Memaparkan catatan dengan label Gadjet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gadjet. Papar semua catatan

Khamis, November 14, 2019

Cukup sehari naik hantu....

Bila ummu naik hantu bukan anak yang buat perangai sahaja ketakutan tapi anak-anak lain turut terasa kesannya.

Sejak tengok uzayr terlalu tertarik dengan telefon, maka rasa tak sedap hati selalu menjengah. Sejak tersebut kurangkan pegang telefon depan dia. Tapi masih ada pegang. Maka sejak semalam, aku cuba tak pegang langsung telefon depan dia waktu siang, sebab malam dia tak tertarik pun dengan fon aku. Banyak fon lain dia tertarik. Aku bukan saja tak pegang fon depan uzayr tapi aku kurangkan juga tempoh masa anak-anak ini menonton video you tube di tv.

Hasilnya semalam banyak kali jugak aku naik hantu. Bila budak dah terbiasa menonton tv, ditutup tv mereka kebosanan dan disuruh main mainan, maka bersepah lah satu rumah. Walaupun dah main sekejab2 minta buka you tube. Permintaan tidak dilayan, tambahan uzayr melekat dan asyik nak masuk bilik air.  Orang lain yang potty training, orang lain yang busy nak masuk bilik air.  Nenek pun serabut tengok bersepah satu rumah. Ye bila dorg asyik tengok tv,rumah tak bersepah satu rumah dengan mainan.  Bila mana mereka tak nak mengemas balik setelah main, maka aku simpan semua dalam kotak. Siapa berani ambik kena rotan. Macam biasa akan minta buka tv nak tengok you tube, apabila permintaan tak dilayan,  mereka jalankan operasi memprotes.  Operasi mereka terbantut apabila aku kurung hana, uwais dan syazwan dalam bilik. 

Menakjubkan lepas tu tak ada yang bunyi nak tengok video kat tv.

Hari ini hari ke dua, hasil menjadi hantu beberapa kali semalam, semua beri kerjasama hari ini. Saat ini terasa mudah sangat menjaga mereka semua.


Bilam ummu naik hantu, cepat2 istighfar dan bila keadaan sedikit reda serta emosi anak sedikit tenang,ummu akan minta maaf kat mereka kalau buat mereka takut, tapi ummu jelaskan jugak kenapa ummu marah, akhir sekali peluk cium. Kanak-kanak suka kena peluk dan dicium walaupun mereka malu dan cuba menolak. Ummu bangga syazwan dah pandai minta maaf bila buat salah dan malu-malu bila dipeluk sekarang.

Ayat bila nak ajar anak-anak mengaku salah adalah, "jangan takut untuk minta maaf bila buat salah, sebab orang berani adalah orang yang minta maaf apabila buat salah, orang penakut adalah orang yang tak nak minta maaf bila buat salah. Anak ummu berani kan. Allah suka orang yang berani."