Khamis, Mei 21, 2020

Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy

Assalamualaikum dan salam semua, ini merupakan kali pertama aku buat sepanjang penglibatan aku dalam dunia blogging. Harap mendapat sambutan.

 Syarat-syarat penyertaan:

1. Mestilah blogger yang mempunyai akaun bank Malaysia (senang nak bank in hadiah)
2. Wajib letak blog https://yamanaimy.blogspot.com/ di dalam bloglist korang
4. Buat satu blog post penyertaan dengan tajuk "Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy" dan pastikan dalam post tu ada banner di atas dan link ke post ini.
6. Tinggalkan link penyertaan korang di post ini. Tu je,, Senang kan.

Tarikh tutup penyertaan pada 4 Jun 2020

Hadiah:

4 orang pemenang akan dipilih. 3 pemenang akan memenangi RM 10 setiap sorang. Seorang pemenang bertuah akan diberi design nama khat kufi dalam format PNG hitam putih dan duit RM10 . Nama bentuk khat kufi dibuat khas oleh saya.
Contoh seperti gambar di atas.



Kenapa hitam putih Format PNG, kerana ia lebih mudah untuk anda edit kembali mengikut warna kegemaran anda. Seterusnya bolehlah jadikan ia sebagai profil photo media sosial anda. Atau anda boleh juga cetak pada baju, mug atau framekan nama khat kufi anda. 

Pemenang akan diumumkan pada tarikh hari lahir saya iaitu 9 Jun 2020, hari terakhir PKPB dilaksanakan.

Jemput ye sama-sama memeriahkan segment ni.



Ahad, Mei 17, 2020

Kenapa anak-anak tak dengar cakap ibu ayah?

Assalamualaikum dan selamat malam. Malam ini aku nak kongsi sedikit tips dari kakak Humaira. Kisahnya begini....

Beberapa hari lepas aku masuk bilik dan nampaklah kakak Humaira dan kakak Hana bergaduh. Apabila dah gaduh maka aku cakap lah kat dorg, "kenapa asyik gaduh, tolong lah dengar cakap ummu. Main elok-elok bolehkan." Sekali kakak humaira kata, "ummu tahu tak kenapa anak-anak tak dengar cakap ibu ayah?" Aku kata lah tak tahu. Dia balas,

"kakak nak kongsi apa yang kakak baca. Buku yang kakak baca itu kata, anak-anak susah nak dengar cakap mak ayah mungkin kerana mak ayah kurang bersedekah. Ummu dengan abi kena banyakkan sedekahlah, mungkin sebab ummu dengan abi kurang sedekah anak-anak asyik tak dengar cakap"

Mak ai setepek dia bagi...aku nasihat dia, dia nasihat aku balik. Tapi mungkin betul juga apa yang kakak humaira kata. Sedekah itu pembuka  pintu rezeki. Apabila anak-anak mendengar kata, maka itu adalah rezeki yang tidak dapat kita nak beli dekat kedai. Selalu kalau keluar nampak mana-mana orang minta sedekah, kita akan hulur...tapi sejak PKP kuranglah aktiviti sedekahnya.

Sini aku ongsi doa untuk anak...


Isnin, Mei 11, 2020

Aku & Wahed (Bahagian 7- 5 sebab kenapa aku pilih untuk melabur di Wahed Investment)

Assalamualaikum dan sejahtera semua.

Setiap orang pasti mempunyai alasan tersendiri untuk melakukan apa-apa atau di mana-mana pelaburan. Disini aku dapat senarai 5 sebab utama kenapa aku pilih untuk melabur di Wahed Invest.

