Isnin, Oktober 14, 2019

Sagu Medong Qisya -nyaman

Assalamualaikum dan dan salam sejahtera. Minggu lepas Mr.Y pergi kerja di Sibu. Oleh kerana sebelum ni kami menetap di Sibu, maka perkabaran Mr.Y nak ke sibu amatlah di alu-alu oleh sahabat-sahabat di sana.

Antara yang dibawa pulang oleh Mr.Y adalah dua botol sagu medong qisya. Kalau nak tahu sagu adalah makanan masyrakat Melanau terutama bahagian mukah.


Pisang cicah sagu...gambar ehsan Mr.Google
Aku mula-mula kenal sagu macam pelik sangat sebab tengok orang sana makan macam sedap sangat dengan cara bercerita nya macam benda tu, best giler makan tapi bila aku cuba..kosong je rasa. Sehinggalah ada sekali pergi kenduri kahwin, mereka beri door gift adalah sagu yang dibungkus kecil-kecil. Oleh kerana aku bosan dalam kereta, maka aku buka lah sagu tu, aik sedap pulak sagu ni. Maka baru aku tahu ada 2 jenis perasa sagu medong ni. Satu yang plain dan satu yang perisa ikan bilis. Ya Allah sedap pulak sagu ni... habis lah semua door gift itu aku makan.

Cara makan sagu ada pelbagai, ada maka sahaja, ada buat cicah dengan buah terutama pisang dan durian dan ada yang masukkan dalam kuah kari atau apa-apa kuah bagi memekatkan. Sagu yang berperisa sedap makan sahaja atau buat cicah manakala yang kosong sedap masuk dalam kuah.

Bila sagu masuk kuah kari ikan..gambar ehsan FB sahabat Kak Dayang Rosita
Apabila tahu abi bawak balik sagu, bukan anak-anak sahaja gembira, mak nya sekali. Kali ini sagu diberikan oleh Abang Zali adalah sagu medong qisya perisa bilis.

Uzayr punya aku bagi yang plain or campur yang bilis dengan plain...baby tak sesuai makan yang berperisa sangat. Sagu medong plain pun dapat dari sahabat sibu, Kak Hanim.

Kakak Humaira dan kakak hana suka buat cicah dengan pisang.

Sagu medong qisya oleh sahabat kami juga. Nak order boleh hubungi nama dan dan nombor tertera

Uwais memang suka makan sagu begitu saja. Tak kira yang kosong atau berperisa.







Sabtu, Oktober 05, 2019

Adakala kita perlu pentingkan diri sendiri

Assalamualaikum dan selamat pagi, ini hari nak share suatu kisah yang mana pada aku si isteri sangat perlu bertindak mementingkan diri sendiri. Kisah ini telah lama aku dengar dan aku ambil pengajarannya.
Kisahnya macam ni, si suami adalah seorang pekerja di suatu tempat dan isteri adalah surirumah sepenuh masa. Dalam keluarga si suami, si suami menjadi orang utama yang dirujuk dan dicari jika mana-mana adik beradik mengalami masalah kewangan. Selain menjadi tempat penyelesai masalah kewangan adik beradik, suami juga merupakan tempat sang ibu meminta pelbagai barang kemahuan bukan keperluan. Adalah kurang beruntung lagi apabila si suami merupakan seorang yang lemah dalam pengurusan kewangan sehingga adakala terpaksa menggadai barang kemas isteri dan melakukan pinjaman untuk menampung perbelanjaan.


Ada suatu ketika, adik beradik mengalami masalah kewangan dan si suami diminta-minta untuk membantu. Malangnya si suami simpanan kecemasan langsung tiada. Si suami bertanya bantuan si isteri, apabila si isteri menidakkan untuk membantu maka pandangan serong keluarga mertua kepada si isteri bermula. Antara sebab kenapa isteri tak ingin membantu menggunakan simpanan kecemasan adalah:

  1. If anything happen to her husband atau mana-mana anak dia, mana di nak cari duit kalau simpanan kecemasan dia dah berikan untuk membantu ipar duai. Nak harap suami, suami sendiri tak punya simpanan biasa, jauh sekali simpanan kecemasan.
  2. andai suatu hari nanti dia memerlukan bantuan kewangan, adakah ipar duai sedia membantu?
  3. Simpanan kecemasan adalah penat lelah di sendiri yang mengorbankan keinginan dan melakukan kerja sambilan sambil jaga anak.
  4. ingat senang ke nak mintak balik wang hutang?
Baca juga:HIBAH



