Memaparkan catatan dengan label kawen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kawen. Papar semua catatan

Rabu, Mac 23, 2016

Selamat Pengantin Baru my lovely sister....

Alhamdulillah, nampaknya kakak kesayangan dah selamat bergelar isteri kepada seorang suami. Walaupun kami tidak pulang meraikan kenduri tetapi kami tetap mendoakan yang terbaik buat mereka suami isteri...

Awal-awal lagi kami suami isteri buat keputusan nak sponsor kad kawen, maka mula lah mendesign..kad kawen bertemakan kufi.

1st draf buat nama asiah & akbar, jenis potrait 8"x3" warna hitam putih.
apabila siap maka tunjuklah dekat bakal pengantin, oooppppssss!!!! tak nak nama asiah & akbar, nak nama asiah & affiata lak... no hal lah benda simple kita buat je... tue lah lain kali tanya dulu jangan memandai letak nama...

2nd draf diterima dengan warna diatas...saiz 6"x4"

Ahad, Januari 17, 2016

Tips Mencari Pasangan

Ini adalah coretan sebagai panduan untuk adik-adik yang masih mencari pasangan hidup... tips ni sebenarnya adalah nasihat dan panduan dari arwah bonda..

Sewaktu mula-mula kenalkan MR.Y kepada ahli keluarga yang lain macam-macam persoalan di utarakan.. Tetapi persoalan yang paling lain dapat dari cik. Antara soalan nya adalah:

  1. Adakah dia solat?
  2. Cukup 5 waktukah solatnya?
  3. Pandai baca quran tak?
  4. Quran khatam tak?
  5. Suka belajar tak?
Soalan seterusnya adalah sama macam soalan orang kebanyakkan...seperti..keja apa? ada rumah? belajar setakat mana?

ok tak nak belebel banyak...jom kita tengok tips mencari pasangan

1. Jaga Solat
    Kenapa perlu cari lelaki yang jaga solat. kerana solat mengelakkan perkara mungkar. Ye lah dugaan orang bercinta ini besar. Syaitan akan sentiasa menghasut kearah kemaksiatan. Insyalah jika dia menjaga solat, maka kita nant akan dijaga sebaik mungkin,

2. Al-quran
    Jadikan ia bahan bacaan utama. Ia juga adalah sumber ilmu. Perlu seorang pasangan yang tahu baca al-quran supaya senang nant nak mengajar anak-anak. 

3. Menuntut ilmu
    Seorang yang rajin menuntut ilmu pasti tidak akan susah hiduonya selagi mana ilmu yang di pelajari bermanfaat.

Maka adik2 perlu pastikan 3 perkara tersebut selain yang sering kita pastikan.
    

Jumaat, Disember 09, 2011

Perkahwinan Double A

Asmahida & Azwan…ini adalah cinta yang sampai ke jinjang pelamin.  Semoga ikatan ini kekal ke syurga. Agar kasih sayang ini bisa menggapai dan menikmati cintaNYA Yang Maha Abadi. 

Mereka berdua nie adalah sahabat aku time kat UKM-KL dulu. Tapi time kat UKM x rapat sangat. Ktorg jadi rapat lepas abis degree, maklum lah sama-sama terlibat dengan aktiviti sukarela. Banyak tempat ktorg jelajah sama dan mcm2 hal lah jadi. Tp 2 sema sebelum aku kawen lah kan. hihihi... Kira nie adalah perkahwinan sahabat aku sendiri yang pertama aku hadiri selepas kawen. Memang teruja nak pegi pasal dah lama x jumpa member2 berpoya-poya time bujang.


Kad jemputan yang di pos khas daripada KL ke Sibu, 1st time dapat kad mcam nie, suka warna dan design dia. Simple dan kemas. Pandai double A pilih. 
Ha...lama x jumpa kak salwa. Time nie leh duk 1 meja best. Banyak gak tips2 utk wanita pegnant yg kak wa bg. Yg sebelah 2 adalah suami nya yg dah 7 tahun kawen. Pertama kali nie bergambar dengan bunga selepas 7tahun kawen kata nya...hihihi....
Shatz, Syam & Ecah..lama x borak..tapi time nie pun x leh nak borak sgt pasal shatz jadi pengapit & mie (x da dlm gambar) lak jadi pengarrah majlis. hehhee...so skit2 jer.. 
Ini lah pasagan pengantin Azmahida & Azwan (double A lah kan). Tahniah As &  Weng...semoga kekal bahagia ke anak cucu dan akhirat. 

Jumaat, Jun 10, 2011

PhotoBook Kawen

Setelah sekian lama mengedit..maka siaplah photobook kamu...nak tgk x?
Bahagian Depan 
Bahagian dalam
Ini bahagian dalam nya...


