Memaparkan catatan dengan label kufi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kufi. Papar semua catatan

Selasa, Jun 09, 2020

Pemenang Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy

Assalamualaikum, anda dah sedia untuk tahu siapa pemenang segmen raya aidilfitri 2020 oleh ymanaimy? Aku dah janji nak umum nama pemenang pada hari terakhir PKPB dilaksanakan kerana ia turut jatuh hari lahir aku yang ke XX.


Pemilihan pemenang aku buat secara manual. Asalnya ingat nak guna Random.org tapi macam kurang menarik. Maka decide buat video dan edit lah sedikit...Jom tonton siapa yang menang di





 Berikut adalah senarai Pemenang RM10 (yang bewarna pink) dan Pemenang Bertuah (yang berwarna biru)

Kepada para pemenang, sudilah kiranya anda emailkan kepada naimyamani@gmail.com maklumat berikut

Nama Penuh:
No.Akaun Bank:
Nama Bank:

Manakala bagi pemenang bertuah, sertakan sekali nama dalam ejaan jawi untuk saya buat design khat kufinya.

Sekali lagi aku ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang join segmen kali ini. Segala kekurangan seperti link tak berfungsi, aku minta maaf sangat-sangat. 


Ahad, Februari 09, 2020

Berkufi bersama Hana & Uwais

Assalamualaikum...ada kala anak-anak akan tertanya, apa Ummu buat dengan telefon? Macam mana Ummu buat gambar? Kali ini kita ajak anak-anak join sama but...mereka pilih warna dan gambar mereka suka. Hasil seperti dibawah.

Kufi Allah Muhammad yang berjaya dibuat bersama Uwais & Hana menggunakan #pixelart


Hasil setelah di edit menggunakan #picsart 


Video proses menyiapkan karya seni mereka.

Tutorial: Kufi Allah dan photos edit menggunakan handphone

Assalamualaikum dan selamat pagi...lama sangat tak buat Kufi. Hari sempat buat tutorial menggunakan aplikasi #pixelart dan #picsart. Tonton video untuk lebih jelas.



Gambar yang berjaya dihasilkan


Kalau ada persoalan boleh tanya dekat bahagian komen.


Isnin, Februari 25, 2019

Kufi @magic Mug

Assalamualaikum, dah lama sebenarnya tak buat kufi dekat magic mug.  Dulu kita join designer program dekat printcious, dapat lah royalti sikitkan...tapi nampaknya dah tak ada program tu. Walau macam mana, kita tetap pilih printcious untuk hasilkan order customer sbb harga yang murah dan dan kualiti yang tip top.

Ok berbalik kepada kufi @ magic mug ni, kita tanya customer, nak letak gamba tak? Dia kata tak nak lah. Ok .kita bbuat draf tanpa gamba, design kufi kita ambil RM25 je.

Ini draf

Bila barang sampai customer truja sgt sbb terkejut bila masuk air dia keluar gambar, bila basuh jadi hitam balik. Magic kan.

Kita screenshot whatsapp customer sikit

Ada peminat kufi dan mdan magic mug ke?