Rabu, April 06, 2016

Bento 2016

Bulan march tak banyak bento di sediakan kerana masalah yang takbdapat di elakkan. Kalau sedia pun tak sempat nak snap gambar.... ini beberapa yang disediakan.

Krabi 3 - 26/3/2016

Sambungan kisah krabi masuk hari ke dua dengan baki duit Thai bath 29,035THB. 

Penginapan kami di Krabi nemo house, memang best pasal dekat luar di sediakan macam ruang tamu yang boleh lah ahli-ahli rombongan nak melepak sambil borak-borak. ada sedia 3 meja makan. Sarapan hari ke dua, Mr.Y bersama ayah dan ummi pergi beli dekat gerai yang berhampiran dengan penginapan kitaorang. Kos sarapan adalah 320THB. Selepas beli sarapan sempat lagi diaorang singgah kedai beli apa-apa kudapan dan 3in1 berjumlah 272THB.

Pemandangan ruang lepak depan bilik. 
Mr.Y bersarapan bersama mak abah...

Selesai sarapan kami minta pihak penginapan hantar kami ke aonang beach, (penghantaran ke tempat berdekatan adalah percuma dari pihak penginapan)...bestkan... Makanan yang tak habis makan waktu sarapan kami bawa ke pantai.. 
Ayah dan menantu-menantu mandi bersama.

Teacher anis sedang ajar students main pasir.
Best friend humaira dekat krabi...
Sambil menikmati mandi pantai akan ada orang datang promote urutan kaki di pantai, jual air, jual tikar. Kami beli lah sekeping tikar  dan ayah beli sekeping untuk letak barang dan si kecil meniarap. Mereka berminat juga ambik service urutan badan 250THB untuk 1jam.

Pemandangan luar kawasan berurut.

Dalam jam 2ptg kami minta pihak penginapan datang jemput, Sampai tempat penginapan semua dah tak larat maka lunch skip untuk hari tersebut. Ada yang pergi sendiri beli lunch di kedai berhampiran. Mr.Y teman Anisah dan Nor pergi lunch & beli minum petang sekali. Kos minum petang 425THB. Petang tue juga Mr.Y settelkan baki pembayaran hotel sebanyak 14,400THB.

Petang lagi sekali kami minta pihak hotel hantar ke pantai aonang untuk tengok suasana petang dan malam sekitar pantai. Memang happening. Jalan-jalan adalah jumpe satu kedai jual pancake banana neutella. Apa lagi perut dah lapar, semua nak cuba rasa lah kan. Ok lah rasa dia, boleh kata macam rasa roti canai letak pisang & neutella kalau kat kita. Anisah ambik pancake with chestnut & chocolate. 

Semua nak bergambar dekat patung ikan yang besar.
Balik dari jalan-jalan sekitar aonang beach kami terus pergi dinner dekat gerai berhampiran tempat penginapan.

Makan kat sini lagi sedap dan lagi thai rasanya. Kos makan malam adalah 1265THB.

Ini lah kisah hari kedua kami di krabi. Total perbelanjaan adalah:

320 + 272 + 425 + 14,400 + 1,256 = 16,673THB

Baki : 29,035THB - 16,673THB = 12,362THB


Ikuti sambungan Krabi 4 untuk kisah selanjutnya.....

Isnin, April 04, 2016

Krabi 2 - 25/3/2016

Assalamualaikum, kali ni nak sambung cerita pasal percutian di krabi lagi, Kali ini kita cerita detail skit sekali dengan perbelanjaan untuk hari pertama. Untuk pengetahuan semua kami buat collection RM500 setiap orang dewasa dan kanak-kanak adalah percuma. Total collection adalah RM5500. 

Daripada RM5500, Mr.Y awal-awal tukar duit dekat malaysia RM4000 dan dapat dalam 33,600 THB (waktu ni currency lebih kurang RM1=8.4THB) . Balance biarkan dalam bank, akan keluar jika tidak cukup. Wang ini merangkumi perbelanjaan bagi penginapan, sarapan, makan tengah hari, dinner dan pengangkutan.

Awal-awal lagi kami dah decide untuk tidak mengambil mana2 pakej dari mana-mana agensi perlancongan. Kami melakukan perbandingan harga kelihatan perbezaan harga yang amat ketara. ye lah kanak-kanak yang tidur dengan mak bapak pun charge ikut kepala. 

Sebaik sampai kami terus diambik oleh abg sobri iaitu pekerja kak ana (ana rasyid  tour & service). Awal-awal lagi Mr.Y dah booking van dari airport ke tempat penginapan iaitu Nemo House berdekatan pantai aonang. Harga antara aiport ke tempat penginapan adalah 700THB Sebaik jumpa abg sobri, beliau mencadangkan kami terus makan malam dan seterusnya pergi ke Krabi night market. Charge pengangkutan untuk ke krabi night makan dan restoran makan malam adalah 800THB. Krabi Night market hanya ada pada jumaat, sabtu dan ahad. So siapa yang datang weekdays tu rugilah tak dapat pergi krabi night market.


krabi night market. gambar ihsan google.
Total perbelanjaan untuk hari pertama kami sampai di krabi adalah:

800THB+700THB+3,065THB = 4, 565THB

Baki: 33,600- 4,565 = 29,035THB

Ikuti sambungan Krabi 3 untuk hari ke dua.

Syarat derma darah

TSemalam ahad, semua anak beranok ikut abi ke delta mall...konon2 nak teman abi derma darah lah.. memang jadi rutin every 3months Mr.Y akan derma darah. Gift untuk penderma semalan lak adalah sekampit beras liasin 5kg.. sampai je buat pendaftaran... beratur lama tunggu turn check hb. Uwais aysar siap boleh tidur... kakak-kakak macam biasa ada makanan baik. Dorg siapkan tester nasi..so siapa2 yang menunggu derma darah boleh isi perut.

Sampai giliran Mr.Y tak dpt nak derma kerana baru pulang dari oversea. Baru ku tahu...kena tunggu sebulan lepas kembali dari oversea baru dapat derma. Huhhhuhu....

Antara yang tak boleh derma darah:
★Baru balik over the sea.

★Ada tekanan darah tinggi tadi.

★Gula tinggi lebih 7..ada kencing manis.

★Ada datang bulan atau tengah mengandung.

★Ada makan ubat atau amik vaksin.

Khamis, Mac 31, 2016

Krabi 1 - intro


Assalamualaikum..baru balik krabi, thailand. Macam2 hal jadi sepanjang percutian kali ni. Percutian kali ni kami bawa 11orang dewasa, 2 kanak-kanak dan 1 bayi.

