Memaparkan catatan dengan label boboiboy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label boboiboy. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 01, 2020

Boboiboy Fussion vs Dragon Balls Fussion

Assalamualaikum dan selamat pagi. kalua sebelum ini aku ada ulas tentang persamaan babak antara Ejen Ali The Movie dengan Naruto Shipuden dengan tajuk Ali & Aliya vs Naruto & Kushina. Kali ini aku nak berikan persamaan Teknik Fussion antara Boboiboy dengan Dragon Balls.

Kedua-dua menggunakan Teknik gabungan dua individu yang berbeza. Apabila bergabung maka kuasa mereka bertambah.


Boboiboy
  • Boboiboy ice + Boboiboy Blaze = Boboiboy FrostFire
  • Boboiboy Quaje + Boboiboy Ice = Boboiboy Glacier
  • Boboiboy halilintar + Boboiboy Solar =Boboiboy Supra
Dragon Balls

Goten + Trunk = Gotrunks
Bezita + Goku = aku tak pasti.


Isnin, Ogos 15, 2016

Nasib baik belum terminate insurans....

Assalmualaikum dan selamat pagi. Sudah lama rasa ingin berkongsi cerita ini. Alhamdulillah subuh kali ini berkesempatan untuk tunaikan hasrat hati. Ini adalah kisah benar dan banyak iktibar serta pengajaran.

Pada awal  tahun 2016 (rasanya dalam bulan dua) cikgu z mengambil polisi insurans takaful ikhlas dari Mr.Y. Menjelang bulan mei, cikgu z berhajat untuk terminate polisi insurans yang diambil oleh kerana masalah yang tak dapat diceritakan disini. Pertengahan bulan mei, cikgu z merasa sakit perut dan hanya mengandaikan bahawa beliau hanya terkena gastrik. Maka ubat gastrik diambil, tetapi kesakitan tidak hilang sehingga berhari-hari. Setelah hampir seminggu, baru cikgu z dapat keluar kebandar sibu dan terus menuju ke hospital rejang untuk dapatkan rawatan. Sampai disana beliau terus dilakukan pemeriksaan dan hasilnya kena masuk wad. Hasil pemeriksaan doktor cikgu z bukan sakit perut akibat gastrik tetapi akibat ulser perut. Cuba bayanngkan, jika terkena ulser dimulut kita dah merasa sakit, apatah lagi jika ulser diperut. Setelah 5 hari 4 malam berada dihospital, cikgu z dibenarkan pulang dan mengambil keputusan untuk balik ke kl dan berehat disana. Ye lah disana lebih mudah kerana ada ibu ayah dah sanak saudara. Nak dijadikan kisah sampai di KL, sakit perut cikgu z kembali lagi, kali ini cikgu z dimasukkan ke hospital pantai dan berada di sana selama lebih kurang 3malam 4hari. Alhamdulillah cikgu z belum sempat terminate polisi insurans, maka segala perbelanjaan hospital dibayar berdasarkan polisi insurannya.

Agak-agak anda berapa kos perubatan yang perlu cikgu zda tanggung jika tidak memiliki polisi insuran? Kos perbelanjaan perubatan yang perlu dibayar adalah RM bebelas ribu. Besarkan perbelanjaan perubatan zaman kini.

Selepas peristiwa itu, cikgu z tdak berhajat sudah untuk terminate polisi insuran yang diambil. Malahan dia promote lagi dekat kawan-kawan yang belum mengambil insuran, malahan yang dah ambil pun di promote. Kerana agen insurans ini bagus....





Isnin, Oktober 31, 2011

Minggu ke-19


Alhamdulillah…kini ia telah hamper memasuki usia 19 minggu…kira dah dipertengah jalan lah…Ini yang berlaku pada diri ini:
Bahagian atas uterus anda sudah mencecah pusat & uterus akan membesar lebih kurang satu sentimeter per minggu. Ukuran fetus sekitar 6 inci / 15 sentimeter panjang dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 9 auns / 240 gram. 

Fetus sudah mula menelan cecair amnion dan ginjalnya terus mengeluarkan kencing. Patut aku kencing banyak sekarang. Tengah malam pun rasa nak buang air lagi. Rambut atas kepala sudah mula tumbuh. Perkembangan deria memuncak pada minggu ini. Sel-sel saraf yang bekerja untuk setiap deria - rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh - sedang berkembang di ruang-ruang khusus di dalam otak. Penghasilan sel-sel saraf menjadi lebih perlahan apabila sel-sel saraf yang sedia ada menjadi besar dan membuat hubungan-hubungan yang lebih kompleks. Jika kandunganitu perempuan, dia sudahpun memiliki sekitar enam juta telur dalam ovari. Menjelang kelahiran, dia akan memiliki satu juta. Setakat hari ini masih belum tahu jantina fetus, malas nak scan…kira kejutan lah nant..Baru best...So barang-barang baby kita beli yang perempuan & lelaki boleh pakai.

Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. Dah mula sejak minggu lepas, kadang-kadang wat tak tahu jer. Mula-mula x perasan dia gerak, tapi lama-lama rasa macam orang geletek dari dalam.. Sepuluh minggu ke hadapan ini merupakan masa paling sibuk dan aktif bagi bayi anda, tetapi ini akan berkurangan apabila rahim menjadi terlalu sempit.  Patut lah rasa makin kerap dia bergerak…

Maklumat di copy n paste dr blog lain yer…


Jumaat, Jun 10, 2011

BoBoiBoy



BoBoiBoy...tadi pagi aku tgk kat tv3 ada tayangan BoBoiBoy...selalu ada dekat2 nak magrib ari ahad kan..so selalu x leh tgk lah kan... Sebut pasal boboiboy nie ingat satu kisah time jejalan ke kota kinabalu. Time jalan-jalan kat KK jumpa lah sedara belah suami, kita panggil dia mak nor..mak nor ada anak yang berumur 4tahun. So budak nie tanya lah mak nor, mak dia nak panggil apa kat suami hamba nie. mak nor jawab panggil 'abg boy'. Budak ini datang kat si suami dan panggil ' abg boboiboy'. hahaha...mcm mana dia boleh tukar nama en.suami kepada boboiboy. semenjak hari itu en.suami tak akan lepaskan peluang yang ada untuk tengok ceta boboiboy. hahaha...so sapa2 yang rasa nak download gak ceta nie boleh lah ikut link kat sini : juzt2u...

Nie lak OST BoBoiBoy



Naimy Art