Memaparkan catatan dengan label photoediting. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label photoediting. Papar semua catatan

Rabu, Februari 23, 2022

Print A3 poster dekat TayTrading - Murah, senang dan cantik

Assalamuualaikum dan salam semua. Dalam hidup kena ada visi dan perancangan. Sebelum masuk awal tahun 2022 lagi aku dah mula buat vission Board. Tapi ada beberapa kali perubahan setelah dibincang dengan Mr.Y.  Apabila dah siap, duk mencari mana yang print cantik dah murah. Maka survey dekat shoppee...jumpa tay trading.
Proses nak boleh ke siap simple je... beli kat shopee, nanti mereka akan minta kita email art work yang nak dicetak. Lepas dapat terus lah dicetak dan pos.

Keadaan yang sampai lepas buka plastik hitam
Sticker nama dan nombor senang nak tampal dekat pamphlet

Vision board buat beberapa keping, satu tampal bilik kerja, satu bilik tidur dan satu lagi dekat mana tahu. Yearly planner pulak adalah perancangan bulanan dan akhir seklai ada weekly planner untuk anak dara kita.

 

Selasa, Mei 05, 2020

Adobe Photoshop vs Picsart

Semalam aku edit gambar anak-anak menggunakan aplikasi picsart dalam telefon. Hari ini ada masa dan merasa dah agak lama tak mengedit gambar menggunakan adobe photoshop. Aku try asah balik skill yang masih berbaki.
Secara am nya aku lagi puas hati buat editing menggunakan adobe photoshop. Kepuasan ini atas individu ya....

Berikut adalah editing menggunakan adobe photoshop

Berikut adalah editing menggunakan Picsart











Sabtu, April 08, 2017

REVIEW APLIKASI "FOCUS &FILTER"

Assalamualaikum, heboh dan tular di media sosial edit nama dan gambar menggunakan aplikasi google store iaitu 'focus &filter' dan 'picsart'.

Sebagai seorang yang dalam kategori giler edit photo, maka saya pun muat turun aplikasi "focus &filter". Picsart tak perlu dwonload sebab dah sedia ada, iya kebanyak design menggunakan telefon saya menggunakan Picsart.

Siap download dan instal, maka buat operasi geledah dan kaji segala butang dan kelebihan yang ada. Hasil bedah siasat yang dijalankan, applikasi ini mudah dan senang untuk oranga yang baru nak belajar design atau nak buat untuk suka-suka. Tapi untuk designer jangan banyak komplen. selain itu gambar yang disimpan adalah saiz kecil(tak sampai 1MB).

Dibawah adalah contoh nama Mr.Y dan background yang dibuat menggunakan aplikasi "focus&filter".

Isnin, Mac 13, 2017

Design Mac Khas untuk Photo Cushion

Dalam kesibukan melayan anak dan mengurus kerja hakikat, diberi kesempatan masa untuk mebuat beberapa design.
Design awal hanya untuk cushion. Insyalah lepas ni akan di pertambah dengan produk lain mengguna design ini.
kita faham kadang kala pelanggang suka design kita tapi tak nak material atau barang tersebut. mungkin dia nak mug tapi design yang dekat cushion.
untuk tempahan dan design2 sebelum ini boleh layari
https://www.printcious.com/my/designers/naimyart

Jumaat, Januari 20, 2017

Printcious ~ Royalti ~ Cash Out

Assalamulaikum

Allhamdulillah, dapat 'cash out' duit royalti design dari  printcious.


Printcious menyediakan platform untuk saya menjana pendapatan pasif. Saya hanya melakukan design berdasarkan kreativiti dan kesukaan saya, uploadkan dan sebarkan maklumat design di media sosial atau blog. Seterusnya di uruskan oleh printcious. Dari minat ia menjadi suatu sumber pendapatan pasif, terima kasih printcious.

