Selasa, Februari 18, 2020

Pintasan Saloma

Pintasan Saloma atau Saloma bridge atau ada juga sebut Saloma Link. Apa yang pasti nama pada tiang jambatan ini adalah Pintasan Saloma. Sabtu, 8/2/2020, adik aku ajak aku teman dia ke KLCC untuk ambil baju dan nombor larian ' I Love Bukit Jalil'. Dari stesen Lrt Kampung Baru ke KLCC hanya perlu satu stesen, maka aku setuju lah. Tetiba adik aku tag aku dekat FB ajak lalu pintasan saloma. Tengok gambar cantic sangat waktu malam. Aku jujur bagitahu, aku tak tahu kat mana nak naik dan berapa lama perjalanan ke KLCC walaupun menurut peta google kata dalam 15minit.

Baca Juga:

Jangkitan Tonsil vs Klinik Halim, Kg.Baru


Maka adik aku pun tak jadilah tunggu aku dekat stesen Lrt KLCC sebaliknya menanti aku dekat Lrt Kampung Baru. Dari lrt kg.baru ke Pintasan Saloma dalam 5minit. Keluar dari stesen Lrt terus belok kiri dan jalanlah lebih kurang 3 ke 5 minit, maka anda akan Nampak tangga dan lift untuk naik ke jambatan saloma. Kalau naik tangga dalam 4 tingkat lah. Aku dengan adik aku pilih untuk naik tangga dengan alasan lift untuk orang tua dan anak kecil.Bila dah lama tak buat aktiviti panjat tangga..penat jugak naik tangga. Tapi puas hati sampai atas Nampak cantic je semua, (apahal duk auto koret je ni...semua aku tulis cantic jd cantic..lantak ko lah…). Apa lagi bergambar lah kita..


Baca Juga:

Kita semua diuji

Balik dari urusan di KLCC, aku tunjuk gambar dekat kakak Humaira, apa lagi terus di ajak Abi pergi jalan sana waktu malam. Tapi Abi tak layan..Esoknya, anak-anak sibuk ajak jalan.... maka Mr.Y ajak buat 10k langkah ke Pintasan Saloma. Video bawah bukti ok...


Maka itu saja perkongsian tempat viral baru di Kuala Lumpur yang terdapat di kampung baru dan berhampiran KLCC. Bila tengok gambar lain...malam memang lagi cantik.

Ahad, Februari 09, 2020

Berkufi bersama Hana & Uwais

Assalamualaikum...ada kala anak-anak akan tertanya, apa Ummu buat dengan telefon? Macam mana Ummu buat gambar? Kali ini kita ajak anak-anak join sama but...mereka pilih warna dan gambar mereka suka. Hasil seperti dibawah.

Kufi Allah Muhammad yang berjaya dibuat bersama Uwais & Hana menggunakan #pixelart


Hasil setelah di edit menggunakan #picsart 


Video proses menyiapkan karya seni mereka.

Tutorial: Kufi Allah dan photos edit menggunakan handphone

Assalamualaikum dan selamat pagi...lama sangat tak buat Kufi. Hari sempat buat tutorial menggunakan aplikasi #pixelart dan #picsart. Tonton video untuk lebih jelas.



Gambar yang berjaya dihasilkan


Kalau ada persoalan boleh tanya dekat bahagian komen.


Corono Virus vs The Flu

Assalamualaikum dan selamat tengah malam. Sekarang ramai risau pasal virus yang belum dikenalpasti yang dating dari negara China. Oleh kerana virus ini berasal dari kumpulan corona maka symptom yang ditunjukan adalah sama iaitu selsema, demam, batuk, sakit kepala dan mungkin lemah badan.

Simptom yang ditunjukkan adalah sama dengan apa yang dipaparkan dalam filem korea 2013 yang bertajuk "The Flu". Berikut adalah synopsis The Flu:

