LAPORAN terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pesakit Covid-19 yang masih positif boleh dibenarkan discaj selepas 14 hari dirawat di hospital.
Ia disebabkan tahap kebolehjangkitan mereka yang rendah selepas menjalani tempoh rawatan selama dua minggu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, laporan terbaharu itu juga akan mengubah protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menguruskan pesakit positif di Malaysia selepas ini.
"Mengikut laporan WHO, kalau mereka telah melepasi tempoh 14 hari, kebolehjangkitan mereka adalah sifar....Baca Lanjut di.. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/05/26/pesakit-covid-19-boleh-discaj-selepas-14-hari-dirawat-walau-masih-positif---kita-akan-ubah-protokol
Aku harap sahabat aku sedikit gembira dengan berita yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. Selain itu ada juga diberitakan bahawa mungkin menggunakan PCR most probably mengesan dead virus fragment.
Oleh kerana aku masih was-was maka aku tanya lah dekat Mr.Y, itu yang paling dekat. Yakin ke virus itu dah mati selepas 2minggu. Ada kemungkinan atau tidak virus itu berada dalam fasa pendam? Jawapan seorang mikrbiolgist bertauliah... Kemungkinan itu ada, sebab itu Dr. Noor Hisham kata perlu kajian lagi, sampel yang diambil dari pesakit akan dikultur untuk melihat sama ada virus itu ada ke tidak, mati ke hidup, aktif ke tidak aktif. Kerana kalau virus ada dan berada dalam fasa tersebut maka ia akan aktif kembali setelah menemui perumah yang sesuai.
Maka kita tak payah nak risau lebih sangat kalau pesakit covid yang masih menunjuk hasil ujian positif selepas 2minggu kerana kementerian ada menjalankan ujian lain bagi memastikan keselamatan rakyat malaysia lain.
Semalam merupakan jumlah paling sedikit kes baru dilaporkan.....harap-harap hari ini makin menurun.