Berikut adalah 5 sebab kenapa aku pilih untuk melabur di Wahed Invest
  1. Tak tahu nak buat apa dengan duit - Aku mula melabur dalam wahed invest pada awal Mac 2020. Masa itu negara kita mula menghadapi gelombang kedua covid-19. Kebetulan aku baru keluarkan duit dividen ASB tanpa apa-apa tujuan. Pernah ke tak anda mengalami perasaan nak keluarkan wang tapi tak tahu nak buat apa? Aku selalu jugalah mengalami hal itu terutama masa masih kerja dahulu. Sekarang jarang-jarang sangat rasa nak keluar duit. Mungkin pada sesetengah orang kalau nampak duit banyak dalam dompet, ada saja idea nak belanja apa. Tapi situasi itu tak berlaku kepada aku. Jika bujang dulu apa-apa keperluan aku, kakak dan mak aku belikan sehingga bila dah mula kerja, aku bayar saja barang yang mereka pilih untuk aku. Bila dah kawen mestilah Mr.Y yang belikan. Maka bila Mr.Y tanya nak buat apa duit itu, aku hanya jawab masuk bank balik kot. Mr.Y pun cadangkanlah aku melabur dalam wahed invest. Maka itulah permulaan aku. Tapi jangan jadikan permulaan aku sebagai permulaan korang. Sebab kalau korang jenis yang pantang nampak duit, akan ada saja idea nak beli apa, korang tak akan pernah sampai kepada alasan tak tahu nak buat aa dengan duit. Baru-baru perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, kerajaan menwar-warkan bahawa bermula 1 April 2020, bank-bank tempatan akan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam (6) bulan kepada peminjam-peminjam individu dan PKS di masa yang amat mencabar ini. Maka aku cadangkan korang mengambil sedikit daripada wang moratorium ini untuk melabur dalam wahed invest. 

  2. Tak ada ilmu tentang pelaburan - Jika anda hendak melabur maka anda perlu ada ilmu tentang pelaburan bagi memaksimakan keuntungan dan dan meminimalkan risiko kerugian. Aku pula memang tak pernah belajar tentang pelaburan, sekadar membaca dan mendengar kisah satu atau dua pelabur hebat. Maka keberanian untuk membuat pelaburan secara sendirian amatlah rendah atau mungkin tiada. Dalam bahagian 2 - pelaburan halal aku ada sebut dekat Malaysia hanya ada 3 robo advisor dan salah satunya adalah wahed invest. Apa itu Robo Advisor? Ia adalah perisian yang dapat menyediakan perkhidmatan pengurusan kekayaan untuk membantu anda membuat portfolio pelaburan. Portofolio ini dibentuk berdasarkan algoritma dan tidak menggunakan bantuan perancang kewangan. 

    Pada dasarnya Robo Advisor menggantikan fungsi perancang kewangan anda dalam mengesyorkan portfolio pelaburan. Oleh kerana Robo Advisor adalah mesin yang tidak mempunyai dan memahami emosi maka emosi atau masalah peribadi tidak dapat dipertimbangkan. Penasihat Robo hanya berfungsi berdasarkan data tepat yang anda masukkan. Dari data inilah Robo Advisor akan membuat keputusan portfolio mengenai apa yang sesuai dengan keperluan anda.

  3. Patuh Syariah -Sebagai seorang muslim yang sentiasa mencari keberkatan dalam rezeki, sudah pasti aku nak sesuatu yang halal. Bab patuh syariah ini ada diterangkan secara panjang lebar dalam bahagian 2. Klik sini.

  4. Salah satu sumber pendapatan portfolio -Secara umum kita perlu tahu bahawa ada 4 jenis pendapatan iaitu, pendapatan aktif, pendapatan pasif, pendapatan sampingan dan pendapatan portfolio. Apa yang dimaksudkan dengan pendapatan portfolio adalah pendapatan yang terhasil dari aktiviti pelaburan seperti ASB, Bursa saham, emas dan sebagainya. 

    Robert Kiyosaki dalam buku retire young, retire rich ada menceritakan bahawa Rich Dad melakukan belian saham berpotensi yang banyak ketika jualan murah berlaku atau dalam kata lain kejatuhan nilai saham, dan menjual kembali ketika nilai saham meningkat. Konsep ini sama sebagaimana orang kebanyakkan akan membuat pembelian stok makanan atau barang keperluan yang banyak ketika jualan murah. Apa yang bezanya adalah, Rich dad mendapat keuntungan apabila menjual kembali saham-sahamnya manakala orang kebanyakkan hanya akan mengenyangkan perut dan barang keperluan mungkin di pakai habis atau terbuang. 