Brothers Ju Byung-woo dan Ju Byung-ki adalah penyeludup di Seoul yang mendapati bahawa pendatang tanpa izin telah mati dalam bekas penghantaran dari penyakit yang tidak diketahui. Mereka mengambil tunggal Monssai dan video telefon bimbit untuk menunjukkan bos mereka di Budang, tetapi Byung-woo menjadi sakit dan Monssai melarikan diri. Saudara-saudara pergi ke klinik di mana penularan itu disampaikan kepada orang lain yang menyebarkannya ke seluruh kota. 
Di Pusat Penangguhan di Budang, Dr. Kim In-hae ditegur kerana kehilangan data penting apabila keretanya jatuh ke bawah sebuah lombong pada hari sebelumnya. Begnya diambil dari aci oleh anggota Pasukan Kecemasan (ERT) Kang Ji-goo dan Bae Kyung-ub. Ji-goo menjawab telefonnya dan menyampaikan beg kepada anak perempuan In-hae Mi-reu.
Keadaan Byung-woo semakin teruk dan dia mula muntah darah yang hitam . Saudaranya membawa dia ke bilik kecemasan, di mana dia terisolasi dengan selesema yang tidak diketahui. Dipanggil untuk membantu, In-hae mendapati video telefon bimbit dan menegaskan bahawa syarat-syarat dalam kontena perkapalan membenarkan virus itu bermutasi . Byung-ki enggan menjawab soalan mengenai bekas itu. Byung-woo meninggal, dan Byung-ki memperlihatkan beberapa kakitangan hospital sambil bergelut untuk mendapatkan saudaranya.
Keesokan harinya, lebih banyak orang menunjukkan tanda-tanda jelas. Dengan bantuan dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC), kakitangan hospital mencari dan membakar bekas penghantaran. Walau bagaimanapun, tikus yang telah memakan mayat melarikan diri ke bandar. Kakitangan menentukan bahawa virus yang agresif adalah strain H5N1 yang bermutasi yang boleh membunuh dalam masa 36 jam, dan memanggil untuk mengkarantina kota.
Monssai menyelamatkan Mi-reu daripada dipukul oleh kereta. Dia kemudian mengelakkannya, menyedari bahawa dia menyebarkan penyakit itu. Mi-reu memanggil Ji-goo untuk membantu mencari lelaki yang sakit, tetapi mereka tidak berjaya. Khabar angin menyebarkan wabak dan orang mula panik. Ji-goo menyelamatkan seorang wanita yang jatuh dari eskalator, dan kehilangan pandangan Mi-reu.
Semasa meremehkan keperluan untuk kuarantin, pentadbir dan ahli politik dihadapkan dengan situasi bencana ketika orang runtuh di jalan, termasuk pemandu yang menyebabkan satu siri keganasan yang ganas. Hospital dan sistem komunikasi menjadi terharu, dan kuarantin dimulakan. Ahli politik dan kakitangan penyelidik berpindah ke Seoul dan menyampaikan ucapan ringkas kepada Perdana Menteri , yang membuat pengumuman awam yang memperburuk panik di Budang.
In-hae kekal di Budang dan menyertai Ji-goo untuk mencari Mi-reu. Mereka mendapati dia di sebuah pasar raya yang dijarah, dengan orang yang menunjukkan gejala ketika polis rusuhan cuba memasukkannya. Ketiga-tiga mereka berjaya keluar sebelum bidai keluli turun. In-hae membawa mereka ke Seoul, namun Ji-goo enggan meninggalkan tugasnya dan bekerja dengan Kyung-ub untuk membebaskan mereka yang terperangkap di kedai. In-hae dan Mi-reu mencapai helikopter terakhir untuk Seoul, tetapi Mi-reu menunjukkan gejala dan mereka dinafikan. 
Pada waktu malam, karantina Budang diperkuat oleh Angkatan Bersenjata Republik Korea , pasukan simpanan , Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan KCDC. Penduduk dipindahkan ke kem di luar stadium sukan . Mereka yang memaparkan gejala akan diasingkan lagi dalam zon kuarantin yang dijangkiti (IQZ) di bawah stadium untuk menerima rawatan perubatan, walaupun In-hae tahu mereka tidak menyembuhkan. Dia meleleh Mi-reu melalui peperiksaan untuk menyembunyikan penyakitnya dan memastikan topeng Mi-reu supaya dia tidak akan menjangkiti orang lain. Pada hari kedua, Monssai ditemui di zon pengasingan. Cadangan In-hae untuk menyuntik antibodinya secara langsung ke pesakit ditahan, tetapi dia diam-diam memulakan transfusi ke Mi-reu, yang keadaannya semakin memburuk. Kemudian, keadaan Mi-reu terdedah dan dia dihantar ke IQZ.
Terdapat kemusnahan di kem kerana gangguan komunikasi, keadaan hidup yang sukar, konfrontasi dengan pengawal yang memakai gasmask, tembakan sporadis bertujuan untuk menjaga burung daripada menyebarkan penyakit itu, dan khabar angin yang menjangkiti orang terbunuh. Tekanan dari Leo Snyder dari Organisasi Kesihatan Dunia dan ahli politik memaksa Presiden untuk memecahkan janji untuk membebaskan orang yang tidak terinfeksi setelah 48 jam, dan rusuhan keluar. Apabila seorang askar yang dijangkiti ditembak secara fat oleh seorang pegawai, gerombolan menjadi marah dan ribut IQZ. Mereka melihat Ji-roo menyelamatkan Mi-reu dari tumpukan mayat yang dibakar, dan percaya yang dijangkiti terbakar hidup-hidup. 
Baca Juga:Kita semua diuji
In-hae dan kakitangan perubatan melarikan diri, tetapi Byung-ki membunuh Monssai dalam serangan bunuh diri untuk membalas kematian saudaranya. Mi-reu mula pulih, dan Ji-roo membawanya ke lebuh raya untuk bertemu In-hae. Walau bagaimanapun, Gook-hwan, seorang lelaki yang dijangkiti yang telah mencetuskan kerusuhan, membawa kumpulan bersenjata ke arah lebuh raya. Belajar bahawa Mi-reu mempunyai antibodi, Gook-hwan menembak di Ji-roo, mengakibatkan pertempuran senjata mematikan antara massa dan tentera.
Ji-goo menyembunyikan Mi-reu, yang membuat pemulihan penuh. Gook-hwan cuba untuk memberikan dirinya transfusi darahnya, tetapi ditemui dan dibunuh dalam perjuangan dengan Kyung-ub. Mi-reu melarikan diri dan didorong ke hadapan orang ramai, yang menghadapi tentera di lebuh raya. In-hae ditembak semasa cuba menghalang Mi-reu daripada menyeberangi garis penahanan. Mi-reu melindungi ibunya dan merayu supaya mereka berhenti, maka kumpulan itu melindungi Mi-reu. Presiden memerintahkan tentera untuk menahan diri, dan memaksa Snyder untuk membatalkan mogok udara. Mi-reu dihantar ke Seoul untuk membuat vaksin sementara pasukan perubatan dihantar ke Budang. (Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Flu_(film))
Panjang dan jeles sangat synopsis wiki bagi. Aku masa memula nak terengkan kepada anak-anak tentang corona virus agak sukar...maka aku ajak mereka tonton filem ini, Alhamdulillah mereka sedikit faham.
Situasi di Wuhan, china beberapa minggu lepas.
Gambaran penyebaran wabak dalam cerita The Flu




