Sabtu, November 16, 2019

Renungan Subuh-balasan bagi yang membuat fitnah

RENUNGAN SUBUH *19 RabiulAwal 1441H* Sabtu 16/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*Balasan Bagi Orang Yang Membuat Fitnah*

Perbuatan fitnah dikecam dengan keras oleh Nabi SAW dalam hadith yang diriwayatkan Huzaifah R.A:

‏ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ ‏

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” [Riwayat Muslim (105)]

Di dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman di dalam Surah al-Nur berkaitan balasan bagi orang yang suka membuat fitnah:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” [Surah al-Nur:19]

*_#JagaHatiJagaLidah_*
*_#JauhiFitnah_*

Khamis, November 14, 2019

Cukup sehari naik hantu....

Bila ummu naik hantu bukan anak yang buat perangai sahaja ketakutan tapi anak-anak lain turut terasa kesannya.

Sejak tengok uzayr terlalu tertarik dengan telefon, maka rasa tak sedap hati selalu menjengah. Sejak tersebut kurangkan pegang telefon depan dia. Tapi masih ada pegang. Maka sejak semalam, aku cuba tak pegang langsung telefon depan dia waktu siang, sebab malam dia tak tertarik pun dengan fon aku. Banyak fon lain dia tertarik. Aku bukan saja tak pegang fon depan uzayr tapi aku kurangkan juga tempoh masa anak-anak ini menonton video you tube di tv.

Hasilnya semalam banyak kali jugak aku naik hantu. Bila budak dah terbiasa menonton tv, ditutup tv mereka kebosanan dan disuruh main mainan, maka bersepah lah satu rumah. Walaupun dah main sekejab2 minta buka you tube. Permintaan tidak dilayan, tambahan uzayr melekat dan asyik nak masuk bilik air.  Orang lain yang potty training, orang lain yang busy nak masuk bilik air.  Nenek pun serabut tengok bersepah satu rumah. Ye bila dorg asyik tengok tv,rumah tak bersepah satu rumah dengan mainan.  Bila mana mereka tak nak mengemas balik setelah main, maka aku simpan semua dalam kotak. Siapa berani ambik kena rotan. Macam biasa akan minta buka tv nak tengok you tube, apabila permintaan tak dilayan,  mereka jalankan operasi memprotes.  Operasi mereka terbantut apabila aku kurung hana, uwais dan syazwan dalam bilik. 

Menakjubkan lepas tu tak ada yang bunyi nak tengok video kat tv.

Hari ini hari ke dua, hasil menjadi hantu beberapa kali semalam, semua beri kerjasama hari ini. Saat ini terasa mudah sangat menjaga mereka semua.


Bilam ummu naik hantu, cepat2 istighfar dan bila keadaan sedikit reda serta emosi anak sedikit tenang,ummu akan minta maaf kat mereka kalau buat mereka takut, tapi ummu jelaskan jugak kenapa ummu marah, akhir sekali peluk cium. Kanak-kanak suka kena peluk dan dicium walaupun mereka malu dan cuba menolak. Ummu bangga syazwan dah pandai minta maaf bila buat salah dan malu-malu bila dipeluk sekarang.

Ayat bila nak ajar anak-anak mengaku salah adalah, "jangan takut untuk minta maaf bila buat salah, sebab orang berani adalah orang yang minta maaf apabila buat salah, orang penakut adalah orang yang tak nak minta maaf bila buat salah. Anak ummu berani kan. Allah suka orang yang berani." 


Lotus Five Star Cinemas Kuala Terengganu-Bigil


Assalamualaikum dan selamat petang...

Hari itu pertama kali aku tengok wayang di Terengganu, pertama kali masuk wayang bersama dua adik lelaki, pertama kali menonton filem tamil dan pertama kali juga menonton video amaran jenayah syariah.

Sebenarnya itu juga adalah kali pertama tinggal anak-anak dan suami seterusnya balik kampung. Macam mana aku boleh balik sendirian nanti ada masa aku cerita.



Pada pendapat aku,lotus five star cinemas ini selesa dan cantik. Apa yang aku kagum, pertama kali aku nampak ada surau dalam kawasan wayang. Keluar nak menujuk ke tandas ada signboard surau. Faham-faham je lah kalau tayangan waktu kul 6.30ptg, habis pulak 8.30... mesti terlepas solat magrib. Setidaknya kalau surau kat dalam kawasan  tersebut maksudnya tak perlu keluar kawasan tersebut, lebih memudahkan untuk kita menunaikan kewajipan seorang muslim.

Dibawah adalah video amaran jenayah syariah yang disiarkan sebelum filem disiarkan





Bawah pulak adalah sinopsis filem bigil yang aku copy paste. Hero vijay memang menjadi kegemaran aku.

Bigil (2019)



Berikutan sebuah kemalangan yang menimpa rakan baiknya, seorang bekas pemain bola sepak perlu mengambil alih sebagai jurulatih bagi kumpulan bola sepak wanita yang dilatih oleh rakannya dan bergelut untuk membantu mereka menjadi juara.