Apabila ini berlaku, si isteri kelihatan terlalu mementingkan diri sendiri. Nak dijadikan cerita lagi, si suami kemalangan dan tak dapat bekerja selama beberapa bulan. Si suami seorang yang tahu akan kepentingan insurans, tapi dia sekedar tahu tapi tidak mengambil tindakkan.  2bulan pertama suami masih bekerja dengan gaji separuh, tetapi untuk bulan-bulan seterusnya si suami diberi cuti tanpa gaji. Saat ini terasa sangat kekurangan sumber kewangan dan masalah yang menghimpit si isteri. Mereka sekeluarga dapat survive apabila simpanan kecemasan isteri digunakan. Ipar duai bukan datang membantu tapi datang meminta bantuan. Kenapa datang minta bantuan dekat suami lagi, sedangkan suami tengah tiada pendapatan, mereka sekeluarga pun makan cukup2 sahaja. Sebab pada pandangan keluarga mertua, keluarga mereka masih berduit sebab dapat bantuan zakat. Saat sang isteri minta bantuan untuk lunaskan bil hospital, semua senyap...mujur ada bantuan zakat katanya.




Pesanan kakak tersebut, simpanan kecemasan kena ada dan tak boleh diusik untuk membantu siapa-siapa yang tak melibatkan nyawa dan untuk memenuhi keinginan. Lagi lama simpanan kecemasan ada, lagi bagus. Biarlah orang pandang kita kedekut atau penting diri sendiri tapi kita buat untuk insan yang kita sayang. Harap isteri-isteri kat luar ambil iktibar dari kisah ini. 

Jumaat, Oktober 04, 2019

Kids vs Donut & Arissto earl tea...

Assalamualaikum, nampaknya minggu ini kakak humaira dan sumayyah cuti sekolah agama. Sekolah agama cuti sebab ada peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA).


Bila kakak-kakak cuti, maka mula lah bosan-bosan kata mereka. Hari itu kami main teka teki menggunakan aplikasi you tube di panasonic smart tv. Memang bising dan happening tak ingat. Ada satu hari kami mian pantun-pantun, alkisah kakak-kakak ada kerja sekolah kena berlatih pantun.


Bebalik kepada cerita donut. Aku ambil cutter shape untuk biskut raya bagi sorang satu. ada 5 kanak-kanak maka ada 5 cutter. Hana, uwai dan syazwan satu talam, manakala humaira dan sumayyah satu talam. Aku hanya minta mereka buat separuh adunan. Lagi separuh aku yang terapkan bentuk donut biasa dan donut ball. Mereka siap buat aku terus goreng dengan harapan waktu mereka makan aku dapat terap lagi separuh adunan. Tapi tak sempat siap, mereka turun ke dapur tanya ada lagi tak...huhuhuhuhuhu...


Nak resepi donut? Resepi donut sama macam resepi doh pau yang aku pernah buat. Dapatkan resepi dekat sini (RESEPI PAU CENDAWAN). Bezanya kali ini aku gandakan kuantiti kepada 2 kali ganda.

#Tips: nak donut lebih lembut setelah masak gunakan minyak zaitun.


Siap donut, aku buat arissto earl tea. maka happy yang amat lah anak-anak...bukan selalu aku rajin buat air manis untuk mereka ni...

Donut tanpa gula untuk mak yang ada kencing manis



Chef terjun untuk kek Marble dekat coffee party

Assalamualaikum...kisah sabtu lepas, konon pergi untuk coffee party untuk saja-saja berkenalan dengan ahli tean hantu kopi lah. Sekali sampai sana organizer tengah prepare barang nak buat kek marble untuk demo multi-cooker cuckoo M10 kalau tak silap aku lah. 


Anak-anak aku bila nampak orang nak buat kek, apa lagi seronok lah sangat terutama uwais. Kisah macam mana aku boleh jadi chef terjun adalah aku ditanya kenapa batang mixer tercabut setelah dipasang. Aku pun tengok dan bagitahu cara pasang yang betul. Soalan seterusnya pandai buat kek ke tak. Aku kata boleh lah sikit-sikit...tetiba dia buka apron dan terus pakaikan dekat aku. 