Khamis, Februari 06, 2020

Corona Virus vs Sajat buat umrah

Assalamualaikum dan salam semua. Beberapa minggu kita di tularkan dengan perkembangan virus corona atau virus wuhan. Tetiba ketularan virus ini di media sosial jatuh akibat tularnya seorang individu yang dikatakan lelaki tapi mengaku diri adalah perempuan menunaikan umrah.

Nampaknya isu muhammad sajat menunaikan umrah lebih menarik perhatian netizen buat masa ini. Adakah kerana netizen telah bosan dengan isu virus corona atau netizen lebih berhati-hati dalam mengulas kenyataan berkaitan isu ini. Hakikat aku sendiri takut nak mengulas lebih pasal corona virus takut menyampaikan maklumat yang salah. Jangan main-main..sekarang boleh kena tangkap kalau sebar berita palsu berkaitan isu kesihatan.

Mana yang benar kita sampaikan, mana yang salah kita kita betulkan. Jadikan media sosial sebagai wadah kita merapatkan silatuhrahim dan menambah ilmu pengetahuan.

Rabu, Februari 05, 2020

Perjalanan Umrah Mr.Y dan bonda part 1

Tahun 2020 sangat bermakna buat Mr.Y kerana hasrat sekian lama nak bawa bonda menunaikan Umrah terlaksana. 

Mr.Y menunaikan umrah dengan pakej daripada Baheej Travel & Tour yang bernilai lebih kurang RM7k. Perjalanan bermula 23/1/2020 sehingga 3/2/2020.

Berikut adalah perkongsian gambar bahagian pertama....

Tujuan aku letak sini adalah untuk berkongsi dan menambah semangat kita yang belum sampai dan semangat bagi pergi lagi bagi yang dah pernah sampai.

Ahad, Februari 02, 2020

Selawat Tafrijiyah, bagus diamalkan

Beberapa hari lepas, adik aku kongsi video selawat tafrijiyah oleh UNIC. Maka aku dengar Bersama Uzayr...bagus juga lantunannya. Sebenarnya dekat you tube banyak saja, search sahaja.

apa faedah dan kelebihan amalkan selawat ini aku sendiri tak pasti. Mereka kata dapat mengeluarkan dari keadaan sukar.