Ok dah bg tgk sebahagian kan..Photobook nie merangkumi majlis perkahwinan aku kat Terengganu dan Kuala Lumpur. Ada 20 page kesemuanya, maka 10page aku wat untuk majlis kat terengganu iaitu 5 majlis akad nikah dan 5 majlis perkahwinan. Manakala lagi 10page aku buat untuk majlis persandingan di KL. 

Nama photobook nie Classic square debossed hardcove dr myflippix!..Sekarang myflippix! tengah wat promotion sampai 30jun nie...hehhe...Proses order dan penghantaran pun cepar jer...sabtu aku order, siap upload album yang dah siap ke myflippix! Ari isnin dia bagi email dah siap print dan telah di pos kan..Wah, jangan x percaya selasa dah dapat.  Album 2 aku buat guna adobe dan software yang leh download secara free dr web myflippix! 

Bila dah dapat mula lah rasa x cukup, nak lagi dan lagi, maka mula lah edit gambar outdoor lak. tapi kali nie nak order yang besar skit dan nak tambah page dia. boleh masuk gambar keluarga yang lain. Baru happening!..

Sekian sahaja untuk kali nie...

Naimy Art

Khamis, April 07, 2011

Alhamdulillah dan terima kasih CINTA

Assalamualaikum semua...Alhamdulillah, dah selamat semua majlis akad nikah dan kenduri...kat sini kan aku nak kongsi lah serba sedikit gambo dari awal hingga akhir....pada kawan2 yg selalu tanya mana gambo kawen 2...ini hadiah aku utk korg...sori lambat update gambo....hehehe...

Majlis akad akan bermula..."Sekejab lagi ye..." Rombongan pengantin lambat sampai sedikit...apa2 pun semua lancar...
Maka sah lah kamu wahai saudara yaman menjadi menantu ke-2 keluarga Mohd Yusof tukang jahit....oleh itu, salam lah mertua sebagai tanda terima kasih...

Antara tetamu lelaki yang hadir dan yang menganbil gamba...untuk pengertahuan kawan2...yg mengambil gamba bagi pihak aku ada 3 org untuk majlis akad nikah.. iaitu aizuddin, arif & abg jak...tema kasih semua...tp x lupa pd abg aim n kakak kesayangan aku yang beroperasi mengambil video.....
Ini gamba tetamu perempuan....malam itu aku mencari gamba ibu dikalangan  tetamu wanita tp tdk ku temui...
Dari kiri: Aziah (kakak sulong), Anisah (adik bongsu manja), Asiah (kakak ke-2) & me...tema kasih  saudari2 ku....love uols...now i miss u soo mucchhh....esp my manja anisah...
with tara...hhihihi....ini budak tidak mau keluar makan selagi x bergambar dgn acu2...sayang tara
Sampai sudah rombongan pengantin...terima kasih farez yg di minta menjadi pengapit saat2 akhir....
Lot of thanks to my dear darling Shaz coz sanggup jd pengapit terjun...x sangka  my dear pakai baju ikut tema n sama mcm fariz...alhamdulillah pelamin sponsor ini cantik . Sangat2 berterima kasih kepada abg Jak & isteri....Nak tgk lg banyak sila ke sini https://www.facebook.com/butikpengantin.sirihpinang?fref=ts
Huhuhu...kesian my hubby time nie lum leh makan macam2....so my hubby just makan nasi, ulam n gulai daging...lain2 lauk belum boleh coz dlm proses nak baik dr chiken pox....thanks 2 kak yah kubang kura n kak tie yang siapkan meja pengantin n termasuk juga kakak asiah  & kak nie yg jd tukang hidang...
Belakang itu adalah ruang makan VIP..khas buat rombongan org sebelah...
Jom makan...dlm itu ada mayonis taw....sedaappppppp!!!
Bergamba lagi.....terpaksa naik tangga nak bg sama tinggi dgn suami tersayang...
♥♥♥TerIMa KAsIH ♥ aYAh, ♥ tERImA kASiH ♥ CiK, ♥ tERiMA kASIh ♥ ADIk-bERaDIk, ♥ tERIMa KaSIH ♥ sAUDArA-mARa ♥ SErTA ♥ TErIMa kASIh ♥ rOMbONGAn ♥ pENGANtIN ♥ LeLAKi♥♥♥

 AKHIR KATA....saya ingin mengucapkan RIBUAN terima kasih kepada semua kawan2 yang dtg dari jauh atau dekat bagi memeriahkan majlis perkahwinan saya dan pasangan... kehadiran kalian amat bermakna untuk kami sekeluarga...

Naimy Art