Assalamualaikum dan selamat pagi, sabtu lepas kami mencuri sedikit masa dalam kesibukan untuk melawat Taman Tasik titiwangsa. Sebelum cerita panjang kita tengok video dari Astro Awani dahulu pasal Taman yang kembali beroperasi ini.
Dah tengok apa yang menarik. Dekat sini aku share beberapa keping gambar yang sempat di snap dan diedit sepanjang ada di sana.
Kenapa suka sangat dengan budget planner ni? Sebab memang laki aku jenis rekod semua perbelanjaan dalam aplikasi money tracker dekat telefon. Bukan perbelanjaan dia sahaja, termasuk perbelanjaan aku. Walaupun dia pergi kursus, apa aku belanja kena laporkan, kerana apa? Kerana tidak mahu belanja yang sia-sia dan dan tirisan wang dimana-mana.
Sekarang kakak hana dan kakak humaira dah pandai baca. Rasanya dah sampai masa kena buat rancangan perbelanjaan dalam buku. Supaya senang mereka nampak kemana perbelanjaan keluarga. Kita bukan hidup dizaman di mana anak-anak diajar untuk belajar sekolah sahaja dan kewangan biar mak ayah sahaja risau. Kita hidup dizaman anak-anak perlu dididik dengan ilmu kewangan.
Pada aku buku ini amat detail sehingga disediakan satu bahagian belakang yang menunjukan Extra Expense setiap bulan. Manakala setiap bula kita boleh tentukan target berapa simpanan yang kita nak bagi tujuan tertentu. Pada aku target simpanan setiap bulan ini tak termasuk simpanan kecemasan.
Itu sahaja perkongsian aku kali ini. Harap kita semua dapat melakukan perancangan kewangan yang lebih baik dari sebelum ini. Ingat merancang kewangan bukan kedekut atau berkira tetapi kita hendak kehidupan yang lebih teratur dan terjamin.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Minggu pertama cuti sekolah hari itu kami buat projek kraf menggunakan kain felt. Kakak humaira macam biasa akan memilih barangan lain dari yang lain, dia nak buat kerongsang manakala Hana dan Sumayyah pulah nak buat Keychain. Nama pun semua budak perempuan, bentuk yang dipilih adalah love. kakak hana dan kakak Humaira telah berikan keychain dan kerongsang kepada Ummu Nor dan Cucah sempena birthday mereka.
Sebenarnya pek permulaan Kraftangan Felt ini adalah pemberian Mak Long Zu (Umi Sumayyah). Masa mula-mula dapat, gembira dan teruja lah sangat anak-anak ini. Tapi bila dah nak mula buat maka bermulalah
ummu macam mana nak buat bentuk? ummu macam mana nak potong? Acu macam mana nak Jahit? Acu pilih warna ini. Ummu nak butang ini.
Pek permulaan ini sesuai sangat untuk mereka yang berusia 6 tahun ke atas. Tetapi untuk permulaan, perlu ada orang lebih tua dan lebih pandai untuk ajar mereka guna dan buat. Walaupun 85% kerja menjahit aku buat tapi mereka dapat sedikit teknik menjahit pun dah kira ok sangat.
Selesai buat keycahin bentuk hati, aku ajak mereka buat keychain nama. hasil pertama buat nama Mr.Y, amat tak kemas dan tak puas hati. Maka aku buat nama kakak-kakak aku pulak menggunakan teknik lain. Hasil semua puas hati dan kata cantik.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Pernah dengar pasal The Parenthood tak? The Parenthood adalah Indoor Family Part yang terbesar dekat malaysia. Setakat ini The Parenthood ada di tiga lokasi iaitu Sunway Pyramid, My Town dan Sunway Putra Mall.