Kami rancang percutian ini pada tahun lepas apabila melihat promo tiket airasia menggunakan Big Point. (Boleh rujuk pos Tips beli tiket free dan hanya bayar tax.)  Bila dah beli tiket untuk kami berdua, maka beli untuk mak abah Mr.Y. Maka sebarkan cerita dekat adik beradik yang lain. Maka tercapai kata sepakat untuk melakukan family trip ke Krabi.

Oleh kerana adik beradik yang lain tak ada guna Big Point, mereka beli tiket promo pada harga pergi balik lebih kurang RM200. Kami suami isteri memang teruja nak pergi holiday kali ini sebab ini lah masa kami boleh habiskan dengan orang tua sepuas-puasnya. ye lah, mak abah Mr.Y ikut, Hj Mohd yusof dan isteri pun ikut. Perbelanjaan tiket, transport, makan dan tempat tinggal orang tua, semua di tanggung oleh anak-anak secara sama rata.

Hampir tarikh nak pergi holiday, kakak tersayang pulak kawen, maka bertambahlah ahli trip kami. Yelah, orang baru kawen tak kan nak tinggal suami sorang-sorang. lagipun ini boleh dijadikan sebagai langkah awal mengenal hati budi masing-masing. 

Trip ke Krabi bermula pada 25/3/2016-28/3/2016. 
Pak long sham dan mok da hantar kami ke KLIA 2. 2-2 cucu tidur atas toki & tok mi.
2nd day: jalan2 sekitar aonang beach. Kami pakai baju tema putih... susah nak tengok Hj. Mohd Yusof senyum....


last day: Depan nemo house, penginapan kami selama 3 malam di sana.
Dr kiri berdiri: anisah, toki & Uwais, Ummi, iffah, emi, atuk, Ms.Fong, nenek, Hana, Pok ta & Ummu nor
Dr kiri depan: Humaira, abi & Ummu.


Ikuti sambungan Krabi 2.

Rabu, Mac 23, 2016

Selamat Pengantin Baru my lovely sister....

Alhamdulillah, nampaknya kakak kesayangan dah selamat bergelar isteri kepada seorang suami. Walaupun kami tidak pulang meraikan kenduri tetapi kami tetap mendoakan yang terbaik buat mereka suami isteri...

Awal-awal lagi kami suami isteri buat keputusan nak sponsor kad kawen, maka mula lah mendesign..kad kawen bertemakan kufi.

1st draf buat nama asiah & akbar, jenis potrait 8"x3" warna hitam putih.
apabila siap maka tunjuklah dekat bakal pengantin, oooppppssss!!!! tak nak nama asiah & akbar, nak nama asiah & affiata lak... no hal lah benda simple kita buat je... tue lah lain kali tanya dulu jangan memandai letak nama...

2nd draf diterima dengan warna diatas...saiz 6"x4"

Ahad, Mac 20, 2016

Memo 20 Mac 2016

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Pagi ni bangun tidur, selepas solat subuh terus hidupkan komputer riba. Maka buat penghantaran photobook dan aktifkan pelbagai kupon-kupon yang perlu. Tetiba Mr.Y datang pun buka komputer ribanya, seterusnya dia buka video sidang media pelancaran buku DAO iaitu "Mudahnya Berniaga dari 0 menjadi jutawan".

Antara point dari sidang media yang dapat share ialah:


  1. Jangan berniaga dengan niat nak menjadi kaya.Berniaga dengan niat untuk membantu yang lain.
  2. Dapatkan perjalanan perniagaan, apabila dia jelas dengan perniagaan yang nak dijalankan maka dia akan lebih mudah untuk berjaya.
  3. Kenapa seseorang yang sanggup membuat sesuatu risiko, sebab dia telah buat persediaan, mereka dah ada ilmu. maka seorang yang nak jadi usahawan perlu ilmu.Persediaan akan mengurangkan risiko.
  4. Orang berjaya adalah orang yang ada level certainty tertinggi...mereka nampak apa yang nak dicapai.
  5. Displin perlu untuk berjaya...tak mudah nak displin jika tiada logistik yang betul, environment yang betul. 
  6. Solat adalah kunci kepada kejayaan dan kejayaan adalah berlapis-lapis.
Ini antara tips yang dishare oleh DAO... 

Alhamdulillah, memang betul kata DAO, duit pertama yang masuk dalam perniagaan akan membuat kita lebih bersemangat untuk membuat lebih banyak duit. Kami mula buat perniagaan online bulan pertama melalui alam perkahwinan. Customer pertama adalah adik sendiri selain diri sendiri, design photomug. Ye lah diri sendiri sebagai customer tak masuk duit, adik sebagai customer masuk duit..saya guna base sebagai affiliate. setahun selepas tu kami ambik langkah berani pegi kepada dropshiper... masuk tahun ke-3 kami register company dan jadi business partner.

Selasa, Mac 15, 2016

Tanamkan dalam hati bahawa;

Assalamualaikum
Kita punya anak... ambil masa untuk baca��������

Mesej dari TKPPM.

Pesanan untuk semua ibu bapa... cikgu juga adalah ibu bapa pd seseorang anak... peringatan untuk semua... mudah2an membantu membentuk anak2 dlm masyarakat yg perihatin...

Tanamkan dalam hati bahawa;

1. Anak kita bukan baik sangat.

Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.

Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.

Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. Anak kita layak dimarah.

Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.

Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.

Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.

Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. Duit bukan segalanya.

Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.

Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.

Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.

Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?

12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.

Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.

Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.

Tepuk dada, tanya hati.

Khamis, Mac 10, 2016

Curi masa

Assalamualaikum dan selamat petang... sekarang duk curi masa sambil tunggu Mr.Y datang jemput sambil update blog sambil tgk...budak...

Siap satu design sambil sambil...

Rabu, Mac 09, 2016

Gerhana Bulan Separa

Saat ini berlaku gerhana bulan separa di sibu sarawak. Aku hanya perhatikan dari tingkap bilik kerja, sambil menyiapkan photobook little girl.

Apa itu gerhana matahari separa...?

C&P dr web falak online

Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.
Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.
Bagi anda di Malaysia, anda  akan dapat melihat sebahagian besar  matahari tertutup (bukan sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari Separa.
Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010.

