengan adik dah nak main lukis-lukis lak...

Sedikit perkongsian dari bacaan buku tersebut (ntah faham ke tidak budak 2 orang tue)


  1. Aliran tunai adalah frasa terpenting dalam dunia keewangan. Perkataan ke-2 terpenting adal "leverage".
  2. "leverage" adalah kuasa yang dapat membantu menaikan atau menjatuhkan seseorang.
  3. "otak kita dapat menjadi aset terkuat ataupun dapat juga menjadi liabiliti terhebat. Sekiranya kita menggunakan perkataan tepat dalam otak, kita akan menjadi kaya. Sekiranya kita menggunakan perkataan yang tidak tepat, kita akan menjadi miskin." ini lah Leverage Minda.





Jumaat, Disember 19, 2014

Perpustakaan Audio Dirumah

Bagaimana menjadikan rumah sebagai sebuah perpustakaan audio?

Jawapannya senang sahaja... ia bermula dengan peranan ibu bapa. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa ibubapa adalah guru pertama anak... begitu juga rumah merupakan perpustakaan pertama mereka.

Jika dulu saya memiliki radio yang tak perlu di buka suiz atau di tekan untuk berbunyi... adakala radio itu terlalu bising di waktu pagi. Radio tersebut akan automatik berbunyi selepas solat subuh dan magrib. Itu lah arwah bonda...kini diri ini amat merindui bunyi radio tersebut... semoga Allah menempatkan ibunda bersama orang2 yang dikasihi.

Anda memiliki radio? tv? perakam audio? atau paling mudah telefon pintar? semua peralatan tersebut dapat memainkan mp3 kan.. maka pasangkanlah lagu2 alunan kalimah Allah untuk anak2 anda.

INI LAH PERPUSTAKAAN AUDIO MEREKA

Pesanan Bonda.

Pesanan ini buat panduan kepada bakal ibu .... terutama kakak yang tersayang. Insyalah akan menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Antara pesan ibunda:

  1. Banyakkan baca al-quraan...kalau dapat khatam waktu mengandung.
  2. Jika dalam pantang, jiwa rasa tidak tenteram maka banyakkan zikir kepada Allah.
  3. Banyak mendengar orang mengaji (pasang kaset kata cik-kira kita sekarang psg mp3 lah)
  4. Pantang kena jaga betul2 sbb kita nak pakai badan nie lama lagi. (Ambik lah set berpantang mana2. kalu bekung buat bancuhan limau nipis dan kapur campur lada hitam skit kalu nak. pastu sapu dekat perut...pastu balut dengan bekung)
  5. Jika sampai saat kita hendak bekerja, maka anak perlu dihantar kepada pengasuh. Jangan dihantar kepada ibubapa sendiri atau ibubapa mertua untuk menjaganya....jika masih ingin menghantar kepada ibubapa, maka perlu diberi upah kepada mereka sebagaimana kita membayar upah pengasuh.
  6. Kurangkan makan di luar kerana kita tidak tahu khasiat dan berkatnya (air tangan ibu lebih kasih syg)
  7. Tengah malam kalu anak nak makan, bangun dan bagi makan (cik cerita kakak aku ni dulu masa kecik tiap2 hari kul 2pg bangun makan biskut. kalu tak bagi makan, tak tido, tabah nya cik melayan)
  8. Jangan bergaduh walaupun hanya berlawan cakap dengan suami di depan anak2
  9. Amalkan solat berjemaah...biar anak2 tengok kita solat. ( mcm kak ma buat, anak2 dibiarkan melihat ibubapa solat.sampai masa mereka akan ikut dan insyalah umur 7thn dah boleh laung azan atas atap rumah mcm sohok & hasan).
  10. Sayang anak macam mana sekalipun, suami adalah yang lebih utama...
Rasa-rasa tue je kot pesanan yang teringat...

semoga bermanfaat....

Setelah setahun

Kini telah setahun berlalu, kali terakhir aku menulis blog adalah tahun 2013. Ketika itu masih beranak satu. Sekarang telah beranak 2...

Anak ke-2 yang lahir sama tarikh dengan bapanya... maka seronok lah dorg dapat sambut b'day sekali...

