Sabtu, April 01, 2017

Sambutan Hari Lahir ~Batrisyia Humaira (5Tahun)



Post sebelum ini saya ceritakan pasal pembentangan Mr.Y dekat sekolah kakak Humaira. Sebenarnya selesai sesi ceramah Mr.Y, kami ada sambutan hari lahir kakak humaira. Hadiah untuk yang dapat jawab soalan juga merupakan hadiah humaira untuk kawan-kawan. 

Sebenarnya ini adalah kali pertama kami menyambut Hari Lahir kakak Humaira. Kenapa setelah 5 tahun baru kami lakukan. Antara sebab iaitu:
  1. Kami tidak mahu menjadikan sambutan hari lahir sebagai tradisi keluarga. Apa yang kami terapkan adalah hari lahir anak, ibu bapa mendapat hadiah. 
  2. Atas permintaan kakak nak sambut hari lahir dengan alasan nak bagi kawan-kawan air kotak dan nak potong kek.
Walaupun begitu, sambutan hari lahir kakak sebelum ini pernah dibuat oleh makcik-makciknya.



Baik betul cikgu-cikgu kakak siap tiup belon dan bawak kuih untuk makan-makan.
Coklat Indulgent Secret Recipe  

Dia dan kek.






Sains bermula dari diri kita

Assalamualaikum, semalam 31 Mac 2017 telah berlansung satu sesi pengenalan tentang sains kepada anak-anak sedidik. Siapa yang beri pengenalan ini, tidak lain dan tidak bukan adalah Mr.Y. Kisahnya bermula apabila cikgu sekolah Kakak Humaira tanya Mr.Y boleh buat ceramah ringkas atau tidak di sekolah mereka. Maka bersetuju lah nak bagi ceramah tersebut. 

Menghampiri hari untuk program slaid belum prepare, maka sebagai isteri yang berlatar belakang bidang sains menawarkan diri untuk buat slaid (sebenarnya maknya pun excited bila abi kena buat talk dekat sekolah kakak). Slaid simple sahaja yang dibuat pun kerana hanya 30minit masa diperuntukan. Slaid merangkumi:

  • cover
  • apa itu sains
  • contoh fenomena/ keadaan sekeliling berkaitan dengan sains.
  • Sains dan diri kita
  • Cita-cita (kerjaya) dalam bidang sains
  • Permainan (perbezaan cap jari)
Seterusnya kita cerita berdasarkan gambar.

Mr.Y sedang bersiap di luar kelas. Sewaktu sarapan pagi Mr.Y tanya mana lab coat dia, kita bagi lab coat dengan cadangan bawak PPE (Personal Protective Equipment) sekali. Sebabnya penampilan yang lain dari lain akan menarik minat kanak-kanak. Kesanya mereka akan memberi perhatian.
Sebelum mula sesi ceramah, lagi pun cikgu bagitahu mereka turut menjemput ibubapa pelajar untuk datang sama. Maka kita bergambar dahulu. Hana nak duduk dengan kakak. Suka dia dapat join kakak ke sekolah.  Barisan belakang: Cikgu Dewi, Mr.Y bersama uwais, Cikgu Salina (pelajar panggil Cikgu Nenek) dan Cikgu Bee.

Uwais nak tolong Mr.Y beri talk. Tapi nasib dia hanya stay skejab sahaja dekat Mr.Y
Sesi Pembentangan. Semua khusyuk dengar.

Penggunaan alat bantuan mengajar menarik kanak-kanak nak tengok, tambahan apabila cermin mata yang dipakai berbeza dengan dengan yang ada di kedai atau yang sering dipakai orang awam. Sewaktu ini Mr.Y tengah jelaskan tentang kerjaya sebagai seorang saintis. Nampak tak dalam gambar ada ibu bapa turut serta.

Sesi permainan...ukur saiz tangan dengan rakan adakah sama. seterusnya beberapa pelajar buat cop jari di kertas dan diminta lihat perbezaan cop jari mereka.

Sesi Soal jawab...yang dapat jawab dapat hadiah.Hihihi...ini adalah untuk melihat keberkesanan penyampaian ceramah Mr.Y

Selesai sesi pembentangan dan soal jawab, pelajar diberi keizinan untuk menyentuh dan mencuba beberapa peralatan yang dibawa. Seronok tengok reaksi mereka. 
Penyampaian cenderamata dari pihak SEDIDIK.

Antara jawapan lucu kanak-kanak bila ditanya.