Bila nampak ummu pakai apron semua nak masuk dalam gambo. Maka terus jadi chef terjun lah. Chef terjun separuh jalan sahaja sebab aku tak pandai nak guna multi-cooker tersebut.  Lagi pun kami tak tunggu kek masak pun sebab dah janji dengan orang Kaodim untuk service aircond. Aircond bunyi bising. 


Masa tengah bancuh tu aku dengar lah penerangan pasal multi-cooker ni...antara yang aku suka adalah, masak kek tak perlu loyang dan tak perlu sapu minyak. 


Apa Yang Best Multi-cooker M10 Cuckoo

  1. AUTO STEAM RELEASE
  2. NON STICK SAFE COAT POT
  3. HYDROLIC SOFT LID OPENING
  4. WIDE LED SCREEN WITH VOICE
  5. AUTO STEAM CLEANING


Bergambar sebelum balik

Khamis, Oktober 03, 2019

Kenapa perlu Rekod perbelanjaan dapur

Assalmualaikum...mak-mak mesti selalu pergi pasarkan. Kadang-kadang kita pergi pasar boleh abis beratuskan. Perbelanjaan dapur sebenarnya boleh mencecah ribuan ringgit setiap bulan, lagi besar keluarga, lagi tinggi selera dan lagi ada sikap nak peti ais sentiasa penuh maka lagi besar budget yang perlu kita sediakan.

rekod setiap kali pergi pasar. 

Aku bukan kategori rajin nak buat rekod sebenarnya, tapi apabila keadaan macam ni dan mengurangkan bebelan Mr.Y sebab perbelanjaan tak ada perancangan, maka setiap kali ke pasar aku akan hantar semua detail apa aku beli. Kalau dekat sibu dulu 99% proses beli barangan rumah dan dapur dilakukan oleh Mr.Y. Setiap malam dia akan rekodkan perbelanjaan seharian. 


Apabila pindah ke KL, aku ambil alih buat pembelian barang basah. Ini kerana Mr.Y tak sempat nak buat. Cabaran melihat barang pasar, semua benda rasa nak beli. Lagi bertambah kalau bawa mak sekali. Mak jenis yang beli langsung tak ada plan. Kelebihan bila hantar rekod belanja dapur dekat whatsapp ni adalah, aku boleh tengok balik apa yang beli minggu sebelumnya. Contoh minggu lepas ko dah beli cili kering sekilo, minggu ni tak perlu lah... barang seperti cili kering, bawang putih, asam jawa dll tak perlulah beli setiap minggu, ada yang seminggu sekali ada yang sebulan sekali. Daging, sotong dan udang pun perlu gilir-gilir sebab ini kategori bahan basah mahal. nak udang murah ada, yang kecik lah, nak daging murah ada yang import lah...tapi yang kecik tak puas makan, yang import ramai tak makan.

Masa mula-mula aku pergi pasar dengan mak, kami habiskan wang hampir RM300 untuk barang basah sahaja. MR.Y masa tahu memang ditanya, itu beli makan untuk sebulan ke? aku tak boleh marah dia cakap dia tak tahu sebab dia memang semak harga barang. Sampai rumah dia check ada barang yang belum buka lagi, tapi beli baru jugak. Ini masa kami baru pindah duduk dengan mak. Lepas itu, Mr.Y suruh aku rekod semua barang yang ada dan banyak mana ada. Kenapa nak rekod sebab ada yang dah expired pun masih disimpan. Kalau beli baru, barang lama tak dipakai, pakai yang baru, maka yang lama akan expired dan membazir kena buang. Waktu ini memang silap aku lah tak tengok dulu apa yang ada, dan apa yang tak ada.

BACA JUGA:Urus Wang

Sekarang setiap kali sebelum pergi akan aku check apa yang perlu. hasilnya aku berjaya kurangkan perbelanjaan separuh. Separuh wang lagi boleh simpan untuk perbelanjaan minggu seterusnya. 


