The Parenthood, Sunway Putra Mall |
11/12/2019 adalah hari cuti bagi neger Selangor, oleh kerana Mr.Y tak ada sebab kerja luar maka aku minta kebenaran untuk bawa anak-anak jumpa Cucah. Bukan senang nak minta izin dari Mr.Y untuk bawa semua anak keluar sendirian. Alhamdulillah Mr.Y izinkan. Rancangan asal kami nak menonton wayang tetapi bila di fikir balik tak berbaloi kalau jumpa sekadar tengok wayang. Maka rancangan tukar nak makan-makan dan lepak-lepak. Aku memang teruja nak jumpa dan lepak-lepak ini sebab rasanya dah lama benar aku tak jejak kaki ke Sunway Putra Mall. Sunway putra Mall dulu dikenali sebagai The Mall. Selalu masa belajar dulu, kalau nak naik bas balik kampung malam, petang lagi aku dah menapak dekat situ. Ye lah The Mall ini lintas jalan je nak pergi Hentian Putra masa itu. Kira banyak kenangan lah kat situ.
Baca Juga:
Welcome to Zoo Johor
Tapi tetiba Mak long budak-budak ini kata nak ikut juga, sebab Iyad dah bising nak jumpa Kakak Hana dan Uwais. Maka keluar lah idea nak bawak mereka semua masuk The ParentHood Playland. Bila dah macam itu, kita survey lah harga tiket The ParentHood. Hasil carian dan perbandingan harga antara beli atas talian atau di kaunter...kami memilih beli atas talian untuk anak-anak yang lebih 2 tahun kerana harga lebih murah.
Kaunter The ParentHood Playland-RM39 (2 tahun ke atas) & RM19.50 (2 Tahun kebawah)Manakala untuk Uzayr yang belum jejak usia 2 tahun aku beli di kaunter. Rugi banyak kalau beli dekat atas talian. Tiket ini adalah untuk satu hari punya main dan percuma untuk 1 orang dewasa (wajib masuk), manakala untuk tambahan dewasa dikenakan bayaran RM5. Selain itu wajib juga pakai stokin, maka bawa siap-siap dari rumah. Kalau beli kat sana kena bayar RM7 sepasang.
Traveloka-RM35.88 (1 tahun ke atas)
Fave-RM35 (1 Tahun ke atas)
Baca Juga:
Masa & kewangan adalah dua hal penting yang perlu diambil kira dalam memenuhi undangan perkahwinan.
Sebelum masuk kami adalah beli sedikit roti dan air sebab anak-anak belum sarapan. Oleh kerana dekat dalam playland disediakan ruang untuk makan, kononya nak makanlah dahulu. Tapi bila nampak mainan, anak-anak semua jadi kenyang. Kami bagi budak-budak main dalam sejam sebelum keluar untuk pergi makan tengahhari. Masa makan tengah hari ummu nor ada join sekali. Pejabat dekat boleh datang join.Selesai makan, kami pun masuk balik dalam Playland. Di bawah aku share video anak-anak main hari itu.
ENJOY
BalasPadam