Bahasa: Tamil
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2019
Genre: Aksi / Drama / Sukan
Durasi: 2 Jam 58 Minit
Pengedar: Lotus Five Star
Pelakon: Vijay, Nayanthara, Vivek, Jackie Shroff
Pengarah: Atlee Kumar
Format: 2D

Renungan subuh- istiqamah dalam amalan

RENUNGAN SUBUH *17 RabiulAwal 1441H* Khanis 14/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*Istiqamah Dalam Amalan*

Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan.  Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah. Istiqamah perbuatan dan amalan meliputi tekun bekerja melakukan apa sahaja yang baik yang diredai Allah SWT.

Firman Allah Taala didalam Surah Yusuf Ayat 87 ertinya “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.  Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat  dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.

Daripada Aisyah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*_#IstiqamahMudahDisebutSukarDilakukan_*
*_#BiarSedikitTetapiBerterusan_*

Rabu, November 13, 2019

Renungan Subuh - Rumah seperti kubur

RENUNGAN SUBUH *16 RabiulAwal 1441H* Rabu 13/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*Rumah Seperti Kubur*

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Janganlah kamu menjadikan rumahmu itu seperti kubur (tidak pernah kamu mengerjakan solat sunat ataupun membaca al-Qur’an dan ibadat lain di dalamnya). Sesungguhnya syaitan akan lari dan menjauhkan diri daripada mana-mana rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah”.

(Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith:

✅ Hadith ini menunjukkan kelebihan surah al-Baqarah dan membacanya dengan tadabbur dan mengamalkan kandungannya akan menjauhkan daripada syaitan.

✅ Islam menuntut kepada setiap umatnya agar menghiasi rumah mereka dengan amal ibadat wajib dan juga sunat, kerana rumah-rumah yang tidak ada penghuninya yang sembahyang sunat dan membaca ayat suci al-Qur’an diibaratkan kubur yang sunyi dimana syaitan serta iblis akan menguasainya.

✅ Syaitan dan iblis akan takut apabila mendengar ayat-ayat al-Qur’an dibaca oleh seseorang lebih-lebih lagi surah al-Baqarah.

✅ Digalakkan supaya mengerjakan solat sunat dirumah.

*_#PerbanyakkanIbadatSunatDiRumah_*
*_#ElakkanRumahSepertiKubur_*

Selasa, November 12, 2019

Double cashback dengan Boost dan Shopback







APA ITU BOOST APP ?



Boost app adalah aplikasi dompet mudah alih yang bertujuan untuk merevolusikan cara anda berurusan di dunia semakin digital dan mudah alih hari ini. Dengan menggabungkan keperluan gaya hidup dan teknologi digital canggih, Tingkatkan membuat transaksi lebih mudah, lebih cepat, lebih selamat dan pengalaman keseluruhan lebih bermanfaat untuk pengguna. Dengan aplikasi Boost app, kita boleh membayar di pedagang yang mengambil bahagian dengan telefon bimbit tanpa kerumitan menggunakan duit kertas atau syiling. Kita juga boleh menambah kredit prabayar secara on-the-go, membayar bil dan juga membeli pelbagai baucar digital pada tawaran hebat melalui Kedai Digital yang terdapat dalam Boost App ni. Secara mudah kita bayar apa-apa barang yang kita perlukan dimana-mana kedai yang join Boost atau boleh beli secara online. Bukan beli sahaja tapi bayar bil juga ye. Setiap kali kita guna Boost app ni kita akan dapat cashback. Untung kan.



APA ITU SHOPBACK?

Beberapa hari lepas aku nak beli tiket bas, maka aku cakap dekat Mr.Y nak beli tiket bas guna ShopBack. Aku pernah cerita pasal ShopBack pada entry tahun 2017. Lama dah kan. Boleh klik link ShopBack ini kalau nak tahu. Secara ringkas ShopBack adalah sebuah laman web dan aplikasi yang memberi pulangan tunai apabila pengguna berbelanja secara online dengan rakan kongsi ShopBack. Sebagai contoh, setelah berbelanja RM100 di Shopee dan anda adalah pengguna ShopBack, anda akan mendapat kembali 6% (RM6) pulangan tunai yang dijanjikan oleh Shopee kepada pengguna ShopBack.




Bila aku bagitahu Mr.Y macam tu, dia kata guna Boost, Boost ada RedBus. RedBus adalah aplikasi untuk beli tiket bas. Banyak juga bas yang join app ini, antaranya adalah Darul iman, Konsortium Mutiara, Transnasional dan lain-lain. Aku kata lah aku tak join Boost, maka dia guna Boost dia lah. Aku tanya lah kenapa nak guna Boost, Mr. Y kata dapat double cashback. 


Mula-mula dapat cashback dekat Shopback, kemudian dapat cashback dekat Boost. Untung kan. Korang kalau belum join Boost disini.


