Sabtu, Jun 30, 2012

Salam Tengahhari Sabtu

Salam Sabtu...Lama tak mengarut dekat blog nie...apa nak cerita hari nie...owh hari nie 30hb jun..maka genaplah 3bulan bergelar ibu.. Maknanya anak ku dah berusia 3bulan... Selasa nak pegi cucuk untuk 3bulan. Harap2 tak nangis lah dan tak demam. Lepas 2 plan nak bwak baby g sunat. Kat mana ek nak bersunat kat sibu nie. Klinik mana yg ada buat..KAt KL hari 2 tak sempat nak buat lah..

Rabu, Jun 13, 2012

Terima Kasih Cinta ~~Amazing 1st anivesary with new buddy~

Mac 2011, menceritakan kisah penyatuan kasih 2 insan. 
                   (Alhamdulillah dan terima kasih CINTA)


April 2011, pengembaraan berdua untuk mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam.
                    (Lukisan Sibu 1)


Mei 2011, ikatan kasih keluarga diraikan dalam majlis yang meriah.


Jun 2011, kesederhanaan kediaman menjadi kebahagian kami...my b'day, sambt kat sceret recipi sibu...perpisahan sementara membangkitkan kerinduan...Mr.Y bkursus di PD, saya masuk sekolah cikgu zda dkat song.. 
                  (Lukisan Sibu 2: Trip ke SK Nanga Bangkit)


Julai 2011, holiday with family @ kuching, srawak...1st time travel jauh dgn keta berdua...sronok n gumbira...hjg bln 7, 1st time tgk wayang kat sibu,ceta apa x ingat...kata 
Mr.Y, hadiah selepas seminggu bertungku lumus siapkan order photobook cstmr...


Ogos 2011, rezeki ramadhan… 


September 2011, pertama kali raya kat melaka...seronk...mcm2 ada...


Oktober 2011, kwn baik Mr.Y kawen...pastu ada sambutan hari keluarga kimia...


November 2011, raya haji kat terengganu...kena tinggL dgn flite..maka lg skali kami berjauhan...kenapa berjauhan coz nx weeknya mmg akan balik utk majlis kawen double A ...24hb pg sambt b'day Mr.Y kat star mega mall wonderland...sambt awal sehari...


Disember 2011, x ada apa yg istemewa..tp kali pertama tdo dirumah sibu sorg2. Mr.Y pg Daro...bantu kwn yg xcident. Hjg bln 12 bg hadiah journal utk Mr.Y, hadiah b'day lambt skit...hihi...sehari b4 xmas ktorg g night shoot kat dpn wisma sayang...byk pokok xmas kan...


Januari 2012, mula bertugas di sekolah baru. lebih dekat dgn rumah dan mula jd driver kpd Mr.Y...hanya pada hari aku bkerja...januari jugak mula buat persediaan sambut orang baru...  


Febuari 2012, sambg buat persediaan sambt buddy baru. haa...sambutan maulidul rasul pun kami join walaupun x berarak...hujung bulan balik semenanjung..plan bersalin dekt ganu...maka mula lah berjauhan dgn hubby utk tempoh agak lama...


Mac 2012, hadirnya penyeri kami pada 30.03.12 dgn nama Batrisyia Humaira. Di sambut dan di azan serta iqamah oleh Mr.Y... INI LAH HADIAH ANIVERSARY UNTUK SUAMI KU.

Jumaat, Mac 16, 2012

Menanti hari... 39weeks....

Salam, tak ada apa sangat nak di cakapkan...sekarang dah nak masuk 39minggu...anytime je boleh bersalin kata Doktor...so apa saya buat adalah menanti dengan sabar....SABAR...SABAR...SABAR.....

Tanda-tanda nak bersalin:

Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis (doktor kata dah turun tp aku rasa makin berat jer perut). Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan(if jalan lama2 mmg terasa sangat sakit nyer).
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (tgh mlm kena bangun slalu da....)
  • sakit perut, memulas (alami)
  • kerap buang air besar (alami)
  • kerap terkentut (alami)
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis (yg nie ada dah skit2...).
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital (yang ni aku xder lagi… hehehehhe).
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. (sakit belakang tu mmg dah rasa dah… tp xder la kerap… kekadang je…tapi x leh nak suh hubby urut coz Mr.y duk seberang laut...huhuhuhu...)
Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. (belum gak lagi…)
Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. (haa…. yg nie confius skit...x da pengalaman...aku harap kuar lah tanda2 besar yg senang aku fhm...hihihi)

