Jumaat, April 24, 2020

Hadiah buat ayah.....tapi mengamit kerinduan yang teramat kepada arwah bonda...

Assalamualaikum....lagi beberapa hari akan tiba hari lahir ayah. Oleh keran sekrang dikenakan PKP, maka kami faham andai tidak dapat pulang meraikan bersama ayah. Petang semalam setelah berbincang dengan adik beradik, kami buat keputusan untuk hadiahkan ayah dengan Photobook. Hasil perbincangan juga kami akan masukkan semua gambar ayah yang cantik-cantik. Setiap rang ada peranan masing-masing. Kakak sulong keluarkan bajet, kakak kedua emailkan gambar, adik bongsu beli baucer photobook dan aku kena design macam biasa.

Maka pagi ini selepas bersahur kita edit template phtobook. Aku buat pilihan untuk guna template "Our Supurdad!" tapi edit sedikit tajuk jadi "Our SuperAyah!". Kita tak panggil ayah kita dad tapi kita panggil AYAH.


Template ini nampak simple dan kemas kan.

Tengah seronok mengedit, sampai bahagian gambar dibawah....aku bayangkan letak gambar arwah cik dengan ayah. Baru bayangkan, mata dah berair dan rindu bertandang....Ya Allah apa cik sedang buat...adakah kiriman doa dan pahala kami ini cukup buat bonda disana...Ya Allah bulan ramadan ini, KAU curah lah rahmat kasih sayang buat cik disana. Amin....



Bila rindu datang bertandang, maka kerinduan untuk berbicara dengan cik sangat kuat. Dahulu waktu arwah ada, hampir semua benda aku ceritakan kepadanya. Cik pun suka bercerita sambil memberi nasihat. Antara nasihat arwah cik. Mendidik anak perlu tegas tapi penuh kasih sayang. Layan ibu mertua sebagaimana layan ibu sendiri. Kehidupan berumah tangan jangan ada berkira. Kalau suami atau ayah banyak belebel, isteri dan anak-anak diam, kalau isteri atau ibu belebel, suami dan anak-anak diam..kerana dalam bebelan itu ada perkara yang nak disampaikan. Kalau anak bercakap dengar walaupun kita tengah sibuk buat kerja, sebab kalau kita tak dengar nanti dia cari pendengar lain, lama-lama dia makin jauh. Jaga solat walau dalam apa keadaan sekalipun. Tanam cita-cita nak berjalan ke Rumah Allah, tempat lain boleh jalan kemudian. Dah ada cita-cita, sila simpan duit untuk ke sana. dan banyak lagi.....

Akhirnya aku nak ucap Selamat menyambut ramadan 1441H buat semua. Jadikan ramadan ini lebih baik dari tahun lepas.

Ahad, April 19, 2020

Resepi Nasi Ayam Goreng

Assalamualaikum dan selamat pagi. Semalam aku buat nasi ayam goreng, memang selera habis lah anak-anak makan. Kita share lah gambar nasi dah siap dekat adik beradik..sekali kakak aku minta resepi..ok..jom share resepi...jangan tanya mana dapat resepi ini sebab aku sendiri dah lupa... lagi pun resepi ini banyak derhaka...aku buat ikut mana barang ada je selalu...Selalu nasi ayam goreng makan dengan salad, timun, tomato, sambal tomato dan kuah kicap...senang cerita sama je dengan lauk nasi ayam. Tapi aku selalu ubah...sebab kalau bagi salad sekeping-sekeping or tomato sekeping-sekeping...anak-anak tak makan sayur...maka aku selalu buat coleslow atau salad kentang USA.


Resipi Nasi Ayam Goreng
Bahan-bahan
  • 1 ekor Ayam* (bersihkan dan potong ikut suka...kalau nak besar...potong empat..nak kecik potong 20..aku selalu potong kecil tapi ikut saiz ayam..kalau ayam kecil aku potong 12 je...tapi kalau ayam besar aku potong 20...ramai nak makan kan...)
  • 1 sdm Serbuk kari*
  • 1 sdk Serbuk kunyit*
  • sedikit Garam*
  • 3cawan beras, basuh dan toskan
  • 4cawan air
  • 2sudu minyak sapi (kalau tak ada, pakai je planta or majerin)
  • sedikit minyak
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 1 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih di blend
  • 2 sdm serbuk kari dijadikan paste
  • daun pandan (kalau tak ada ganti daun kari, kalau tak ada gak tak payah letak)
  • Sedikit garam.
Cara-cara
  • Bahan bertanda * digaul sebati dan perap sekitar 15minit, kemudian digoreng separuh masak. Angkat dan asing ke tepi.
  • Dalam periuk nasi, masukkan sedikit minyak dahulu, kemudian baru masukkan minyak sapi. Ini bagi mengelakkan minyak sapi itu hangus.
  • Apabila minyak panas, masukan bahan kisar, paste kari dan daun pandan. Setelah pecah minyak masukan bawang yang dimayang tadi.
  • Kemudian apabila bawang layu maka boleh masukan beras dan gaul biar sekata. (kalau nak sedap dan nasi berderai cantik...gaul sehingga beras nampak berkilat~aku malas bab ini, bila datang kerajinan yang tak diundang saja buat..selalu nampak sekata dah cukup). 
  • Apabila telah sekata maka masukan air dan gaul sikit, masuk lah garam sikit...
  • Kemudian susun lah ayam yang telah digoreng tadi atas nasi...tutup periuk dan tunggu ia masak.
Sambal Tomato
  • Tomato sebiji
  • Bawang besar sebiji
  • cili padi (ikut suka...mak pedas letak banyak)
  • cili besar sebatang
  • garam
  • gula
  • cuka/perahan limau/lemon
Blend semua bahan dan cukupkan rasanya

