Sabtu, Februari 04, 2017

Kos Mencari Hadiah


Assalamualaikum dan selamat petang.

Agak-agak berapa kos kita keluarkan setiap kali nak beli hadiah untuk seseorang? Agak-agak kita dapat tak rendahkan atau tidak kos tersebut?

Jawapan boleh. Secara umum bila nak beli hadiah kita akan keluar dari rumah. Jom ambil kira kos:
     Kewangan: Minyak kereta, tempat parking dan makan (selalunya ia masuk dalam pakej)
     Masa: perjalanan ke kedai hadiah dan masa menilik setiap hadiah di setiap kedai, masa nak menghantar atau memberi hadiah.
     Tenaga : berjalan dari satu kedai ke satu kedai, pening kepala memikirkan apa nak beri jika tak ada pilihan manakala mana satu nak beri jika terlalu banyak pilihan.

Jika dulu, saya akan buat keputusan awal-awal dirumah bagi mengurangkan kos mencari hadiah. Ini kerana pengiraan kos di atas tidak termasuk harga hadiah tersebut. Sekarang saya lebih suka cari apa-apa barang atas talian termasuklah hadiah. Melaluinya saya dapat jimat banyak benda:

Tidak perlu bayar minyak kereta
Tidak perlu bayar tempat letak kereta
Masa mencari hadiah boleh diganti dengan aktiviti keluarga yang lebih berkualiti
Jimat tenaga.
Hadiah boleh dibeli 24jam, bukan waktu kedai buka sahaja.

Maka jom lah kita beli hadiah di 



Isnin, Januari 23, 2017

Review Buku: Secangkir Teh Pengubat Letih

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=1880&url=5415
Secangkir teh pengubat letih adalah sebuah buku travelog tarbiah. Ini merupakan buku travelog tarbiah yang aku baca, tak silap awal tahun 2011. Selepas baca buku ini lah aku mula jatuh cinta dan suka dengan buku-buku travelog lain. Apa yang di kongsi ini adalah apa yang masih ingat.

Secangkir teh pengubat letih adalah kisah perjalanan penulis ke bumi bertuah Turki. Penulis menulis buku dengan mengambarkan keadaan di Turki saat itu dengan amat jelas, sehingga aku dapat membayangkan bagaimana kedudukan bangunan, keadaan kedai dan suasa semasa. Setrusnya penulis berkongsi adab dan budaya masyarakat turki minum teh. Teh di masak bersama air dan diminum dalam cawan kecil.

Banyak lagi bab yang menarik dapat di rasai apabila membaca buku ini. Walaupun kita tak berada diturki tetapi ia membuat kita merasa seperti pernah ke sana. Jangan pelik jika anda merasa rindu untuk kesana.

Buku ini boleh didapati di Bookcafe. Senang sahaja beli buku sekarang, online sahaja.

Ahad, Januari 22, 2017

Berapa Harga Bisnes Perlu Dilindungi


Contoh : Jika bisnes anda mula modal dengan RM100,000, perkara yang patut anda pertimbangkan adalah:
1. Kira perbelanjaan tetap bulanan anda:
Contoh:
Sewa kedai.        : RM2,000
Gaji diri/pekerja: RM5,100
Elektrik/Air.       : RM800

----------------------
Jumlah : RM7,900
----------------------
.
2. Sediakan payung sebelum hujan,
Perbelanjaan tetap anda sebulan x 6 bulan
= RM7,900 x 12 bulan
= RM 94,800(perbelanjaan tetap untuk 12 bulan)

3. Jumlah Perlindungan Asas bisnes yang anda miliki mesti melebihi Rm94,800.Ini kerana jika berlaku sebarang masalah dan bisnes tidak dapat berjalan Perbelanjaan tetap perlu dibayar.

4. Caruman takaful mestilah melebihi Rm94,800 untuk satu tahun perniagaan itu berjalan tanpa anda.Jika duit belanja untuk waris maka sebaik baiknya jumlah diatas boleh guna untuk 10tahun akan datang.Ia mungkin mencecah 1 juta.

Cerita diatas sekadar pandangan peribadi tidak kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada.

Lindung bisnes dengan melindungi Diri anda.