Rabu, Julai 24, 2013

Persoalan Sedekah Al-Fatihah Kepada Si Mati

Satu amalan yang biasa dilakukan dalam masyarakat kita apabila mendengar kematian seseorang ialah, menyedekahkan bacaan Al-Fatihah…”Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Si Fulan bin Si Fulan yang baru sahaja meninggal sebentar tadi…” demikianlah antara ungkapan yang biasa kita dengar.

Membaca Al-Fatihah kepada si mati adalah dengan tujuan menyedekahkanPAHALA bacaan tersebut. Kerana, dengan membaca Al-Quran telah dijanjikan balasan pahala.

عبد الله بن مسعود يقول : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من قرأ حرفا من كتاب الله فله به حسنة والحسنة بعشر أمثالها لا أقول آلم حرف ولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف

Maksudnya : Berkata Abdullah bin Mas’ud : Bersabda Rasulullah SAW “ Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitab Allah (Al-Quran), maka baginya satu hasanah (kebaikan), dan setiap satu hasanah baginya 10 pahala. Aku tidak katakan آلم satu huruf, bahkan alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.

(Hadith Sunan Tirmizi (No.2910) dengan komentar “Hadith ini Hasan Sohih Ghorib”. Hadith yang sama maksud boleh didapati dalam kitab Musannaf Ibnu Abi Syaibah (No.29933), Sya’bu Al-Iman (No. 1983), Kanzu Al-‘Amal (No.2429), Sohih Targhib Wa Tarhib (No.1416), Riyad As-Solihin (No.999). Disepakati status hadith ini adalah sohih)

Persoalannya, benarkah kita dituntut, atau dianjurkan, atau digalakkan oleh Baginda Nabi SAW untuk sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada si mati? Inilah yang cuba penulis kupaskan dalam artikel ini. Diharapkan pembaca tekun membaca dan memahami perkara ini.

APA SEBENARNYA YANG DIANJURKAN?

Sebenarnya, Baginda Nabi SAW tidak pernah menganjurkan para sahabat yang hidup menyedekahkan Al-Fatihah kepada sahabat yang meninggal. Bahkan apa yang sebenarnya dianjurkan oleh baginda ialah MENDOAKAN si mati…

Perkara ini dapat dibuktikan dengan dalil berikut :

عن أم سلمة قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم " إذا حضرتم الميت فقولوا خيرا فإن الملائكة يؤمنون على ما تقولون " فلما مات أبو سلمة قلت يارسول الله ما أقول ؟ قال " قولي اللهم اغفر له وأعقبنا عقبى صالحة " قالت فأعقبني الله تعالى به محمدا صلى الله عليه وسلم . 

Maksudnya : Daripada Ummu Salamah katanya : Bersabda Rasulullah SAW “ Apabila kamu menziarahi mayat maka katakanlah yang baik-baik. Sesungguhnya para Malaikat percaya (mencatat) apa yang kamu katakan”. Maka ketikamana Abu Salamah meninggal dunia, aku (Ummu Salamah) bertanya wahai Rasulullah apa yang patut aku katakan? Jawab (baginda) “ Katakan :

اللهم اغفر له وأعقبنا عقبى صالحة

(Hadith Sohih Sunan Abi Daud (No.3115), Ibnu Majah (No.1447). Hadith ini juga dinukilkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab sohihnya (No.3005), dengan komentarnya “Sanad Hadith ini sohih mengikut syarat Al-Bukhari dan Muslim”. Namun hadith ini tidak dimuatkan oleh kedua tokoh tersebut dalam kitab sohih mereka)

Inilah yang dianjurkan oleh Baginda dan diamalkan oleh para sahabat, yaitumendoakan si mati, bukannya menyedekahkan atau membacakan Al-Fatihah sepertimana yang kita amalkan hari ini.

Satu lagi bukti yang boleh penulis kemukakan di sini ialah dengan hadith yang sangat mahsyur dalam kalangan masyarakat kita hari ini :

عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية وعلم ينتفع به وولد صالح يدعو له

Maksudnya : Daripada Abi Hurairah ra : Sesungguhnya Nabi SAW bersabda “Apabila mati seseorang insan, maka terputuslah segala amalanya melainkan tiga (amalan). Sedekah jariah (yang ditinggalkan), ilmu yang bermanfaat (yang diajarkan), dan anak yang soleh yang mendoakannya.