Waktu Kejadian


Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada 9 Mac 2016 ini bermula sebaik sahaja matahari terbit di ufuk timur.
Bagi penduduk di Utara Malaysia, anda akan dapat melihat matahari sudahpun kelihatan ‘hilang’ sedikit sebahagian daripada sisinya ketika matahari terbit.
Bagi penduduk ke arah Selatan Malaysia, anda akan dapat lihat matahari dalam keadaan sempurna bulat ketika ia terbit, dan berpeluang melihat Sentuhan Pertama (First Contact), iaitu saat jasad Bulan kali pertama mula kelihatan di salah satu sisi matahari, lebih kurang 5-6 minit selepas terbitnya matahari.
Kemuncak Gerhana Matahari Separa ini berlaku sekitar jam 8.23 pagi. Namun, ia bergantung juga kepada kawasan dan lokasi.Selain itu peratusan matahari tertutup juga bergantung kepada lokasi. Semakin ke selatan, semakin banyak peratusan matahari akan tertutup.
Jadual dan rajah di bawah boleh digunakan sebagai panduan asas untuk waktu puncak gerhana serta peratusan matahari tertutup.
Semenanjung Malaysia
  • Kangar – 8.25 pagi (67%)
  • Kuah – 8.25 pagi (67%)
  • Alor Setar – 8.25 pagi (68%)
  • Georgetown – 8.25 pagi (70%)
  • Ipoh – 8.24 pagi (73%)
  • Kuala Lumpur – 8.24 pagi (79%)
  • Shah Alam – 8.24 pagi (79%)
  • Putrajaya – 8.24 pagi (80%)
  • Seremban – 8.24 pagi (81%)
  • Melaka – 8.23 pagi (83%)
  • Johor Bharu – 8.24 pagi (86%)
  • Kuantan – 8.25 pagi (77%)
  • Kuala Terengganu – 8.26 pagi (71%)
  • Kota Bharu – 8.26 pagi (68%)
Malaysia Eclipse.001
Sabah & Sarawak
  • Kuching – 8.29 pagi (87%)
  • Sibu – 8.31 pagi (85%)
  • Bintulu – 8.33 pagi (82%)
  • Miri – 8.36 pagi (78%)
  • Kota Kinabalu – 8.40 pagi (73%)
  • Sandakan – 8.42 pagi (75%)
  • Tawau – 8.41 pagi (81%)
Malaysia Eclipse.002
Jika anda berminat untuk mengetahui waktu di lokasi selain daripada di atas, sila klik PAUTAN ini. Waktu yang dipaparkan di sana ialah dalam Universal Time (UT). Anda perlu tambah 8 JAMuntuk tukar ke waktu Malaysia.
Secara umumnya, Gerhana Matahari Separa di Malaysia akan tamat lebih kurang 1 jam 5 minit SELEPAS waktu puncak di atas.
Fasa-fasa atau bentuk gerhana tersebut adalah seperti di bawah. (Rajah ini merujuk kepada lokasi di sekitar Lembah Kelang. Namun ia boleh digunakan sebagai gambaran kasar untuk lokasi-lokasi lain di Malaysia)
Screen Shot 2016-02-22 at 11.20.15 PM
Sumber: http://falakonline.net/semesta/2016/02/fenomena-gerhana-matahari-separa-9-mac-2016-dari-malaysia/

Selasa, Mac 08, 2016

Coffee lover

Khas buat peminat kopi...

Perkongsian hari ini

Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing..

Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu..

��������

Seorg budak prempuan bersujud ketika lihat ais krim. Maka org tnya kpd dia: kenapa sujud? Dia pun jwb: mak saya bila dia gembira dia akan sujud tanda syukur pd Ilahi.
Perelokkanlah didikan ke atas anak²mu.

��������

Seorang lelaki membaiki penghawa dingin masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid.
Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kbaikannya.

��������

Seorg org yg soleh ditanya mengapa pergi ke masjid sblum azan.  Dia jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap aku tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan,keselamatn dunia akhirat)

��������

Aku tnya dia knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi gnjaran.

��������

Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan klau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu tlah dpt phala tutup aib org. Baragsiapa yg tutup aib mna2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia.

��������

3 doa yg wajar kmu ingt utk dibaca semasa sujud2 kamu:-
1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik.
2. Ya Allah, kurnialah kpd ku taubat nasuha sblum aku mati.
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.
(Tnpa sbrang pengkhususan)

��������

Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn shj tu pun dh dikira sbg kbaikan. Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.

Pringatn: Buatlah baik walau sekecil kecilnya...

Isnin, Mac 07, 2016

Tips beli belah dengan anak

Setiap kali keluar beli barang, ada saje mainan anak dibeli. Bukan sengaja beli tetapi beli kerana tidak mahu anak buat hal di tempat awam atau dikenali juga tantrum. Bayangkan jika setiap minggu keluar beli barang keperluan, beli mainan anak. Mahu penuh rumah. Belum masuk bab duit lagi. Antara alasan yang sering diberikan oleh ibu bapa ialah:
1. Tak nak anak buat perangai tempat awam.
2. Kalau tak ikut kehendak anak, tak dapat nak beli barang lain.
3. Kesian dekat anak, bukan selalu beli. Seminggu sekali je.
4. Takut dilabelkan sebagai ibubapa kedekut.

Tahukah anda, ada beberapa tips boleh anda amalkan untuk mengelak anak mengamuk atau tantrum seterusnya membeli mainan anak setiap kali keluar membeli belah. Antaranya ialah:

1. Ajak anak main game cari barang dalam senarai keperluan. Jika anak tak tahu apa barang tersebut bagi 'clue'. Seterusnya, ibu atau ayah akan ikut dibelakang anak ketika mencari barang. Jika anak masih kecil 2-6tahun, boleh diletak dalam troli dan anak akan menunjuk arah mana nak pergi.

2. Bagitahu anak-anak apa tujuan nak keluar dari rumah. Bukan sampai pasaraya baru nak bagitahu. Di pasaraya kita perlu ingatkan kembali.

3. Sebelum keluar kereta, bagi anak wang Rm1. maka bila sampai pasaraya dan anak hendak beli mainan, minta dia beli dengan wang yang telah diberikan pada awalnya. Jika tak cukup, minta dia kumpul wang dahulu. Akan datang dah cukup duit boleh beli.

4. Buat tawaran kepada anak, sama ada nak mainan atau makanan (kami selalu ofer buah), atau cari bahan untuk masak makanan kegemaran mereka.

5. Alih perhatian anak dengan bertanyakan soalan dan tunjuk arah lain.

6. Jangan lalu tempat ada mainan.

7. Jika anak dah pandai mengira, minta dia. kirakan berapa sudah barang diambil dan berapa ringgit yang perlu dibayar.

Ini adalah sebahagian teknik yang kami amalkan. Alhamdulillah ia berkesan, Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Ahad, Mac 06, 2016

Adab ber'whatsapp'

Zaman sekarang siapa yang tak tahu tentang whatsapp kan. Semua orang tahu tak pun sekurang-kurang pernah dengar. Whatsapp pulak boleh create group apa lagi syiok lah nak bersembang. Tapi ingat setiap hal dan perkara ada baik buruknya. Dalam group whatsapp perlu ada adab sebagaimana kita menkaga adab ketika bergaul.