#Coffeetalkaful
#bussH2O

#copypaste status Mr.Y

Sabtu, Januari 21, 2017

HIBAH

Siapa nak bagi 'hadiah' lepas kita 'pergi', bulan-bulan bayar kurang RM200 perlindungan mencecah RM500,000. Mati itu pasti, bila tu, kita tak tahu lagi
===================================
Penerangan tentang HIBAH.

1. Perkataan hibah jarang kita dengar, jika pernah dengar mungkin jarang yang ambil tahu secara terperinci. Biasa kita dengar tentang wasiat, sedekah, zakat atau hadiah.

2. Hibah ialah pemberian.

3. Hibah boleh dilakukan kepada ahli keluarga(waris) atau bukan ahli keluarga.

4. Kelebihan hibah berbanding wasiat adalah seseorang boleh hibahkan hartanya kepada waris atau seseorang semasa dia masih hidup dan jumlahnya tidak terhad.

5. Wasiat dan hibah boleh dilakukan sebagai salah satu instrumen kewangan sebelum kita pergi

Ramai orang pandang sepi terhadap hibah, namun ia adalah salah satu instrumen kewangan yang terbaik kita boleh lakukan selain wasiat

Kita tak tahu bila kita pergi, namun tidak salah jika kita sempurnakan kewangan kita yang satu ini

(*nilai caruman bulanan adalah bergantung pada umur dan nilai hibah)

#busstakaful

====================================
Saudara/ri boleh Whatsapp terus ke 0126606419 jika berminat nak apply hibah dalam kewangan diri/ keluarga

Beri details seperti di bawah:

Pm saya berminat dengan hibah
1. Nama:
2. Tinggal di mana:
3. Takaful: Ada/ tiada

Terima Kasih 😊

Jimat masa dan jimat kos

Assalamualaikum
Beberapa hari lepas Mr.Y bagi tahu yang dia memerlukan beberapa keping gambar pasport. Oleh kerana kesuntukan masa untuk pergi pukul gambar maka menggunakan bakat yang sedikit ini aku memulakan pencarian gambar yang sesuai. Ciri-ciri gambar pasport adalah mulut tutup, nampak kedua-dua cuping telinga, nampak anak mata dan muka memenuhi 60-70% gambar. Gambar Pasport antarabangsa malaysia menggunakan latar belakang putih, manakala gambar pasport lain-lain menggunakan latar biru. Oleh kerana aku tidak tahu gambar pasport yang mana dia perlukan maka aku buat kedua-duanya.  


Setelah siap print, tunjuk dekat Mr.Y, yes lulus. Sebenarnya gambar ini bakal digunakan untuk proses menjadi sukarelawan SUKAN SEA 2017 di KUALA LUMPUR nanti. 



Jumaat, Januari 20, 2017

family photo mug.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Hanya sekadar berkongsi gambar keluarga pada segelas cawan kosong.


Printcious ~ Royalti ~ Cash Out

Assalamulaikum

Allhamdulillah, dapat 'cash out' duit royalti design dari  printcious.


Printcious menyediakan platform untuk saya menjana pendapatan pasif. Saya hanya melakukan design berdasarkan kreativiti dan kesukaan saya, uploadkan dan sebarkan maklumat design di media sosial atau blog. Seterusnya di uruskan oleh printcious. Dari minat ia menjadi suatu sumber pendapatan pasif, terima kasih printcious.

Macam mana saya dapat royalti ini?  Apabila suatu design siap dibuat dan disimpan dalam bentuk PNG, saya akan uploadkan di bahagian 'My Design'. Siap upload maka saya akan create produk. Saya akan pilih produk yang sesuai dengan design yang saya hasilkan. Disini juga saya meletakkan nilai royalti yang ingin saya dapatkan. Setelah siap, selalunya saya akan hebahkan di FB atau instagram.

Jika ada yang berminat dan membeli produk saya, maka saya akan mendapat nilai royalti yang saya persetujui awalnya. Setiap satu design boleh dibeli oleh ramai orang. 

Petang rabu (18/01/2017) dapat dua e-mail pemberitahuan dr  printcious. bahawa saya berjaya melakukan jualan. 