Rabu, Oktober 02, 2019

Terpilih dalam SEGMEN : REFRESH MY BLOGLIST

Assalamualaikum, tersenarai dalam bloglist rakan-rakan blogger adalah suatu yang amat gembira. Alhamdulillah yamanaimy terpilih sebagai salah satu blog yang akan menghiasi bloglist nieza



Terima kasih kakak penganjur yang comel

Pasangan Budget Friendly

Pasangan budget friendly adalah pasangan suami isteri yang boleh duduk sama sambil berbincang pasal kewangan semasa, sebelum dan akan datang. Perbincangan antara suami isteri penting untuk kelangsungan keharmonian keluarga.Selalunya pergaduhan akan berlaku jika keluarga mengalami masalah kewangan. Mangsa utama adalah anak-anak.

Kenapa penting untuk mendapatkan pasangan yang budget friendly? kerana
  • selalunya seorang yang melakukan budget perbelanjaan, dia tak akan berbelanja melebihi wang yang diperuntukkan.
  • Seorang yang membuat budget tidak akan terus membeli barang yang dia berkenan dihati apabila nampak sebaliknya akan membuat perkiraan berapa simpanan tambahan yang diperlukan untuk membeli barangan tersebut. 
  • untuk memenuhi keinginan bercuti kemana-mana dia akan buat survey sehabis mungkin untuk mendapatkan hotel penginapan yang murah dan berkualiti akhirnya tidak merosakkan keseronokkan bercuti.
  • terlalu sukar bagi seorang yang melakukan budget perbelanjaan dalam setiap hal untuk mengalami masalah kekurangan wang. Gaya hidup mungkin tak mewah, biasa-biasa sahaja tapi insyaallah tak akan pernah mengalami masalah kewangan kronik.

Apa ciri-ciri pasangan budget friendly dalam sebuah keluarga?
  1. Akan merekodkan perbelanjaan setiap kali melakukan pembelian.
  2. Menyemak barang keperluan sebelum melakukan pembelian, penting bagi mengelak membeli barang yang sama atau berganda tanpa faedah
  3. ada simpanan kecemasan
  4. tidak kisah barang branded (pakai yang bisa pun tak kisah asal kemas dan cantik)
  5. membuat anggaran perbelanjaan awal untuk permulaan persekolahan, raya, perkahwinan dan percutian.
Agak-agak korang adalah pasangan budget friendly tak?

Menang Giveaway Nak Menang "Safi Fair Beauty Berry Colleagen Drink"

Assalamualaikum, berita gembira petang isnin penghujung september. Tak sangka akan menang Giveaway Nak Menang "Safi Fair Beauty Berry Colleagen Drink"

Kita adalah senarai peserta ke 7.


Terima kasih penganjur iaitu Blog Pot Pet...Pot Pet Bonda

Isnin, September 30, 2019

Apa benda Kaodim tu?




Anda pernah nampak logo di atas? Ini lah logo Kaodim. First time aku dengar perkataan Kaodim ni hujung tahun lepas apabila Mr.Y panggil orang nak pasang aircond. Minggu lepas pulak Beberapa kali orang Kaodim datang buat service. Apa service yang dia buat aku cerita kemudian, tapi kali ini nak selidik sedikit apa benda Koadim tu?

Kaodim adalah salah satu platform perkhidmatan tempatan yang menghubungkan pengguna kepada penyedia perkhidmatan tempatan yang boleh dipercayai dan profesional, cepat dan mudah tanpa gangguan.

Macam mana nak minta perkhidmatan ini? Senang sahaja korang download apps KAODIM di Play Store atau klik sini ini untuk dapat Diskaun RM50 untuk pembayaran perkhidmatan pertama anda.

Perkhidmatan apa yang ada ni? tengok kat bawah ni ye..banyak juga perkhidmatan disediakan

• Perkhidmatan pembersihan rumah (House Cleaning Services)
• Perkhidmatan pembersihan pejabat (Office Cleaning Services)
• Perkhidmatan Penghawa dingin (Aircond Services)
• Perkhidmatan perpindahan (Moving Services)
• Perkhidmatan perpaipan (Plumbing Services)
• Pengubah suaian (Renovation Services)
• Electrical & Wiring Services


Kenapa Kami Pilih Kaodim?

