Memaparkan catatan dengan label Robert T.Kiyosaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Robert T.Kiyosaki. Papar semua catatan

Isnin, Mei 11, 2020

Aku & Wahed (Bahagian 7- 5 sebab kenapa aku pilih untuk melabur di Wahed Investment)

Assalamualaikum dan sejahtera semua.

Setiap orang pasti mempunyai alasan tersendiri untuk melakukan apa-apa atau di mana-mana pelaburan. Disini aku dapat senarai 5 sebab utama kenapa aku pilih untuk melabur di Wahed Invest.

Berikut adalah 5 sebab kenapa aku pilih untuk melabur di Wahed Invest
  1. Tak tahu nak buat apa dengan duit - Aku mula melabur dalam wahed invest pada awal Mac 2020. Masa itu negara kita mula menghadapi gelombang kedua covid-19. Kebetulan aku baru keluarkan duit dividen ASB tanpa apa-apa tujuan. Pernah ke tak anda mengalami perasaan nak keluarkan wang tapi tak tahu nak buat apa? Aku selalu jugalah mengalami hal itu terutama masa masih kerja dahulu. Sekarang jarang-jarang sangat rasa nak keluar duit. Mungkin pada sesetengah orang kalau nampak duit banyak dalam dompet, ada saja idea nak belanja apa. Tapi situasi itu tak berlaku kepada aku. Jika bujang dulu apa-apa keperluan aku, kakak dan mak aku belikan sehingga bila dah mula kerja, aku bayar saja barang yang mereka pilih untuk aku. Bila dah kawen mestilah Mr.Y yang belikan. Maka bila Mr.Y tanya nak buat apa duit itu, aku hanya jawab masuk bank balik kot. Mr.Y pun cadangkanlah aku melabur dalam wahed invest. Maka itulah permulaan aku. Tapi jangan jadikan permulaan aku sebagai permulaan korang. Sebab kalau korang jenis yang pantang nampak duit, akan ada saja idea nak beli apa, korang tak akan pernah sampai kepada alasan tak tahu nak buat aa dengan duit. Baru-baru perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, kerajaan menwar-warkan bahawa bermula 1 April 2020, bank-bank tempatan akan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam (6) bulan kepada peminjam-peminjam individu dan PKS di masa yang amat mencabar ini. Maka aku cadangkan korang mengambil sedikit daripada wang moratorium ini untuk melabur dalam wahed invest. 

  2. Tak ada ilmu tentang pelaburan - Jika anda hendak melabur maka anda perlu ada ilmu tentang pelaburan bagi memaksimakan keuntungan dan dan meminimalkan risiko kerugian. Aku pula memang tak pernah belajar tentang pelaburan, sekadar membaca dan mendengar kisah satu atau dua pelabur hebat. Maka keberanian untuk membuat pelaburan secara sendirian amatlah rendah atau mungkin tiada. Dalam bahagian 2 - pelaburan halal aku ada sebut dekat Malaysia hanya ada 3 robo advisor dan salah satunya adalah wahed invest. Apa itu Robo Advisor? Ia adalah perisian yang dapat menyediakan perkhidmatan pengurusan kekayaan untuk membantu anda membuat portfolio pelaburan. Portofolio ini dibentuk berdasarkan algoritma dan tidak menggunakan bantuan perancang kewangan. 

    Pada dasarnya Robo Advisor menggantikan fungsi perancang kewangan anda dalam mengesyorkan portfolio pelaburan. Oleh kerana Robo Advisor adalah mesin yang tidak mempunyai dan memahami emosi maka emosi atau masalah peribadi tidak dapat dipertimbangkan. Penasihat Robo hanya berfungsi berdasarkan data tepat yang anda masukkan. Dari data inilah Robo Advisor akan membuat keputusan portfolio mengenai apa yang sesuai dengan keperluan anda.

  3. Patuh Syariah -Sebagai seorang muslim yang sentiasa mencari keberkatan dalam rezeki, sudah pasti aku nak sesuatu yang halal. Bab patuh syariah ini ada diterangkan secara panjang lebar dalam bahagian 2. Klik sini.

  4. Salah satu sumber pendapatan portfolio -Secara umum kita perlu tahu bahawa ada 4 jenis pendapatan iaitu, pendapatan aktif, pendapatan pasif, pendapatan sampingan dan pendapatan portfolio. Apa yang dimaksudkan dengan pendapatan portfolio adalah pendapatan yang terhasil dari aktiviti pelaburan seperti ASB, Bursa saham, emas dan sebagainya. 

    Robert Kiyosaki dalam buku retire young, retire rich ada menceritakan bahawa Rich Dad melakukan belian saham berpotensi yang banyak ketika jualan murah berlaku atau dalam kata lain kejatuhan nilai saham, dan menjual kembali ketika nilai saham meningkat. Konsep ini sama sebagaimana orang kebanyakkan akan membuat pembelian stok makanan atau barang keperluan yang banyak ketika jualan murah. Apa yang bezanya adalah, Rich dad mendapat keuntungan apabila menjual kembali saham-sahamnya manakala orang kebanyakkan hanya akan mengenyangkan perut dan barang keperluan mungkin di pakai habis atau terbuang. 

