Rabu, Februari 05, 2020

Perjalanan Umrah Mr.Y dan bonda part 1

Tahun 2020 sangat bermakna buat Mr.Y kerana hasrat sekian lama nak bawa bonda menunaikan Umrah terlaksana. 

Mr.Y menunaikan umrah dengan pakej daripada Baheej Travel & Tour yang bernilai lebih kurang RM7k. Perjalanan bermula 23/1/2020 sehingga 3/2/2020.

Berikut adalah perkongsian gambar bahagian pertama....

Tujuan aku letak sini adalah untuk berkongsi dan menambah semangat kita yang belum sampai dan semangat bagi pergi lagi bagi yang dah pernah sampai.

Ahad, Februari 02, 2020

Selawat Tafrijiyah, bagus diamalkan

Beberapa hari lepas, adik aku kongsi video selawat tafrijiyah oleh UNIC. Maka aku dengar Bersama Uzayr...bagus juga lantunannya. Sebenarnya dekat you tube banyak saja, search sahaja.

apa faedah dan kelebihan amalkan selawat ini aku sendiri tak pasti. Mereka kata dapat mengeluarkan dari keadaan sukar.



Sabun cacing....

Assalamualaikum…. selalu aku dengar dan tahu adalah ubat cacing. Hari ini pertama kali dengar sabun cacing. apa yang terlintas dekat kepala aku adalah….bagaimana sabun yang dipakai diluar boleh merawat cacing yang berada dalam perut.

Sebenarnya penjualan sabun ini banyak je dekat shoppee...ok rasa nak cuba lah satu..mana tahu keluar cacing besar…

Ada yang pernah cuba ke?

Sabtu, Februari 01, 2020

Boboiboy Fussion vs Dragon Balls Fussion

Assalamualaikum dan selamat pagi. kalua sebelum ini aku ada ulas tentang persamaan babak antara Ejen Ali The Movie dengan Naruto Shipuden dengan tajuk Ali & Aliya vs Naruto & Kushina. Kali ini aku nak berikan persamaan Teknik Fussion antara Boboiboy dengan Dragon Balls.

Kedua-dua menggunakan Teknik gabungan dua individu yang berbeza. Apabila bergabung maka kuasa mereka bertambah.


Boboiboy
  • Boboiboy ice + Boboiboy Blaze = Boboiboy FrostFire
  • Boboiboy Quaje + Boboiboy Ice = Boboiboy Glacier
  • Boboiboy halilintar + Boboiboy Solar =Boboiboy Supra
Dragon Balls

Goten + Trunk = Gotrunks
Bezita + Goku = aku tak pasti.


Rabu, Januari 29, 2020

Kenapa penting untuk suami beri kad kredit atau kad bank kepada sang isteri terutama jika isteri adalah surirumah. (Ini hanya terguna pakai untuk isteri yang bukan kaki shoping merapu)

Kenapa penting untuk suami beri kad kredit atau kad debit kepada isteri. (Ini hanya terguna pakai untuk isteri yang bukan kaki shoping merapu).


Tidak kisah isteri itu bekerja atau tidak, suami tetap kena pastikan si isteri tidak menghadapi masalah dalam berbelanja keperluan. Ini kerana tanggungjawab suami memenuhi keperluan tersebut, andai isteri sudi membantu dari kewangan ia dikira bonus. Tapi yang aku nak cakap kali ini bukan belanja biasa-biasa tapi belanja saat kecemasan. Begini kisahnya….


Beberapa hari lepas, Uwais dan Uzayr kena muntah-muntah dan cirit. Untuk pengetahuan semua, buat masa sekarang Mr.Y sedang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Bersama bonda tercinta. Salah satu persediaan Mr.Y sebelum berangkat adalah menyediakan wang tunai untuk perbelanjaan harian. Maka apabila berlaku kecemasan seperti masalah kesihatan yang dihadapi oleh Uwais dan Uzayr, aku terpaksa guna kad kredit yang ditinggalkan. Sebenarnya telah lama Mr.Y tinggalkan kad kredit dalam bag duit aku, tapi sebab bini guna sekali sahaja untuk beli barang dapur dekat Aeon, itu pun waktu dia outstation seminggu. Selalu aku lebih suka guna cash atau kad debit sendiri. Pada aku kad kredit suami adalah untuk kecemasan.

