Isnin, September 16, 2019

Kenapa "work at Home Mom" memerlukan ruang kerja khusus?


Assalamualaikum dan selamat pagi. Dah tengok gambar diatas. Apa pendapat anda? Persoalan yang wujud hari ini adalah "Kenapa WAHM memerlukan ruang kerja khusus?"

Pendapat aku tentang gambar di atas adalah situasi normal bagi ibu yang bekerja dari rumah. Malahan aku sendiri pernah menyusukan bayi sambil siapkan design customer. Mudah masa itu kerana bayi belum pandai lagi, sekali dia dah masuk usia 4 bulan, tangan dah mula menggapai apa yang didepan, maka cabaran berganda. Pernah juga design yang telah siap terdelete akibat keaktifan bayi.


Kembali kepada persoalan kita diatas, "Kenapa WAHM memerlukan ruang kerja khusus?" WAHM memerlukan ruang kerja khusus adalah kerana cara ini dapat memberitahu diri kita dan ahli keluarga yang lain bahawa kita WAHM tidak main-main dengan apa yang kita usahakan. Apabila ada ruang kerja khusus anak-anak akan lebih berdisplin dimana kita akan memberitahu mereka bahawa mereka boleh masuk dan lihat di ruang tersebut tetapi tidak boleh menyentuh atau menyepahkan barang dalam ruang tersebut. Selain itu selalunya anak-anak dan suami akan faham secara langsung apabila kita ada di situ, kita memerlukan konsentrasi dan tak ingin diganggu. Apa yang paling penting adalah jika secara tak dirancang tetamu datang bertandang, kita pulak tengah sibuk menyiapkan tempahan, ruang tamu bersepah dengan barang kerja kita. Naik segan dan malu juga dengan tetamu kan. Kalau ada ruang kerja khusus, tetamu datang kita tutup sahaja pintu ruang kerja tersebut. Ruang tamu tak terganggu. KIta gembira terima tetamu dan tetamu tidak rasa bersalah datang salah waktu.  


Kenapa aku rasa ruang kerja khusus ini penting, ini kerana ku membesar dengan ibu yang bergelar WAHM. Arwah mak aku menambah pendapatan dengan menjahit. Selalu bangun pagi dia akan siapkan sarapan dan kerja rumah, sekitar jam 10pagi dia akan mula masuk bilik menjahit sehingga jam 12. Jam 12 sampai 2 dia akan masak tengah hari dan solat. Jam 2-5 dia akan masuk bilik menjahit. Kalau orang kata rumah tukang jahit mesti bersepah dengan benang dan kain perca, tapi situasi itu tak berlaku dirumah aku. Ruang menonton tv dan ruang tamu bersih dari benang dan kain perca. Kerana pengalaman hidup aku yang beginilah aku merasakan ruang kerja khusus itu penting bagi seorang ibu yang bekerja dari rumah.  Ibubapa kita mencorak cara pemikiran kita, maka tugas kita sekarang untuk mencorak pemikiran anak-anak. 


2 ulasan:

  1. Setuju sgt2. Sama la mak ain pun tukang jahit jugak. and ada tmpat kursus utk menjahit, takdak la nmpk berselerak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh, samalah kita anak tukang jahit...hehehe

      Padam

Sila komen yang baik-baik