Beberapa hari lepas ada wat blog walking dan jumpa posting perkara adab berwhatsapp ni dalam blog farhana-mohamad. Berikut adalah beberapa adab yang disenaraikan oleh beliau.

1) jangan sesuka hati add friends kita dalam mana2 group. ok, yang ni aku cukup pantang. aku kurang gemar bila ada yang sesuka hati je masukkan dlm mana2 group. kalau boleh mintak la kebenaran empunya badan, tanya pendapat dia dulu. bila dia setuju, baru add dia.

2) jangan suka post benda2 mengarut atau gambar2 yang tak senonoh. annoying sangat rasanya. tambah memalukan bila post2 mengarut atau gambar yang tak senonoh tu dipost oleh perempuan. girls, please please please dont do this. buruk nau2 aku rasa.

3) kalau ada ahli group yang minta pandangan atau memulakan discussion, cuba respons. cuba bagi pandangan kita. kalau takde idea, bagitau la sikit yang kita pun taktau. kalau ahli ada 30 orang, takkan la sorang pun takleh nak respons dalam discussion tu kan.

4) masa. cuba elakkan posting atau bersembang selepas jam 10 malam. sesetengah orang terutama yang dah berkeluarga cukup tak suka bila waktu malam diaorang diganggu. even, kalau nak call or mesej siapa2 pun kita perlu tahu batas2 masa yang kita dapat contact.

5) perlu ada batas pergaulan. tak comel rasanya bila lelaki dan perempuan terlampau galak bersembang. bertambah tak comel bila perempuan atau lelaki itu sudah berumahtangga. tak salah nak berkawan, tapi ada batasnya. nak bergurau senda, pun ada batasnya. sama2 kita jaga ikhtilat.

Yang bawah pulak adalah penambahan dari aku sendiri.
1)Jangan terlalu syiok post hal2 peribadi. Tak semua orang suka, ada yang mungkin tak suka tapi dia tak ckp apa. Kesudahan menjadi umpatan ahli group yang lain.
2) setiap ahli group perlu jelas fungsi dan kegunaan setiap group.hal ini perlu dijelaskan oleh admin.
3) jika kita perlu menyatakan sesuatu hal kepda individu dalam group tersebut tak perlu post group. Whatsapp individu tersebut terus...

Sekian... semoga kita terus menjaga adab2 berwhatsapp.

Rabu, Mac 02, 2016

Merajuk dengan tuhan

Alhamdulillah pagi ni berkesempatan mendengar rancangan tanyalah ustaz sambil buat kerja rumah. Topik hari ini amat menarik perhatian, secara tak langsung menarik hati untuk berkongsi dengan pengunjung blog semua.

Apabila kita kata merajuk, selalunya ia melibatkan seseorang yang bersalah kepada kita. Tetapi ada ketika merajuk kerana salah faham. Situasi ini sering berlaku antara manusia dan pencipta. Sedarkah kita, tuhan tak pernah bersalah kepada kita.

Kenapa berlaku salah faham dengan musibah yang melanda. Sedar atau tidak bahawa musibah itu adalah ujian dari tuhan, ia menunjukkan tuhan sayang dan ingat akan kita. Salah faham berlaku apabila kita melihat musibah sebagai masalah yang tak dapat diselesaikan dan tak redha dengan musibah yang melanda. Apabila tak redha maka kita akan melihat musibah yang melanda sebagai satu masalah yang besar. Sedangkan jika kita redha, tuhan akan buka jalan penyelesaian.

Bagaimana nak tahu kita redha? Apabila kita merasa tenang menghadapi musibah. Untuk tenang kita ikhlas.

Kita tak layak untuk merajuk dengan allah, kerana apabila merajuk kita tidak akan cuba cari penyelesaian. Sedangkan, islam mengajar umatnya untuk berubah kearah kebaikan.

Selasa, Mac 01, 2016

Pampers pet pet 3paket RM88 ~ cashback RM10 ♡♥♡;-)

Bila barang keperluan dihujung jari.

Di Amerika mereka sudah mengamalkan pembelian atas talian atau online 10tahun lebih awal daripada kita di Malaysia.

Bayangkan beli barang dan anda diberi pulangan.

Kami memang guna cloth diaper tetapi musim hujan or nak travel kami akan pakaikan anak2 dengan lampin pakai buang.

Beberapa hari lepas Mr.Y beli lampin pakai buang atau pampers bayi 3 paket Rm88 dan diberi cashback sebanyak Rm10.
Maka harga lampin pakai buang jenama Pet Pet kami dapat Rm26 satu.
Harga pasaran Rm34.
Keuntungan Rm24.

Beberapa pembelian keperluan barang rumah dan bayi telah memberi pulangan kembali sebanyak Rm29.70.

Zaman kini minyak turun harga barang tetap kekal.

Pengguna yang ada Hak memilih bukan peniaga yang pilih.

Cuba daftar disini : https://www.shopback.my/?raf=AWTxaU

Isnin, Februari 29, 2016

Revolusi Onlinr Tone Excel

Revolusi Online menghubungkan Dunia fizikal dan online
★Beli barang online.. bayar, submit & tunggu barang sampai..
★Beli makanan online.. proceed bayaran tunggu Food delivery..
★Urusan bisnes pun online..
★Urusan beli kereta dan check loan hanya dengan whatsapp dan online.
★Urusan beli rumah pun  juga.
Tanya seller/agent apa2 pun semuanya online.Isi Prima online.
Dapat result pun online.
Sememangnya ONLINE ni banyak memudahkan urusan, kalau bijak..
Tengok REVOLUSI dan PENANGAN ALAM MAYA dan sememangya kita tak boleh lari dari realiti ini..
Samada nak ikut ARUS atau hanyut?
Pilihan di tangan anda..
Kami Pilih Tone Excel sebagai Telco pilihan kerana internet yang terbukti laju dan stabil.. di mana saya boleh melakukan semua urusan ONLINE dimana2 sahaja pada bila2 masa.. amat puas hati..
Bab ongkos NanG berbaloi..Sebab setiap kali top up dapat komisen.Rakan kita top up kita dapat komisen.
Banding kos minyak, kos parking, kos tol etc.. Boleh kira.
Anda upgrade simkad dan ajak yang lain.
Sama sama berjaya..insyaAllah.
Nor Aini
0196158384
@
Yaman
0126606419
http://hasil100fb.com/407936

Ahad, Februari 28, 2016

Tips beli tiket free dan hanya bayar tax..

