Memaparkan catatan dengan label Cuti sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuti sekolah. Papar semua catatan

Selasa, Mac 17, 2020

Kenapa 14hari

*TOLONG BACA _&_ TOLONG SEBARKAN🙏🏻*

*🙋🏻‍♀c'da💁🏻‍♀*
_SELAMATKAN MALAYSIA🇲🇾_



Salam Sejahtera;

Murid sekolah diCUTIkn *14 hari*, sayangnya banyak orang yg tidak memahami.

Kenapa *14 hari* dan untuk apakah *14hari* tersebut❓

*14 hari* itu sangat penting dan marilah kita patuhi *14hari* itu.

*14 hari* itu mampu menghentikan *PENYEBARAN Covid-19.*

*14 hari* itu mampu menyelamatkan ribuan orang.

*MENGAPA❓*👇🏻


Penjelasannya demikian :

-Jika seseorang itu disyaki pembawa Covid-19, maka dia akan dikuarantin selama *14 hari,* jika tiada apa yg terjadi, maka orang itu selamat & bebas dari Covid-19.

-Cuti *14hari* dapat menghentikan kitaran Penularan Wabak Covid-19 drpda terus merebak JIKA KITA SEMUA MAMATUHI *14hari* tersebut.

*Contoh,*
Seorang murid mula cuti 16mac selama *14 hari,*
dia akan mula keSekolah pada hari ke-15.

Seandainya, hari ke-10 murid itu berjalan² ke kawasan yg berisiko dgn Wabak Covid-19, mungkin pada *hari ke 14/15* belum ada tanda² dia sakit, tetapi dia sudah membawa Covid-19 di tubuhnya dan *berpotensi menjangkiti* andai dia masuk sekolah pada hari ke-15.

Maka *14 hari* cuti sekolahnya itu, tidak ada guna jika penularan terjadi juga di sekolah, efek domino akan berlangsung, rantai penularan tidak akan terputus.

*Untuk itu, semua orang harus bekerjasama*, semua warga MALAYSIA🇲🇾 harus membantu, iaitu patuh untuk tidak kemana² dalam tempoh *14hari* itu kecuali untuk hal yang sangat perlu.

Waktu *14 hari* itu,
berguna untuk saling memantau, jika ada orang yg menunjukkan gejala² serangan Covid-19,
mohon segera ditangani dan penularan dihentikan daripadanya.

Jadi, *mari kita mengisolasi diri,* untuk diri sendiri dan orang lain,  mungkin juga dalam skala besar untuk umat manusia.

Mohon bantu jelaskan kpd orang lain, supaya semua patuh dan pemerintah akan terbantu untuk _stopkan_ penularan Covid-19.

*jika tidak,* CUTI *14hari* itu akan SIA², malah CUTI *14tahun* pun tidak akan dapat menghentikan penyebaran tersebut.

Semoga kondisi dunia akan pulih.

*_🙋🏻‍♀💁🏻‍♀_*
Bantu sebarkan🇲🇾
Jangan info ini, berhenti di _ANDA...._

Rabu, Disember 18, 2019

Keychain & kerongsang oleh anak-anak


Assalamualaikum dan selamat pagi. Minggu pertama cuti sekolah hari itu kami buat projek kraf menggunakan kain felt. Kakak humaira macam biasa akan memilih barangan lain dari yang lain, dia nak buat kerongsang manakala Hana dan Sumayyah pulah nak buat Keychain. Nama pun semua budak perempuan, bentuk yang dipilih adalah love. kakak hana dan kakak Humaira telah berikan keychain dan kerongsang kepada Ummu Nor dan Cucah sempena birthday mereka.


Sebenarnya pek permulaan Kraftangan Felt ini adalah pemberian Mak Long Zu (Umi Sumayyah). Masa mula-mula dapat, gembira dan teruja lah sangat anak-anak ini. Tapi bila dah nak mula buat maka bermulalah
ummu macam mana nak buat bentuk?
ummu macam mana nak potong?
Acu macam mana nak Jahit?
Acu pilih warna ini.
Ummu nak butang ini.
Pek permulaan ini sesuai sangat untuk mereka yang berusia 6 tahun ke atas. Tetapi untuk permulaan, perlu ada orang lebih tua dan lebih pandai untuk ajar mereka guna dan buat. Walaupun 85% kerja menjahit aku buat tapi mereka dapat sedikit teknik menjahit pun dah kira ok sangat.


Selesai buat keycahin bentuk hati, aku ajak mereka buat keychain nama. hasil pertama buat nama Mr.Y, amat tak kemas dan tak puas hati. Maka aku buat nama kakak-kakak aku pulak menggunakan teknik lain. Hasil semua puas hati dan kata cantik.




