Memaparkan catatan dengan label pertemuan Naruto dan kushina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pertemuan Naruto dan kushina. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 24, 2020

Ali & Aliya vs Naruto & Kushina

Rasanya dah hampir sebulan berlalu sejak Ejen Ali The Movie ditayangkan. Kali ini aku nak buat perbandingan persamaan antara plot pertemuan Ali dan Aliya iaitu mama si Ali dengan pertemuan antara Naruto dan Kushina iaitu ibu si Naruto ini.

Ejen Ali & Aleeya

Kenapa selama ini jika masuk kepada fasa Override mode, Ali tak akan sedar apa yang berlaku. Ini kerana fasa override mode adalah satu system yang dibuat oleh Aliya bagi memastikan keselamatan Ali. System ini menggunakan data-data Aliya yang disimpan. Jika Ali berada dalam situasi bahaya maka Override mode akan teraktif dan Ali tidak akan sedar apa yang berlaku. Dalam filem Ejen Ali The Movie terdapat moment pertemuan antara Ali dan mama dia. Masa ini baru dia tahu yang buat Iris adalah mak dia. Perasaan anak yang rindu pada mak tak dapat nak bendung lah dalam cerita ini sampai anak-anak pun turut sama sedih bila menonton. Masa ini Ali berhajat untuk mengawal Override mode....baca teks kat atas photo ye...

"KALAU ALI KAWAL OVERRIDE, DATA MAMA AKAN HILANG."

Kira ini adalah pertemuan pertama dan terakhir setelah sekian lama.


Naruto & Kushina

Pertemuan antara Naruto dan mak dia dapat ditonton antara episode 246-250. Malam ahad kami semua layan Naruto episod tersebut lah. Mr.Y tanya kena tetiba tengok balik Naruto kat sini? Jawapan aku saja nak tengok balik. Hakikat aku pun tak berapa nak ingat apa berlaku episod tersebut. Kami laki bini memang peminat anime terutama dari zaman bujang lagi. Bezanya aku lebih suka tengok anime, langsung tak suka baca manga manakala Mr.Y dia suka buat dua-dua...baca manga dan layan anime. Even kisah anak Naruto pun dia layan Baruto. Aku tak sempat nak layan Baruto. Berbalik kepada kisah Naruto jumpa mak dia tadi. Seperti yang diketahui umum, badan Naruto digunakan sebagai vasel atau penjara bagi kyubi iaitu serigala ekor Sembilan. Orang yang simpan kyubi dalam badan Naruto tak lain tak bukan adalah mak bapak dia sendiri. Mereka memenjarakan kyubi menggunakan separuh chakra ayah Naruto, Minato dan separuh chakra mak Naruto, Kushina.

Apabila Naruto melepaskan separuh lagi chakra yang mengunci kyubi maka akan hilanglah kewudujan Kushina dalam diri Naruto.



Persamaan antara Ejen Ali bertemu Aliya dan Naruto bertemu Kushina adalah, kedua-duanya bertemu dengan ibu masing-masing dalam keadaan pertarungan dan bahaya. Maka si ibu datang menenangkan keadaan. Datang memberi semangat dan melepaskan rindu seorang anak.

Apabila sebuah cerita melibatkan perasaan kasih dan saying antara anak dan ibu..maka akan menusuk ke hati penonton.