Soalan: Apa beza matahari dan lampu? 
Jawapan:lampu ada boleh buka suiz
S: Matahari ada suiz untuk dibuka atau tidak?
J: Ada

S: Kita makan guna apa?
J: guna cermin mata
J: guna gigi



Jumaat, Mac 24, 2017

Tempat Makan Sibu: The Leziz Sandwich~COD

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini tak ada cerita panjang.. nak terus buat review pasal sandwich yang besar dan padat.

Review The Leziz Sandwich

Saiz sandwich besar (lebih kurang saiz kek gulung biasa jual kat kedai tue). Mula-mula buka ters rasa teruja nak makan sebab nampak sos dia meleleh kat tepi-tepi dengan isi yang banyak. Maka potong dulu, bila potong rasa kepadatan isi. maka ini betul isi banyak bukan nampak je banyak. Bila sentuh roti dia, mak ai...lembut walaupun dah petang. Masuk mulut, masyaallah nikmat terasa. Percaya atau tidak, makan sandwich ini dah tak perlu dinner lain. Mr.Y beli 2 bungkus, kami kongsi makan 5orang.  Sos dia pula rasa sedikit pedas. Kesimpulan, The Leziz Sandwich boleh ganti subway.

Khamis, Mac 23, 2017

Tukarkan lukisan anak anda kepada suatu yang menarik.

Assalamualaikum.
Yang sebelah kanan adalah lukisan kakak humaira sewaktu ummu sedang mengajar. manakala yang sebelah kiri adalah hasil editing lukisan kakak. suka sangat dia ummu edit gambar dia lukis.
Salah satu cara saya hargai lukisan anak-anak adalah dengan menghantar gambar lukisan mereka kepada abi mereka. they love it.

Selasa, Mac 21, 2017

Tempat Makan Sibu: Ayam golek Faiq Cafe

Assalamualaikum dan apa kabar pembaca semua. Bersiaran lagi kita dengan topik yang menarik iaitu tempat makan sibu. Kali ini kita review pasal ayam golek yang dijual sebelah kedai makan Faiq Cafe, Desa Satria. Review makanan faiq cafe kita buat pada siaran seterusnya kerana masih belum mencuba apa-apa menu yang ada di Faiq Cafe kecuali roti.

Al-kisah nak dijadikan cerita, tadi petang Uwais mengamuk nak jalan. Mesti tertanya-tanya macam mana tahu bayi 1tahun 6bulan nak jalan. Bukan pandai cakap pun. Senang sahaja sebenarnya cara nak tahu, antaranya adalah
  1. apabila uwais ambik tudung suruh ummu pakai.
  2. uwais menarik beg yang selalu bawak keluar.
  3. Uwais senyap apabila diberi kunci kereta.
  4. Akhir sekali apabila dia diam masuk kereta dan tak mahu masuk rumah.
Maka kita ajak lah anak-anak pusing taman. Sampai depan Faiq Cafe nampak jiran ada jual ayam golek. Tanpa fikir panjang behenti beli. Tauke tanya nak ayam sekor ke nak sayap. Aku pilih untuk beli sayap.  Sementara nak tunggu ayam siap, kita beli roti kasi anak-anak makan, sambil itu dapatlah kita borak-borak sekejab dengan jiran merangkap penjual ayam golek. Lama dah tak borak. Kak dayang dan abang dihi adalah antara jiran paling awal kami kenal masa mula-mula duduk di desa satria.

Sampai rumah terus makan nasi bersama sayap golek, dimeriahkan dengan kari kentang dan kacang panjang.

Bersungguh-sungguh Uwais makan ayam.
 Review Sayap/Ayam Golek

Rasa sedikit manis  dan sesuai untuk kanak-kanak. Sedap dimakan ketika panas. Sos seperti sos ayam golek beli dekat pasar malam di semenanjung (tak pasti sos ayam golek dekat sibu). Kira makan sayap cicah sos tadi mengimbau kenangan makan ayam golek ayah beli dekat pasar malam. Rasa sos, manis dan tak pedas. Sesuai sangat untuk makan dengan anak-anak. Nak pedas kamu tambah sendiri cili padi.





Ahad, Mac 19, 2017

Bawak kereta berlawan arus

Beberapa hari ini kecoh pasal pemandu wanita bawak kereta lawan arus yang menyebab kemalangan seterusnya kematian. Semoga isteri mangsa tabah menghadapi ujian. Tak dapat nak banyangkan macam mana keadaan isteri mangsa yang tengah mengandung anak pertama.