Apabila anak-anak dah muntah-muntah, Uzayr dah tak ada mood sebab dah penat, aku tak ada masa nak fikir berapa cash aku ada dalam beg dan kat ATM mana aku nak keluarkan duit. Aku cuma tengok dalam dompat aku ada kad kredit suami aku ke tak. Selepas itu aku minta abang ipar hantarkan aku ke Hospital Pakar Al-islam kerana itu lah hospital paling dekat dan pada aku tak perlu menunggu lama. Oleh kerana dua-dua pernah dapat rawatan disana, maka urusan pendaftaran lebih mudah.

Hospital Pakar AL-Islam

Di hospital pun Uzayr muntah 2 kali muntah. Selesai jumpa, maka kita buat bayaran dahulu sebelum ambil ubat. Jumlah ubat untuk 2 pesakit adalah RM139.80. Maka kerja senang bagi sahaja kredit kad.

Selalunya perbelanjaan kecemasan adalah melibatkan kematian dan kesihatan. Perbelanjaan harian dan persekolahan atau pergi kenduri bukan dalam kategori kecemasan. Maka pada pendapat aku penting untuk si suami tinggalkan kad kredit atau kad debit bagi keperluan kecemasan saat suami tiada di sisi. Kalau confirm suami sentiasa ada disisi 24 jam. 7 hari seminggu dan 365 hari setahun...boleh lah tak nak bagi.


Cuaca panas, ruam menyerang...penyelesaian adalah Ezerra

Assalamulaikum dan selamat pagi… Beberapa minggu lepas uzayr dan uwais kena ruam panas. Kebetulan waktu itu juga aku dapat kiriman pos barang Ezerra. Ada mandian dan krim. Kira dapat terus pakailah…

Hasil dari pemakaian 2 kali iaitu malam dan pagi...tengah hari cuaca panas terik dan berpeluh...mereka berpeluh tapi ruam tak menjadi makin teruk...ruam masih merah tapi uwais kata tak gatal. Kalau tak sehari sebelumnya dia garu hingga darah. Uzayr pun dapat tidur petang dengan tenang.


Maka siapa yang anak-anak ada masalah ruam atau kulit sensitive boleh guna produk Ezerra ini.

Ahad, Januari 26, 2020

Airbone disease vs mask

Assalamualaikum, semalam seorang sahabat yang sama belajar di UKM, up status berikut.


Aku copy paste balik status dia sebab aku rasa info dia bagi ni berguna untuk kita tahu beza antara mask.

Dua hari ni hphone tak berhenti ringing n msj.banyak dealer mencari mask n95 sebagai persiapan n precaution terhadap coronavirus. Bahang influenza belum reda, kita dikejutkan dengan coronavirus yang dikatakan berasal dari Wuhan, China.

Kami memang dah kehabisan stok model 3M 8210. Yang tinggal sedikit saja model 9010.Dua - dua N95.means protection 95%. Kalau nak protection 100%, grade N100 tapi harga jauh lebih mahal. Untuk make sure protection tu, kene pakai respirator/ mask dengan betul.pastikan tiada bukaan udara.

Sedikit info, airborne disease / penyakit bawaan udara berjangkit melalui udara.Virus perlukan pembawa untuk masuk dalam badan kita melalui sistem pernafasan.Jadi, sekiranya kita pakai mask yang sesuai, virus tersebut akan terperangkap di luar mask kerana pembawa seperti debu, titisan, habuk bersaiz lebih besar.

Tak perlu respirator with cartridge ( yg tu sesuai untuk chemical), tak boleh pakai mask 3 ply ( yg ni tak boleh protect kita dari dedahan udara berisiko). Yg bekerja di tempat berisiko seperti hospital, klinik, yang banyak terdedah atau handle pesakit airborne disease perlu pakai PAPR ( Powered Air Purifying Respirator).Pakai jugak coverall yg sesuai.contohnya brand Microgard

Banyakkan minum air kosong, basuh tangan, kurangkan aktiviti di tempat awam, banyak makan buah untuk booster imun.
#SupplyOfPPE
#Authorised3MDistributor

Virus wuhan @ coronovirus- story by a Chinese student

Rencana berikut disebarkan melalui whatsapp.

