Adakah anda nampak perkaitan kepentingan simpanan kecemasan sewaktu berjalannya perintah kawalan pergerakan? Ketika perintah kawalan pergerakan banyak perniagaan tak dapat berjalan tetapi perut anak isteri tetap perlu di isi. Untungnya kita di Malaysia, banyak bantuan diberikan. Tapi adakah bantuan tersebut mencukupi dengan jumlah ahli keluarga yang ramai?
Saat inilah pentingnya ada simpanan kecemasan terutama bagi mereka yang berada dalam golongan pendapatan aktif. Maksudnya buat kerja baru dapat duit.
Selasa, April 14, 2020
Buat Simpanan Atau Bayar Hutang dahulu?
Buat simpanan atau bayar hutang dahulu? Itulah persoalan yang ditanya oleh Mr.Y semalam. Dengan tahap ilmu kewangan yang cetek ini aku jawab, buat dua-dua...sama-sama...Dia balas macam kat bawah ni...
Maka dia pun mula lah melukis lakaran rajah segitiga dan menerangkan setiap hal...
Secara asasnya, anda perlu ada simpanan sekurang-kurang 6bulan gaji dahulu sebelum mula membayar hutang dan membuat pelaburan. Hutang pula ada dua jenis...ada yang bad debt dan ada yang good debt. Good debt boleh dikekalkan manakala bad debt elok di habiskan cepat-cepat.
Setelah anda mempunyai simpanan kecemasan sekitar enam bulan gaji, maka anda boleh memilih untuk melabur atau membayar hutang dengan lebihan wang yang ada. Kenapa penting simpanan kecemasan...kerana ia akan menyelamatkan anda saat yang tak diduga seperti sekarang.
Sabtu, April 11, 2020
MCO Hari ke-25, Resipi Kek Marble Susu oleh Chef Cilik
Semenjak masuk musim Perintah Kawalan Pergerakan ini, corak tidur dan berjaga anak-anak pun dah tak menentu...kadang-kadang langsung tak tidur malam, kadang-kadang jam 3 atau 4 pagi dah bangun...Siang...faham-faham je lah bila tak tidur malam, siang tidur ajalah...Nasib baik masih menjaga solat.
Pagi tadi bangun awal konon nak siapkan mini photbook 2018 (dah 2020, baru nak buat 2018), tapi dua hamba Allah ini kata mereka lapar. Tanya nak makan apa, kebetulan pula dekat FB keluar gambar kek marble...Humaira kata buat kek itu lah...Ummu on aja lah, lagi pun Uzayr tidur.
Baca juga:
Resipi Kek Pisang Tanpa Telur Kukus Boleh...Bakar pun boleh...
Jam 5 pagi kami buat kek, selesai mereka solat subuh, dapat makan. Berikut adalah resipi Kek Marble Susu menggunakan Elba Air Fryer.
Bahan-Bahan
- 1cawan majerin (aku guna daisy)
- 3/4 cawan gula caster
- 2 cawan teung gandum*
- 1 sudu teh baking powder*
- 1/2sudu teh soda bikarbonat*
- 3biji telur
- asen vanilla
- 2sudu besar susu tepung (aku guna susu Uzayr)
- pewarna merah jambu dan coklat
bahan bertanda * perlu diayak
Cara-Cara
- pukul majerin bersama gula sehingga kembang (nak tahu kembang macam mana...bila tebalikkan bekas, bahan tak jatuh)
- Setelah itu masukkan tepung susu sehingga sebati.
- Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, setelah sebati masukkan asen vanila.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit menggunakan sudu. Biarkan mixer pada kelajuan sederhana selama 3-5 minit.
- Bahagi adunan kepada 3bahagian yang lebih kurang sama banyak. Satu masukkan warna merah jambu, satu masukkan coklat dan satu biarkan tanpa warna.
- Sediakan loyang bersaiz 6" dan mula lah masuk adunan secara berselang seli. Dah siap, lorek-lorek lah ikut suka hati.
- Masukan loyang tersebut ke dalam airfryer dan tetapkan suhu 175℃, 30minit.
Selamat Mencuba....
Jumaat, April 10, 2020
Macam mana kami rancang pembelian rumah ke dua.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Ini kisah bagaimana kami mengumpul wang bagi mendapatkan rumah ke dua. Empat perkara penting yang perlu kita ambil kira jika berhajat untuk membeli sebuah rumah iaitu:
- Bayaran deposit rumah
Oleh kerana bank menyediakan margin pembiayaan/pinjaman rumah sebanyak 90% sahaja bagi rumah pertama dan kedua (70% bagi rumah ketiga), maka seorang pembeli perlu menyediakan minima 10% daripada harga rumah sebagai deposit.