(Hadith Sunan Tirmizi (No. 1376) dengan komentarnya “Hadith ini Hasan Sohih”. Hadith yang sama juga boleh didapati dalam Sunan Nasa’i (No.3651). Hadith ini dinilai Sohih)

Jelasnya dalam hadith di atas, Nabi SAW menyebutkan anak yang soleh yang MENDOAKANNYA. Tetapi bukanlah anak soleh yang menyedekahkan bacaan Al-Quran. Mungkin ramai yang tahu hadith ini, tetapi tidak ramai yang memerhatikan maksud hadith ini.

Tidak ada satu keterangan pun bahawa Nabi SAW menyuruh menyedekahkan bacaan Al-Fatihah atau Al-Quran kepada si mati. Ini diperkuatkan lagi dengan anjuran Nabi SAW ketika melalui kubur :

عن سليمان بن بريدة عن أبيه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعلمهم إذا خرجوا إلى المقابر فكان قائلهم يقول ( في رواية أبي بكر ) السلام على أهل الديار ( وفي رواية زهير ) السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين وإنا إن شاء الله للاحقون أسأل الله لنا ولكم العافية

Maksudnya : Daripada Sulaiman bin Buraidah, daripada ayahnya berkata : Adapun Rasulullah SAW mengajarkan mereka apabila kamu keluar ke perkuburan maka hendaklah seseorang dari mereka katakan : (dalam riwayat Abi Bakar) Sejahtera keatasmu ahli kubur, (dalam riwayat Zuhair) Assalamualaikum ahli kubur dari kalangan Mukminin dan Muslimin dan aku Insya-Allah akan menyusul. Aku pohon kepada Allah kebaikan ke atas kami (yang masih hidup) dan keatas kamu (yang telah mati).

(Hadith Sohih Muslim (No.104). Hadith yang sama maksud dalam Sunan Nasa’i (No.2040), Sunan Ibnu Majah (No.1547), Musnad Ahmad bin Hanbal (No.23035). Sepakat Hadith Ini Sohih)

Maksud memberi salam adalah mendoakan, yaitu mendoakan kesejahteraan ahli kubur (orang yang telah mati).Nabi tidak mengajarkan para sahabat bahawa hendaklah mereka menyedekahkan Al-Fatihah kepada ahli kubur. Memadailah mendoakan kesejahteraan mereka sahaja. Itulah sebaik-baik amalan yang boleh dilakukan dan dianjurkan oleh baginda.

PERSOALAN MEMBACA AL-FATIHAH ATAU AL-QURAN KEPADA SI MATI

Jika kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada si mati, apakah yang kita sedekahkan? Tidak lain, pastilah PAHALA BACAAN AL-FATIHAH yang kita sedekahkan.

Sekiranya kita membaca Al-Fatihah, pasti kita mengharapkan balasan pahala daripada Allah SWT. Juga mengharapkan keredhaan Allah. Persoalan dapat atau tidak apa yang kita harapkan itu semuanya hak Allah, dan ia adalah perkara ghaib yang kita tidak dapat lihat diterima atau tidak.

Perlu jelas bahawa persoalan pahala ialah persoalan ghaib (perkara ghaib). Perlu difikirkan oleh kita, adakah pahala membaca Al-Fatihah atau mana-mana ayat Al-Quran ini boleh di sedekahkan? Apakah kedudukan pahala yang ghaib ini sama seperti wang ringgit yang zahir yang boleh dipindah-pindah miliknya atau disedekahkan?

Sekiranya seseorang mendakwa pahala membaca Al-Fatihah ini boleh disedekahkan, maka dia perlu membawa bukti dengan Nas Al-Quran atau Hadith, kerana perkara ghaib ini hanya boleh diketahui melalui dua sumber ini sahaja. Adapun melalui sangkaan atau ‘rasa-rasa sampai’ sahaja, maka tidak boleh diterima sama sekali.

