Isnin, Disember 02, 2019

Banjir 2019

Assalamualaikum dan selamat pagi. Malam tadi dengar berita mengatakan beberapa kawasan di Pantai timur terutama Terengganu dan Kelantan telah dinaiki air dan ada mangsa telah pun berpindah ke penempatan sementara.

Menurut Jabatan Meteorologi Monsun Timur Laut akan bertiup bermula hujung oktober sehingga Mac tahun depan dan dijangka tahap banjir yang bakal dialami adalah sama keadaan seperti tahun 2016 dan 2017. Kiranya tahun lepas 2018, banjir tidaklah seteruk tahun sebelumnya.

Oleh kerana ayah berada di terengganu dan rumah ummi pun berada berhampiran pantai...wajar untuk aku sentiasa mengambil tahu perkembangan banjir. Aku suka masuk FB NADMA (Agensi pengurusan bencana negara). Info yang diberikan pantas dan cepat.

Kat bawah status FB NADMA yang aku copy paste ye...

Laporan Terkini Kejadian Bencana Seluruh Negara sehingga 4 pagi, 2 Disember 2019.
Untuk maklumat terkini mengenai situasi bencana mohon layari Portal Bencana di http://www.nadma.gov.my/bencana2/



Sekarang musim banjir dan hujan.... Nasihat kepada semua berhati-hati dan berjaga-jaga selalu ye.


2 ulasan:

  1. Saya tinggal dkt Terengganu, alhamdullillah rumah dekat dengan pantai jadi tak terjejas dengan banjir. Kesian dekat kawasan tanah rendah, memang dah tenggelam :(

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan segala urusan para saudara kita semua di pantai timur. aamiin

    BalasPadam

Sila komen yang baik-baik