Rabu, Januari 15, 2020

Dedar, selsema, batuk berkahak dan cirit di kala wabak influenza.



Sabtu malam kami keluar beli barang dapur dan beberapa keperluan sekolah, sebagai bonus Mr.Y beli aiskrim sekali untuk makan esoknya. Waktu itu uzayr baru baik selsema dan batuk. Aku syak uwais berjangkit dari adik dia.  Hari ahad uwais terus demam, manakala petang pula nampak dia agak penat bernafas tetapi masih aktif bermain dan berlarian. Mr.Y memang standby untuk apa saja situasi. Malam ahad aku ajak Mr.Y ke kedai jamu untuk beli Kapsul habbatussauda. Aku memang amalkan habbatussauda sejak beberapa tahun lepas. Tujuan utama adalah nak stabilkan susu badan dan tambah stamina dan kekebalan tubuh.

Baca juga:

Cara bagaimana aku mengurangkan kesan akibat cuaca panas terik kepada anak-anak sekolah.


Sampai kedai, kami beli madu za'faran sekali. Madu Za'faran adalah campuran madu dan ekstrak bunga Za'faran.

Keluaran Al-hikmah 5 in 1

Yang ini tak pasti keluaran mana tapi Ini 3 in1

Ini memang habbatussauda sahaja, lepas makan memang rasa sangat kesan dia. Harga aku beli yang ni dalam RM12, keluaran Baraka

Ini keluaran minsyam...nak kurang rasa dan bau herbanya boleh ambik ini.
 Baca Juga:

Dah buat analisis kewangan keluarga ke?

Ini pula keluaran al-madina.
Dekat atas semua aku pernah beli tetapi yang kat bawah baru ahad lepas aku cuba beli.
Ini lagi murah dari kapsul tetapi bau bila buka memang dah agak kuat. Harga RM22 sebotol.

Apabila sampai rumah je, aku terus bagi budak-budak ini madu dititis dengan minyak habbatussauda. Anak-anak takut nak makan sebab ada bau, maka mak kena makan dulu lah. Dekat sini aku akui....lebih selesa makan yang dalam kapsul. Dalam setengah jam macam tu...aku tengok uwais dah ok...nafas tak ada nampak penat. Lega sangat kami suami isteri. Tapi isnin tetap kami tak bagi dia ke sekolah. Dekat bawah aku kongsikan khasiat minyak habbatussauda + zaitun dan madu za'faran.

Khasiat minyak habbatussauda + zaitun
·         meningkatkan sistem pertahanan badan
·         mencegah alahan
·         mencegah kanser
·         mengawal darah tinggi
·         mengelakkan radang sendi
·         mengurangkan risiko serangan jantung
·         menstabilkan paras gula dalam darah
·         menurunkan dan mengawal kolestrol dalam badan
·         membantu meningkatkan imun sistem badan
·         membantu menurunkan berat badan

Khasiat madu za’faran :
·         membantu menyembuhkan demam kuning bayi yang baru dilahirkan
·         mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
·         sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
·         sakit kepala atau migrane dan asma"
·         muntah-muntah, penyakit buah pinggang
·         sukar tidur malam (insomnia)
·         demam
·         memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
·         membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
·         menambahkan tenaga zahir dan batin
·         pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
·         awet muda dengan kulit cerah dan bersih
·         bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
·         mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
·         melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
·         menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
·         menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Sebagai rawatan alternatif dan langkah meningkatkan sistem imun badan kita semua. Keluarga kami tetap pergi ke hospital, makan ubat yang dicadangkan oleh doktor dan penuhi semua suntikan vaksin yang disenaraikan wajib oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selasa, Januari 14, 2020

Wabak Influenza Januari 2020

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sekarang isu hangat adalah berkaitan wabak influenza atau dalam kata orang putih influenza outbreak atau epidemik.

Di bawah aku copy paste info pasal influenza dari laman wab kementerian kesihatan. Boleh baca untuk info lanjut.
Soalan 1: Apakah Influenza?

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.

Soalan 2: Apakah Gejala Influenza?

Secara kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya meliputi 


Kerap kali jangkitan virus influenza sekadar menyebabkan gejala jangkitan yang ringan pada kebanyakan orang yang mempunyai tahap immuniti badan yang baik.

Soalan 3: Bagaimana Cara Penularan Influenza?

Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin.

Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

Soalan 4: Siapakah yang Berisiko Tinggi Mendapat Influenza?

Soalan 5: Adakah Terdapat Rawatan yang Khusus bagi Influenza?

Secara amnya, terdapat rawatan yang berkesan bagi merawat jangkitan influenza, dimana salah satu dari pilihan rawatan adalah dengan menggunakan ubat anti-viral; iaitu tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang merawat. Rawatan segera adalah amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit.