Sabun cacing....

Assalamualaikum…. selalu aku dengar dan tahu adalah ubat cacing. Hari ini pertama kali dengar sabun cacing. apa yang terlintas dekat kepala aku adalah….bagaimana sabun yang dipakai diluar boleh merawat cacing yang berada dalam perut.

Sebenarnya penjualan sabun ini banyak je dekat shoppee...ok rasa nak cuba lah satu..mana tahu keluar cacing besar…

Ada yang pernah cuba ke?

Sabtu, Februari 01, 2020

Boboiboy Fussion vs Dragon Balls Fussion

Assalamualaikum dan selamat pagi. kalua sebelum ini aku ada ulas tentang persamaan babak antara Ejen Ali The Movie dengan Naruto Shipuden dengan tajuk Ali & Aliya vs Naruto & Kushina. Kali ini aku nak berikan persamaan Teknik Fussion antara Boboiboy dengan Dragon Balls.

Kedua-dua menggunakan Teknik gabungan dua individu yang berbeza. Apabila bergabung maka kuasa mereka bertambah.


Boboiboy
  • Boboiboy ice + Boboiboy Blaze = Boboiboy FrostFire
  • Boboiboy Quaje + Boboiboy Ice = Boboiboy Glacier
  • Boboiboy halilintar + Boboiboy Solar =Boboiboy Supra
Dragon Balls

Goten + Trunk = Gotrunks
Bezita + Goku = aku tak pasti.


Rabu, Januari 29, 2020

Kenapa penting untuk suami beri kad kredit atau kad bank kepada sang isteri terutama jika isteri adalah surirumah. (Ini hanya terguna pakai untuk isteri yang bukan kaki shoping merapu)

Kenapa penting untuk suami beri kad kredit atau kad debit kepada isteri. (Ini hanya terguna pakai untuk isteri yang bukan kaki shoping merapu).


Tidak kisah isteri itu bekerja atau tidak, suami tetap kena pastikan si isteri tidak menghadapi masalah dalam berbelanja keperluan. Ini kerana tanggungjawab suami memenuhi keperluan tersebut, andai isteri sudi membantu dari kewangan ia dikira bonus. Tapi yang aku nak cakap kali ini bukan belanja biasa-biasa tapi belanja saat kecemasan. Begini kisahnya….


Beberapa hari lepas, Uwais dan Uzayr kena muntah-muntah dan cirit. Untuk pengetahuan semua, buat masa sekarang Mr.Y sedang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Bersama bonda tercinta. Salah satu persediaan Mr.Y sebelum berangkat adalah menyediakan wang tunai untuk perbelanjaan harian. Maka apabila berlaku kecemasan seperti masalah kesihatan yang dihadapi oleh Uwais dan Uzayr, aku terpaksa guna kad kredit yang ditinggalkan. Sebenarnya telah lama Mr.Y tinggalkan kad kredit dalam bag duit aku, tapi sebab bini guna sekali sahaja untuk beli barang dapur dekat Aeon, itu pun waktu dia outstation seminggu. Selalu aku lebih suka guna cash atau kad debit sendiri. Pada aku kad kredit suami adalah untuk kecemasan.

Apabila anak-anak dah muntah-muntah, Uzayr dah tak ada mood sebab dah penat, aku tak ada masa nak fikir berapa cash aku ada dalam beg dan kat ATM mana aku nak keluarkan duit. Aku cuma tengok dalam dompat aku ada kad kredit suami aku ke tak. Selepas itu aku minta abang ipar hantarkan aku ke Hospital Pakar Al-islam kerana itu lah hospital paling dekat dan pada aku tak perlu menunggu lama. Oleh kerana dua-dua pernah dapat rawatan disana, maka urusan pendaftaran lebih mudah.

Hospital Pakar AL-Islam

Di hospital pun Uzayr muntah 2 kali muntah. Selesai jumpa, maka kita buat bayaran dahulu sebelum ambil ubat. Jumlah ubat untuk 2 pesakit adalah RM139.80. Maka kerja senang bagi sahaja kredit kad.

Selalunya perbelanjaan kecemasan adalah melibatkan kematian dan kesihatan. Perbelanjaan harian dan persekolahan atau pergi kenduri bukan dalam kategori kecemasan. Maka pada pendapat aku penting untuk si suami tinggalkan kad kredit atau kad debit bagi keperluan kecemasan saat suami tiada di sisi. Kalau confirm suami sentiasa ada disisi 24 jam. 7 hari seminggu dan 365 hari setahun...boleh lah tak nak bagi.