Bila Perlu ke Hospital?
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

Isnin, Februari 13, 2012

Pakaian Takwa buat Anakku

         Anak adalah anugerah dari Illahi. Menjelang kelahiran seorang permata, maka bergembiralah bakal ibu dan bapa. Pelbagai persiapan dilakukan termasuklah nama, pakaian, permainan dan keperluan seorang bayi kecil, sehinggakan kebilik bayi. Adakala dalam keghairahan membuat persiapan kelahiran seorang, mereka lupa akan membuat persiapan jiwa dan mental untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar iaitu mendidik seorang manusia menjadi seorang hamba dan seterusnya khalifah Allah. Hakikat ini bukan suatu hal yang remeh dan boleh di ambil mudah kerana keperibadian ibu bapa lah yang membentuk keperibadian seorang anak.

       Tubuh fizikal anak yang bakal lahir boleh dilindungi dengan pelbagai jenis pakaian yang terdapat di pasaran. Tetapi adalah pakaian yang melindungi tubuh ini akan mebentuk keperibadian mereka. Cukupkah kita hanya menyediakan pakaian-pakaian cantik di pasaran untuk pembangunan dan perkembangan seorang anak. Ibu dan bapa pasti inginkan anak-anak yang bukan hanya cantik pada luaran, bahkan pada dalamnya juga. Maka hiasilah anak-anak dengan pakaian-pakaian dari tuntunan wahyu tuhanmu. Pakaikanlah pakaian-pakaian lahiriah dan batiniah.

Hakikat pemberian pakaiaan dalaman adalah lebih penting. Sebaik sahaja lahir sahaja anak tersebut, maka diazan dan iqamahkan mereka. Seterusnya menamakan mereka.

Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk."  (Al-Imran:36).

         Setelah itu bermulah tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak tersebut. Ingat lah kita bahawa anak-anak ini adalah ujian kita sebagai hamba. Sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud:

Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.”(Al-Anfaal:28)

“Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi.”(Al-Munaafiqun:9)

         Oleh itu penting untuk ibubapa mendidik dan memberikan ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada seorang anak agar peribadi muslim itu terbentuk. Sebagaimana terdapat pelbagai pilihan corak dan fesyen pakaian di pasaran begitu juga terdapat pelbagai pilihan dan corak peribadi seorang insan. Jangan kita terlalu asyik memilih dan mengayakan anak dengan pakaian-pakaian cantik hingga lupa menyerikan mereka ini dengan peribadi muslim sejati.  Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”(Al-A’raaf:26)

         Berdasarkan ayat di atas, jelas bahawa pakaian muslim sejati adalah takwa. Bagaimana menanam takwa dalam diri anak-anak adalah tangunggjawab ibu bapa. Sejak dari kecil anak-anak melihat ibubapa sebagai contoh terbaik mereka. Maka adalah penting untuk ibubapa sama-sama memupuk takwa dalam diri. Insyalah dengan itu, ketakwaan dalam diri anak bakal terbentuk. Bebahagialah di dunia dan akhirat bagi ibu bapa yang memliliki anak yang tinggi takwanya kepada pencipta sekalian alam.

Selasa, Februari 07, 2012

Sepetang Bersama

Assalmaualaikum....lama x habiskan masa petang dengan kanak-kanak di bawah ini. Dulu masa mengajar kat SKBJ, selalu habis masa petang dengan dorg. Ye, lah tunggu Mr.Y dtg ambik lambat.. Waktu 2 lak belum brani nak drive masuk bandar...*skrg pun*..

Jom Layan....
Anak kecil belajar mengayuh...jatuh bangun kembali...

Adakala penglihatan lebih tertarik kepada suatu yang bukan dalam genggaman.

Renungan dan senyuman itu suatu yang berbeza..

Happy to be together... 

Cahaya Dalam HidupKu

Mencarri sinar cahaya yang dapat menerangi sebuah kehidupan bukan lah suatu yang mudah. Ada cahaya yang kekal dan ada cahaya yang sementara. Cahaya yang kekal hanya dapat dilihat oleh mata hati. Manakala cahaya sementara boleh dilihat oleh mata kasar. Ada orang mengatakan, si polan adalah cahaya hidupku, benarkah begitu? Hakikatnya, apa yang dibawa oleh si polan itu adalah cahaya. Walaupun begitu, penilaian cahaya yang dibawa oleh si polan itu perlu lah dilakukan dengan bijaksana. Jika kita hanya menginginkan cahaya dunia, maka ia mudah dilihat dengan mata kasar. Tetapi jika kita mengharapkan cahaya dalam kehidupan dunia dan akhirat…bersihkan lah mata hati. Baru lah kita mampu menggunakan mata hati dengan maksimaNYa. Mata hati itu dapat dibersihkan dengan zikrullah dan amalan soleh. 