Tak nak komen lebih pasal mangsa dan pemangsa. Mangsa nak atau tidak perlu menerima kenyataan. Manakala pemangsa diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Kepada pemandu-pemandu serta pengguna jalan raya, patuhilah undang-undang jalan raya.

Tempat Makan Sibu~ COD Nasi Briani

Tempat makan sibu kali ini adalah dekat rumah sendiri sebab menggunakan khidmat COD atau cash on delivery. Ini adalah kali pertama guna service ini sendiri, selalu nak apa-apa cakap dekat Mr.Y. Pandai-pandai lah Mr.Y nak dapatkan sama ada pergi tempat itu atau pesan online.

Al-kisah kali ini Mr.Y tak ada dekat rumah untuk beberapa hari, maka kena lah buat semua sendiri. Lagi mencabar Uwais tetiba demam. Konon pagi tadi nak lah beli barang dapur sedikit dekat kedai sambil cari sarapan, tetapi hujan melanda sibu semenjak awal subuh. Maka buat lempeng gandum bagi budak-budak makan. Seksa betul buat kerja dapur sambil dukung si uwais yang tak nak duduk. Selalu bagi dia makan atau suruh main dengan kakak dapat lah masak dengan agak tenang. Oleh kerana tak sihat maka nak berkepit sahaja. Melihat situasi Uwais yang tak nak bagi ummu buat kerja lain maka kita godek-godek lah FB Sibu food delivery & self pick nak cari ada tak orang buat khidmat hantar makanan tengah hari. Maka terjumpa post nasi briani ini dan terus komen order 2 bungkus nasi briani. Lebih kurang jam 11.30pagi makanan sampai. Cun, sedang elok waktu untuk makan tengahhari.

Bawak masuk rumah, bukan main seronok kakak humaira dan kakak hana sebab tetiba ada makanan. Sebelum itu kakak humaira mengomel "apa nak makan nanti, macam mana ummu nak masak ni? kakak tak suka lah adik sakit demam, kakak tak suka lah abi tak ada." Aku pun cakap lah "insyallah apa yang ada kita makan, ummu dah pesan makanan, sabar lah nanti sampai lah tue, kakak kan sabar. Kakak doalah dekat Allah agar semua sihat. Abi bukan saja-saja nak balik kg, abi nak jadi anak soleh sebab itu abi balik jupe nenek."

Tapi apakan daya, uwais yang baru tidur tak sampai 15minit bangun dan menangis. Rasa badan panas, cek suhu naik 38.7. Maka lagi sekali terpaksa mintak kakak-kakak bersabar sebab nak bagi ubat dekat adik. Lepas bagi ubat lap badan uwais kasi suhu turun, tengah lap uwais, hana berak nak mintak cebok. maka kita cebok sambil dukung. Pertama kali rasa cebok anak sambil dukung anak. Kesimpulan dalam pukul 2 baru kakak-kakak makan, uwais join kacau tak makan.

Dialog waktu makan;

Humaira: sedapnya nasi yang ummu order, terima kasih ummu.
Hana: (Ajuk balik apa kakak cakap.) Untuk abi ada tak?
(mereka sentiasa ingat abi setiap kali makan atau pergi mana-mana)
Ummu: Abi dah makan. kakak hana dan kakak humaira suka ke?
Humaira: Kakak suka, nanti ummu order lagi.
Hana: Mee ummu order lagi sedap. Mee abi order lagi tak sedap.
Ummu (konfius, bila pulak pesan mee nya): Mee apa hana. ini nasi.
Hana: Ini mee, hana nampak macam mee je panjang.
Humaira: Kenapa nasi ini panjang-panjang?
Ummu: Ini dia pakai beras panjang.
Hana: Panjang macam mee kan ummu.
Ummu: Tak mee tue panjang sangat. Ini panjang sikit dari beras dekat dapur kita.
Humaira: Nanti abi balik kita suruh abi beli ayam dengan beras panjang. pastu ummu buatlah nasi macam ni. Boleh tak ummu?
Ummu: Insyallah. Ummu solat jab, kakak tengok adik-adik ye.
(sebelum lebih banyak benda yang ditanya.)

Review nasi briani COD sibu

Nasi briani dengan ayam lembut. Kuah tak pedas sangat untuk yang tahan pedas tapi agak pedas bagi yang tak tahan. Rasa rempah nasi briani tidak terlalu kuat, just nice. Acar cukup rasa.

Berminat nak order, contact  Dayang Qhairunnisa.

Itu sahaja cerita kita kali ini. Doakan Uwais cepat sembuh. Amin.