Pembelian dari warga Singapura.  Tak sangka akan ada orang luar negara beli design kita. Macam mana boleh tahu? Itu dia letak 'currency: SGD ~ Singapore Dollar' 

Ini pula pembelian dari orang dalam negara sendiri, (malaysia)
p/s:  Royalti % dan nilai Royalti yang diperolehi terpaksa di sembunyikan. hehehehe....



Khamis, Januari 19, 2017

Apa BENTO hari ini?

Assalamualaikum dan salam subuh. Alahai..apa bekal untuk kakak dan MR.Y hari ini ye... Kakak mintak hot dog & cokodok malam tadi... Abi kena siapkan bekal minum pagi dan lunch.. Nampaknya saya telah kembali kepada rutin menyediakan bekal setiap hari. Apa yang best bila masak waktu awal pagi adalah, waktu nanti tak kelam kabut nak setelkan masak dan layan anak-anak. Isnin : kakak~nasi ayam goreng & air kosong Mr.Y~Oat, air kopi, air kosong & Nasi ayam goreng Selasa: kakak~cokodok & roti sapu jem coklat & air kosong Mr.Y~cokodok, air kopi, air kosong, Nasi putih, Cencaru goreng sumbat, Kobis goreng & sambal. Rabu: kakak~kek pisang & air kosong Mr.Y~kek pisang, air kopi durian & air kosong Khamis: kakak~cokodok, sosej ayam & air kosong Mr.Y~ cokodok,air kopi, air kosong, kari kentang+kacang panjang, nasi putih, ikan masin & telur dadar. Semoga sempat masak semuanya....

Selasa, Januari 17, 2017

Suri rumah pun boleh beli rumah lah!!!

Assalamualaikum dan selamat pagi, salah satu keinginan dunia yang aku nak adalah memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah atas nama sendiri. Ini adalah impian kami suami isteri, rumah pertama adalah untuk kegunaan orang tua kami. Manakala rumah kedua dan seterusnya adalah sebagai aset untuk hari tua kami. Ayah & cik pesan:

"Simpan harta masa muda untuk kegunaan hari tua, jangan menaruh harapan anak-anak akan bantu kita nanti kerana kita tidak tahu kehidupan mereka nanti. Waktu tua bukan waktu untuk bersungguh-sungguh bekerja sebaliknya adalah waktu untuk belajar dan menambah amal."

Bermula hujung tahun 2015 kami jadi pengikut rasmi en.Zaidi Ismail, seorang pakar pengurusan kewangan. Alhamdulillah hasil ilmu yang dipelajari hutang kereta yang sepatutnya langsai padaa 2018 berjaya kami langsaikan awal tahun 2016, manakala bayaran ansuran bulanan ptptn RM200 sebulan berjaya dikurangkan kepada RM100 sebulan hasil penstrukturan semula pinjaman. Mesti ada yang kata kenapa kurangkan bayaran dan panjangkan tempoh, jawapan kami supaya kami dapat fokus kepada bayaran hutang yang lebih besar interestnya. PTPTN kami sudah ujrah dimana hanya 1% interestnya sedangkan hutang bank interest boleh mencecah sehinggah 6%. Walaupun kereta telah habis bayar tetapi ansuran bulanan kereta kami tetap anggap bayar dengan memasukan wang ansuran bulanan ke dalam akaun tabung haji. Secara logik simpanan bulanan akan bertambah. Kenapa perlu pindah ke tabung haji tetapi tak guna untuk belanja bulanan. Kenaikkan gaji dan langsai satu hutang bukan bonus untuk tambah belanja bulanan. Sebagai surirumah aku tak perlukan belanja bulanan yang besar, cukup sekadar suami membayar insuran bulanan aku. Manakala barang dapur adalah bawah tanggung jawab suami untuk beli setiap minggu.

Ok, cukup-cukup mengarut, jom kembali kepada tajuk pasal suri rumah pun boleh beli rumah. Sebenarnya ia adalah post FB Tuan Zaidi ismail dan Mr.Y tag aku. Supaya tak hilang maka share kat sini. Kata impian nak miliki rumah sendiri.