Salad kentang USA

Bahan-bahan diperlukan:

  • 4-5 biji kentang, dikupas kulit dan direbus (kalau boleh beli kentang yang warna putih, USA)
  • 4 biji telur rebus
  • mayonis secukupnya (untuk mengaul)
  • serbuk lada hitam secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  • kentang dan telur dipotong dadu atau size untuk dimakan
  • gaulkan kesemuanya bahan dgn mayonis, sehingga melitupi semua bahan, lebih mayonis lagi sedap
  • setelah itu taburkan serbuk lada hitam, ikut rasa masing2, sejukkan dan boleh dimakan
Coleslow
Bahan-Bahan
  • 1/4 obis
  • 1 lobak Merah
  • 3/4 cawan susu segar
  • 5 6 sudu mayonis
  • 1 sudu biasa gula
  • 1/2 sudu garam (sudu kecil garam)
Potong semua kobis dan lobak ikut suka saiz apa korang nak...kemudian gaul dengan bahan-bahan lain...masuk peti sekejab dah sejuk boleh makan.

Ini adalah kenang dahulu...apabila setiap hari kena sediakan bento bagi anak dan suami. Kadang suami punya ada extra sebab dia akan makan denagn kawan pejabat...kesian pulak makan sorang-sorangkan.

Selasa, April 14, 2020

Simpanan kecemasan dan perintah kawalan pergerakkan.

Adakah anda nampak perkaitan kepentingan simpanan kecemasan sewaktu berjalannya perintah kawalan pergerakan? Ketika perintah kawalan pergerakan banyak perniagaan tak dapat berjalan tetapi perut anak isteri tetap perlu di isi. Untungnya kita di Malaysia, banyak bantuan  diberikan. Tapi adakah bantuan tersebut mencukupi dengan jumlah ahli keluarga yang ramai?

Saat inilah pentingnya ada simpanan kecemasan terutama bagi mereka yang berada dalam golongan pendapatan aktif. Maksudnya buat kerja baru dapat duit.

Buat Simpanan Atau Bayar Hutang dahulu?

Buat simpanan atau bayar hutang dahulu? Itulah persoalan yang ditanya oleh Mr.Y semalam. Dengan tahap ilmu kewangan yang cetek ini aku jawab, buat dua-dua...sama-sama...Dia balas macam kat bawah ni...


Maka dia pun mula lah melukis lakaran rajah segitiga dan menerangkan setiap hal...


Secara asasnya, anda perlu ada simpanan sekurang-kurang 6bulan gaji dahulu sebelum mula membayar hutang dan membuat pelaburan. Hutang pula ada dua jenis...ada yang bad debt dan ada yang good debt. Good debt boleh dikekalkan manakala bad debt elok di habiskan cepat-cepat.

Setelah anda mempunyai simpanan kecemasan sekitar enam bulan gaji, maka anda boleh memilih untuk melabur atau membayar hutang dengan lebihan wang yang ada. Kenapa penting simpanan kecemasan...kerana ia akan menyelamatkan anda saat yang tak diduga seperti sekarang. 


Sabtu, April 11, 2020

MCO Hari ke-25, Resipi Kek Marble Susu oleh Chef Cilik



Semenjak masuk musim Perintah Kawalan Pergerakan ini, corak tidur dan berjaga anak-anak pun dah tak menentu...kadang-kadang langsung tak tidur malam, kadang-kadang jam 3 atau 4 pagi dah bangun...Siang...faham-faham je lah bila tak tidur malam, siang tidur ajalah...Nasib baik masih menjaga solat.

Pagi tadi bangun awal konon nak siapkan mini photbook 2018 (dah 2020, baru nak buat 2018), tapi dua hamba Allah ini kata mereka lapar. Tanya nak makan apa, kebetulan pula dekat FB keluar gambar kek marble...Humaira kata buat kek itu lah...Ummu on aja lah, lagi pun Uzayr tidur.

Baca juga:

Resipi Kek Pisang Tanpa Telur Kukus Boleh...Bakar pun boleh...


Jam 5 pagi kami buat kek, selesai mereka solat subuh, dapat makan. Berikut adalah resipi Kek Marble Susu menggunakan Elba Air Fryer.

Bahan-Bahan

  • 1cawan majerin (aku guna daisy)
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan teung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 1/2sudu teh soda bikarbonat*
  • 3biji telur
  • asen vanilla
  • 2sudu besar susu tepung (aku guna susu Uzayr)
  • pewarna merah jambu dan coklat
bahan bertanda * perlu diayak

Cara-Cara
  • pukul majerin bersama gula sehingga kembang (nak tahu kembang macam mana...bila tebalikkan bekas, bahan tak jatuh)
  • Setelah itu masukkan tepung susu sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, setelah sebati masukkan asen vanila.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit menggunakan sudu. Biarkan mixer pada kelajuan sederhana selama 3-5 minit. 
  • Bahagi adunan kepada 3bahagian yang lebih kurang sama banyak. Satu masukkan warna merah jambu, satu masukkan coklat dan satu biarkan tanpa warna.
  • Sediakan loyang bersaiz 6" dan mula lah masuk adunan secara berselang seli. Dah siap, lorek-lorek lah ikut suka hati.
  • Masukan loyang tersebut ke dalam airfryer dan tetapkan suhu 175℃, 30minit.
Selamat Mencuba....