Ahad, Jun 07, 2020

Aku & Wahed Invest (Bahagian 8- Bagaimana untuk tambah pelaburan)

Assalamualaikum dan selamat pagi. Bahagian 8 kisah aku & wahed invest, aku nak cerita macam mana kalau kita nak tambah jumlah pelaburan. Sebenarnya aku rancang nak cerita macam mana nak buat pengeluaran duit daripada wahed untuk bahagian 8, tapi ada beberapa orang yang message tanya macam mana nak buat kalau nak tambah pelaburan. Maka aku buat keputusan aku kongsi cara nak tambah pelaburan dahulu kali ini. 

Kalau mula-mula kita buka akaun, kita akan dibawa langkah demi langkah untuk meletak deposit untuk memastikan akaun wahed dapat dibuka. Tapi apabila kita telah ada akaun wahed, macam mana kita nak tambah pelaburan? dekat mana kita nak tekan atau klik. Jom tonton video ringkas bagaimana kita nak tambah pelaburan dalam wahed.



Semoga perkongsian video ini memberi kefahaman yang lebih kepada yang masih keliru.


Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.
Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD2.5 (RM10).
Kod Jemputan: norbin136


Khamis, Jun 04, 2020

Awasi anak berinternet dengan Google Family Link (5 sebab yang aku suka)

Assalamualaikum dan selamat pagi....

Ini adalah buku keluaran tahun 2011. Bagaimana nak set parental control dekat windows. Buku ini lebih kepada macam mana nak kawal penggunaan internet anak-anak menggunakan komputer. Zaman sekarang hampir semua anak-anak tahu guna telefon tangan.

Beberapa bulan lepas aku nampak satu post dekat FB tentang Google Family Link. Semenjak PKP dilaksanakan, cikgu-cikgu banyak beri kerja menggunakan whatsapp, ada yang kena salin dari buku teks, ada yang kena salin dari gambar, ada yang kena print (aku suka cikgu bagi kerja sekolah, setidaknya ada kerja budak-budak ini nak buat). Tapi tak nak lah asyik ambik fon aku, banyak rahsia dalamnya. Sebab itu aku rasa bagi anak-anak ini agak penting mereka ada peranti sendiri untuk siapkan kerja sekolah. Maka kami mak ayah decide bagi pinjam telefon lama untuk anak-anak guna. Kenapa kata pinjam? Apabila kami kata pinjam bermakna, barang tersebut masih hak kami dan apa-apa anak-anak nak buat dengan telefon perlu tanya kami dahulu. Ini bagi mendidik anak-anak menghormati dan menjaga barang dan hak orang lain sebaik mungkin sebab aku percaya jika kita jaga hak orang, Allah akan jaga hak kita. Jangan harap manusia akan jaga hak kita, tapi berharaplah Allah jaga hak kita. Oleh kerana bateri telefon dah rosak, maka aku beli bateri baru dekat shopee dan ganti sendiri. Alhamdulillah boleh mereka guna. 

Baca Juga:

Doa ibu ayah


Masalah apabila kita bagi pinjam, entah apa-apa game mereka muat turun, apa-apa video mereka tonton di you tube.  Ya, anak-anak akan minta izin untuk tengok youtube dan download game. Tapi aku tak mampu nak join dia tengok setiap masa apa yang di tonton (mak walaupun duduk rumah, tapi banyak kerja nak buat). Sebab itu aku decide nak guna Google Family Link.

Apa yang aku suka tentang google family link adalah....

1. Boleh tambah pasangan sebagai second parent. Maka tak adalah kau sorang beria mengawal penggunaan internet anak-anak. Lagi satu kalau kau letak pasangan sebagai parents, anak-anak ini akan lebih berhati-hati, walaupun ada bantahan tapi tak lah seteruk mak nak hadap sorang. Macam mana nak add second parent? mula-mula jemput pasangan sebagai ahli family, kemudian dekat list family, bawah dia ada "manage parent Privilleges" (rujuk gambar bawah), klik situ dan setup lah pasangan sebagai parent.



2.Boleh setup hampir semua hal yang ada kaitan dengan internet. Macam kat gambar bawah


Control on google play macam ini, setiap kali anak nak muat turun sesuatu, maka dia kena minta izin mak ayah dulu. Mak ayah boleh bagi keizinan melalui fon mak ayah apabila anak hantar massage request atau masuk parents kod dekat fon anak. Aku lebih suka kita tentukan nak bagi kebenaran atau tidak dekat fon mak ayah...ini bagi mengelak anak-anak curi-curi intai kita punya parent kod. 

Filter on google search dan google chrome macam gambar kat bawah..


Aku pilih allow only certain site...kalau anak nak tengok apa-apa site yang aku tak senaraikan, kena minta izin lah dulu. Ini memang ada kerja lebih sikit, tapi lebih baik untuk anak-anak.