Fun Day @ The ParentHood Playland, Sunway Putra Mall

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Pernah dengar pasal The Parenthood tak? The Parenthood adalah Indoor Family Part yang terbesar dekat malaysia. Setakat ini The Parenthood ada di tiga lokasi iaitu Sunway Pyramid, My Town dan Sunway Putra Mall.

The Parenthood, Sunway Putra Mall

11/12/2019 adalah hari cuti bagi neger Selangor, oleh kerana Mr.Y tak ada sebab kerja luar maka aku minta kebenaran untuk bawa anak-anak jumpa Cucah. Bukan senang nak minta izin dari Mr.Y untuk bawa semua anak keluar sendirian. Alhamdulillah Mr.Y izinkan. Rancangan asal kami nak menonton wayang tetapi bila di fikir balik tak berbaloi kalau jumpa sekadar tengok wayang. Maka rancangan tukar nak makan-makan dan lepak-lepak. Aku memang teruja nak jumpa dan lepak-lepak ini sebab rasanya dah lama benar aku tak jejak kaki ke Sunway Putra Mall. Sunway putra Mall dulu dikenali sebagai The Mall. Selalu masa belajar dulu, kalau nak naik bas balik kampung malam, petang lagi aku dah menapak dekat situ. Ye lah The Mall ini lintas jalan je nak pergi Hentian Putra masa itu. Kira banyak kenangan lah kat situ.

Baca Juga:

Welcome to Zoo Johor


Tapi tetiba Mak long budak-budak ini kata nak ikut juga, sebab Iyad dah bising nak jumpa Kakak Hana dan Uwais. Maka keluar lah idea nak bawak mereka semua masuk The ParentHood Playland. Bila dah macam itu, kita  survey lah harga tiket The ParentHood. Hasil carian dan perbandingan harga antara beli atas talian atau di kaunter...kami memilih beli atas talian untuk anak-anak yang lebih 2 tahun kerana harga lebih murah.
Kaunter The ParentHood Playland-RM39 (2 tahun ke atas) & RM19.50 (2 Tahun kebawah)
Traveloka-RM35.88 (1 tahun ke atas)
Fave-RM35 (1 Tahun ke atas)
Manakala untuk Uzayr yang belum jejak usia 2 tahun aku beli di kaunter. Rugi banyak kalau beli dekat atas talian. Tiket ini adalah untuk satu hari punya main dan percuma untuk 1 orang dewasa (wajib masuk), manakala untuk tambahan dewasa dikenakan bayaran RM5. Selain itu wajib juga pakai stokin, maka bawa siap-siap dari rumah. Kalau beli kat sana kena bayar RM7 sepasang.

Baca Juga:

Masa & kewangan adalah dua hal penting yang perlu diambil kira dalam memenuhi undangan perkahwinan.


Sebelum masuk kami adalah beli sedikit roti dan air sebab anak-anak belum sarapan. Oleh kerana dekat dalam playland disediakan ruang untuk makan, kononya nak makanlah dahulu. Tapi bila nampak mainan, anak-anak semua jadi kenyang. Kami bagi budak-budak main dalam sejam sebelum keluar untuk pergi makan tengahhari. Masa makan tengah hari ummu nor ada join sekali. Pejabat dekat boleh datang join.Selesai makan, kami pun masuk balik dalam Playland. Di bawah aku share video anak-anak main hari itu.





Rabu, Ogos 14, 2019

Welcome to Zoo Johor

Assalamualaikum, apa aktiviti cuti sekolah anak-anak anda? Aku dapat permintaan tulus ikhlas hari ini.

Humaira: ummu, jom lah buat aktiviti
Sumayyah: aha, aktiviti macam cuti dulu
Aku: apa aktiviti cuti dulu
Budak2: main water colour, buat topeng, lukis atas kotak bla..bla..bla...
Aku: ummu banyak kerja hari ni, baju belum sidai, baju belum lipat, uwais belum mandi, tempat tidur belum kemas...hurm...tak dapat lah nak tgk awak semua main benda2 tu.
Budak2: ala...bosan lah...

Maka lepas solat zohor, aku ajak mereka main lah. Kesian pulak kan... Mula2 susun kerusi meja makan, dorg banyangkan dorg naik kapal terbang...kapten dia hana khadijah. Lepas tu boleh pulak jadi keretapi. Tetiba humaira kata.."kawan-kawan tengok tu, ada gajah." Terus aku ada idea...buka video melihat haiwan di zoo dekat tv menggunakan aplikasi you tube.

Dalam banyak-banyak video haiwan di zoo, aku tertarik nak tengok video haiwan di Zoo Johor.

Aku screenshot je review #zoojohor yang ada kat Facebook

Hasilnya...nampak lah dorg teruja nak belajar nama-nama haiwan dan pelbagai soalan yang timbul. Maka selesai lawatan ke zoo johor hari ini.

Macam ni lah keadaan mereka saat melawat zoo johor. 

Esok? Esok lah fikir....😂