Saya kongsikan Tips berdasarkan pengalaman saya, cara beli tiket percuma dan bayar tax sahaja ;
1) Beli semasa Big points promosi - Ada masa boleh cuba '0' zero big points dan ada masa hanya guna 100-500 big points sahaja untuk tukar tiket.
2) Beli semasa hari pertama Promosi.Dan jadi orang terawal dengan daftar Big Prepaid kad sebab dia akan bagi 24jam lebih awal dan tanpa processing fee.
3) Transfer Big points lebih awal ke akaun airasia anda.Transfer dari kad Sogo,Kad kredit Maybank,Sim kad tunetalk,dan mana mana yang berkenaan.Jika anda tiada kad diatas cuba tanya adik beradik dan kawan sebab dalam akaun Big points ada butang Transfer dari akaun satu sama lain.
4) Tambah Big points dengan daftar Promosi kad kredit 10ribu Big points jika ada.Promosi hotel beli guna kaligo,rocketmile dan agoda dimana Bonus big point airasia akan dikredit masuk.
5) Daftar Big prepaid Tone atau Airasia Mastercard sebab setiap pembelian barang akan dapat Big Points.Dan beli tiket Airasia boleh dapat Bonus 600 Big points.



Perkongsian si perantau.

Sabtu, Februari 27, 2016

LAST SALE 29.02.2016.

Pergi ke web dibawah dan pilih buku 50%.

Kelebihan boleh claim income tax nanti.

Kebaikkan dapat buku murah dan tak perlu keluar duit minyak kereta dan parking.

=》http://bit.ly/salebukumurah

Kerepek cangkuk manis

Ok semenjak anak-anak memilih untuk tidak makan sayur maka maknya kena lebih kreatif mempelbagaikan menu berasakan sayur. Ok selalu buat cendawan celup tepung. Hari ni kita kongsi resepi buat sayur cangkuk manis celuo tepung. Ada yang panggil kerepek.

Resepi olahan dari kerepek bayam.

Resepi kerepek cangkuk manis/cangkuk manis celup tepung.

Bahan-bahan
*Daun cangkuk manis (dibersih & tos)
*tepung beras
*telur sebiji
*garam
*serbuk kunyit
*minyak

Cara-cara
Campur semua bahan kecuali daun camgkuk manis sampai sebati. Dah siap panaskan minyak. Maka bila minyak panas, ambik daun sehelai-sehelai celup dalam adunan tepung dan seterusnya goreng. Nampak garing & ranggup trs angkat dan toskan.

Dah siap maka boleh makan....

Allah sayang kita

Suatu hari seorang ibu terlambat untuk mengambil anak pulang dari sekolah. Setelah sampai di sekolah dan anak pun masuk dalam kereta dalam keadaan muka masam mencuka, anak meluahkan perasaannya.

Anak: ibu, kakak sedih.
Ibu: kebapa kakak sedih?
Kakak: kerana ibu lambat menjemput kakak.
Maka si ibu memikirkan jawapan terbaik untuk anak kecil, agar jawapanya nanti tidak mengecewakan perasaan anaknya.
Ibu: kakak, kita bertemu kerana Allah, kita berpisah kerana Allah. ALLAH sayang kita.

Alhamdulillah si anak dapat menerima jawapan dengan tenang. Maka mereka meneruskan perjalanan untuk mengambil anak kedua yang bersekolah di sekolah yang lain. Oleh kerana ibu dan kakak lambat sampai, si adik sudah menangis melihat semua kawan-kawan pulang tetapi ibu dan kakaknya belum kelihatan. Apabila si ibu sampai, si adik memasuki kereta dalam esakkan tangisan. Maka kakak memainkan peranan memujuk adik.

Kakak: adik jangan sedih tahu. Kita bertemu kerana allah, kita berpisah kerana allah. Allah sayang kita.

Sumber: petikan dari rancangan tanyalah ustazah, tv9

Pengajaran dari kisah ini.
*Anak itu amanah, jangan dikhianati walaupun mereka masih kecil mungkin tidak memahami apa yang kita ucapkan tetapi mereka akan tetap meniru perbuatan dan perkataan kita. Maka setiap perbuatan dan perkataan yang lahir dari mulut dan jasad hendaklah jujur.

Khamis, Februari 25, 2016

Hari2 buat bento...

Koleksi bekal yang pernah disediakan untuk suami dan anak-anak untuk 2016

Ye, hampir setiap hari saya menyediakan bekal buat suami semenjak mendirikan rumah tangga. Maka ia bukan masalah besar untuk menyediakan bekal apabila anak mula sekolah.

Adakala sempat ambik gambar, adakala tak sempat.

Saya guna tone excel..

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJaHTRA

Tahu tak simkad Tone Excel ini ada 7 benefit yang anda akan dapat sebagai pengguna..
-internet 1GB percuma tanpa potong kredit
-kredit rm20 percuma
-PA insuran rm100,000 percuma
-cashback 3%
-point redeem
-Diskaun 30% hotel
-Cabutan bertuah setiap minggu, bulan & tahun.

Kenapa takut nak tukar kpd simkad Tone Excel..
Sebab kita boleh KEKALKAN NO. LAMA...

Macam mana kita dibayar setiap bulan tanpa henti walaupun baru sorang join??
-Sebab dia akan guna hp sampai bila2..Selagi dia guna selagi tu kita akan terus dibayar..

Apa keuntungan yang dapat bila guna simkad Tone Excel ni??
●Ada 4 bonus untuk sesiapa saja yang guna simkad ajaib ni..
-Bonus fasttrack
-Bonus cashback
-Bonus Komisen
-Bonus Tahunan

-anda juga boleh jual simkad TANPA SIMPAN.
-Anda dapat terus guna serta merta

Order simkad anda sekarang:
Aini
0196158384

Selasa, Februari 23, 2016

Agen Takaful Ikhlas ~Yaman Idris

Hari ni saya nak share text pengenalan agen takaful ikhlas. Siapa lagi kalau bukan Mr.Y.  jom baca kenapa semua orang perlu ada perlindungan takaful.

Assalam tuan/puan,
Saya Yaman Idris daripada Buss Consulting Takaful Ikhlas. Saya Ingin berkongsi plan takaful, plan kad perubatan / medical card yang mana sekarang sangat penting untuk anda miliki.

Anda plan nk buat Medical Card Takaful utk diri & family tersayang anda?

Kenapa kad perubatan kami yg harus anda pilih:-

1. Kad perubatan yang tiada annual limit, unlimited coverage dari RM850,000 sehingga RM3.5 juta

2. Pengecualian Bayaran jika ditakdirkan tuan kena 40 jenis penyakit Critical , kad perubatan tuan percuma sehingga tuan umur 100 tahun.

3. Jika tuan mengambil untuk Anak tuan pun percuma sehingga umur 100 tahun sekiranya tuan sbg pembayar meninggal dunia, hilang upaya kekal & penyakit kritikal.