Maksud membawa bukti di sini ialah membawakan mana-mana ayat Al-Quran atau Hadith Nabi SAW yang sohih yang menyatakan bahawa sampainya pahala sedekah membaca Al-Fatihah kepada si mati. Hadith Dhaif tidak boleh diterima. Hal ini kerana, Hadith mendoakan bertaraf sohih.Apabila bertembung hadith sohih dan dhaif, maka yang sohih perlu diutamakan.

Sangkaan atau ‘rasa-rasa sampai' tidak boleh diterima kerana, Allah dan Rasul-Nya tidak menyatakan demikian. Sedangkan Nabi SAW orang yang paling faham agama (kerana wahyu disampaikan melalui baginda) pun tidak menyatakan sampainya pahala sedekah, mana mungkin kita manusia biasa ini boleh pula menyatakan demikian.

عائشة رضي الله عنه ها قالت : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد )

Maksudnya : Daripada ‘Aisyah rah : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa beramal dengan amalan yang bukan dari suruh kami, maka ianya tertolak.

(Hadith Sohih Muslim (No.1718). Hadith yang sama maksud dalam Sohih Al-Bukhari (No.2550), Sunan Abi Daud (No.4606), Sunan Ibnu Majah (No.14), Musnad Ahmad bin Hanbal (No.25511))
BAGAIMANA DOA YANG DIANJURKAN

Doa yang disarankan ialah sepertimana yang dinyatakan dalam hadith Ummu Salamah di atas :

اللهم اغفر له وأعقبنا عقبى صالحة

Sebenarnya, tidak ada doa yang khusus kepada si mati, asalkan doa itu baik dan bertujuan memohon ampun bagi pihak si mati. Nabi SAW menyatakan dalam Hadith Ummu Salamah itu :

فقولوا خيرا

Maksudnya : …maka kamu katakanlah yang baik-baik…

Sabdaan Nabi SAW ini juga menunjukkan bahawa, apabila berlaku kematian, katakanlah yang baik-baik tentang si mati. Jangan sesekali mengumpat, atau mengatakan keburukan si mati. Sebaliknya, sebutkan hal-hal yang baik tentang si mati serta mendoakannya.

Doa yang biasa di baca oleh masyarakat kita dalam tahlil juga merupakan doa yang baik :

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

Sebaik-baik doa adalah memohon keampunan bagi pihak si mati.

KESIMPULAN

Setelah penulis membawakan bukti-bukti berlandaskan Hadith-Hadith yang sohih, maka terpulanglah kepada para pembaca untuk menilainya. Penulis tidak menganggap bahawa menyedekahkan Al-Fatihah kepada si mati adalah sesat (bid’ah dholalah). Yang jelasnya, individu yang menganjurkan demikian berniat baik, iaitu ingin meringankan seksaan si mati di alam kubur. Tetapi,sebaik-baik amalan yang perlu kita amalkan dan berpegang dengannya adalah, amalan yang berdasarkan Nas yang sohih yang dianjurkan oleh Nabi dan diamalkan oleh para sahabat serta generasi selepasnya yang berpegang teguh dengan sunnah…

Penulis menyeru, sekiranya kita diminta menyampaikan khabar kematian seseorang, maka serulah orang ramai mendoakan si mati..(elakkan menyeru membacakan Al-Fatihah)..

Sekiranya ada orang menyeru membacakan Al-Fatihah kepada si mati, maka kita doakanlah sahaja.. Mengikut sunnah yang diajarkan Nabi SAW adalah lebih utama…

Wallahu A’lam..

Sumber: Shoutus Sunnah Enterprise

Selasa, Julai 02, 2013

Sementara Masih Berpeluang

Assalamualaikum

Setelah agak lama tidak menulis dan bekarya, pagi ini tergerak hati untuk berkongsi pengorbanan ibu ayah dan bagaimana seharusnya mereka dilayan sehingga akhir hayat. Tidak ada seorang pun manusia akan menafikan pengorbanan ibu bapa mereka dari melahirkan sehingga ke dewasa. Tidak ada seorang ibu bapa yang beriman pun akan mendoakan kecelakaan buat anak-anaknya. Bagaimana mereka sanggup berjaga malam demi menjaga anak yang hanya demam, terutama jika anak itu masih bayi...Menahan lapar dan dahaga demi menunaikan permintaan anak untuk makanan dan permainan yang mahal. Tidak dilayan kesian akan anak yang mengharap...Tetapi bagaimana layanan anak ketika ibu makin meningkat usia tua dan anak makin dewasa?