Soalan 6: Bagaimanakah Cara Mencegah Influenza?

Cara yang terbaik untuk mencegah jangkitan influenza adalah dengan mendapatkan vaksinasi secara tahunan bagi individu yang berumur 6 bulan dan ke atas di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta.

Selain dari mendapatkan vaksin influenza, lain-lain langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

    • Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
    • Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin, sama ada dengan menggunakan tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask);
    • Buang tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask) ke dalam tong sampah bertutup sejurus selepas ianya digunakan;
    • Jarakkan diri dari individu yang bergejala, sekurang-kurangnya dalam jarak 1 meter;
    • Rehat di rumah dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika bergejala. Sekiranya perlu ke tempat awam, gunakan penutup mulut dan hidung (face mask).
Soalan 7: Mengapakah Vaksin Influenza Perlu diambil Secara Tahunan?

Vaksin influenza perlu diambil secara tahunan kerana formulasi vaksin influenza perlu dikemaskini berdasarkan saranan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan kandungannya sepadan dengan virus influenza yang diunjurkan menular pada setiap musim. Ini disebabkan oleh perubahan yang berlaku pada struktur virus influenza secara berterusan dan proses ini dikenali sebagai antigenic drift.

 Disediakan oleh:
Kementerian Kesihatan Malaysia
Januari 2020


Oleh kerana Influenza telah merebak ke sekolah-sekolah, maka kat bawah adalah kenyataan media dari pihak kementerian kesihatan berkaitan penularan penyakit ini.


Apabila suatu penyakit melibatkan kanak-kanak, itu yang kita risaukan.

Sabtu, Januari 11, 2020

Tutorial: Cara buat gambar passport guna telefon sahaja

Pernah terfikir atau tidak bagaimana nak kurangkan kos mengambil gambar pasport di kedai dengan melakukan gambar passport sendiri menggunakan telefon bimbit anda. Ikuti langkah seperti berikut:


Baca juga:

Tutorial Picsart: Magic selfie with Sticker 'Splash Color'


1. Capture gambar menggunakan camera telefon bimbit anda. Kalau boleh ambil gambar berdasarkan latar belakang yang kosong dan cerah.
2. Buka aplikasi PicsArt kalau dah ada, tapi jika belum sila download.
3. Edit gambar dengan mengikuti step seperti berikut untuk dapatkan gambar yang cantik dan cun.
Apabila anda klik icon #picsart anda akan masuk ke ruangan ini. Disini anda perlu klik '+' yang ditanda dalam bulatan merah.
Seterusnya anda dibawa kesini, dan dipilih gambar yang sudah anda tangkap tadi.
Kemudian, anda perlu mencari icon 'fit' yang berada di ruangan bawah seperti dalam bulatan merah.
Setelah itu, (1) anda perlu tetapkan warna latar ikut passport atau visa negara mana anda nak buat. Seperti di atas, aku tetapkan warna latar putih pasal nak buat visa umrah mak. (2) pilih pemadam dibahagian atas. Kita nak hilangkan latar dinding ye.
Kemudian anda akan perlu pilih icon orang seperti nombor 1 diatas. Dah siap klik tanda ✓ yang dekat nombor 2 ye. Kemudian klik ✓ lagi sekali untuk langkah seterusnya.
Di sini anda perlu klik tools (1) dan pilih crops(2)

Dalam ruangan ini anda pilih size yang diperlukan..nampak ada garisan tu, hidung perlu selari dengan garis menegak dan ditengah-tengah. Sudah cantik semua klik lah ✓
Oleh kerana aku menggunakan latar putih, nak di cetak nanti pun atas kertas putih, maka nak dapatkan garisan untuk dipotong nanti kita buat border. Klik icon dalam bulatan merah.

Di sini pilih outside (1) dan saiz border hanya 1 (2), kemudian klik ✓ (3) dibahagian atas sebelah kanan. Seterusnya pilih simpan atau save seperti di bawah.


Baca juga:

Cara bagaimana aku mengurangkan kesan akibat cuaca panas terik kepada anak-anak sekolah.

4. Layari https://online-passport-photo.com . Anda hanya perlu ikut arahan yang diberikan dalam web tersebut, amat mudah difahami dan yang penting adalah PERCUMA!!!. Setelah siap sila simpan file ke dalam telefon anda.
(1) adalah size pasport
(2) adalah size kertas yang nak diprint
Klik crop dan save lah fail dalam telefon.
Ini lah gambar pasport untuk visa umrah mak.
5. Cetakan ia. Macam mana anda nak cetak ikut suka anda, nak print sendiri dirumah boleh, print di kedai pun boleh.

Selamat berjimat cermat...