Jika harga rumah RM 300,000, maka deposit 10% adalah RM 30,000. - Yuran guaman & duti setem
Pembelian rumah perlu disertakan dokumen perjanjian jual-beli (sale & purchase agreement, S&P). S&P ini perlu disediakan peguam dan dimatikan setem.
Maka, kos guaman dan duti setem mengikut kadar yang ditetapkan perlulah disediakan. Anggaran mudah, 3% ke 5% daripada harga rumah.
- Valuation Fee
Valuation Fee biasanya akan termasuk sekali dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank tapi kalau tiada kena bayar sendiri. Boleh dapatkan quotation dari syarikat valuer.
- Jangan lupa insurans perumahan. Ini penting!
Insurans untuk kediaman adalah salah satu polisi insurans paling penting untuk kita miliki. Rumah merupakan satu pelaburan terbesar dan pasti kita ingin melindunginya.
Kebiasaannya insurans akan termasuk sekali dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank. Jadi, anda boleh memeriksa kembali jika pakej yang diberikan tidak lengkap dengan insurans.
Pada awal tahun 2016, kami melangsaikan pembayaran pinjaman kereta yang masih berbaki 30bulan menggunakan simpan yang ada (bukan simpanan kecemasan ye, simpanan kecemasan jangan usik ye). Kenapa kami langsaikan terus semua pinjaman kereta, sedangkan tempoh dua tahun bukan lama sangat pun. Ya, dua tahun bukan tempoh yang lama tapi cuba anda perhatikan perbezaan bayaran melalui anggaran kasar seperti di bawah
Baca juga:
The Dave Ramsey Show
Anggaran awal hutang pinjaman masih berbaki sekitar RM15000, tetapi kami mendapat rebat kerana melangsaikan hutang lebih awal, maka kami hanya perlu membayar RM12000 lebih. Secara kasar kami telah menjimatkan wang kami sekitar RM2000. Selain itu kami akan turut mempunyai aliran wang positif RM500 setiap bulan yang disimpan ke dalam akaun ASB.
Pada masa tersebut kami telah meletak matlamat rumah mestilah disewakan kepada orang lain, bukan untuk duduk sendiri, rumah kos rendah, berdekatan dengan kedai dan kemudahan pengangkutan awam. Kami memilih rumah kos rendah kerana ia lebih mudah untuk disewakan dengan kadar bayaran sewa bulanan tidak mencecah rm1000 tetapi lebih tinggi dari bayaran bulanan pinjaman rumah kepada bank. Apabila sesebuah rumah berada berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam dan kedai, kadar permintaan adalah lebih tinggi. Maka, Insyaallah akan tetap ada penyewa setiap bulan.
Sekitar penghujung tahun 2018, wang terkumpul dalam ASB telah cukup untuk kami jadikan sebagai bayaran deposit rumah kedua kami. Maka Mr.Y mula menghubungi agen-agen rumah jika melihat iklan rumah yang bersesuai dengan kehendak kami. Jika tidak melangsaikan hutang kereta pada 2016, maka 2018 baru kami bebas dari pinjaman kereta. Seterusnya kami perlukan masa lagi 2 tahun untuk mengumpul wang bagi membolehkan kami mendapatkan rumah kedua.Maknanya tahun 2020 baru beli rumah.
Setelah hampir 10bulan mencari akhirnya kami berjaya menemui rumah yang kami inginkan. Tempoh masa 3-6bulan juga diambil bagi menyelesaikan segala urusan pemilikan rumah. Ini lah cerita rumah kedua kami.
Pada masa tersebut kami telah meletak matlamat rumah mestilah disewakan kepada orang lain, bukan untuk duduk sendiri, rumah kos rendah, berdekatan dengan kedai dan kemudahan pengangkutan awam. Kami memilih rumah kos rendah kerana ia lebih mudah untuk disewakan dengan kadar bayaran sewa bulanan tidak mencecah rm1000 tetapi lebih tinggi dari bayaran bulanan pinjaman rumah kepada bank. Apabila sesebuah rumah berada berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam dan kedai, kadar permintaan adalah lebih tinggi. Maka, Insyaallah akan tetap ada penyewa setiap bulan.
Sekitar penghujung tahun 2018, wang terkumpul dalam ASB telah cukup untuk kami jadikan sebagai bayaran deposit rumah kedua kami. Maka Mr.Y mula menghubungi agen-agen rumah jika melihat iklan rumah yang bersesuai dengan kehendak kami. Jika tidak melangsaikan hutang kereta pada 2016, maka 2018 baru kami bebas dari pinjaman kereta. Seterusnya kami perlukan masa lagi 2 tahun untuk mengumpul wang bagi membolehkan kami mendapatkan rumah kedua.Maknanya tahun 2020 baru beli rumah.