Atuk nenek menjaga cucu? Wajar atau tidak? Perkara ini perlu dilihat dalam 2 situasi yang berbeza. Terdapat ibubapa yang meminta untuk menjaga cucu, bahkan dari bayi. Manakala ada ibubapa yang diminta untuk menjaga cucu. Situasi pertama adalah wajar, tetapi bukan bermakna anak boleh lepas tangan terus. Adakala atuk nenek meminta cucu untuk dijaga dengan harapan anak lebih kerap datang menjenguk mereka di kampung serta mungkin juga sebagai peneman. Ialah, bila anak dah besar semua sibuk dengan keluarga dan kerjaya masing-masing. Maka kesunyian lah ibu bapa di kampung. Jika ada kanak-kanak pasti akan sedikit terhibur...Maka pada pandangan diri aku, situasi pertama adalah wajar jika atuk nenek masih sihat dan cucu sudah boleh menguruskan diri sendiri...

Berbeza dengan situasi kedua dimana pasangan tersebut tidak mampu untuk menjaga anak sendiri. Maksud tidak mampu disini adalah dari segi kekangan masa dan wang. Maka tempat yang paling mudah dan senang adalah meminta atuk nenek menjaga cucu. Pada pendapat diri ini, situasi ini boleh menjadi wajar dan boleh menjadi tidak wajar. WAJAR jika  ibu bapa disediakan orang gaji atau pembantu yang secukupnya serta kewaangan yang mantap. TIDAK WAJAR jika ibu bapa turut dibebani dengan masalah keewangan dan kekurangan tenaga.

Masih kukuh dalam ingatan pesanan arwah ibu:

"Anak kita, kita jaga sendiri, jangan minta orang tua jaga...Sewaktu kecil ibu ayah dan bersusah payah jaga...tiba masa kita ada anak kita perlu menjaga sendiri anak, tidak wajar anak dibebankan kepada orang tua kerana telah tiba masa orang tua menikmati hidup dengan belajar dan beramal. Sewaktu anak kecil dan membesar orang tua tidak ada masa yang cukup untuk belajar, beramal dan berehat...Berilah mereka peluang menikmati semua itu sementara masih berpeluang."

Semoga pesanan ini tetap kukuh dan diamalkan sehingga anak-anak ku dewasa. Terima kasih cik, terima kasih ayah.


Sabtu, Januari 26, 2013

Chicken Burger Golden Blue

Selamat bercuti semua, hari nie kami rasa nak makan western skit. maka tgk dlm peti ada ayam 3 ketul, 2 ketul bahagian peha dan 1 ketul bahagian dada... terus dapat idea nak wat buger ayam inti cheese. Kalu chicken chop dikenali sebagai chicken chop golden blue, ini burger aku letak nama chicken burger golden blue.   Jom kita belajar cara-cara nak wat benda nie....

  1. ambik beberapa ketul isi ayam  yang telah dibersihkan, lagi sedap jika semua isi adalah dari bahagian dada. kemudian  toskan sehingga habis air yang menitik seterusnya blenderkan.
  2. Gaulkan isi ayam yang telah diblender tadi dengan sedikit serbuk lada hitam dan garam. Perap lebih kurang 30minit.
  3. kemudian buatkan bulat2 dan leperkan (jgn terlalu tebal...sederhana ja).
  4. Letakkan cheese ditengah2 lapisan bawah dan tutup dengan satu lapisan lagi.
  5. kemudian salut dengan tepung gandum, diikuti telur dan seterusnya bread scrum...
  6. akhir goreng menggunakan minyak yang penuh...
Aku selalu buat tidak ikut sukatan, main agak2 jer....
 Hidangkan bersama salad dan french fries....


sekian...