4. Takdirnya kena cancer, dialisis buah pinggang & pemindahan organ perlindungan pun unlimited

5. Sumbangan kami flat rate, tiada kenaikan.

6. Utk atasi inflasi kenaikan harga bilik hospital, setiap 3 tahun kami bagi tuan kenaikan kelayakan bilik sebanyak 10% dgn bayaran sumbangan yg sama ( syarat :tiada claim utk setiap 3thn)

7. Plan untuk penyakit2 khas wanita.

8. Elaun harian hospital ( jika perlu )

9. Ada pelepasan cukai sebanyak RM3000 10. Ada sedekah & amal jariah

Hubungi saya segera bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut:
Yaman Idris
0126606419
(Perunding BUSS consulting Takaful ikhlas ).

Tart telur & pemanggang ajaib

Hujung minggu lepas buat tart telur versi giant dgn anak-anak. Konon nak bawak hana & humaira main di taman tapi tak jadilah... hari hujan pulak.
Maka petang buat bagi aktiviti ransang saraf motor... apa lagi suka sangat lah hana & humaira. Mula-mula tolong siang daun cangkuk manis. Lepas itu tolong buat tart telur pulak. Ok kita masuk cerita tart telur. Oleh kerana kami tidak ada oven dan hanya memiliki pemanggang ajaib maka kami buat tart telur menggunakan pemanggang ajaib. Tak berbaloi untuk membeli oven semata nak buat tart telur.
RESEPI Tart telur pemanggang ajaib
Bahan pastri
*2cawan tepung gandum+1sudu besar tepung kastard+1sudu besar tepung jagung
*1/2 cawan gula (diblend)
*1cup asen vanilla
*1biji telur
*1cawan majerin
Cara
Gaul majerin & gula hingga sedikit kembang. Kemudian masukkan telur dan asen vanilla. Apabila sebati masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Jika doh masih melekat di tangan tambah lagi tepung. Seterus simpan doh dalam peti ais lebih kurang 30minit.




Bahan inti
*4biji telur
*1cup asen vanilla
*1cawan susu cair (atau mana-mana seangkatannya)
*3/4cawan gula
*1/2cawan air.
*1sudu besar tepung kastard
Cara
Campur semua bahan sehingga sebati dan tapis agar cantik nant.
Cara buat tart.
Keluarkan doh & tekap di loyang. Bagi sekata( aku agak2 je). Lepas itu cucuk-cucuk sedikit dengab garpu. Masukkan dalam pemanggang ajaib dan bakar separuh masak dengan api sederhana selama 5-10minit. Keluarkan dan kasi sejuk dahulu baru masukkan inti telur tadi. Bakar lagi sekali dalam pemanggang ajaib selama 10minit dengan api sederhana.
Siap masak keluarkan dan kasi sejuk dahulu. Pastu potong dan ngap!!!
X sempat sejuk, hana & humaira dan sibuk nak makan.

Ahad, Februari 21, 2016

Siapa dia "clever housewife"?

Ini ada petikan teks status Fb seseorang. Maaf tak dapat nak screenshot. (Malas nak berusaha)
Malam-malam, tiba-tiba teringat kata-kata Ayah;
"Isteri-isteri orang Melayu nie banyak sangat habiskan masa di dapoq. Sebab apa? Sebab dok berat tang makan.
Breakfast saja pun gigih bangkit awai buat nasi lemak, bihun goreng, cekodok, etc. Makan tengahari & malam pulak kalau takdak 6,7 jenis lauk penuh meja tak sah.
Pahtu kalut nak tumbuk sambai apa semua. Dalam sehari 24 jam tu banyak masa dok abih tang makan.
Walhalnya kita makan nie untuk kenyang saja. What you need actually healthy simple meals. Asalkan boleh bagi khasiat & tenaga dah cukup.
Cuba tengok omputih. Walaupun isteri depa tak kerja, those women ada masa membaca buku ilmiah, pi kelas-kelas ilmu like baking class ka sewing class ka, libatkan diri dengan aktiviti masyarakat & aktiviti sekolah anak-anak.
They always keep things simple. Masak pun simple like grilled chicken with salad ka asalkan berkhasiat. Depa guna sebaik mungkin masa yang ada. Yang penting kualiti dalam setiap rutin. What you suppose to do is be a clever housewife. Bukan kata jadi housewife tu kena dok cerok dapoq ja."
Something to ponder. :-)
# It is all about mentality. Masalah masyarakat Melayu nie bila si ibu/isteri masak nasi goreng yang memang siap-siap dah ada khasiat dari ayam, telur, sawi & carrot pun dilabel sebagai "pemalaih". Dang!
P.s:  cp kak Aida hashim.
Ini pula adalah pendapat aku tentang isu ini.
Semua bergantung kepada bagaimana ketua keluarga mencorakkan keluarga. Aku pernah ditanya oleh 'traditional malay house wife' apabila aku hanya buat 2 lauk sahaja untuk lunch. Lepas tue, lauk lunch itu lah jadi lauk dinner. Aku cakap my husband tak kisah selagi masakan itu berkhasiat dan dimasak oleh wife dia. Sampai sekarang aku masih masak 1-2 lauk sahaja untuk satu hari.
Jika suami nak isteri bijak, maka suami bertanggungjawab membawa isteri ke majlis ilmu. Jika tak mampu bawa, mungkin risau anak kecil akan ganggu majlis ilmu maka balik cerita lah dekat isteri apa yang diperolehi dari majlis ilmu.
Sediakan bahan bacaan untuk ahli keluarga. Jika bapa baca buku, anak akan sibuk nak baca. Isteri mungkin sibuk lipat kain malam, tak salah suami berkongsi apa yang di baca.
Cuba bayangkan bagaimana ulama itu dilahirkan jika bukan dari tangan ibu bapa yang berilmu. Walaupun mereka sering berada di ceruk dapoq tapi mereka lah yang menyebarkan ilmu kasih sayang, kesabaran dan kesungguhan kepada anak-anak.
Photo: Mr.Y bersama baby uwais ketika majlis tazkirah maulidul rasul 2016 di surau al-mustaqim.

Selipar buruk itu

Salam hujung minggu... apa agaknya menu hujung minggu kawan-kawan. Hari ini Mr.Y belanja makan luar. Alhamdulillah, rezeki hujung minggu. Ok berbalik topik pasal selipar buruk.

Sering kali terjadi situasi aku ditegur kerana pakai selipar buruk. Ye lah dah bertahun tak tukar-tukar selipar.
Selipar itu nampak buruk...selipar itu nampak lama...selipar itu nampak makcik-makcik.

Tahukah anda? Selipar buruk ini lah yang banyak menabur jasa kepada kakiku yang comel.