Bagi jawapan ini ada beberapa sebab utama kenapa kami pilih menggunakan Aplikasi KAOdim untuk mendapatkan perkhidmatan yang kami perlukan. 

  • Jimat masa kami untuk mencari penyedia perkhidmatan sebab kami hanya perlu buka aplikasi Kaodim dan minta perkhidmatan yang kami perlukan. 
  • Mengurangkan pening kepala kami untuk mencari penyedia perkhidmatan dengan bertanya kesana kesini, orang itu orang ini. Bila kepala tak pening dan sakit, emosi sebab barang rosak sedikit terjaga, dapat layan anak-anak dengan happy.
  • Pembayaran boleh dilakukan secara online. Tak perlu keluar untuk ambil duit dekat ATM. Macam last week, tengah hari Mr.Y bagi tahu orang services aircond nak dtg services petang, mana aku nak ambil duit bayar? Duit dekat tangan tak cukup, mujur Mr.Y kata dia bayar online sahaja. 
  • Murah!! Kadang-kadang boleh dapat voucher dan deal dari Kaodim. Macam untuk perkhidmatan pertama kamu akan dapat diskaun RM50. Banyak RM50, boleh belanja makan lunch family tu.
Ini link referral code Mr.Y https://rewards.kaodim.com/?code=R523D8188C

Kita mencari yang murah dan berkualiti. itu sahaja untuk kali ini.

Isnin, September 23, 2019

The Dave Ramsey: Suami sahaja kerja, macam mana nak kawal kewangan?

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini nak share tips kawalan kewangan keluarga berdasarkan penerangan Mr.Y selepas melihat The Dave Ramsey Show. Beberapa minggu lepas, aku ada bagitahu yang Mr.Y sekarang tengah syiok menonton program The Dave Ramsey Show, maka kalau ada episod yang dia rasa sesuai untuk share dan kongsi dengan aku. Dia akan ceritalah, kenapa bini dia ni tak tengok sendiri? Sebab bini dia lagi suka dengar laki dia cerita.

Salah satu episod yang diceritakan adalah, Dave ramsey mendapat pemanggil dari seorang perempuan yang telah berkahwin dengan isu bagaimana nak kawal perbelanjaan dan apa perlu dia buat.


Wanita ini adalah seorang surirumah yang tak ada pendapatan langsung. Maknanya sumber pendapatan hanya dari en.suami. Suami bergaji 3000 dolar. Memiliki 3 anak, 2 dah bersekolah dan seorang masih bayi. Manakala bebanan hutang adalah 2 buah kereta, sebuah rumah yang didiami dan hutang belajar suami isteri. Setakat ini dia belum mampu membayar hutang belajar sebab masalah kewangan.

Solusi yang diberikan oleh Dave Ramsey adalah, jual satu kereta, maka dah kurang bebanan hutang setiap bulan dan perbelanjaan minyak dan service kereta. Itu kata Dave Ramsey, kata Mr.Y pula...jika awak ditempat wanita itu apa yang akan awak buat? Eh, dia ni...ok lah ini solusi dari surirumah berijazah bukan bidang kewangan.

Sebagai surirumah yang tak berpendapatan, isteri dan suami patut duduk bersama berbincang tentang keadaan kewangan semasa. Antara solusi yang utama, aku setuju dengan cadangan Dave Ramsey untuk 1.menjual satu kereta. Mungkin sebelum ini mereka merasa perlu dua kereta untuk kegunaan suami dan isteri yang berbeza. Selalu suami akan guna kenderaan untuk ke pejabat manakala isteri untuk ambil anak, pergi pasar dan lain-lain hal keperluan keluarga. Jika begitu keadaannya, isteri boleh menjadi driver buat suami selain driver buat anak-anak. 2.Kurangkan bebanan perbelanjaan kemahuan seperti langganan pakej tv atau majalah. 3.Tukar apa-apa perkhidmatan kepada yang lebik murah dan berbaloi, seperti perkhidmatan telco, internet, penapis air dan gas. Seterusnya 4.sediakan bekal makanan untuk suami dan anak. Percaya atau tidak perbelanjaan makan lunch suami sahaja boleh mencecah RM300 sebulan.


Ok, setakat itu sahaja perkongsian hari ini...Uzayr dah bangun maka kita layan anak pulak ye.