Di bawah aku copy paste info pasal influenza dari laman wab kementerian kesihatan. Boleh baca untuk info lanjut.
Soalan
1: Apakah Influenza?
Influenza
merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang
menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan
yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh
mengancam nyawa individu yang dijangkiti.
Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.
Soalan
2: Apakah Gejala Influenza?
Secara
kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas
dijangkiti, dan ianya meliputi
Kerap
kali jangkitan virus influenza sekadar menyebabkan gejala jangkitan
yang ringan pada kebanyakan orang yang mempunyai tahap immuniti badan
yang baik.
Soalan
3: Bagaimana Cara Penularan Influenza?
Influenza
merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu
yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory
droplets)
apabila bercakap, batuk atau bersin.
Titisan
ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada
individu yang menyentuh permukaan tersebut.
Soalan
4: Siapakah yang Berisiko Tinggi Mendapat Influenza?
Soalan
5: Adakah Terdapat Rawatan yang Khusus bagi Influenza?
Secara
amnya, terdapat rawatan yang berkesan bagi merawat jangkitan
influenza, dimana salah satu dari pilihan rawatan adalah dengan
menggunakan ubat anti-viral;
iaitu tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai
Perubatan yang merawat. Rawatan segera adalah amat penting bagi
mengelakkan komplikasi penyakit.
Soalan
6: Bagaimanakah Cara Mencegah Influenza?
Cara
yang terbaik untuk mencegah jangkitan influenza adalah dengan
mendapatkan vaksinasi secara tahunan bagi individu yang berumur 6
bulan dan ke atas di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta.
Selain
dari mendapatkan vaksin influenza, lain-lain langkah pencegahan yang
boleh diamalkan adalah seperti berikut:
- Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
- Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin, sama ada dengan menggunakan tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask);
- Buang tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask) ke dalam tong sampah bertutup sejurus selepas ianya digunakan;
- Jarakkan diri dari individu yang bergejala, sekurang-kurangnya dalam jarak 1 meter;
- Rehat di rumah dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika bergejala. Sekiranya perlu ke tempat awam, gunakan penutup mulut dan hidung (face mask).
Soalan
7: Mengapakah Vaksin Influenza Perlu diambil Secara Tahunan?
Vaksin
influenza perlu diambil secara tahunan kerana formulasi vaksin
influenza perlu dikemaskini berdasarkan saranan yang dikeluarkan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan kandungannya
sepadan dengan virus influenza yang diunjurkan menular pada setiap
musim. Ini disebabkan oleh perubahan yang berlaku pada struktur virus
influenza secara berterusan dan proses ini dikenali sebagai antigenic
drift.
Disediakan
oleh:
Kementerian Kesihatan Malaysia
Januari 2020
Kementerian Kesihatan Malaysia
Januari 2020
Oleh kerana Influenza telah merebak ke sekolah-sekolah, maka kat bawah adalah kenyataan media dari pihak kementerian kesihatan berkaitan penularan penyakit ini.
Apabila suatu penyakit melibatkan kanak-kanak, itu yang kita risaukan.