**********************************************
“A CHINESE STUDENT FROM WUHAN BEGAN POSTING ON GODLIKE PRODUCTIONS ABOUT 3 HRS AGO! WHAT HE HAD TO SAY WAS EXTREMELY WORRISOME. I BELIEVE THAT HE HAS BEEN TELLING THE TRUTH.”

01/22/2020 03:21 PM

I am Chinese from Wuhan, no one can leave the city or enter the city, total cases here is 170 dead, over 5000 infected
We cannot leave the city anymore, we cannot allow others to enter the city, the army is guarding all exit-entry point. All forms of mass transit have been lockdowned, including the airport, they will let us all die here

I'm seen soldiers in full hazmat suits here in Hanyang, from my second floor appartment window, they are spraying something fluid on the streets via large trucks using water cannons

USING VPN, here it is not allowed to talk-criticize about the virus, jail sentence is sure if one does

Fang Zhong, within the institute people are very very alarmed of what will happen to us

I know personaly that at least two IOPCAS scientists have been put under house arrest, the virus is not what the WEST thinks, it is much more dangerous because it mutates from person to person, at first slightly, but could re-emmerge under total different form within weeks

Our collegues counted over 5000 cases within the city center as of yesterday 1pm

They will never let us leave the city, because the virus will spread within exponentially, doubling every two days, this is extremelly contagious, the virus stays in the air for 24 to 48 hours

People will panick, the sun rises very soon, most are unaware that the city is on total lockdown

In Baofeng sector alone, our collegues counted 1400 cases, many people have dissapeared, their loved ones searching for them in hospitals

I go to Central China University, I am from Changsha

Do you have somewhere stocked with supplies where you can shelter in place for a few weeks (or months) where you can wait it out? Is your family trapped in the city with you?
 Quoting: Anonymous Coward 77547432
No, in China it is not possible, cameras see everything, we would be labelled as enemies and traitors, we must stay put and wait from Central Party orders

There is panic and choas in all are Wuhan hospitals, people are dissapearing with no trace and no bodies are found

Stay safe.What is the origin of this virus? I heard it originated from local food market.Probably some kind of animal was source
 Quoting: Anonymous Coward 78370173
They say here Guinea pigs

All my family is outside the city, so they will be ok, they live in rural area, we fear about the water, we are wondering if the water gets infected, what do we do?

No more N95 mask can be found since last Sunday, not one left in the city

When people wake up, the entire city will want to leave, it's going to be crazy, most people here are sleeping and don't know they can't exit the city

I see people leaving, in my apprtment block light are starting to blink, people are waking up and hearing the news, my neighbour is leaving, they say the roads are still free to get out of Wuhan, I don't know, but there will be huge traffic jams

The last planes are landing at the airport and the people don't know they won't be able to leave

Thank you, yes I'm staying put, the University will be closed I think

Convoy of large army trucks here in Yuanbaoshan area in Wuhan

That was nothing, he needed help with electric wires, no more power.
It is confirmed, army is securing road blocks at all entry exit points in Wuhan, they say it is a massive operation

There are many people living here who are very poor, with bad health, supplies won't be coming in anymore, or very little

Our running water system is very weak, if the workers cannot get transportion to the plant, it will shut down (I got the answer to the question earlier)

I am leaving with a small cart my neighbour gave me for helping him, going to buy as much food and drinking water as possible, my supermarket opens in 20 min

*https://www.godlikeproductions.com/forum1/message4244515/pg1

👁https://www.google.com/amp/s/bingepost.com/a-mysterious-virus-in-china-is-a-reminder-that-the-world-isnt-ready-for-a-pandemic-bill-gates-says-we-should-prepare-for-a-deadly-outbreak-as-we-do-for-war/6627/amp/. 👁

Jumaat, Januari 24, 2020

Ali & Aliya vs Naruto & Kushina

Rasanya dah hampir sebulan berlalu sejak Ejen Ali The Movie ditayangkan. Kali ini aku nak buat perbandingan persamaan antara plot pertemuan Ali dan Aliya iaitu mama si Ali dengan pertemuan antara Naruto dan Kushina iaitu ibu si Naruto ini.