Jasa saat mengandung
Pada peringkat awal mengandung hana khadijah, hampir setiap malam akan mintak Mr.Y urut belakang. Atas pinggul dan belakang rasa sakit selalu. Beberapa hari sebelum raya kami ke plaza low yat nak baiki telefon. Dalam perjalanan nak pergi parking nampak ada satu kedai selipar, MY FOOT. Mula-mula tengok, mak ai mahal nya harga. Mr.Y buat test kestabilan, terbukti Mr.Y tak jatuh apabila pakai selipar MY FOOT. Tapi walaupun macam tu, tak berharap pun Mr.Y akan beli sebab harga yang mahal pada aku. Tapi Mr.Y suruh cuba dan dibelinya dengan harga RM199.00. Ini lah selipar paling mahal aku pernah pakai. Kalau dialog bapak aku suatu ketika dahulu, 'beli seratus lebih untuk letak dekat kaki je.'(ini bila kami adik beradik beli hadiah untuk cik selipar harga seratus lebih tapi dia kami beli t-shirt pagoda...hehehe...bukan pilih kasih tapi memang bapak kami suka t-shirt pagoda.)

Ok, selipar baru dah dapat. Malamnya kita cuba dekat jalan TAR. wow!!! Berjalan 3jam lebih langsung tak rasa sakit kaki. Balik rumah boleh dukung kakak humaira lagi. Semenjak itu, aku dah tak perlu minta Mr.Y untuk urut belakang dan kaki setiap malam lagi.

Jasa saat mengajar kelas KAFA
Kelas KAFA ada 3jam 3hari seminggu. Bukan setiap masa akan duduk terutama kalau mengajar budak tahun dua dan tiga. Kadang sampai abis kelas berdiri je. Sakit kaki dan belakang sendiri ingat lah. Tak kisah lah mengandung atau tak. Tetap akan rasa sakit belakang.

Jasa saat anak mengamuk nak berdukung.
Budak kalau umur bawah 4 tahun memang akan minta di dukung walaupun tak kerap terutama kalau mereka mengantuk. Hujung minggu kami akan keluar sekeluarga untuk cari barang keperluan atau menghabiskan masa bersama. Saat itu humaira baru 2tahun lebih tapi beratnya hampir 15kg. Oleh kerana aku dah dukung hana khadijah, maka terpaksa Mr.Y dukung si kakak kalau dia mengantuk. Setiap kali lepas dukung humaira, Mr.Y akan minta diurut belakang. Ok, sekali lagi kami mengunjungi kedai MY FOOT. kali ini kami beli 2 pasang satu untuk Mr.Y, satu untuk mak kg.baru. aku? Tak beli baru pun, hanya tambah tapak. Ok lah, dari tak ada apa.

Jasa saat bercuti.
Apabila kita bercuti bersama keluarga pasti inginkan keseronokkan. Cuba banyangkan kalau bercuti, banyak berjalan, anak penat kita pun penat. Maka anak kecil selalu nak di dukung. Bila penat dan anak mengamuk maka kita boleh naik angin tapi dengan selipar buruk itu lah kami merasai keseronokan bercuti di langkawi. Bayang terpaksa dukung anak sepanjang beratur untuk naik kabel car. Ipar duai dah merungut sakit belakang dukung anak kecil. Alhamdulillah kami buat tindakkan bijak melabur kan wang untuk selipar ini.

Selipar buruk itu dah berusia 3tahun lebih dan aku masih belum terasa nak tukar kepada yang baru.

Ini dikatakan alah membeli, menang memakai.

Jumaat, Februari 19, 2016

Review buku Travelog Haji Muslimah

Travelog Haji Muslimah adalah sebuah catatan perjalanan haji seorang muslimah. Buku ini sesuai sebagai persediaan awal untuk mereka yang berniat menziarahi rumah Allah.

Bagaimana seorang yang bergelar anak, isteri, wanita bekerjaya dan ibu melaksanakan impiannya untuk menunaikan ibadah haji ketika usia masih muda. Bagaimana dia dan suami mencari wang untuk menampung segala perbelanjaan pergi dan balik, perbelanjaan mereka dibawah tangungan sepanjang ketiadaan mereka. Dalam kesibukan mencari wang, terpaksa mencari ilmu juga. Bagaimana beliau memiliki keyakinan yang teguh bahawa mereka suami isteri pasti dijemput ke rumah Allah pada tahun tersebut.

Perasaan sangat tersentuh apabila membaca luahan perasaan beliau didepan kaabah. "Adakah sudah kering air mataku dengan tangisan taubat?"

Saya tak nak cerita banyak... saya cadangkan anda baca sendiri buku ini. Baru anda akan merasai apa yang saya rasa iaitu perasaan tak sabar nak ke rumah Allah.

Sekarang bookcafe tengah buat promosi buku Travelog Haji Muslimah 50%. Berminat untuk beli klik link https://goo.gl/biPnNK

Tq Mr.Y beli buku ni last year as birthday gift..

Khamis, Februari 18, 2016

Perbahasan Bidaah

Ta’rif Bid‘ah Dari Segi Bahasa: 

Bid‘ah dari segi bahasa diambil dari kata بَدَعَ .

Berkata Ibn Manzur (ابن منظور) rahimahullah:

 بدع الشيءَ يَبدَعُه بَدعا، وابتدعهُ: أنشأه وبدأه. 
Telah membuat sesuatu bid‘ah (past tense), sedang membuatnya (present tense) dan bad‘an (masdar/ kata terbitan) bererti mengadakan dan memulakan. 

Berkata Muhammad bin Abi Bakr al-Razi rahimahullah:

 بدع الشيء: اخترعه لا على مثال. 
Membuat bid‘ah sesuatu bermaksud mengadakannya tanpa ada suatu contoh. 

Dalam al-Mu’jam al-Wajiz disebutkan hampir sama seperti di atas iaitu mengadakan sesuatu tanpa contoh sebelumnya.

Demikian kesemua mu’jam bahasa arab menyebut makna yang hampir sama.

Inilah bid‘ah dari segi bahasa iaitu membuat sesuatu yang belum ada contoh sebelumnya.

