Ya, Allah Ya Rahman Ya Rahim, KAU ampunilah dosaku yg telah ku perbuatkan, KAU limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas, KAU berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal, KAU kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, KAU peliharalah lidah ku dari kata-kata nista, KAU kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-MU, KAU berikanlah aku sifat kasih sesama insan.
Ya Allah sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arsh, berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya. Sekiranga suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatanya, sekiranya suamiku ini adalah bidadara untuk ku di jannah-Mu. Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya. Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu, peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaanya. Sekiranya suamiku ini jodoh yang di rahmati oleh-Mu, berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya.
Tetapi Ya Allah, sekiranya suamiku ini di takdirkan bukan untuk diriku seorang, kau tunjukkanlah aku ke jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dengan-Mu. Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu, limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, kurniakanlah aku kekuatan untuk memperbetulkan keadaanya. Sekiranya suamiku menyintai kesesatan, KAU pandulah aku untuk menarikdiri keluar dari terus terlena.
Ya Allah, KAU maha mengetahui apa yg terbaik untuk ku, KAU juga yg maha mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku. Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redai. Sekiranya aku lalai dalam tanggungjwbku sebagai isteri, kau hukumlah aku di dunia ttp bukan di akhirat-Mu.
Sekiranya aku engkar dan derhaka, berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat-Mu, Ya Allah, sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu, aku buta tanpa bimbingan-Mu, aku cacat tanpa hidayah-Mu, aku hina tanpa rahmat-Mu, ya Allah.
Kuatkanlah hati semangatku, tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu, jadikanlah aku isteri yang disenangi suami. Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu. Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu. Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu.
Ya Allah, Ya tuhanku…aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, isteri yang dikasihi, isteri yang solehah, isteri yang sentiasa di hati suamiku. Amin amin amin ya rabbal allamin…
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kebajikan hidup di dunia dan akhirat, dan selamatkan kami dari azab api neraka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen yang baik-baik