  5. Ada benda aku nak kongsi dengan pembaca blog - Adakala aku tak ada idea apa nak dikongsi dengan pembaca blog. Walaupun aku tahu blog ini tak ramai follower tapi aku tetap nak kongsikan sesuatu yang berguna. Semoga dengan perkongsian ini, pengunjung blog mendapat manfaat, jika tidak banyak, sedikit pun jadilah. Mungkin ada antara yang masih berfikir bagaimana nak menambah sumber pendapatan, tapi buntu tidak tahu dimana nak cari. Mungkin ada yang berminat untuk melabur tetapi tidak yakin dengan sistem pelaburan yang digunakan, mungkin ada yang takut untuk melabur kerana tiada ilmu pelaburan. Maka wahed invest adalah yang terbaik pada aku, ia patuh syariah, ia menggunakan robo advisor dan hasil pendapatan dari wahed invest ini, boleh dijadikan sebagai modal untuk kita mendaftarkan diri dalam mana-mana kelas pelaburan yang sebenar.
Lengkap sudah 5 alasan kenapa aku pilih untuk melabur di Wahed Investment. Korang macam mana? Dah ada alasan kukuh ke?

Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.
Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD2.5 (RM10).
Kod Jemputan: norbin136

Aku & Wahed (Bahagian 6- pelaburan dalam sarang berbeza)

Assalamualaikum... 

Apa yang aku maksudkan dengan pelaburan dalam sarang berbeza adalah dengan melaburkan wang pada beberapa tempat yang berbeza. Jika salah satu tempat mengalami kejatuhan, maka kita masih ada beberapa tempat yang selamat. Rasanya lebih senang faham kalau tengok video kat bawah. 
Kalau nak tengok banyak lagi video menarik pasal kewangan di Channel Fidelity Investments


Pada aku wahed invest merupakan salah satu sarang pelaburan yang aku buat selain ASB dan tabung haji menggunakan lebihan wang aku ada. Ingat konsep pelaburan adalah menggunakan wang lebihan bermaksud anda tidak menggunakan wang simpanan kecemasan dan simpanan keperluan semasa. Wahed investment sendiri melakukan pelaburan dalam sarang yang berbeza. Cuba perhatikan gambarajah dibawah.

Sebelah kiri adalah jenis portfolio yang terdapat dalam Wahed Investment, manakala sebelah kanan adalah peratusan kepelbagaian pelaburan yang dilakukan.

Berdasarkan gambar di atas, korang boleh tahu bahawa dekat wahed investment ada 7 jenis portfolio yang disediakan. Anda tidak perlu risau untuk melakukan pemilihan jenis portfolio kerana system akan membantu anda memilih jenis portfolio yangs sesuai dengan profil risiko anda. Bagaimana sistem ini membantu? Sewaktu hendak mendaftar, anda dikehendaki menjawab beberapa persoalan. Kemudian sistem wahed akan mencadangkan jenis portfolio yang sesuai untuk anda. Macam aku, portfolio jenis aggressive diberikan. Kira berada tangga ke-2 berisiko. Very Aggressive adalah paling berisiko. Maksud berisiko di sini adalah, keuntungan yang bakal diperolehi adalah paling tinggi dan kerugian yang mungkin dialami juga paling tinggi. Paling selamat adalah very conservative, tapi keuntungan pun paling rendahlah.

Baru-baru ini wahed mewujudkan satu lagi jenis portfolio iaitu Emas. Jika jenis portfolio yang lain, pelaburan dilakukan dalam pelbagai jenis syarikat dan industri, manakala emas memang pelaburan dilakukan dalam emas 97.5% dan tunai 2.5%. Satu kelebihan yang diberikan oleh wahed bagi jenis Portfolio Emas, adalah bagi setiap individu yang telah memiliki akaun bagi salah satu portfolio sama ada very aggressive, aggressive, moderate, conservative dan very conservative, individu tersebut boleh juga melabur dalam portfolio emas. Kalau anda hendak tahu lebih jelas tentang hal ini anda boleh terus melawati laman sesawang portfolio wahed invest.

Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.
Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD2.5 (RM10).
Kod Jemputan: norbin136






Ahad, Mei 10, 2020

Resepi Nasi Arab Berempah dengan air asam meletop

Assalamualaikum semua, kali ini aku nak kongsi resepi nasi arab berempah yang teramat sedap di tekak kami sekeluarga.

Nasi Arab Berempah

Bahan-Bahan

  1. Daging 1kg (ikut suka hampa nak lembu, kambing atau ayam, pada aku kambing sedap)
  2. 2sudu makan rempah kurma
  3. 5ulas bawang merah dimayang
  4. 1/2 inci halia 
  5. 2ulas bawang putih dimayang
  6. 1batang kayu manis
  7. 3biji cengkih
  8. 3biji buah pelaga
  9. 1/2 sudu makan serbuk lada hitam
  10. 3 cawan beras
  11. 2-3 sudu makan minyak sapi
  12. 2-3 sudu makan minyak zaitun
  13. 1/2 cawan sos tomato
  14. garam
  15. serbuk perasa

Cara-Cara
  1. Daging dibersihkan dan dimasukkan ke dalam periuk bersama dengan rempah kurma, bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, cengkih, buah pelaga dan serbuk lada hitam (kalau tak ada, masukkan aja biji lada hitam itu dalam 1/3 sudu makan). Setelahs semua masuk maka rebuslah ia sehingga daging tersebut empuk. (tips: kalau guna daging rebus lebih kurang 1 jam atas dapur biasa manakala dalam 30minit kalau pakai periuk tekanan)
  2. Sementara menunggu daging empuk, bolehlah anda membasuh beras. Jika anda menggunakan beras basmathi, hendaklah direndam beras tersebut dalam masa lebih kurang 20 ke 30 minit. Tapi jika menggunakan beras nasi biasa cukup sekadar membasuh dan mentoskan ia.
  3. Setelah siap rebus daging semua tadi, asingkan daging dalam satu bekas, manakala sup nya ditapis dan bahan-bahan rempah dimasukkan ke dalam blender bersama sedikit sup tadi. Blend semua sehingga hancur lumat.
  4. Dalam periuk nasi, masukkan minyak sapi dan minyak zaitun, Apabila minyak dah panaas, masukkan bahan yang di blend tadi bersama sos tomato. Tumis ia sekejab sehingga nampak macam naik minyak sikit.
  5. Kemudian masukkan sup daging tadi sesuai dengan sukatan beras yang kita nak guna. Kalau guna beras biasa masukkan 4 cawan sup, tapi jika menggunakan beras basmathi maka masukkan 4.5 cawan sup. (kalau sup tak cukup, tambah saja air biasa).
  6. Apabila sup tadi telah mendidih, maka masukan garam dan serbuk perasa, diikuti dengan beras berselang seli dengan daging dan masak ia seperti biasa.

Boleh cuba juga: 

Resepi Nasi Ayam Goreng


Air Asam

Bahan-bahan
  1. 1 biji buah tomato
  2. 1 labu bawang holand
  3. 5 ulas bawang merah
  4. 2 batang cili merah
  5. 4 batang cili padi
  6. 1/2 mangkuk air asam jawa
  7. garam
  8. gula
Cara-Cara
  1. Mayang semua bahan dari no 1 hingga 5, halus-halus. Cili itu ikut kepedasan yang anda nak.
  2. setelahs semua siap, maka boleh curah air asam dan dimasukkan gula dan garam. Gula dan garam ikut kesedapan mulut anda. 
Boleh cuba juga: 

Ayam percik air fryer


Ulam timun jepun atau salad sesuai sangat dimakan bersama.

Selamat mencuba.