Khamis, Januari 09, 2020

Kisah hari kedua Uwais dan Syazwan


Assalamualaikum dan selamat pagi. Bagaimana anak-anak anda di sekolah. Tahun ini adalah tahun pertama uwais masuk sekolah. Syazwan sebelum ini dah pernah sekolah di playschool.

Baca Juga:

Menteri Pendidikan Malaysia Letak Jawatan?


Alkisahnya kami tinggalkan duit RM1 kepada mereka berdua sebagai bekalan di tadika. Kenapa nak bagi duit? bukan dekat tadika cikgu dah bagi makan ke? Oleh kerana tadika mereka ini berkongsi dengan sekolah agama, maka terdapatlah kantin juga. Selesai makan makanan yang cikgu bagi waktu rehat, anak-anak diizinkan bermain di sekitar kawasan depan kelas masing-masing. Kantin pula berada beberapa kelas je dari kelas mereka. Risau juga mereka pergi ke kantin nampak kawan makanan yang jual dikantin di paunya kawan tersebut. Uwais pula hantu donut...huhuhu...

Dekat bawah aku kongsikan video mereka bercerita hari ke dua mereka.



Apa yang penting, hari kedua di tadika mereka dah pandai membeli di kantin.

Rabu, Januari 08, 2020

Cara bagaimana aku mengurangkan kesan akibat cuaca panas terik kepada anak-anak sekolah.

Assalamualaikum, rasanya macam dah lama sangat Kuala Lumpur tidak dibasahi oleh hujan. Pagi tadi aku ke pasar chow kit, selalu kalau balik belum jam 9 pagi, cuaca belum panas terik, tapi tadi pagi baru 8.45 pagi aku rasa seperti aku balik pasar jam 11pagi. Memang sebelum ke pasar aku dah rancang nak beli tembikai untuk buat jus bagi anak-anak minum waktu makan tengahhari. Nampak nikmat sangat anak-anak dapat minum jus segar dan sejuk saat cuaca panas terik. 

Baca Juga:

HappyFresh - pengunaan pertama dapat 20% diskaun dan penghantaran percuma


Hana dah darjah 1, sekolah pagi petang.

Ada kisah apabila ambil budak-budak balik sekolah hari ini. Kakak hana tunggu ummu ambil dekat kantin hari ini. Ummu, kakak Humaira dan kakak sumayyah tunggu dekat pagar sampai tinggal beberapa orang je lagi penjaga. Bila nampak ramai pelajar tahun 1 dah keluar tapi Hana belum, minta kakak Humaira pergi cari, kakak kata hana tengah lukis, dah agak lama, suruh kakak Humaira naik lagi sekali pergi tengok sebab rasa dah makin kurang orang dekat pagar ini. Humaira datang bagi tahu kata kelas dah kosong, maka cikgu nampak situasi kami terus sama mengintai di belakang pondok jaga dan bawah tangga sebelah bilik guru, ummu lak suruh kakak humaira dan kakak sumayyah ke kantin. Kakak-kakak datang dengan memberitahu hana tunggu dekat kantin. Kesian anak ummu...alasan penat, panas dan dahaga nak tunggu depan pagar kena diri, dekat kantin dapat duduk. Air bekal pula habis. Tapi bila ummu kata ada jus tembikai dekat rumah, cepat dia nak jalan balik. 
Baca juga:

Musim Panas : Tanda awal strok haba.


Sepanjang pengetahuan aku lah ada beberapa jenis minuman yang dapat menyejukkan badan dan mempercepatkan hilang dahaga yang bagus diamalkan ketika cuaca panas terik ini. Antaranya:
  1. Air kelapa sangat bagus terutama kalau anak jenis demam tak kebah-kebah. Aku selalu minta Mr.Y beli kalau anak mula dedar badan. Selalu tak perlu makan ubat badan dah kembali normal.
  2. Air barli, ini adalah salah satu air yang aku malas nak masak kalau nak minum, sedap lagi order kat kedai.
  3. Air lemon madu, selalu aku buat kalau sakit tekak atau batuk. Kesan amat cepat terutama untuk mencairkan kahak.
  4. Jus tembikai kalau buat atau beli memang sangat laku. Anak-anak suka, aku sendiri suka sebab rasa manis dan pada pendapat aku, jus tembikai paling cepat menghilangkan dahaga.
  5. Teh kundur, tak pernah buat tapi selalu juga beli yang dalam kotak keluaran Yoes.
  6. Air Kosong, kamu minum lah macam-macam jus atau makan macam-macam makanan penyejuk badan tapi kalau kurang minum air kosong, payah juga nak hilang kesan cuaca panas dan dahaga.
Air mana menjadi pilihan anda untuk cuaca panas kali ini. Jangan lupa galakkan anak-anak untuk banyak minum air. Panas terik ni!!!