- Suami yang taat dalam mlaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
- Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
- Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
- Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
- Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
- Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
- Suami ysng penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan seuatu.
- Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
- Sentiasa memberikan kasih sayng, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
- Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
- Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
- Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperrti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
- Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
- Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
- Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
- Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
- Suami yang daapt menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
- Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
Jumaat, Mac 04, 2011
18 Ciri Suami Yang Soleh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen yang baik-baik