Minuman kopi ada pelbagai jenis dan rasa. Hampir setiap negara ada resepi pembuatan kopi dan airnya yang tersendiri. Kopi paling sedap untuk dinikmati dikala masih panas dan pastinya awal pagi. dekat bawah ada menu kopi yang popular di seluruh dunia menggunakan kapsul kopi Arissto.
Assalamualaikum. Ini adalah resepi mufin coklat cip yang selalu aku guna kalau nak buat lah. Aku lebih suka buat mufin berbanding kek sekarang sebab ia mudah dan lebih ringkas. Terus kepada resepi kita.
Bahan-Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum*
1/2 cawan serbuk koko*
1sk soda bikarbonat*
1sk Baking powder*
3/4 cawan gula perang
1/4 cawan minyak sayuran (aku selalu guna minyak masak kat dapur tu je)
1 cawan susu cair
1biji telur
Sedikit asen vanila
1/2 cawan coklat chip.
secubit garam
Cup Muffin
Cara-cara
Bahan bertanda * perlu diayak 2 kali agar mufinnya cantik mengembang dan lebih gebu.
Gaul bahan yang diayak dengan gula perang sehingga sekata.
Pukul sedikit telur dengan garfu, tak perlu sehingga kembang.
Campurkan telur, susu cair, minyak dan asen vanilla sehingga sekata.
Masukkan bahan-bahan cair kedalam bahan kering. Gaul biar sekata, kemudian masukkan setengah coklat chip. Coklat chip yang selebihnya digunakan untuk hiasan.
Masukkan sedikit garam dan gaul
masukkan adunan ke dalam cup mufin. Jumlah muffin yang diperolehi berdasar saiz cup.
Saiz L - 6 biji
Saiz M - 12 biji
Saiz S - 20 biji
Panaskan Air fryer pada suhu 160°C. Apabila telah siap maka bakar selama berikut:
Naimy Art: Selamat Hari Lahir Sahabat: Assalamualaikum, selalu apabila sampai tarikh hari lahir maka pelbagai ucapan selamat dan doa akan diterima. Adakala dalam keseronokan meny...
Inginkan design unik dan khas boleh hubungi kami.
http://www.facebook.com/messages/NaimyArt
@ Whatsapp: 0196998384/0196158384
Assalamualaikum, siapa pernah dengar dan cuba singgang ayam. Aku sebagai rakyat jati terengganu tak pernah dengar dan cuba singgang ayam. Tahu akan kewujudan pun apabila kakak aku share resepi dekat group whatsapp. Maka dengan gigih aku study lah cara buat singgang ayam ni.
Cara buat macam masak singgang biasa je, cuma ganti ikan dengan ayam. Sebenarnya sampai hari ini aku belum lepas lagi buat singgang ikan, daging atau sotong. Sekarang tambah singgang ayam pulak. Selalu kalau nak makan singgang aku suruh adik atau kakak aku buat. Erm...sedapnya singgang cicah budu.
Sambutan Hari Merdeka dengan "Arissto Coffee Party" ditaja oleh Mr.Y. Alkisahnya hari merdeka kami sekeluarga menziarah kakak ipar yang ada di Masjid Tanah, Melaka. Sebelum bertolak, awal-awal mereka pesan untuk bawa mesin kopi dan kapsul kopi. Katanya abang ipar dah war-warkan dekat kawan-kawan dan saudara mara pasal Mesin Kopi sewa RM1 sebulan. Apabila berita disebarkan, maka ramai lah berminat nak tahu. Benda murah kan. seringgit je sebulan.
Ramai peminat nampak Mr.Y
Siap rakam video abang kita ni.
Antara yang hadir adalah pengusaha kantin dan pembekal makanan. Bila kata seringgit sebulan, orang niaga ni terus nampak peluang perniagaan. Salah seorang yang hadir juga merupakan seorang yang tak minat minum kopi. Tapi bila rasa kopi Arissto, eh sedap pulak..dari kopi O, dia minta rasa kopi susu.
Walaupun Hana tak sihat, Mr.Y tetap meneruskan misi mendemostrasi Arissto. Tengok lah gambar hana bergantung di kaki Mr.Y. Anggaplah ini antara cabaran kecil yang perlu kami hadapi dalam mengejar impian.