Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan

Khamis, Mac 05, 2020

Semoga bermanfaat

Buka blog, tetiba post Doa Munajat Seorang Isteri ni naik. Doa ini aku simpan dekat blog sebagai panduan dan peringatan untuk kemudian hari.

Kisahnya beberapa minggu sebelum nikah dulu, cik suruh baca satu kertas kajang...panjang giler karangan. Tulisan tangan. Terbayang tulisan tangan rumi dan jawi cik, cantik sangat.

Adakala bila kita rindu seseorang yang telah tiada, kita tidak tahu bagaimana untuk meluah dan terus berbakti, Allah tunjukkan jalan. Memang aku taip balik doa dan simpan dalam blog tapi rasanya kalau disebarkan dalam FB, twitter atau lain2 media sosial. Lebih ramai dapat manfaat. Semoga ilmu ini terus berkembang dan menjadi saham akhirat buat bonda.

Apabila ayah juga menghantar video bawah dekat whatsapp, aku tahu dia juga rindu kepada isterinya yang telah tiada.


Ahad, Februari 02, 2020

Selawat Tafrijiyah, bagus diamalkan

Beberapa hari lepas, adik aku kongsi video selawat tafrijiyah oleh UNIC. Maka aku dengar Bersama Uzayr...bagus juga lantunannya. Sebenarnya dekat you tube banyak saja, search sahaja.

apa faedah dan kelebihan amalkan selawat ini aku sendiri tak pasti. Mereka kata dapat mengeluarkan dari keadaan sukar.



Ahad, Januari 15, 2017

Kisah doa dan pengajaran

Assalamualaikum...

Beberapa hari lepas ada baca beberapa kisah pengalaman beberapa orang individu tentang doa. Pernah tak terfikir kenapa doa kita tak tertunai atau belum tertunai. Sebenarnya mungkin kita tak menampakkan kesungguhan dalam berdoa atau doa kita terlalu umum.

Kisah satu: Seorang wanita ingin sangat menunaikan umrah pada tahun tersebut. Maka dalam doa dia nyatakan secara jelas kepada Allah setiap kali lepas solat akan niat dan keinginan nya, walaupun pada saat dan ketika itu dia tidak memiliki wang yang cukup. Allah dengar doa dan keinginan wanita ini tetapi Allah tidak terus memberi. Sebaliknya Allah buka jalan untuk wanita ini lebih banyak bersedekah. Ingatlah setiap 1 kita keluarkan Allah gandakan 10. Alhamdulillah hajat dan impian wanita ini terlaksana. Dapat lah dia dan suami pergi umrah pada tahun tersebut.

Pengajaran: Jangan kedekut untuk bersedekah walaupun tak berwang. Sedekah menggunakan tenaga dan buah fikiran juga salah satu caranya.

Kisah dua: Sepasang suami isteri sangat berhajat untuk membawa ayah mereka menunaikan haji. Si isteri dengan penuh yakin bahawa mereka akan dapat nunaikan haji pada tahun tersebut. Manakala si suami 50-50, ye lah kuota haji bukan banyak, tambahan mereka baru mendaftar haji. Walaupun begitu si isteri tetap yakin dengan doa yang dilafazkan setiap kali lepas solat, dia tetap terus menuntut ilmu haji bersungguh-sungguh dan berusaha mengumpul wang untuk menunaikan haji. Allah maha berkuasa, permohonan mereka untuk menemani ayah yang telah uzur menunaikan haji tercapai. Maka dapatlah suami isteri menunaikan haji pada usia masih muda.

Pengajaran: Yakin terhadap apa doa yang dilafazkan.

Kisah tiga: Apabila berhutang wajib bayar. Seorang insan yang telah meminjam wang dari kenalan dan rasa amat terbeban apabila menanggung hutang dengan individu telah berdoa kepada Allah dengan penuh spesifik. Allah berikan dia jalan untuk melangsai hutang dengan cepat.

Pengajaran: Nyatakan dengan jelas bila dan bagaimana kamu ingin sesuatu dalam doa.