Macam mana saya dapat royalti ini?  Apabila suatu design siap dibuat dan disimpan dalam bentuk PNG, saya akan uploadkan di bahagian 'My Design'. Siap upload maka saya akan create produk. Saya akan pilih produk yang sesuai dengan design yang saya hasilkan. Disini juga saya meletakkan nilai royalti yang ingin saya dapatkan. Setelah siap, selalunya saya akan hebahkan di FB atau instagram.

Jika ada yang berminat dan membeli produk saya, maka saya akan mendapat nilai royalti yang saya persetujui awalnya. Setiap satu design boleh dibeli oleh ramai orang. 

Petang rabu (18/01/2017) dapat dua e-mail pemberitahuan dr  printcious. bahawa saya berjaya melakukan jualan. 


Pembelian dari warga Singapura.  Tak sangka akan ada orang luar negara beli design kita. Macam mana boleh tahu? Itu dia letak 'currency: SGD ~ Singapore Dollar' 

Ini pula pembelian dari orang dalam negara sendiri, (malaysia)
p/s:  Royalti % dan nilai Royalti yang diperolehi terpaksa di sembunyikan. hehehehe....



Khamis, Jun 16, 2016

Tips bersahur bagi ibu menyusu...


Kadang-kadang rasa malas sangat nak bangun sahur, tetapi memikirkan ia adalah perkara sunat yang digalakkan maka kami gagahkan juga diri untuk sahur. Al-kisah mak menyusu badan lagi lah kena bersahur..untuk apa kena bersahur supaya dapat berpuasa dengan jayanya....Ok tips kali ini bukan diambil dari mana-mana pihak. Ia adalah pengalaman penulis sendiri.


  1. Jangan skip sahur
  2. Makan makanan berat 
  3. Jangan tinggal kurma
  4. Jangan lupa minum air kosong jugak.
  5. Jangan lupa doa dalam hati... "Ya Allah, permudahkan lah urusan ku dalam menunaikan ibadat kepada mu."
Ok itu sahaja tips dari saya... selamat menjalani ibadah puasa.

Jumaat, Januari 29, 2016

Takaful Ikhlas bersama keluarga Yamanaimy

Asalamualaikum...kali ni nak cerita apa yang kami sekeluarga lakukan pada 27/01/2016...mula-mula buat pasport, kemudian ikut Mr.Y belajar takaful dan last skali cari barang dapur.

Pasport antarabangsa

Oleh kerana uwais baru beberapa bulan dan hana baru 2 tahun...pasti sukar nak ambik gambar pasport dekat pejabat imegresen, maka untuk elak semua masalah tue aku decide nak photoshoot sdr gambo pasport...

Tapi siapa sangka nak ambik gambo kakak pun susah...ye lah humaira baru 4 tahun. Sampai org imegresen suruh kitaorg ambik gambar kat luar & datang balik. Kitaorg ckp bilanya nak dtg lg. Maka..cuba dan terus cuba...akhirnya dapat walaupun tak secun mana...

Nak tunggu pasport siap sejam, sambil2 menunggu anak2 layan game & video...waktu nak ambik ada seorang perempuan cina tanya ktorg sejak bila humaira & hana mula pakai tudung. Ktorg bgtaw lah seawal usia 1tahun ktorg dh ajar pakai tudung.



Meeting takaful abi

Plan asal siap pasport aku & anak2 balik rumah...tapi apakanbdaya pasport siap jam 12tghhari, cun2 time Mr.y ada kelas takaful. Apa lagi semua skali di angkut ke meeting. Meeting pulak buat dlam restoran kasturi... 

Usai makan, humaira keluarkan buku dari beg untuk baca...abis waktu sekolah, kak wani bawak anak dia yang nama damia datang skali. Adalah kawan untuk humaira & hana.
Alhamdulillah sepanjang abi kerja, anak-anak tak mengacau mana.


Giant sibu...

Ok dah petang, anak2 dah ngantuk, mula nak tunjuk ragam. Tapi barang dapur tak beli lagi... apa nak masak kalau tak beli kan... pujuk ajak masuk giant...masuk je hlg ngantok tgk patung2 banyak...
Itu je lah kisah kami hari tersebut.