Setelah hampir 10bulan mencari akhirnya kami berjaya menemui rumah yang kami inginkan. Tempoh masa 3-6bulan juga diambil bagi menyelesaikan segala urusan pemilikan rumah. Ini lah cerita rumah kedua kami.
Bila Abi Bertanya "Bagaimana Berfikir Dan Hidup Di Luar Kotak?"
Selesai membaca beberapa muka surat berkaitan topik "berfikir dan hidup di luar kotak" dalam buku Rich Dad's Retire Young, Retire Rich oleh Robert T.Kiyosaki. Kami berbincang yang turut disertai oleh kakak humaira dan kakak hana. Perbincangan isu berat, apabila disertai oleh kanak-kanak amat menyeronokan. Maka berlaku situasi seperti di bawah:
Abi: Bagaimana berfikir di luar kotak?
Hana: Kita duduk dekat luar kotak dan fikir lah.
Abi: Bagaimana berfikir dan hidup di luar kotak yang kakak dengan hana faham?
Hana: Kita keluar dari kotak, kita fikir...jadilah berfikir di luar kotak.
Kakak: Kenapa kotak? Kotak apa? (Nampak bijak sikit soalan dia)
Kakak: Kenapa kotak? Kotak apa? (Nampak bijak sikit soalan dia)
Abi: Bayangkan rumah kita adalah kotak...bagaimana kakak nak fikir?
Kakak: Senang saja, keluar dari rumah, duduk dekat dalam kereta ke...pastu abi fikir lah.
Baca Juga:
Kitty Hawk, North Carolina dalam retire Young, Retire Rich
Jawapan mereka buat kami tersenyum dan tergelak. Tapi nak diterangkan bagaimana berfikir di luar kotak bagi budak 7 dan 8 tahun agak sukar. Maka kami jelaskan Apa itu berfikir di luar kotak. Berfikir diluar kotak adalah corak pemikiran yang membuahkan hasil tidak seperti kebanyakkan orang. Contohnya apabila mendapat kenaikan pangkat dan gaji, kebanyakkan orang akan berfikir boleh tukar kereta baru atau pindah rumah besar kerana berlaku kenaikkan kemampuan bulanan. Tetapi bagi mereka yang berfikir diluar kotak, kenaikkan gaji atau pangkat bukan bererti mereka boleh memilih pilihan di atas tetapi mereka perlu guna lebihan sebagai modal untuk pelaburan lebih besar. Ini bermakna mereka masih hidup dengan cara sebelum kenaikkan gaji atau pangkat.
Bagi membolehkan kakak hana dan kakak humaira lebih faham apa itu berfikir diluar kotak, kami memberi contoh tahun lepas kakak humaira mempunyai matlamat untuk membeli beg sekolah baru. Oleh kerana ummu dan abi rasa beg sekolah lama humaira masih elok, maka kami tidak membelikan untuk kakak humaira. Secara tak langsung humaira mencari idea bagaimana untuk mendapatkan wang bagi memenuhi matlamat. Masa ini kakak sanggup bawa bekal ke sekolaha walaupun roti sapu coklat semata-mata nak simpan duit belanja sekolah. Dia beritahu rasa nak beli makanan kantin macam kawan-kawan tapi kalau beli tak dapat kumpul duit. Apabila keluar jalan-jalan, kami nak belikan mainan untuk anak-anak (jarang sangat kalau keluar abi bagi lampu hijau untuk anak-anak beli mainan), kakak cakap dekat ummu, kakak tak nak mainan tapi duit yang ummu abi bajet untuk mainan dia nak masuk tabung. Masa ini terfikir, kakak sanggup tengok orang lain ada mainan, beli makanan kat kantin tapi kakak tatap sanggup berbeza dari kebanyakkan kanak-kanak lain semata-mata nak capai matlamat kakak beli beg sekolah baru. Itulah namanya berfikir dan hidup diluar kotak.
Baca juga:
Kenapa Jual Barang Rumah? Tak cukup duit ke?
Apabila kita mempunyai matlamat yang jelas dari segi bila dan apa. Maka kita akan lebih mudah melaksanakan idea tersebut.Idea semata tanpa perlaksanaan maka ia kekal tak merubah apa-apa. Tetapi idea di sertai dengan langkah, insyaAllah akan terlaksana dan tercapai matlamat.
Langgan:
Catatan (Atom)