Ta’rif Bid‘ah Dari Segi Istilah: 

Ta’rif (definisi) yang baik bagi perkataan bid‘ah dari segi istilah ialah ta’rif yang dikemukakan oleh al-Imam Abu Ishaq al-Syatibi (الشاطبي) rahimahullah (790H) dalam kitabnya  yang masyhur berjudul al-I’tishom (الاعتصام). Kebanyakan para pengkaji bersetuju bahawa al-Syatibi telah mengemukakan ta’rif  jami’ dan mani’ ( جامع ومانع). Antaranya Dr. Ibrahim bin ‘Amir al-Ruhaili dalam tesis Ph.Dnya ketika membandingkan beberapa ta’rif yang dibuat oleh beberapa tokoh terdiri daripada Ibn Taimiyyah, al-Syatibi, Ibn Rajab dan al-Sayuti rahimahumullah, menyimpulkan bahawa ta’rif al-Syatibi adalah yang paling terpilih. Al-Syatibi mena’rifkan bid‘ah sebagai:

 طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه 
 Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Huraian al-Imam al-Syatibi Terhadap Ta’rif Bid‘ah al-Imam al-Syatibi rahimahullah setelah memberikan ta’rif ini, tidak membiarkan kita tertanya-tanya maksudnya, sebaliknya beliau sendiri telah menghuraikan maksud ta’rif ini. 

Di sini dinyatakan beberapa poin penting huraian al-Imam al-Syatibi: 

Pertama: Dikaitkan jalan (طريقة) dengan agama kerana rekaan itu dilakukan dalam agama dan perekanya menyandarkan kepada agama. Sekiranya jalan rekaan hanya khusus dalam urusan dunia ia tidak dinamakan bid‘ah, seperti membuat barangan dan kota. Oleh kerana jalan rekaan dalam agama terbahagi kepada apa yang ada asalnya dalam syariat dan kepada apa yang tiada asalnya dalam syariat, maka dimaksudkan dengan ta’rif ini ialah bahagian rekaan yang tiada contoh terdahulu daripada al-Syari’ (Pembuat syariat iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala). Ini kerana ciri khas bid‘ah ialah ia terkeluar daripada apa yang digariskan oleh al-Syari’. Dengan ikatan ini maka terpisahlah (tidak dinamakan bid‘ah) segala yang jelas – sekalipun bagi orang biasa – rekaan yang mempunyai kaitan dengan agama seperti ilmu nahu, saraf, mufradat bahasa, Usul al-Fiqh, Usul al-Din dan segala ilmu yang berkhidmat untuk syariat. Segala ilmu ini sekalipun tiada pada zaman yang awal, tetapi asas-asasnya ada dalam syarak. Justeru itu, tidak wajar sama sekali dinamakan ilmu nahu dan selainnya daripada ilmu lisan, ilmu usul atau apa yang menyerupainya yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang berkhidmat untuk syariat sebagai bid‘ah.  Sesiapa yang menamakannya bid‘ah, sama ada atas dasar majaz (bahasa kiasan) seperti ‘Umar bin al-Khattab radhiallahu 'anh yang menamakan bid‘ah solat orang ramai pada malam-malam hari di bulan ramadhan atau atas dasar kejahilan dalam membezakan sunnah dan bid‘ah, maka pendapatnya tidak boleh dikira dan dipegang.

Kedua: Maksud (تضاهي الشرعية) ialah menyerupai jalan syarak sedangkan ia bukanlah syarak pada hakikatnya. Bahkan ia menyanggahi syarak dari beberapa sudut: Antaranya: Meletakkan batasan-batasan seperti seseorang yang bernazar untuk berpuasa berdiri tanpa duduk, berpanas tanpa berteduh, membuat keputusan mengasing diri untuk beribadah, menghadkan makanan dan pakaian dari jenis tertentu tanpa sebab. Antaranya: Beriltizam dengan cara (kaifiyyat كيفيات ) dan bentuk (haiat هيئات ) tertentu. Ini seperti zikir dalam bentuk perhimpunan dengan satu suara, menjadikan perayaan hari lahir Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan seumpamanya.   Antaranya: Beriltizam dengan ibadah tertentu dalam waktu tertentu sedangkan tidak ada penentuan tersebut dalam syarak. Ini seperti beriltizam puasa pada hari Nisfu Sya’ban dan bersolat pada malamnya. Kemudian bid‘ah-bid‘ah tersebut disamakan dengan perkara-perkara yang disyariatkan. Jika penyamaan itu adalah dengan perkara-perkara yang tidak disyariatkan maka ia bukan bid‘ah. Ia termasuk dalam perbuatan-perbuatan adat kebiasaan.

Ketiga: Maksud (يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله): “Tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah” ialah menggalakkan ibadah. Ini kerana Allah berfirman: 

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ 
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [al-Zariyat 51:56]

Seakan-akan pembuat bid‘ah melihat inilah tujuannya. Dia tidak tahu bahawa apa yang Allah tetapkan dalam undang-undang dan peraturan-peraturan-Nya sudah memadai. Seterusnya al-Imam al-Syatibi menjelaskan: Telah jelas dengan ikatan ini (yang dijelaskan) bahawa bid‘ah tidak termasuk dalam adat. Apa sahaja jalan yang direka di dalam agama yang menyerupai perkara yang disyariatkan tetapi tidak bertujuan beribadah dengannya, maka ia terkeluar dari nama ini (bid‘ah).

Kesimpulan Ta’rif al-Imam al-Syatibi Daripada apa yang dita’rifkan dan dihuraikan oleh al-Imam al-Syatibi rahimahullah, dapat dibuat beberapa kesimpulan: Bid‘ah ialah jalan syarak yang baru di reka dan dianggap ibadah dengannya. Adapun membuat perkara baru dalam urusan dunia tidak boleh dinamakan bid‘ah. Bid‘ah ialah sesuatu yang tidak ada asal dalam syariat. Adapun apa yang ada asalnya dalam syariat tidak dinamakan bid‘ah. Ahli bid‘ah menganggap jalan, bentuk, cara bid‘ah mereka adalah satu cara ibadah yang dengannya mereka mendekatkan diri kepada Allah. Bid‘ah kesemuanya buruk. Apa yang dinamakan Bid‘ah Hasanah yang membabitkan perkara-perkara duniawi bukanlah bid‘ah pada istilahnya.

Sumber : Copy paste whatsapp grup usrah surau

Rabu, Februari 17, 2016

Cara mengelakkan data internet cepat habis:

4 Apps yg perlu diubah settings:

FB setting:
1- buka FB
2- pilih app settings
3- pilih video auto-play
4- pilih off/wifi only

Telegram setting:
1- buka telegram klik bhgn ats sebelah kiri
2- pilih "setting"
3- pilih "when using mobile data"
4- hilangkn semua tanda "tick" dlm kotak

Whatsapp setting:
1- buka apps whatsapp
2- pilih "setting"
3- pilih "chat settings"
4- pilih "media auto-download"
5- pilih "when using mobile data"
6- hilangkn smua tanda "tick" dalam kotak

Play store settings:
1- buka play store
2- pilih "setting"
3- pilih "auto-update apps"
4- pilih "auto-update apps over wifi only"