Tenang dan mendamaikan....

Jumaat, Februari 03, 2012

MENCINTAI RASULULLAH SAW

Disampaikan oleh:
Shaikh Dr Hj Jahid Hj Sidek al-Khalidi,
Shaikh Tariqah Naqshabandiyyah Khalidiyyah
Ceramah Perdana Bersempena SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H,
Bertempat di Madrasah Saidiyyah, Kg Pondok Rasah, Seremban, Negeri Sembilan
Tarikh/Hari: 20hb Februari, 2011 bersamaan 17 Rabiul Awwal, 1432H (Ahad)

Ringkasan Kuliah

1. SYARAT BAGI KESEMPURNAAN IMAN IALAH MENCINTAI RASULULLAH SAW:
Maksud sabda baginda SAW:
"Tidak beriman (tidak sempurna iman) seseorang kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dikasihi melebihi kasihnya terhadap ayah, anak dan semua manusia yang lain."
Mendengar sabda baginda itu Saidina Umar segera menyatakan keadaan kasihnya terhadap baginda SAW dengan mengatakan:

"Ya Rasulullah… aku memang kasih terhadap engkau, tetapi aku merasa kasihku terhadap diriku sendiri lebih dari kasihku terhadap engkau. Bagaimana Ya Rasulullah?

Rasulullah segera menjawab:
"Imanmu tidak menjadi sempurna sehingga kasihmu terhadap diriku melebihi kasihmu terhadap dirimu sendiri."



Saidina Umar menegaskan dengan katanya:
"Mulai saat ini, aku akan kasih kepada engkau ya Rasulullah melebihi kasihku terhadap diriku sendiri."
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang memiliki tiga perkara akan merasakan kemanisan iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya terhadap segala-galanya. Kedua mencintai seorang semata-mata kerana Allah dan takut balik semula kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya seperti ia benci atau takut jika dimasukkan ke dalam neraka."
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Maka orang-orang yang beriman dengannya (Rasulullah SAW) dan yang memuliakannya dan yang menolong atau membantu dan yang mengikuti atau berpegang dengan al-Quran yang diturunkan bersamanya mereka itulah orang-orang yang berjaya." (Surah al-„Araaf: 157)

2. SEBAHAGIAN DARIPADA KISAH KECINTAAN SAHABAT TERHADAP RASULULLAH SAW
  1. Ramai sahabat diriwayatkan bila mereka nak makan yang agak sedap, mereka akan menangis disebabkan mereka teringat apakah Rasulullah dapat makan minum seperti diri mereka atau sebaliknya.
  2. Majoriti atau ramai sahabat ingin selalu bersama Rasulullah SAW ke mana pun baginda SAW
  3. Ramai sahabat yang asyik terbayangkan rupa atau wajah Rasulullah SAW.
  4. Para sahabat sentiasa mengutamakan Rasulullah SAW sendiri daripada diri mereka sendiri. Cerita yang paling menarik ialah apabila Bilal bin Abi Ribah dapat menawan Safiah Binti Huyai al-Ahtab, isteri seorang Panglima Yahudi (Maskam) di Khaybar. Mengikut hukum perang, Safiah sepatutnya menjadi isteri kepada Bilal, tetapi Bilal segera memberikan Safiah kepada Rasulullah SAW.
  5. Sahabat yang berjalan bersama Rasulullah SAW seboleh-bolehnya mereka akan mengiringi Rasulullah sampai ke rumahnya terlebih dahulu, barulah mereka kembali ke rumah, walaupun terpaksa patah balik ke rumah mereka sendiri.
3. MENGAPA CINTA KITA TERHADAP RASULULLAH SAW MELEBIHI CINTA KITA TERHADAP DIRI SENDIRI DAN MANUSIA YANG LAIN?
Jawapan: Kerana Rasulullah SAW adalah Pintu Rahmat bagi bukan sahaja kepada orang-orang Islam tapi untuk seluruh alam. Berdasarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud:
"Aku tidak utuskan engkau ya Muhammad kecuali sebagai Rahmat untuk sekelian alam"
(Surah al-Anbiya: 107).
Rahmat memang kepunyaan Allah, tetapi mengikut syariat yang diturunkan sesiapa yang mahukan Rahmat Allah mestilah melalui pintunya. Sebab itulah kita mesti mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Kasih sayang Allah terhadap kita, bergantung kepada kasih sayang kita kepada Rasulullah SAW. Maka apabila kita benar-benar kasih dan cinta kepada Rasulullah, maka kita akan benar-benar dikasihi dan dicintai oleh Allah SWT.
Ulama’ Tasawwuf mengatakan kasih sayang seseorang terhadap dua ibubapa adalah syarat untuk mendapat kasih sayang Allah SWT. Kedua ibubapa disayangi kerana kedua-duanya adalah bermulanya kehidupan manusia dan kedua-duanya lah yang memberi makan, minum dan berbagai keperluan hidup. Kalau kedua ibubapa yang merupakan keturunan darah atau keturunan hissi mesti dicintai, maka apatah lagi Rasulullah SAW yang merupakan bapa maknawi manusia. (akan diterangkan lebih lanjut makna bapa maknawi).
Allah SWT juga memerintahkan orang-orang yang beriman supaya mengutamakan Rasulullah SAW dari diri mereka sendiri. Seperti yang ditegaskan dalam firmanNya yang bermaksud:
"Nabi SAW adalah lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu mereka." (Surah al-Ahzaab: 6)