  5. Ada benda aku nak kongsi dengan pembaca blog - Adakala aku tak ada idea apa nak dikongsi dengan pembaca blog. Walaupun aku tahu blog ini tak ramai follower tapi aku tetap nak kongsikan sesuatu yang berguna. Semoga dengan perkongsian ini, pengunjung blog mendapat manfaat, jika tidak banyak, sedikit pun jadilah. Mungkin ada antara yang masih berfikir bagaimana nak menambah sumber pendapatan, tapi buntu tidak tahu dimana nak cari. Mungkin ada yang berminat untuk melabur tetapi tidak yakin dengan sistem pelaburan yang digunakan, mungkin ada yang takut untuk melabur kerana tiada ilmu pelaburan. Maka wahed invest adalah yang terbaik pada aku, ia patuh syariah, ia menggunakan robo advisor dan hasil pendapatan dari wahed invest ini, boleh dijadikan sebagai modal untuk kita mendaftarkan diri dalam mana-mana kelas pelaburan yang sebenar.
Lengkap sudah 5 alasan kenapa aku pilih untuk melabur di Wahed Investment. Korang macam mana? Dah ada alasan kukuh ke?

Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.
Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD2.5 (RM10).
Kod Jemputan: norbin136

Jumaat, April 10, 2020

Bila Abi Bertanya "Bagaimana Berfikir Dan Hidup Di Luar Kotak?"

Selesai membaca beberapa muka surat berkaitan topik "berfikir dan hidup di luar kotak" dalam buku Rich Dad's Retire Young, Retire Rich oleh Robert T.Kiyosaki. Kami berbincang yang turut disertai oleh kakak humaira dan kakak hana. Perbincangan isu berat, apabila disertai oleh kanak-kanak amat menyeronokan. Maka berlaku situasi seperti di bawah:

Abi: Bagaimana berfikir di luar kotak?
Hana: Kita duduk dekat luar kotak dan fikir lah.
Abi: Bagaimana berfikir dan hidup di luar kotak yang kakak dengan hana faham?
Hana: Kita keluar dari kotak, kita fikir...jadilah berfikir di luar kotak.
Kakak: Kenapa kotak? Kotak apa? (Nampak bijak sikit soalan dia)
Abi: Bayangkan rumah kita adalah kotak...bagaimana kakak nak fikir?
Kakak: Senang saja, keluar dari rumah, duduk dekat dalam kereta ke...pastu abi fikir lah.

Baca Juga:

Kitty Hawk, North Carolina dalam retire Young, Retire Rich


Jawapan mereka buat kami tersenyum dan tergelak. Tapi nak diterangkan bagaimana berfikir di luar kotak bagi budak 7 dan 8 tahun agak sukar. Maka kami jelaskan Apa itu berfikir di luar kotak. Berfikir diluar kotak adalah corak pemikiran yang membuahkan hasil tidak seperti kebanyakkan orang. Contohnya apabila mendapat kenaikan pangkat dan gaji, kebanyakkan orang akan berfikir boleh tukar kereta baru atau pindah rumah besar kerana berlaku kenaikkan kemampuan bulanan. Tetapi bagi mereka yang berfikir diluar kotak, kenaikkan gaji atau pangkat bukan bererti mereka boleh memilih pilihan di atas tetapi mereka perlu guna lebihan sebagai modal untuk pelaburan lebih besar. Ini bermakna mereka masih hidup dengan cara sebelum kenaikkan gaji atau pangkat.

Bagi membolehkan kakak hana dan kakak humaira lebih faham apa itu berfikir diluar kotak, kami memberi contoh tahun lepas kakak humaira mempunyai matlamat untuk membeli beg sekolah baru. Oleh kerana ummu dan abi rasa beg sekolah lama humaira masih elok, maka kami tidak membelikan untuk kakak humaira. Secara tak langsung humaira mencari idea bagaimana untuk mendapatkan wang bagi memenuhi matlamat. Masa ini kakak sanggup bawa bekal ke sekolaha walaupun roti sapu coklat semata-mata nak simpan duit belanja sekolah. Dia beritahu rasa nak beli makanan kantin macam kawan-kawan tapi kalau beli tak dapat kumpul duit. Apabila keluar jalan-jalan, kami nak belikan mainan untuk anak-anak (jarang sangat kalau keluar abi bagi lampu hijau untuk anak-anak beli mainan), kakak cakap dekat ummu, kakak tak nak mainan tapi duit yang ummu abi bajet untuk mainan dia nak masuk tabung. Masa ini terfikir, kakak sanggup tengok orang lain ada mainan, beli makanan kat kantin tapi kakak tatap sanggup berbeza dari kebanyakkan kanak-kanak lain semata-mata nak capai matlamat kakak beli beg sekolah baru. Itulah namanya berfikir dan hidup diluar kotak.

Baca juga:

Kenapa Jual Barang Rumah? Tak cukup duit ke?


Apabila kita mempunyai matlamat yang jelas dari segi bila dan apa. Maka kita akan lebih mudah melaksanakan idea tersebut.Idea semata tanpa perlaksanaan maka ia kekal tak merubah apa-apa. Tetapi idea di sertai dengan langkah, insyaAllah akan terlaksana dan tercapai matlamat.