  




Isnin, Januari 16, 2017

Penipuan Pembelian Online

Mangsa penipuan pembelian melalui online , mangsa hendaklah menyimpan bukti-bukti pembelian seperti  bukti pembayaran (printscreen akaun bayaran dan nombor akaun penjual); alamat facebook dan sebagainya, kemudian, laporkan kepada:
(1) Polis Diraja Malaysia; di mana-mana balai polis berhampiran.

(2) E – Aduan KPDNKK.
Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my atau Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my.

(3) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).
 (Laman Web: http://www.skmm.gov.my atau E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my.

(4) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.
Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my; Tel : 03-88825822.

(5) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC); pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.
Laman web : http://www.nccc.org.my
Tel : 03 7877 9000.

PENIPUAN MELALUI ONLINE BOLEH DIDAKWA MENGIKUT SEKSYEN 415, 416, 419, 420 KANUN KESEKSAAN:

Seksyen 415 iaitu:

Barang siapa yang memperdayakan (deceived) mana-mana orang, sama ada perdayaan itu adalah dorongan yang utama atau tidak;

(a) secara frod (fraudulently) atau tidak amanah (dishonestly) mendorong orang yang terpedaya itu untuk menghantar sebarang harta kepada mana-mana orang atau memberi kerelaan kepada orang tersebut menyimpan harta itu; atau

(b) dengan secara berniat mendorong (intentionally induces) orang yang telah terpedaya itu untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa yang dia sepatutnya melakukan atau tidak melakukan jika dia tidak diperdayakan sedemikian dan perbuatan atau ketinggalan itu telah menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada mana-mana orang pada tubuh, minda, reputasi atau harta.

Jelasnya, penipuan berlaku apabila orang yang membuat representasi atau kenyataan mengenai sesuatu fakta itu sendiri tidak mempercayai apa yang dia katakan itu sebagai benar.

Elemen ini dikenali sebagai deception iaitu membuat kenyataan salah sehingga memperdayakan orang yang menerima kenyataan itu sedangkan orang yang membuat kenyataan itu sendiri tidak percaya bahawa ia adalah benar.

JIKA TIADA HARTA YANG TERSERAH KEPADA PIHAK YANG SATU LAGI HUKUMAN BOLEH DIKENAKAN DI BAWAH SEKSYEN 417 KANUN KESEKSAAN YANG MEMBAWA HUKUMAN MAKSIMUM PENJARA LIMA TAHUN ATAU DENDA ATAU KEDUA-DUA SEKALI.

Kesalahan penipuan ini juga boleh dipertanggungkan ke atas orang yang menjadi dalang atau punca penipuan. Dalam konteks ini, sindiket penipuan akan menggunakan pihak ketiga atau ejen untuk melaksanakan rencana mereka.

Walaupun orang tengah itu yang memainkan peranan aktif berkata-kata dan berusaha mendorong mangsa untuk ditipu tetapi kesalahan penipuan ini masih boleh dipertanggungkan ke atas orang memberikan kebenaran kepada ejennya itu untuk melakukan penipuan bagi pihak dirinya.

Dalam Seksyen 416 Kanun Keseksaan sesiapa yang menipu secara menyamar sebagai orang lain selain daripada dirinya sendiri adalah melakukan kesalahan menipu secara menyamar. Hukuman yang boleh dikenakan adalah lebih berat daripada penipuan secara biasa tadi.

DI BAWAH SEKSYEN 419 KANUN KESEKSAAN HUKUMAN BAGI JENIS PENIPUAN SECARA MENYAMAR INI ADALAH PENJARA TIDAK MELEBIHI DARIPADA TUJUH TAHUN ATAU DENDA ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI.

Bagaimanapun, jika penipuan yang dilakukan itu mengakibat sebarang harta atau barangan telah terserah kepada satu pihak lain atau telah berlaku kerosakan terhadap sesuatu harta maka hukuman yang lebih berat boleh dikenakan terhadap pesalah.

HUKUMAN BOLEH DIKENAKAN DI BAWAH SEKSYEN 420 KANUN KESEKSAAN IAITU PENJARA TIDAK KURANG DARI SATU TAHUN DAN TIDAK LEBIH DARIPADA 10 TAHUN DAN HENDAKLAH DIKENAKAN SEBATAN DAN JUGA DENDA.

Terima kasih.

p/s: info adalah copy paste dr whatsapp.