The Parenthood, Sunway Putra Mall
11/12/2019 adalah hari cuti bagi neger Selangor, oleh kerana Mr.Y tak ada sebab kerja luar maka aku minta kebenaran untuk bawa anak-anak jumpa Cucah. Bukan senang nak minta izin dari Mr.Y untuk bawa semua anak keluar sendirian. Alhamdulillah Mr.Y izinkan. Rancangan asal kami nak menonton wayang tetapi bila di fikir balik tak berbaloi kalau jumpa sekadar tengok wayang. Maka rancangan tukar nak makan-makan dan lepak-lepak. Aku memang teruja nak jumpa dan lepak-lepak ini sebab rasanya dah lama benar aku tak jejak kaki ke Sunway Putra Mall. Sunway putra Mall dulu dikenali sebagai The Mall. Selalu masa belajar dulu, kalau nak naik bas balik kampung malam, petang lagi aku dah menapak dekat situ. Ye lah The Mall ini lintas jalan je nak pergi Hentian Putra masa itu. Kira banyak kenangan lah kat situ.
Tapi tetiba Mak long budak-budak ini kata nak ikut juga, sebab Iyad dah bising nak jumpa Kakak Hana dan Uwais. Maka keluar lah idea nak bawak mereka semua masuk The ParentHood Playland. Bila dah macam itu, kita survey lah harga tiket The ParentHood. Hasil carian dan perbandingan harga antara beli atas talian atau di kaunter...kami memilih beli atas talian untuk anak-anak yang lebih 2 tahun kerana harga lebih murah.
Kaunter The ParentHood Playland-RM39 (2 tahun ke atas) & RM19.50 (2 Tahun kebawah) Traveloka-RM35.88 (1 tahun ke atas) Fave-RM35 (1 Tahun ke atas)
Manakala untuk Uzayr yang belum jejak usia 2 tahun aku beli di kaunter. Rugi banyak kalau beli dekat atas talian. Tiket ini adalah untuk satu hari punya main dan percuma untuk 1 orang dewasa (wajib masuk), manakala untuk tambahan dewasa dikenakan bayaran RM5. Selain itu wajib juga pakai stokin, maka bawa siap-siap dari rumah. Kalau beli kat sana kena bayar RM7 sepasang.
Sebelum masuk kami adalah beli sedikit roti dan air sebab anak-anak belum sarapan. Oleh kerana dekat dalam playland disediakan ruang untuk makan, kononya nak makanlah dahulu. Tapi bila nampak mainan, anak-anak semua jadi kenyang. Kami bagi budak-budak main dalam sejam sebelum keluar untuk pergi makan tengahhari. Masa makan tengah hari ummu nor ada join sekali. Pejabat dekat boleh datang join.Selesai makan, kami pun masuk balik dalam Playland. Di bawah aku share video anak-anak main hari itu.
Assalamualaikum. Sepanjang hidup aku, hanya sekali aku pernah naik kapal terbang dari lapangan terbang subang. Selalu aku akan naik dari KLIA2 dan kadang-kadang KLIA1. Sebelum ini aku rasa kalua kena naik kapal terbang dari Lapangan Terbang Subang suatu kesukaran kerana tiada pengankutan awam, kalua ada pun mahal dan keadaan trafik yang tak menentu.
Minggu lepas Mr.Y kena pergi kerja ke Langkawi dan tiket kapal terbang suruh naik di Lapangan Terbang Subang. Bila dia balik aku tanya macamana pergi Airport hari tu, senang ke tak? Naik grab terus ke air port katanya. Tapi dia kata balik naik Train Skypart Link. Aik...apa dia skypark link train pulak ini.
Skypark Link Train adalah keretapi yang menghubungkan Skypark Terminal Airport, bagi pengguna yang menggunakan laluan KLSentral - Subang Jaya - Terminal Skypark. Ianya lebih menjimatkan masa dan kewangan selain selesa dengan 30 trip perjalanan sehari. Masa yang diambil lebih kurang 60minit.
Mesti ada yang tertanya-tanya nak naik kat mana dan nak beli tiket dimana. Oleh kerana perkhidmatan ini dikendalikan oleh KTMB, maka laluan yang digunakan adalah laluan KTM komuter Pelabuhan Klang. Walau bagaimana pun trek laluan akan bercabang menuju ke Lapangan Terbang Subang selepas perhentian Subang Jaya. Dekat mana nak beli tiket? Mana lagi kalua bukan kaunter tiket KTM dekat Kl-Sentral.
Harga yang dikenakan murah, paling mahal pun RM11 untuk sehari dari KL Sentral.