Persoalan: ADAKAH MENCINTAI RASULULLAH SAW SEBEGITU RUPA SEPERTI YANG DIJELASKAN ADALAH TAKSUB ATAU FANATIK? (Akan diberikan jawapan)

Antara Rahmat yang penting ialah Rahmat Iman, Ilmu dan Amal. Yang tersimpul dalam Rukun Islam dan Rukun Iman. Ilmu yang termuat dalam al-Quran dan Sunnahnya. Semua yang tersebut menjadi asas yang sangat penting bagi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Ada orang yang salah faham tentang apa yang Allah sebutkan dalam al-Quran, bahawa nabi adalah seorang manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Katakanlah ya Muhammad! Bahawa hanya senya aku adalah seorang manusia seperti kamu" (Surah al-Kahfi: 110).
Ayat yang tersebut dijadikan alasan oleh mereka yang jahil, untuk tidak bersusah payah mencintai Rasulullah SAW dan tidak melebih-lebih memuliakannya, kerana Rasulullah SAW adalah manusia seperti manusia lain.
Dalam al-Quran, banyak terdapat ayat yang menerangkan bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yang luar biasa. Antara lain:
  1. "…Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya." (Surah al-Maidah: 15). Semua ahli Tafsir, menafsirkan kalimah "Nur" yang tersebut adalah nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW sendiri ada menjelaskan bahawa awal-awal yang mula dijadikan oleh Allah ialah Nur Nabi.
  2. Rasulullah SAW adalah merupakan satu-satunya manusia yang sentiasa Allah beri selawat dan demikian juga para malaikat. Berdasarkan maksud ayat (Surah al-Ahzaab: 56)
  3. Rasulullah SAW ditegaskan oleh Allah SWT menjadi "Uswah Hasanah" (Surah al-Ahzaab: 21)
  4. Allah SWT mengakui akhlak nabi sebagai sebaik-baik akhlak. (Surah al-Qalam: 4)
  5. Rasulullah SAW di Israk dan Mikraj oleh Allah SWT. (Surah al-Isra’: 1).
  6. Rasulullah SAW menerima Kitab al-Quran al-Karim.
  7. Seluruh kata-kata dan perbuatan, geraknya dan diamnya direkodkan dan menjadi sumber hukum.
  8. Tidak sah sembahyang tanpa menyebut nama nabi Muhammad SAW.
  9. Dan lain-lain.
4. KAEDAH MENINGKATKAN KECINTAAN TERHADAP RASULULLAH SAW:
  1. Dengan cara meningkatkan iman. Bila iman meningkat maka bertambahlah kecintaan kepada Rasulullah SAW. Sebaliknya bila iman menurun maka akan berkuranglah kecintaan kepada baginda SAW. Sebab itu orang-orang kafir tidak ada rasa cinta kepada Rasulullah, malahan membencinya. Saidina Umar sebelum Islam, sangat benci dan memusuhi Rasulullah SAW. Tetapi bila beliau beriman segera bertukar menjadi kasih dan sayang. Begitulah pemimpin Quraisy lain, yang asalnya memusuhi nabi akhirnya mencintai Nabi SAW.
  2. Peningkatan iman, sehingga ke tingkat "Ihsan" iaitu tingkat yang tertinggi, memerlukan pimpinan seorang guru atau shaikh. Tanpa pimpinan seorang guru atau shaikh, tidak mungkin seseorang mukmin boleh mencapai iman tingkat ihsan. Guru atau Shaikh yang tersebut mestilah seorang ulama’ yang silsilah perguruannya bersambung-sambung hingga kepada Rasulullah SAW. Biasanya, ulama’ tersebut ialah seorang sufi. Seseorang murid, diwajibkan memuliakan dan menyayangi gurunya atau shaikhnya supaya mudah dapat limpahan al-barakah daripada gurunya yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah SAW. Dengan kaedah tersebut maka seseorang murid akan mencintai shaikhnya atau gurunya dan semua shaikh-shaikh yang ada dalam silsilah hingga kepada Rasulullah SAW.
  3. Rasulullah SAW bersabda: yang bermaksud: "Tidak akan masuk ke dalam neraka orang muslim yang melihat aku, dan tidak akan masuk ke neraka orang yang melihat, orang yang melihat aku, walaupun sampai kepada 70 wasitah atau keturunan."
  4. Bila seorang ber Rabitah Hati dengan shaikhnya bererti juga ber Rabitah kepada nabi Muhammad SAW. Allah berfirman, yang bermaksud, "…Maka ke mana sahaja kamu arahkan pandangan diri kamu, maka di situlah kamu akan mengenal wujudnya Allah; Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa mengetahui." (Surah al-Baraqah: 115)
  5. Daripada rabitah hati tersebutlah maka akan terhubung kerohanian seorang murid dengan gurunya dan bersambung-sambung hingga sampai kepada Rasulullah SAW. Semuanya itu mestilah diasaskan rasa kasih dan sayang kepada Rasulullah SAW yang sebenar-benar.
  6. Sebab itu, semasa kita membaca tahiyat kita menyebut "Assalamu „alaika ayyuhan nabiyu wa rahmatullahi wabarakatuh…" ketika kita membaca doa ini mestilah kita sepatutnya kita merasa kasih dan sayang terhadap Rasulullah SAW. Tujuannya supaya dapat syafaatnya.
5. KELEBIHAN MENCINTAI RASULULLAH SAW:

5.1. Seorang sahabat selalu bertanya kepada Rasulullah SAW:
Bilakah berlakunya Hari Qiamat?
Akhirnya Rasulullah SAW bertanya semula kepada sahabat tersebut,
samada dia sudah bersedia dengan amal-amal saleh yang banyak.
Maka sahabat tersebut menjawab:
Bahawa berbagai amalan soleh memang ada tetapi tidaklah sebanyak amalan soleh sahabat-sahabat yang lain, sembahyangnya ada, puasanya ada tetapi tidaklah sebanyak sembahyang dan puasa sahabat-sahabat yang lain".
Bagaimanapun sahabat tersebut menegaskan kepada Rasulullah SAW:
"Bahawa dirinya sangat sayang dan kasih terhadap Rasulullah SAW. "
Bila Rasulullah SAW mendengar pengakuan sahabat tersebut, maka Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Seseorang itu akan bersama-sama dengan orang yang dikasihinya.

6. CIRI-CIRI ULAMA' YANG BOLEH DIJADIKAN GURU DAN DICINTAI:
  1. Rasulullah SAW pernah ditanya oleh setengah sahabat yang sangat peka mengenai kepimpinan, dengan menyebutkan Ya Rasulullah! Siapakah orang yang sebaik-baiknya kami dampingi? (Sebagai Guru kami) Rasulullah SAW segera menjawab yang bermaksud: "Orang itu ialah Orang yang apabila kamu lihat rupanya, mengingatkan kamu kepada Allah SWT, kata-katanya menambahkan ilmu kamu, dan amal perbuatannya mendekatkan atau menggemarkan hati kamu kepada akhirat." Seseorang yang ada ciri-ciri tersebut adalah seorang ulama’ pewaris nabi. Sebab Rasulullah SAW mempunyai 3 ciri tersebut.
  2. Waspada pada Ulama’ Palsu (sekiranya di Indonesia disebut sebagai Ulama‟ Gadungan).
p/s: copy from