Baca Juga:

Pillow talk dan perkembangan emosi kanak-kanak


3.Boleh hadkan masa untuk game yang anak-anak main dekat androids apps. Ini akan mengelakkan anak-anak terketagih dengan game tersebut. Bukan apa, bila terketagih ini payah, sanggup tinggal segela nya sebab nak main, lepas itu dah main tak boleh kacau, nanti yang kacau kena marah.
Mr.Y kata walaupun telefon atas nama kakak humaira, tapi kena ada game adik-adik juga.

4.Boleh hentikan screen time bila-bila masa. Ini selalu terjadi apabila aku ada hal nak minta tolong tapi yang diminta tolong asyik melihat telefon. maka kita lock screen..

5. Mak ayah boleh buat jadual screen time anak-anak. Macam kami decide mula jam 12 malam sehingga 5pagi anak-anak kena tidur. Dekat skrin telefon anak akan keluar memo 'Time for sleep".

Masa mula-mula ummu buat benda ini dekat telefon kakak, kakak cakap ummu abi kedekut dan suka sekat kakak tengok dan buat apa kakak suka. Maka kalau anak-anak anda protest jangan terus mengalah dengan kehendak dia, tetapkan keimanan dan pendirian. Penggunaan aplikasi ini menjadikan anak-anak lebih selamat berada dialam maya tanpa kita perlu memantau setiap masa.

Harap perkongsian ini bermanfaat. 


Duit Raya dari Blog Adianiez...


Assalamualaikum dan selamat pagi, pagi ini sempat buat sedikit ziarah raya ke blog kawan-kawan blogger. Aku singgah sekejab ke blog naim, nampak posting terbaru dia menang segmen exchange yang dianjurkan oleh blog adianiez. Maka aku pun terus klik banner dalam post tersebut, nampak ada 5 pemenang...tetiba mata tertangkap nama blog nombor 26. Allhamdulillah. Rezeki tak disangka.


Terima kasih blog Adianiez untuk segmen kali ini.
 

 

Hari terakhir untuk sertai segmen raya aidilfitri oleh yamanaimy

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini adalah hari terakhir bagi yang berminat untuk sertai segmen yamanaimy. Segmen ini akan tamat jam 11.59malam nanti. Setakat ini telah 31 orang blogger sertai. Sebenarnya tak sangka, sambutan agak meriah, masa mula-mula buat entry, aku hanya bayangkan kalau ada 10orang sertai dah sangat bertuah. Rupanya ramai juga yang sertai. Jika sebelum ini follower blog tak sampai 100, sekarang dah 100 lebih. Terima kasih kawan-kawan sokong segmen aku. Kepada yang belum sertai, boleh sertai sebelum terlambat.


Jumaat, Mei 29, 2020

Apabila suamiku seorang ahli mikrob....

Assalamualaikum..selamat pagi. Hari ini aku nak kongsi hasil perbincangan aku dengan Mr.Y sewaktu melihat sidang media Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkaitan perkembangan virus covid 19 pada 26 Mei 2020. Sebelum itu kami melihat status yang dimuat naik oleh sahabat kami yang mana anaknya telah hampir 3 bulan dijangkiti oleh virus membunuh ini, tetapi sehingga hari ini hasil ujian masih positif. Maka kebetulan sangat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham memperkatakan hal tersebut. 

LAPORAN terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pesakit Covid-19 yang masih positif boleh dibenarkan discaj selepas 14 hari dirawat di hospital.

Ia disebabkan tahap kebolehjangkitan mereka yang rendah selepas menjalani tempoh rawatan selama dua minggu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, laporan terbaharu itu juga akan mengubah protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menguruskan pesakit positif di Malaysia selepas ini.

"Mengikut laporan WHO, kalau mereka telah melepasi tempoh 14 hari, kebolehjangkitan mereka adalah sifar....Baca Lanjut di.. https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/05/26/pesakit-covid-19-boleh-discaj-selepas-14-hari-dirawat-walau-masih-positif---kita-akan-ubah-protokol


Aku harap sahabat aku sedikit gembira dengan berita yang disampaikan oleh  Ketua Pengarah Kesihatan. Selain itu ada juga diberitakan bahawa mungkin menggunakan PCR most probably mengesan dead virus fragment. 

Oleh kerana aku masih was-was maka aku tanya lah dekat Mr.Y, itu yang paling dekat. Yakin ke virus itu dah mati selepas 2minggu. Ada kemungkinan atau tidak virus itu berada dalam fasa pendam? Jawapan seorang mikrbiolgist bertauliah... Kemungkinan itu ada, sebab itu Dr. Noor Hisham kata perlu kajian lagi, sampel yang diambil dari pesakit akan dikultur untuk melihat sama ada virus itu ada ke tidak, mati ke hidup, aktif ke tidak aktif. Kerana kalau virus ada dan berada dalam fasa tersebut maka ia akan aktif kembali setelah menemui perumah yang sesuai. 

Maka kita tak payah nak risau lebih sangat kalau pesakit covid yang masih menunjuk hasil ujian positif selepas 2minggu kerana kementerian ada menjalankan ujian lain bagi memastikan keselamatan rakyat malaysia lain.

Semalam merupakan jumlah paling sedikit kes baru dilaporkan.....harap-harap hari ini makin menurun.