Naqiu Vs Awie di ambang watie

Aku saja cari video persembahan Nagiu boboy masas GGV untuk minggu ke-5 sebab terlepas bahagian tersebut. Sekali aku jumpa video duet yang dibuat oleh seorang hamba Allah ni. Pada aku cun lah nampak paduan suara dua insan ini.


Boleh tengok dekat link youtube bawah. 



Berikut adalah lagu bagi minggu ke -6 Gegar Vaganza
  1. Naqiu Boboy - Juwita (Saleem)
  2. Jatt - Still Loving You (Scorpions)
  3. Ons Nation Emcees - GadIs & Bunga (Rahimah Rahim)
  4. Roy - Sonata Musim Salju (Hazami)
  5. Wan - Pengemis Cinta (Ella)
  6. Noorshila Amin - Karena Pengalaman (Elvy Sukaesih)
  7. Hady Mirza - Cinta Luar Biasa (Andmesh)
  8. Sham Visa - Suratan Takdir (Gersang)
  9. Feeza - Terus Mencinta (Siti Nordiana)
  10. Nurfatima - Enggan (Fauziah Latif)

Tiket percuma KL Hop On Hop Off

Baucer diskaun 10% Hari Hari dan tiket percuma untuk pelajar menaiki bas KL Hop On Hop Off ini kita dapat masa hari dialog sekolah kakak humaira. Alhamdulillah ada rezeki untuk penjimatan nampaknya.

Tiket percuma KL Hop On Hop Off 

Sebelum dapat tiket percuma ini, anak-anak selalu jugak bertanya bila kita nak naik bas terutama selepas ummu balik kampung terengganu dengan bas. Ummu pula ada perancangan nak balik kampung lagi tapi masih dalam dilema samada nak bawak balik semua atau tak. Satu yang di fikirkan adalah abi payah cuti sekarang. Maka suatu rezeki lah untuk anak-anak merasa naik bas apabila tiket percuma untuk pelajar diedarkan. Abi kata jom semua naik sebab uwais dan uzayr tak perlukan tiket. Tiket dewasa RM25 tapi kalau beli dekat Klook's boleh dapat RM22 seorang. Ini untuk pas tiket 24 jam lah.



Harga tiket yang aku screen shot dari web KL hop on hop off
Maka puas hati lah kalau beli dapat murah rm3.


tempat-tempat persinggahan dia.

Aku pun ada baca review dari kawan aku pasal pengalaman naik bas ini. Maka insyalah ini menjadi salah satu aktiviti cuti sekolah.


Isnin, November 11, 2019

Baucer Diskaun Hari-Hari



Assalamualaikum dan selamat pagi.


Baucer diskaun 10% Hari Hari dan tiket percuma untuk pelajar menaiki bas KL Hop On Hop Off ini kita dapat masa hari dialog sekolah kakak humaira. Alhamdulillah ada rezeki untuk penjimatan nampaknya.

Baucer Diskaun Hari Hari

Tahun lepas untuk masuk sekolah darjah satu kami menghabiskan wang hampir rm500 sahaja untuk keperluan pakaian sekolah kakak humaira. Tahun ini kena beli untuk kakak hana pulak. Tapi rasanya baju kakak humaira pun nak kena tambah sepasang lagi untuk sekolah agama

Baju kurung saiz kakak humaira dan RM31.35 manakala untuk hana RM29.45 sepasang. Ini hanya baju kurung belum masuk tudung, anak tudung, baju dalam dan lain-lain keperluan.

Baca Juga: Analisa Bajet Famili
Sebenarnya kami suami isteri dah mula buat kiraan bajet teperinci perbelanjaan untuk persekolahan anak-anak tahun depan bermula bulan enam lagi. Dekat bawah aku sertakan berapa kos yang kami perlu sediakan sebelum bulan 12 tahun ini untuk beli barang persekolahan. Ini hanya kos pakaian sebab topik kita pagi ini adalah baucer tiket hari-hari.

Andaikata kami belanja di hari-hari dengan kos sebegitu, maka kami akan dapat diskaun sebanyak RM30.60. Lepas lah nak buat belanja makan selepas penat berbelanja di Hari Hari.

Baca Juga:Adakala kita perlu pentingkan diri sendiri
Aku percaya kalau masuk hari-hari lebih dari itu akan aku belanja...dalam otak aku terbayang nak tambah underwear anak-anak dan suami, nak beli inner baru untuk diri sendiri dan anak-anak gadis. Maka terima kasih banyak-banyak hari-hari bagi baucer ini.

Siapa kat sini suka berbelanja di Hari Hari angkat tangan.

Renungan Subuh 11/11/2019-Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga

RENUNGAN SUBUH *14 RabiulAwal 1441H* Isnin 11/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga*

Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”

Baginda s.a.w menjawab, “ *Wanita-wanita dunia lebih utama* daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.”

Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”

Baginda s.a.w menjawab, “Kerana *solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah.* Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)

*_#WanitaSolehahDambaanKaumMuslimin_*
*_#KaumMusliminJugaPerluBerusahaKeArahHambaYangSoleh_*