Ejen Ali & Aleeya

Kenapa selama ini jika masuk kepada fasa Override mode, Ali tak akan sedar apa yang berlaku. Ini kerana fasa override mode adalah satu system yang dibuat oleh Aliya bagi memastikan keselamatan Ali. System ini menggunakan data-data Aliya yang disimpan. Jika Ali berada dalam situasi bahaya maka Override mode akan teraktif dan Ali tidak akan sedar apa yang berlaku. Dalam filem Ejen Ali The Movie terdapat moment pertemuan antara Ali dan mama dia. Masa ini baru dia tahu yang buat Iris adalah mak dia. Perasaan anak yang rindu pada mak tak dapat nak bendung lah dalam cerita ini sampai anak-anak pun turut sama sedih bila menonton. Masa ini Ali berhajat untuk mengawal Override mode....baca teks kat atas photo ye...

"KALAU ALI KAWAL OVERRIDE, DATA MAMA AKAN HILANG."

Kira ini adalah pertemuan pertama dan terakhir setelah sekian lama.


Naruto & Kushina

Pertemuan antara Naruto dan mak dia dapat ditonton antara episode 246-250. Malam ahad kami semua layan Naruto episod tersebut lah. Mr.Y tanya kena tetiba tengok balik Naruto kat sini? Jawapan aku saja nak tengok balik. Hakikat aku pun tak berapa nak ingat apa berlaku episod tersebut. Kami laki bini memang peminat anime terutama dari zaman bujang lagi. Bezanya aku lebih suka tengok anime, langsung tak suka baca manga manakala Mr.Y dia suka buat dua-dua...baca manga dan layan anime. Even kisah anak Naruto pun dia layan Baruto. Aku tak sempat nak layan Baruto. Berbalik kepada kisah Naruto jumpa mak dia tadi. Seperti yang diketahui umum, badan Naruto digunakan sebagai vasel atau penjara bagi kyubi iaitu serigala ekor Sembilan. Orang yang simpan kyubi dalam badan Naruto tak lain tak bukan adalah mak bapak dia sendiri. Mereka memenjarakan kyubi menggunakan separuh chakra ayah Naruto, Minato dan separuh chakra mak Naruto, Kushina.

Apabila Naruto melepaskan separuh lagi chakra yang mengunci kyubi maka akan hilanglah kewudujan Kushina dalam diri Naruto.



Persamaan antara Ejen Ali bertemu Aliya dan Naruto bertemu Kushina adalah, kedua-duanya bertemu dengan ibu masing-masing dalam keadaan pertarungan dan bahaya. Maka si ibu datang menenangkan keadaan. Datang memberi semangat dan melepaskan rindu seorang anak.

Apabila sebuah cerita melibatkan perasaan kasih dan saying antara anak dan ibu..maka akan menusuk ke hati penonton.

Sabtu, Januari 18, 2020

Berjaya dapat 3 biji daripada 100 biji burger percuma dari Burger King

Assalamualaikum...pagi ini dikejutkan dengan kejutan oleh Mr.Y dengan burger percuma dari burger King. Tengok banner kat bawah ye...


Restoran Burger King yang terdekat dengan kami adalah yang ada disebelah Semua House. Pertama kali juga Mr.Y booking kereta menggunakan perkhidmatan Maxim. Ini macam Grab Car lah, tapi service ini baru lagi di Malaysia. Apa yang penting harga yang dikenakan adalah lebih murah berbanding yang lain.

Baca juga: 

Tiket percuma KL Hop On Hop Off


Sampai sana kami pergi ambil nombor... masa itu dah dekat nak pukul 11 tapi masih dapat nombor bawah 10.


Oleh kerana pergi bertiga, maka dapan kupon pun 3. Masuk jam 11pagi, mak ai..panjang juga barisan...


 Mr.Y dah siap tebus 3 biji...kami pilih Whopper semuanya.

Balik rumah makan sama-sama dengan anak-anak. Balik pula kami naik My Car. 

Itu je perkongsian hari ini....siapa lagi yang sempat tadi..